Keraguan
Masa Kini....
Malam itu suasana nya sungguh sunyi dengan di temani bunyi-bunyian dari burung pungguk yang sedang mencari mangsanya. Zafar cuba mencari jawapan akan soalan Farurin tadi petang. Dia duduk sendirian di atas bumbung rumah besar itu. Kawan-kawannya yang lain sudahpun terbuai oleh mimpi. Di depan pandangan Zafar, terdapat sebuah tembok ais yang besar yang menbatasi dua kerajaan.
Zafar : Kenapa aku jadi pengikut dia? Apakah kerana dia memerlukan aku sebagai penasihat? Raja ? Apa yang raja perlu ada?
Tertanya-tanya akan soalan yang bermain di fikiran nya. Hanya kerana Badar menunjukkan kekuatan nya, tak mungkin dia terus memilih Badar sebagai Raja. Raja itu harus menyentuh hati rakyatnya.
Tiba-tiba seseorang menyapa dari belakang ...
Farurin : hei..
Zafar : Siapa kau? Apa kau buat dekat sini?
Zafar bangun dengan langkah yang berjaga-jaga.
Farurin : syuhh aku orang tadi lah. Nama aku Farurin.
Zafar : engkau rupanya. Ada apa? Kau mahu....
Farurin : ... Aku datang dengan damai.
Lelaki itu ialah anak kelima dari isteri kedua Raja Bahrin. Dia duduk dengan santai di atas bumbung itu. Melihat tiada apa-apa yang bahaya, Zafar pun duduk.
Farurin : kau boleh pergi dari kelompok Badarien jika kau mahu. Itu keputusan kau sendiri.
Zafar : mereka akan kecewa dengan aku.
Farurin : oh tidak.. perpisahan tetap akan terjadi.
Zafar : apa pula kata Badar?
Farurin : pedulikan.. dia tidak memiliki ciri-ciri menjadi Raja. Kenapa kau memaksa diri kau untuk mengikuti Badar?
Zafar : ......... Kau pula, kenapa datang sini?
Farurin : oh.. satu pesanan dari aku. Cepat-cepatlah keluar dari negeri ini.
Zafar : kenapa?
Farurin : kerajaan Rin dan Kerajaan Daye berselisih sejak ayah aku masih bujang. Entah apa sebab nya kami juga tidak tahu. Jadi setiap sekali sebulan, kami akan berperang habis-habisan.
Zafar : untuk apa?
Farurin : entah lah .
Zafar : hah? Kenapa kau tak cuba mendamaikan kedua-dua pihak?
Farurin : tak. Tak mungkin aku membiarkan mereka berdamai.
Zafar : apa? Sebab apa?
Farurin : sebab aku suka peperangan. Hehehe.. kau tengok tembok tu. kat situ lah kami akan berperang. Bila datang hari peperangan, tembok itu akan di hancurkan...
Zafar mula menyedari bahawa ada yang tidak kena dengan lelaki ini.
Farurin : aku suka dengar jeritan kematian mereka, darah dan suasana yang kucar kacir dalam perang. Dia macam ada satu perasaan yang sangat bebas ketika itu. Hahaha..
Zafar : kau gila!
Zafar mula menyerang Farurin tetapi dengan pantas dia mengelak dan melompat dari bumbung itu. Zafar terus mencari-cari kelibat lelaki itu namun tidak di temui. Farurin hilang dalam kegelapan malam.
Mesyuarat tergempar di adakan di dalam ruangan yang luas itu.
Man : haish ada apa ni Zafar? Orang tengah membuta, kau kacau.
Heigo : betul tu.
Ozen : kau orang ni! Kalau musuh datang bunuh kau mesti tak perasaan.
Heigo : tengah tidur mesti lah tak perasan.
Crisa : haa cakap cepat. Aku mengantuk ni.
Zafar : Tama dengan Badar masih belum balik?
Man : ye nampaknya begitu lah.
Heigo : kenapa?
Zafar : aku dapat informasi terbaru tentang kedua kerajaan ni. Setiap sekali dalam sebulan mereka akan berperang.
Terkejutlah mereka semua mendengarnya.
Crisa : bila?
Werza : kita dah dekat ke?
Zafar : aku rasa dalam akhir bulan ni.
Crisa : sekarang dah nak akhir bulan.
Ozen : nanti dulu! Mana kau dapat maklumat yang penting ni?
Zafar : orang yang sama sapa kita dekat taman tadi.
Werza : orang tu!
Zafar : ya..
Man : jadi apa yang kita nak buat?
Heigo : baik kita pergi dari sini sebelum terlibat dengan peperangan ni.
Ozen : Badar tentu akan datang menolong mereka.
Zafar : ya betul. Tapi kita tak cukup masa untuk ke kerajaan Daye.
Heigo : buat apa?
Zafar : berunding..
Semua orang senyap seketika... Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.
Ozen : ini bermakna kita perlu berpecah..
Crisa : Badar macamana?
Zafar : sebab itu hanya beberapa orang saja perlu ikut aku. Crisa, Werza dan Man ikut aku.
Man : yeah. Akhirnya kita bersama Crisa.
Crisa : tolong tukar dia ni..
Zafar : sekarang bukan masa untuk bergurau!
Terdiam mereka melihat Zafar meninggikan suara. Dari raut wajahnya dan sinar matanya sungguh serius akan masalah ini.
Zafar : ada nyawa yang tak bersalah di pertaruhkan di sini.. cepat bersiap-siap. Aku tunggu depan pagar..
Zafar terus pergi meninggalkan mereka.
Ozen : haa apa lagi. Siap-siap lah.
Kelam-kabut ketiga-tiga orang yang akan mengikut Zafar menuju ke bilik mereka masing-masing.
Delima : garangnya Zafar. Tiba-tiba dia menjadi serius. Padahal dia orang paling tenang dalam segala situasi.
Ozen : tapi analisis dia selalu berkait rapat. Ikut saja kata dia. Lagipun dia orang kanan Badar.
Heigo : jadi apa yang perlu kita buat.
Ozen : kita perlu tunggu Badar kembali. Mungkin dia ada informasi yang menarik.
Heigo : kau memang nak perang kan...
Badar yang kini berada di tempat persembunyian Nurin ketika masa kecil tertidur pulas di sana. Tama masih berjaga melihat adiknya yang tertidur di kerusi kayu itu.
Tama : Cantik juga adik aku. Hahaha.. mungkin sebab bukan aku yang jaga. Abang jenis apa aku meninggalkan satu-satunya adik kandung sendiri.
Dia menyesali tindakan nya. Kalau lah tiada sesiapa yang menyentuh hati nya, tentu dia tidak akan pernah kembali ke istana ini.
Tama : Badar.. bangun..
Badar : aduh ada apa ni?
Tama : masa untuk balik. Hari sudah lewat malam.
Badar : ahh dari tadi memang dah macam gelap.
Tama : mana boleh, adik aku tu. Abang yang baik akan selalu nampak kuat depan adik dia.
Badar : ya lah. Jom balik.
Badar pun bangun dari sofa itu. Tama pula mengangkat adiknya ke sofa. Ketika hendak bergerak pergi...
Nurin : Bunda, Nurin akan jaga abang..
Sejenak Tama teringat akan Bunda nya. Kemudian, mereka pun pergi. Tama sengaja mengikuti jalan jauh dari istana untuk mengelak dari dilihat orang lain.
Badar : ni bukan jalan balik.
Tama : syuhh.. tahu lah. Aku kan tinggal sini dulu.
Badar : ya lah. Eh ada bunga lah!
Tama : syuhhh!! Apa kau ni? Malam ni.. nanti orang lain terjaga macam mana..
Badar memetik bunga itu.
Badar : cantik bunga ni. Aku nama kan bunga ni, bunga api.
Tama : memandai je kau. Ini bunga salji. Bagi aku.
Badar : nak ambil sendiri lah.
Tama pun memetik bunga lagi satu. Dia membawa Badar ke tapak perkuburan.
Badar : apa ni? Kang ada hantu salji..
Tama : mengarut lah.
Tama terus berjalan menuju ke atas bukit. Di situlah bundanya di kuburkan. Bersebelahan dengan pokok yang rendang.
Badar : seram nya pokok ni. Gelap je warna nya.
Tama : dah tengah malam memang lah gelap.
Badar : ya lah. Kubur siapa ni?
Badar memerhati nama di balik batu nisan itu. Tertulis nama Tamala.
Tama : ironinya.. mereka menganggap aku sudah mati, tetapi tidak ada kubur yang bertulis kan nama aku. Hahaha..
Badar : Tama.. aku tinggalkan kau sendirian dekat sini. Aku tunggu kat depan sana.
Badar pun meluru pergi..
Tama : Bunda, Tama datang. Ini bunga salji yang bunda suka tu. Tama dah menjalani kehidupan yang rumit. Tetapi Tama bersyukur...
Dia duduk di tepi sisi kubur ibundanya itu.
Tama : .... Bersyukur bertemu dengan orang baik. Mereka berkawan dengan Tama tanpa syarat. Sekarang Tama dah ada Core tetapi cuma weak type. Biasa saja. Padahal Tama berketurunan Raja. Maafkan Tama sebab sudah bertahun tidak melawat bunda. Banyak yang terjadi...
Tama mula menceritakan perjalanan nya kepada ibundanya.
Tama : sejauh mana pun Tama pergi, Tama rindukan Bunda. Sayang bunda tetap dalam ingatan. Bunda, Tama pergi dulu. Suatu hari, Tama akan datang lagi.
Tama pun beranjak dari situ. Dia menuju ke arah Badar yang sedang terangguk-angguk kerana mengantuk.
Tama : Badar jom.
Badar : ingat lama lagi tadi. Baru nak hampar tikar.
Tama : cih..
Mereka berdua pun menuju ke rumah besar yang telah di sewakan itu. Dengan berjalan perlahan-lahan dan senyap mereka masuk ke bilik lalu tidur seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Pagi itu, Tama yang bangun awal pagi itu bergegas masuk ke bilik Badar.
Tama : Badar!! Zafar hilang!
Badar : apa?
Tama : aku nak kejutkan Zafar untuk pergi makan sarapan tapi dia tak ada.
Badar : kau ajak Zafar je?! Haish..
Bersambung....