Home Buku Fantasi The New King
Bab 6

Penjara


Zafar berada di dalam sel penjara istana kota Lahar. Raja yang memerintah negeri ini berada di kota ini. Negeri Hainc belum ada maklumat yang pasti kerana mereka berdua baru sampai di negeri ini. Dan kota pertama mereka benar-benar dekat dengan pemerintah di raja. Dengan bahasa mudahnya, Kota Lahar adalah ibu negeri Hainc. Zafar di penjara dekat dengan istana yang besar itu. Mengikut informasi dari pengawal di sana, kata nya penjara yang dia duduki ini adalah peringkat pertama. Semakin berat kesalahan seseorang semakin ke bawah tempat penjara nya. Bermakna, penjara bawah tanah yang mempunyai tingkat. Zafar masih di atas dimana dia dapat menghirup udara segar dan melihat secebis cahaya dari matahari. Tidak terbayang gelapnya penjara bawah tanah. Sel penjara Zafar ada seseorang bertubuh sasa, tinggi tetapi kurus. Mungkin kerana tidak makan. Dia hanya duduk diam setempat.

Pengawal : Zafar! Kamu ada tetamu.
Zafar : haa akhirnya..

Zafar terharu. Dia tahu Badar dapat mengeluarkan nya dari penjara itu. Sesampai di tempat pertemuan antara tahanan dan tetamu itu, dia melihat badar sudah menantinya di meja tepi dinding. Ternyata ramai juga yang menziarahi tahanan di sini.

Zafar : huaargggg.. tolong aku badar. Apa ni? Ini bukan yang aku bayangkan bila aku setuju ikut kau. Baru pengembaraan pertama dah jadi banduan!!!
Badar : apa kau merepek ni? Kau baru tahanan, bukan banduan.
Zafar : oh macam tu ya..

Kata Zafar yang sudah faham tentang keadaan nya. Zafar melihat sekeliling. Memang ramai, terasa pasar malam.

Badar : kau buat kesalahan apa? Sampai masuk dalam penjara ni..
Zafar : kesalahan aku sebab bawa dua beg.
Badar : apa?!!

Badar menepuk meja. Semua orang tertumpu pada mereka.
Mereka membalas pandangan itu dengan senyuman.

Badar : berapa harga nak lepaskan kau ni?
Zafar : 1000 emas.
Badar : kau gila!

Badar menepuk meja lagi. Orang-orang juga tertumpu melihat mereka. Badar bersiul sambil melihat ke atas.

Zafar : kenapa? Bukan ke Wada bagi banyak emas?
Badar : memang banyak tapi tak sebanyak itu. Kalau aku bagi, kita dah tak apa-apa. Macamana nak makan?
Zafar : habis macam mana ni?
Badar : tak apa, kau masuk dulu penjara, buat macam rumah sendiri. Nanti aku bincang dengan Fin dan Soy.
Zafar : siapa mereka?
Badar : aku tak bagitahu dekat sini.

Badar pun pergi meninggalkan Zafar seorang di sana. Dia kembali ke kedai daging Soy.

Badar : daging satu!
Sera : amboi, masuk-masuk minta makan.
Badar : hahaha, mana Pak cik Soy dengam Fin?
Sera : ...........

Sera diam. Kemudian dia berbisik pada Badar.

Sera : Dia pergi ke pertemuan penting. Kalau kamu nak tau, nah kertas ni ada peta.

Sera menyerahkan kertas kecil yang terdapat peta didalamnya.

Badar : kena pergi ke ni?
Sera : kalau nak...
Badar : baiklah, tapi makan dulu. Daging satu!! Atau dua!!

...................................................................

Zafar kembali ke sel penjara. Dia melihat orang yang berkongsi penjara demgannya masih tak beranjak dari tempat tadi. Dia cuba untuk bersikap ramah...

Zafar : kau berapa lama kat sini?

Tahanan itu diam seribu bahasa.

Zafar : aku baru tadi pagi. Hahaha. Nama kau siapa?

Tetap diam. Hanya suara Zafar yang bergema di penjara itu.

Zafar : bisu ke dia ni? Ya la kot.
Tama : diam!

Terkejut Zafar di buatnya.

Zafar : lah boleh cakap.
Tama : aku tengah bermeditasi. Tolong diam.
Zafar : bermeditasi tak berikan kita kebebasan.

Tama hanya mendiam kan diri sehingga malam.

Zafar : haish mana Badar ni. Macam ni ke Raja. Kata nak jadi Raja tapi tak dapat nak selamat kan seorang rakyat pun. Aduh..

Tama membukakan matanya.

Tama : Raja ? Raja yang mana?
Zafar : baru sekarang nak bercakap dengan aku. Baik kau pula diam, sebab aku nak membebel.
Tama : jawab!
Zafar : eh Raja... Raja.. bukan. Bakal Raja.
Tama : bukan raja Naff ?
Zafar : siapa pula Raja Naff?
Tama : dia Raja di kota ini.
Zafar : Raja tu ada core tak?

Tama memandang Zafar.

Tama : rupa-rupanya, kau juga tahu tentang Core.
Zafar : hmm ya.
Tama : Raja itu tidak memiliki Core Raja tetapi Core Strong Type.
Zafar : bermakna dia kuat lah ya.
Tama : ya, Core si Raja itu masih belum di ketahui. Tetapi dengar cerita, dia dapat mengawal air.
Zafar : hish bahaya juga tu.
Tama : air di kota ini harus di beli dengan Raja. Raja Naff datang ke kota ini 5 tahun dulu. Kemudian mengaku dirinya seorang raja dan tiada siapa yang bantah kerana kekuatan nya itu.
Zafar : eh jadi Raja ni bukan Raja dari keturunan lah ya.
Tama : ya. Dari buah mulut orang mengatakan bahawa Raja Naff telah mencuri air dari telaga dan sungai untuk menjualnya kepada Rakyat. Tapi rakyat di tipu dengan cerita bohongnya.
Zafar : Cerita Bohong?

..................................

Tok Gama : ya! Dia bercerita bahawa dia telah membeli air dari negeri jiran dan di bawa kesini untuk menyelamatkan kami semua. Jadi sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan Lahar, rakyat harus membeli atau membayar untuk menggunakan air.
Badar : oh patut lah negeri ni nampak kering je suasananya. Berani Raja berbuat begitu pada rakyatnya!
Tok Gama : anak buah tok tu baru di tangkap semalam sebab dia cuba menyelamatkan salah seorang anak buah tok yang di ketahui pemberontak.
Badar :  Siapa nama anak buah tok tu?
Gibar : Tama. Nama dia tama.. dia memang seorang yang degil! Tak nak dengar nasihat.

Badar berada di Tempat latihan pedang. Tok Gama ialah seorang pelatih pemain pedang dan senjata yang lainnya. Dia sangat penting kepada Raja kerana hanya di kawasan ini sajalah yang mahir dalam pertempuran. Kerana itu Raja tidak mengusiknya. Tama dan Gibar pula anak buah Tok Gama yang paling lama di situ. Tok Gama bercerita sewaktu pertama kali bertemu Tama.

Tama ialah seorang bandit. Dengan kulitnya nya coklat muda itu menunjukkan betapa susahnya hidupnya. Dari kecil hidupnya berpindah-randah mencari tempat yang selamat dari orang-orang yang memburunya. Ketika itu Tama hanya mahir mencuri. Dia juga bersendirian tiada siapapun di sampingnya. Apabila usianya mencecah remaja, dia sertai sekumpulan bandit dimana di situ lah dia belajar merompak, membunuh dan belajar bermain pedang cara bandit. Suatu hari, Tok Gama menemui di balik semak. Tama cedera parah. Tok Gama membawanya pulang untuk merawatnya. Namun, bila sedar dia mencederakan anak-anak buah Tok Gama.

Gibar : tok! Orang ini pembunuh!

Tok Gama datang.

Tok Gama : jangan takut, kami orang baik.
Tama : kau ingat aku peduli!

Tama menghayunkan pedang untuk menebas kepala Tok Gama tetapi Tok Gama menahannya dengan tongkat.

Tama : apa? Macamana boleh jadi macam tu?
Tok Gama : kalau nak tahu, tok boleh ajarkan.
Gibar : saya tak setuju tok. Orang ini entah-entah bandit yang barbar.
Tama : huh! Untuk sementara aku akan tinggal di sini sampai aku sembuh.

Tama lalu kembali ke tempat tidur nya. Dia tidur duduk sambil memeluk pedang.

Gibar : dia sangat berjaga-jaga.
Tok Gama : sudah, bawa mereka yang cedera ke tabib sekarang.

Setelah sembuh, Tama kerap mencuri dan merompak orang-orang di kota Lahar. Namun perlakuan tok Gama tetap baik terhadap Tama. Itu menimbulkan satu pertanyaan Gibar terhadap tok Gama.

Gibar : kenapa tok selalu baik dengan Tama? Tok tengok apa akibat yang kita tolong dia. Dia buat hal, tok juga lah yang selesaikan. Tok yang bayarkan semua kekacauan yang Tama buat. Tok juga lah yang minta maaf kan orang-orang tu. Tama tak ada buat apa-apa. Jangan-jangan Tama ni anak tersembunyi tok kot.

Kata Gibar dengan curiga. Tok Gama hanya tersenyum.

Tok Gama : Gibar.. nanti kamu akan faham. Biar banyak mana pun dia buat kejahatan tetapi kita berbuat baik kepada dia. Kamu tengok nanti, pasti ada suatu saat dia rasa tak sanggup nak memalukan kita lagi.

Gibar terkagum dengan Tok Gama. Rupa-rupanya dia sudah memikirkan itu semua.

Tok Gama : boleh tak buat masa ni, kamu sokong dia untuk berbuat baik. Setiap orang pasti ada sisi kebaikan nya. Percayalah.
Gibar : baiklah tok, saya akan percaya tapi tak semudah tok. Rasa masih berjaga-jaga.

Waktu berlalu, seseorang datang ke Kota Lahar bersama pengikut nya lalu di tabalkan jadi Raja. Rakyat pada masa itu ramai memberontak namun ramai yang mati di tangan Raja itu. Sedangkan yang cedera di penjara bawah tanah. Tama juga bergabung dengan pasukan Raja itu kerana tertarik. Raja juga tertarik dengan keberanian Tama. Apatah lagi setelah tahu Tama bekas bandit. Selepas 5 tahun, Tama masih berada di pasukan Raja. Namun sesekali dia menjenguk ke tempat pelatihan pedang.

Murid 1 : tengok tu, tok dah ajar dia cara bermain pedang.. sekarang dia mengkhianati kita pula.
M. 2 : betul tu. Tak malu datang sini.

Tok Gama yang mendengar itu menjemput Tama untuk minum secangkir air.

Tama : huh, tak payah. Saya cuma tengok-tengok.

Tama pun meronda di kawasan yang lain. Sehingga waktu petang dia kembali ke istana.

Raja Naff : hei tentera beta yang kuat dan setia.
Tama : ampun tuanku. Senang hati tuanku hari ini?
Raja Naff : mestilah beta senang hati! Tengok apa yang beta bawa...

Raja Naff menepuk tangannya dua kali. Tentera datang membawa seseorang yang Tama kenali.

Raja Naff : dia di dapati cuba menjatuhkan kerajaan beta. Dia pemberontak. Kalau ada satu orang macam dia, hilang lah kemakmuran kerajaan beta. Bukan kah begitu tama?
Tama : benar tuan ku.

Ternyata orang itu adalah anak buah tok Gama yang baru sahaja ghibah tentang Tama tadi.

*Inilah akibat ghibah ya adik2 sekalian😆

Murid 1 : .............

Dia hanya membisu sambil memandang tajam kepada Tama! Dia berfikir bahawa Tama lah yang menyuruh tentera untuk menangkap dirinya. Tama lah punca ini terjadi.

Murid 1 : kau tak kan terlepas Tama!! Akan ada seseorang yang akan menghentikan kekejaman negeri ini!! Pasti! Walaupun aku mati nanti, tapi orang macam aku akan tubuh bak cendawan yang menunggu untuk menbunuh mangsa nya dengan racun.

Orang-orang di situ diam sejenak.

Raja Naff : haaa sebab tu lah beta tak suka pemberontak. Tama bunuh dia.
Tama : baik tuanku..

Tama teragak-agak untuk menikam budak itu kerana dia adalah anak buah tok Gama.

Tama : ahhhh!!
Raja Naff : hmmph?
Tama : saya tak boleh laku kan nya.
Raja Naff : baiklah.

Tama mendepani budak itu untuk melindungi nya.

Murid 1 : tama, kau?
Tama : lari dari sini! Aku akan lindungi kau..

Tama pun bertarung pedang melawan pasukan Raja seorang diri. Anak buah tok gama selamat melarikan diri. Dia memberitahu apa yang terjadi di istana. Tok gama dan budak itu pun datang ke istana. Dia melihat Raja hampir saja menikam perut Tama.

Tok gama : berhenti!!!

Raja Naff : huh? Apa kau buat kat sini?
Tok Gama : tolong maafkan dia.
Raja Naff : kau nak aku maafkan dia? Kau bergurau ke? Dia cuba mengkhianati aku. Ehem.. beta!
Tok Gama : lepaskan lah dia kali ini. Patik memohon kebaikan tuanku.

Tok Gama melutut di depan Raja Maaf. Tama yang melihat itu merasa marah namun tubuh nya tidak dapat bergerak kerana terkena serangan dari Raja.

Tama : tok!!! Jangan buat lagi!!!!

Marah Tama. Memang dari dulu tok gama selalu memohon maaf atas kesalahan Tama!

Tok Gama : maafkan lah dia..
Raja Naff : hahaahaha ha ha.. aduh kelakar nya drama kamu berdua.

Raja Naff melepaskan Tama.

Raja Naff : baiklah, beta akan melepaskan tama. Dia hanya akan menerima hukuman penjara di sel penjara tahanan.
Tok Gama : terima kasih tuanku.
Raja Naff : tetapi sebagai gantinya seseorang....

Raja Naff menghilang ke arah belakang anak buah Tok Gama.

Raja Naff : harus... Mati!hihihihi..

Dia menikam murid tok Gama dari belakang.

Tama : tidak!!!!

Tok Gama datang menyambut anak buahnya itu.

Murid 1 : tok..  ergghh. Se-selamatkan.. nege-ri ini...

Anak buah tok Gama melafaz nafas terakhir nya di istana Raja.

Raja Naff : pengawal! Bawa Tama ke sel tahanan. Gari dia!

.................................................................

Badar : tragis benar.. jadi hari kami datang itu, semalamnya terjadi pemberontakan Tama? Patutlah orang-orang kota pandang kami lain macam!
Soy : ya. Tok Gama sangat terhormat di sini. Dia orang lama kota ini. Semua orang merasa sedih dan dalam ketakutan.
Gibar : sejujurnya sukar untuk aku percaya Tama cuba melindungi budak tu.
Tok Gama : err mana Fin?
Gibar : ya lah, mana dia?
Soy : dia sedang mengumpul kan maklumat di istana.
Badar : berani juga dia.
Soy : ya, dia paling berani antara para pemberontak. Dia selalu mencari maklumat berseorangan.
Gibar : lepas tu dia datang dengan gelabah.
Badar : biar aku teka.. "masalah!! Masalah besar!"

Mereka ketawa apabila meniru gaya Fin itu.

Tok Gama : Badar. Ada satu informasi yang kamu tak tahu.
Soy : betul juga, sebab dia bukan orang sini.
Badar : apa dia?
Tok Gama : Raja Naff, tak pernah menunjukkan wajahnya.
Badar : apa?
Gibar : ya, dia selalu memakai topeng kayu berwarna coklat yang muat di wajah nya.
Badar : jadi tiada sesiapa yang tahu wajah Raja Naff yang sebenar?
Tok Gama : ya, apatah lagi orang yang baru datang berhijrah di kota ini. Mereka tak kan pernah nampak wajah Raja. Fin juga baru datang 5 tahun dulu. Sebelum Raja Naff di tabalkan menjadi Raja.
Gibar : ya, orang-orang yang dari 5 tahun lepas juga tak pernah nampak wajah sang Raja.
Badar : itu satu misteri .....

Bersambung.....

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy