Home Buku Fantasi The New King
Bab 8

Pemberontakan


Selepas menyusun strategi, mereka mula berehat sebentar sebelum bubar.

Tok Gama : Kita akan menumbangkan kerajaan Naff di kota Lahar ini. Raja yang menyeleweng air dan tidak amanah.
Soy : ya! Malah dia buat peraturan di mana kesalahan kecil juga harus di penjara.
Badar : tu la. Tak patut..

Ketika mereka sedang berehat sambil berbual-bual, datanglah Finn dengan kelam kabut.

Finn : masalah besar!! Masalah!!

Dia terjatuh di hadapan mereka semua.

Finn : ergghh masalah be-sar...
Soy : apa lah kau ni... Cuba relax sikit.

Finn bangun.

Finn : macam mana kau nak relax bila esok, waktu tengahari.. Raja Naff akan menghukum bunuh Tama!

Mereka tersentak mendengar itu. Lebih-lebih lagi Tok Gama. Padahal mereka sudah membuat perjanjian.

Tok Gama : tak mungkin, kami sudah ada perjanjian!
Finn : Raja telah mengubah fikiran. Tak ada apa yang dapat kita buat.
Soy : nampak nya kita kena cepatkan masa ke waktu pagi.

.......................................

Badar datang ke tempat bertemu tahanan di awal pagi.

Penjaga : awal sungguh kau datang. Masih pagi lagi ni.
Badar : ya. Saya bawa sarapan untuk tahanan Zafar.

Zafar akhirnya datang ke tempat itu. Dia melihat ada Badar yang menemui nya.

Zafar : awal betul datang ziarah.
Badar : sarapan ni. Makan lah.

Zafar pun makan walaupun tangan nya bergari.

Badar : macam kebetulan pula.. kita dapat cari orang yang aku nak jadikan pengikut.
Zafar : wah siapa?
Badar : tok gama dengan Gibar. Mereka berdua pemain pedang dan pemanah yang hebat.
Zafar : aku belum kenal dengan mereka berdua.
Badar : oh mereka ni berhubungan dengan Tama.
Zafar : oh.. si Tama tu pun tak cerita apa-apa. Memang muka sombong lah. Serius je muka nya.
Badar : hahaha.. nasib kau lah. Tama tu bekas bandit. Tok Gama jumpa Tama masa kecil dan dia jaga Tama ni sampai sekarang.
Zafar : patut lah macam tu perangai..

Zafar selesai makan. Sementara itu... Di istana Naff....

Cara : nampak nya mereka benar-benar akan menyerang kita.
Raja Naff : haahaha.. dia ingat aku bodoh.. aku memang dah lama nak bunuh si tua Gama tu.. inilah masa nya.
Jay : ohh sebab itu kau cakap nak bunuh Tama tengahari nanti.
Sarq : hehehe.. aku tak sabar nak dengar jeritan mereka semua. Darah!!!
Tan : hmm... Kita akan membantai habis mereka para pemberontak.
Ozen : ya lah.. tapi mesti bosan. Orangnya sikit..

Ternyata Raja Naff sudah tahu dari awal Tok Gama menubuhkan pasukan pemberontak. Hari ini mereka mahu membantai habis para pemberontak itu.

...................................

Badar berbisik sesuatu kepada Zafar. Zafar terus faham akan tugasnya.

Zafar : tak sangka kita terlibat dengan masalah kota orang.. huhuhu...
Badar : aku nak jadi raja yang menolong orang-orang dan menikmati pengembaraan aku. Kalau kau tak suka, boleh lah patah balik.

Zafar melihat Badar yang kelihatan serius.

Badar : yang pasti aku nak makan besar lepas ini semua.
Zafar : rupanya kau nak makan je!!

Matahari mula terbit fajar dan para pemberontak telah berkumpul di depan istana. Orang-orang yang melihat itu tidak menghalang kerana ini untuk kebaikan rakyat di Kota Lahar juga. Ada yang meminta mereka untuk menyelamatkan orang-orang yang di penjara bawah tanah.

"Selamatkan suami saya!!"

"Bawa balik anak mak cik"

"Adik saya ada di penjara bawah tanah"

Dan bermacam-macam permintaan orang kota itu kepada mereka. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan tahanan penjara bawah tanah.

Tok Gama : matahari dah terbit. Gibar! Bunyikan trumpet isyarat penyerangan...

Gibar terus melakukan apa yang di suruh Tok Gama. Badar yang di tempat pertemuan tahanan mendengar isyarat itu. Mengikut strategi, Badar lah yang akan memulakan dulu.

Badar : sekarang..

Zafar terus mematahkan gari itu dah menyerang penjaga di sana. Penjaga itu tembus memecahkan dinding tempat itu. Suasana senyap seketika.

Zafar : akhirnya aku bebas !!!!

Datang lah semua tentera istana sebanyak 300 orang untuk menghalang mereka semua.

Soy : Serang!!!

Para pemberontak itu mula menyerang para tentera raja di tanah lapang dekat dengan pintu masuk istana. Mereka terus berperang....

Gibar : mana Badar? Sepatutnya dia lah yang di hadapan...

Kemudian Zafar melompat di tengah peperangan itu dan ikut serta.

Zafar : kau siapa?
Gibar : kau siapa pula?
Zafar : aku pengikut Badar...
Gibar : mana Badar?
Zafar : dia pergi ke istana...
Gibar : Apa?!!

Mereka berperang sambil bertanya.. Tetapi Badar juga datang ke situ..

Zafar : eh kata nak pergi istana.
Badar : ramai ni.. kita tak ramai..

Badar pun mula buat tatapan mata nya... Seolah-olah itu adalah Core nya.

Badar : tatapan kacak..

Beberapa orang pengsan. Badar pindah tempat..

Badar : tatapan serius..

Pengsan dan Badar pindah tempat.

Badar : tatapan sambil sengih...
Gibar : pelik betul orang tu...
Soy : lupakan! Kita kena lawan pasukan penting raja..

Badar terus melompat jauh ke istana.

Gibar : ehh dia pergi mana pula tu. Sini tak habis lagi..
Zafar : tak apa, dia dah kurang kan sedikit orang..

.........................................

Dalam istana, di tempat duduk raja Naff..

Sarq : mereka sudah mula berperang.. kita tunggu apa lagi?
Raja Naff : sabar, masih ada orang kuat yang kamu kena lawan. Buat masa sekarang, biarkan mereka penat dulu. Hahahaha..!!
Tan : memang betul kata kau Ozen. Mereka bilangannya sedikit.
Ozen : kan..
Cara : tak perlu lawan mereka lebih baik..
Badar : tumpang tanya, mana penjara tahanan ya?
Ozen : tu kat sana.. belakang...
Badar : terima kasih...
Ozen : ehhhh!!!! Siapa kau ni?

Badar terus pergi dengan pantas tanpa menjawab soalan Ozen...

Raja Naff : tangkap dia!
Ozen : biar aku saja...

Ozen pun mengejar Badar.... Badar yang nampak sel tahanan Tama terus melompat laju ke arah Tama.

Badar : yahhhh Rider Kick...

Bussss!!! Sel tahanan Tama terhempas di dinding....

Badar : huuu berasap! Pesanan untuk Encik Tama...
Tama : siapa kau?!
Badar : Bunyamin Badar.. Aku bakal Raja Baru.. haahahha.. jom kita kalahkan Raja Naff...

Kata badar sambil menghulurkan tangan nya... Baru sahaja Tama maju meraih tangan Badar, ada sebatang anah panah meluru ke arah mereka.. Tama melihat Ozen sedang menuju ke mereka.

Tama : Ozen!
Badar : itu ke Ozen...

Mereka berdua terus melarikan diri.. mereka di tembak panah dengan banyak...

Badar : ahhh ganggu!!

Badar menangkap panah itu dengan tangan kosong dan melemparkan kembali pada Ozen.

Tama : oi macamana kau buat?
Badar : baling je lah..

Badar pun mengangkat Tama dan baling ke arah Ozen sehingga mereka terlempar ke arah peperangan...

Tama : apa kau buat bangkai?!!!
Tok Gama : Tama!! Nah pedang kau!!

Kata tok Gama yang terserempak dengan Tama.. dia baling dua pedang ke arah Tama. Badar juga turun di situ.. beberapa orang tentera ingin menyerang Badar dari belakang dan tok Gama terus bergerak dengan core kilat nya.. zash!!! Tentera itu rebah dengan sepantas kilat..

Badar : wah! Sungguh hebat untuk orang tua ya..
Tok Gama : huh, aku bukan orang biasa. Jiwa muda lagi walau tua..
Badar : hahaha jadi tok gama kena lah jadi pengikut saya nanti..

Badar terus pergi lagi ke arah istana..
Tok Gama masih kebingungan...

Tok Gama : woii apa maksud kau?!!
Gibar : tok, tak ada masa.. mari kita terus ke istana..
Tok Gama : baik lah..
Gibar : Soy!! Cepat. Biarkan mereka lawan..
Soy : ya betul...
Zafar : kena tinggal lagi...

Zafar terpaksa menahan semua tentera Naff kerana takut para pemberontak yang lain kalah..
Badar pula telah sampai di depan Raja Naff yang sedang duduk bermalasan di kerusi untuk raja.

Raja Naff : oh Badar?
Badar : nampaknya kau kenal aku...
Sarq : berani kau datang sini.. kau orang luar.
Cara : boleh tahan budak ni.. hehehe..
Tan : hmmmm..
Jay : sini kau!!!

Jay terus menyerang Badar namun di halang oleh Tok Gama sehingga Jay kembali ke tempat nya tadi.

Jay : tak guna...
Tan : jangan menyerang selagi Raja tak bagi perintah...
Jay : cis!
Sarq : mana ozen? Jangan-jangan dia dah di kalahkan...
Badar : dia aku lempar kat tanah tadi..
Sarq : berani sungguh! Hahaha..

Tok Gama, Soy dan Gibar hanya diam melihat mereka semua...

Badar : kamu bertiga kenapa dia..
Tok Gama : lihatlah mereka, semuanya memakai topeng..

Badar ingin melangkah menuju ke arah Raja Naff tetapi sekali lagi dia di halang oleh Ozen.

Ozen : tak guna kau baling aku macam baling batu ya..

Ozen terus menusur anak panah ke arah Badar sehingga Badar harus berpindah tempat di dalam istana.

Gibar : Badar!!
Soy : biarkan dia.. dia tahu apa yang dia buat..

Sarq : oh Soy. Ternyata kau ada keluarga. Apa kata kita lawan lepas aku bunuh anak perempuan kau dan isteri kau?
Soy : apa kau cakap?

Sarq terus menghilang...

Soy : mana dia pergi?
Tok Gama : Soy! Pergi ke rumah kamu.. dia nak membantai keluarga kamu!!
Soy : tidak.. tak mungkin..
Gibar : pergi Soy. Kami akan uruskan di sini..
Soy : tapi kamu cuma berdua..
Gibar : pergi jela!!!

Bersambung.....

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy