Home Buku Fantasi The New King
Bab 24
Pembantai


Badar kini ingin melakukan penyerangan di Desa Bahtera itu kerana penuh dengan sisi gelap walaupun indah. Mereka terlalu tamak dan serakah sehingga mengingin lebih lagi. Apatah lagi mereka dapat seorang pengguna Core yang mampu mengubah sesuatu menjadi benda paling bernilai. Di tempat perumahan hamba abdi itu, mereka semua setuju akan cadangan Badar walaupun fizikal mereka lemah. Zaman perbudakan akan berakhir secepatnya.


Badar : nampak nya desa bahtera ini esok akan menjadi desa berdarah!

Pak Maon : pilih lah orang dulu. Jangan main tembak je.

Zafar : betul tu..

Raza : jangan risau. Saya fikir, bila Badar bagi isyarat, kami akan menembak majikan kami dulu. Kemudian kami akan cari orang-orang yang jahat.

Sego : ya itulah sebaik-baik..

Fia : kami nak pak maon jadikan desa bahtera ini seperti semula.

Pak Maon : pak cik tak mahu menjadi ketua desa lagi.

Dirn : habis tu siapa? Kita nak harapkan siapa.

Pak Maon : entah lah. Kita fikirkan perkara ini lepas semuanya selesai.

Zafar : kemana kita pergi, selalu ada masalah macam ni.. selalu ada perang..

Badar : itu semua salah Raja benua! Mereka terlalu menginginkan kekuasaan...

Zafar : mana kau tahu..

Badar : yang penting aku ada urusan dengan raja benua.. lepas ni kita akan cari Raja Benua Ulala ni..


Benua Ulala berada di utara. Iaitu tempat Badar dan pengikutnya berada sekarang. Tujuan Badar ingin mencari Raja benua yang menguasai semua tempat di Benua Ulala ini..


Vax : Badar.. nanti kami ikut kau!

Badar : oh maafkan aku. Tak boleh.

Dirn : kenapa? Apa sebab kami tak ada core?

Badar : bukan begitu. Jika terlalu ramai yang ikut, kita akan jadi sasaran empuk kepada musuh.


Mereka yang ingin mengikuti Badar dalam perjalanan nya merasa kecewa.


Badar : macam ni je lah. Nanti bila aku di tabalkan menjadi Raja di sebuah negara. Kamu semua di alu-alukan datang dan jadi warganegara di sana.


Mendengar jawapan itu, mereka merasa gembira semula. Jadi apa yang mereka perlu lakukan hanya menunggu masa nya.


Badar : sekarang ni.. kita perlu membantai semua kejahatan yang ada di sini.

Zafar : apa rancangan kau?

Badar : kita lepaskan pengikut aku yang lain dulu.

Pak Maon : lepas tu?

Badar : tunggu isyarat saya, kemudian serang terus. Saya tahu polis di sini ramai..

Raza : ya betul tu. Tapi mana tempat berkumpul nanti 

Badar : gunung kiri. Dalam nya itu kita kumpul dan serang.

Zafar : betul juga. Tempat itu para petinggi tinggal.

Badar : tapi jangan apa-apa kan Mak Nrun. Sentuh pun jangan.

Sego : apa? Kenapa? Bukan lebih senang kalahkan Nrun kalau kita guna mak dia?

Badar : tak baik main mak mak ni. Dosa.

Zafar : ya kita kena tunjukkan bahawa kita orang yang berperikemanusiaan!


Mereka membenarkan kata Badar dan tidak akan menyerang Mak Nrun. Malam itu, semua orang terus tidur selepas bermesyuarat bersama. Kecuali Badar yang mendaki gunung kiri itu hingga ke puncak. Sesampai nya dia di sana, Badar duduk bersila. Dia memandang langit...


Badar : Ya Sami' ... Sungguh tak aku sangka manusia boleh bertindak kejam. Andai kan manusia bersatu hati. Wahai Ya Alim, engkau mengetahui apa yang tidak ku ketahui. Jadi izinkan aku untuk menyelamatkan desa ini....


Esoknya,... Semua orang saling memandang antara satu sama lain.


Zafar : jangan menunjukkan tindakan yang curiga. Buat biasa saja!!


Semua orang pergi...


Pak Maon : penjara ada di dinding kanan, gunung kiri.

Badar : baiklah..


Badar dan Zafar memakai kain untuk menutup wajah mereka. Dengan cara yang senyap, mereka pantas menyembunyikan diri lalu masuk ke dalam gunung kiri itu. Setelah itu berlari dan melompat dari atas bumbung rumah-rumah yang ada di situ. Mereka sampai di depan penjara yang di duduki Tama dan Heigo itu dengan senyap.


Heigo : Badar!

Badar : syuhh.. rosak rancangan aku nanti..

Tama : tapi gari ni..?

Zafar : Badar cuba kau hancurkan. Kau kan kalis dengan ancore ni?

Tama : ya , Crisa cakap ancore tidak berkesan dengan orang yang ada Core Raja.

Badar : ya lah. Aku cuba.


Badar memegang gari itu dengan dan menggengam kuat gari ancore itu. Anehnya, Badar cuma perlu menarik gari itu seperti menarik daun kering di pokok yang layu.


Zafar : memang betul lah cakap Crisa.

Badar : dah jom..

Tama : tunggu, Ada Ozen.

Zafar : Ozen?

Badar : ahh ikut lah sekali.. cepat..


Tiba-tiba siren berbunyi tanda kecemasan..


Polis : ada pencerobohan!!!

Polis 2 : dekat penjara! Semua pergi sana.


Mereka semua terpaksa melarikan diri dengan cepat. Jadi mereka tidak sempat menyelamat Gelana dan Delima. Tetapi malang sekali, Heigo tertangkap kerana dia perlahan.


Heigo : tidak!!

Badar : Heigo?!!

Heigo : pergi ja!!

Tama : aku kena cari pedang aku dulu.

Badar : betul juga!


Mereka terpaksa meninggalkan Heigo. Sementara itu...


Gul : macamana ni? Nampak nya pengacau dah mula bergerak.

Kaja : kalau macam tu. Kita cepatkan lelongan hamba ni..


Mereka pun menyuruh para polis mengumpulkan tahanan-tahanan untuk di bawah ke dewan lelongan hamba sahaya. Para tahanan itu berbaris di bawa ke dewan tersebut. Di situ Heigo terserempak dengan Gelana dan Delima.


Heigo : Gelana!

Gelana : Heigo! Kenapa jadi macam ni?

Heigo : kita diperangkap! Dia orang sengaja tak bagi tahu peraturan agar kita di tangkap dan di jual.

Delima : peraturan apa?

Heigo : kalau tak ada kad dan gelang pengunjung, kita boleh di jual..


Mereka semua di bawa ke pentas dalam dewan itu. Waktu sekarang 8.55 pagi!


Pengacara : selamat datang ke lelongan hamba sahaya. Budak-budak yang di sedia kan ini semuanya hamba baru.


Semua para tahanan sudah di susun mengikut tempat masing-masing di pentas itu.


"Wah ada perempuan cantik hehehe"


"Aku nak beli dua, seorang jadi meja, seorang lagi jadi kerusi aku"


"Ada orang badan besar? Aku nak buat tempat lepas geram aku"


Pembeli-pembeli di sana sudah tidak sabar untuk membeli hamba baru. Hebohlah suasana di dewan itu.


Pengacara : sabar semua. Masih ada 3 minit lagi. Kita akan mula kan dari hujung dulu ya.. hahaha!!


"Bagus lah semua badan berisi! Aku perlukan penarik kereta besar aku"


"Semua ni mesti mahal, untung aku ada emas banyak"..


Pengacara : baiklah.. kita mulakan..  yang pertama badan besar. Ini orang luar ni.. kita mulakan dengan 100 ribu perak!


"Saya beli 150 ribu Perak"


"Ahhh aku punya. 200 ribu Perak"


Maka para pembeli berebut mahu membeli hamba itu. Sehingga lah ke tengah. Orang itu ialah Crisa!!


Pengacara : ya ini Crisa. Gadis yang kita letak di dalam Maze book.


"Wahh macam mana dia boleh keluar dari sana"


Pengacara : kalau kamu semua nak tahu, dia sudah membaca semua buku yang ada di Maze book!! Jadi kita mulakan dengan 900 ribu Perak!!!

Clara : 950 ribu Perak!!

Pengacara : nampak nya ada yang membida harga yang mahal!! Ada siapa lagi?


"1 emas!"


Clara : tak guna .. 1 emas 500 ribu Perak!!


Semua terdiam..


Pengacara : wah kaya ya cik adik kita ni.. ada siapa lagi?

Clara : harap tak ada yang beli kakak aku.. aku cuma ada 3 emas je ni.. aku kumpul sepanjang hidup aku.


"2 emas"


"2 emas 199 Perak"


"2 emas 300 perak"


Clara : ah sudah...


"2 emas 600 Perak"


Pengacara : mahal betul gadis yang bernama Crisa. Semakin banyak ilmu pengetahuan, semakin mahal harga hamba..


"2 emas 800 Perak"


Pengacara : ada sesiapa nak tambah? 2 emas 800 perak! Satu!


Semua nya masih diam ... Tidak ada yang menawarkan harga lagi..


Clara : yes menang!

Pengacara : dua!

Clara : 3 emas!!!


Pengacara : yeahhh kita ada harga terbaru.. kita akan jual kepada cik kita ni dengan harga 3 em...


"10 emas!!"


Pengacara : apa?! 10 emas?!! Kita jual dengan tuan...

Clara : tidak!!


Clara tidak dapat membeli Crisa. Clara terus keluar dari dewan itu. Baru sahaja orang itu membayar 10 emas....


Badar : berhenti!!


Semua orang memandang Badar. Ternyata Badar dan pengikutnya nya bersembunyi di tengah tempat duduk dalam dewan itu.


Badar : muak nya aku tengok perangai kamu semua ...

Zafar : aku tengok pun dah benci... Tak guna..


"Ahh apa kau cakap?"


"Kalau benci main kat luar lah budak!"


"Kau jangan sampai aku beli kau, memang aku pijak-pijak"


Badar : Tama...


Tama memandang Badar..


Badar : tebas semua!


Tama pun tak tunggu lama. Dia menggunakan dua pedang dengan teknik anginnya. Dia menghayun kan dua pedang nya secara bersamaan dan menghilang dari pandangan..


Tama : tebasan bayu dalam angin!


Dia dengan cepat tanpa di lihat orang lain menebas setiap orang-orang yang ada disitu. Semua orang tiba-tiba kesakitan dan mati...


Tama : pembantaian selesai..!!


Badar naik ke atas pentas itu.


Badar : lepas kan mereka!

Crisa : Badar!


Pengacara itu berdiri tegak seperti patung.


Badar : kau dengar tak! Lepaskan semua nya!


Para polis mula memasuki area dewan tersebut. Mereka mengepung Badar.


Badar : jangan degil!


Badar mengeluarkan aura yang kuat sehinggakan semua polis terus rebah dan pengsan termasuk pengacara itu.

Badar melepaskan para tahanan dengan menghancurkan gari tersebut.


Badar : lari dan jangan datang lagi.

Delima : saya dah agak Badar akan tolong kita.

Gelana : nama pun raja kan..


Delima melompat-lompat dan hampir memeluk Badar.


Badar : syuh jauh sikit.

Delima : hmm ya..

Crisa : terima kasih Badar..


Crisa menitiskan airmata nya. Belum pernah dia di bela oleh seseorang seperti itu. Dia terus menangis teresak-esak...


Badar : jangan risau Crisa. Kalau kau ikut aku. Aku akan pastikan kau tidak akan menangis teresak esak lagi tetapi ketawa terbahak-bahak!!!

Crisa : Badar.....

Zafar : dah jom lari..

Badar : macamana dengan isyarat..

Zafar : kita kena pergi ke pintu masuk utama gunung ni .. tujuan kita pecah kan dinding gunung ni sebagai tanda isyarat!


Kemudian ada orang di situ menyaoa mereka.


Man : Badar! Mana kau pergi?

Badar : eh man? Kau yang hilang..

Man : buat apa ni?

Badar : bebas kan penduduk desa!


Sampai sahaja mereka di pintu utama itu.


Zafar : first chance!!


Zafar terus menumbuk dinding gunung itu dan membuatkan gunung kiri itu berlubang..


Raza : itu isyarat nya!


Para hamba itu terus mengacukan pistol ke arah Majikan mereka dan menembak mati mereka semua.


Gelana : kejam nya...

Badar : desa bahtera dah menjadi desa berdarah...


Ketua polis datang dengan pasukan nya.


Gul : oi Bodoh!!!!


Gul mengeluarkan api biru dan ingin menyerang Badar namun dengan aura Badar , api biru nya kembali ke arah Gul dan pasukan nya.


Gul : tak guna kau! Macamana kau boleh sekuat itu?


Api biru itu membakar setengah dari pasukan polisnya. Ramai yang menjerit dengan kuat kerana api membakar tubuh mereka. Ada yang cuba memadam kan dengan barang-barang di kedai yang ada di situ. Itu membuatkan sebahagian kedai yang ada turut terbakar.


Heigo : ini macam perang dunia...

Ozen : aku boleh padam kan api ni.

Tama : jangan! Biar Badar buat keputusan.


Gul yang tak puas hati mula marah. Api biru menjadi besar dan marak di tubuh nya.


Gul : siapa kau?!!!


Badar dengan tenang ....


Badar : Bunyamin Badar, Bakal Raja Baru!


Bersambung....



Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy