Home Buku Fantasi The New King
Bab 80

Mesti Ada


Raja Badik, Kota Batu dari Negeri Darpa membuat pesta makan untuk rakyat yang mengupah seramai 100 orang tukang masak di seluruh benua.

Mereka semua berada di bilik mesyuarat pada petang itu untuk membincangkan masakkan apa yang harus di hidangkan. Di situ ada juga Badar yang ikut dalam mesyuarat itu. Delima dan Heigo berada di pasar untuk membeli bahan mentah untuk perjalanan selanjutnya.


Delima : kenapa banyak bahan mentah habis ni?

Heigo : mungkin sebab esok ada pesta makan. Jadi semuanya sudah di beli.

Delima : mana cukup ni.

Heigo : tak apa la. Lagi kan kita bukan nak berangkat hari ni..

Delima : ya tak ya lah. Kalau macam tu.. jom balik...


Sedangkan yang lain berada di bilik masing-masing. Man sudah tertidur di katil nya. Zafar, Tama, dan Ozen pula berbincang kan sesuatu di katil mereka.


Zafar : kita tak boleh rasa selesa dengan apa yang kita dapat.

Tama : ya. Mungkin ini perangkap.

Ozen : Raja Badik terlalu baik dengan Badar.

Zafar : betul tu. Kalau Badar, aku boleh terima lah. Dia memang cepat dekat dengan orang. Yang lain aku belum pasti.

Ozen : kita kena berjaga-jaga biar tak kena tipu.


Tama bangun kerana ingin keluar dari bilik.


Zafar : kau nak pergi mana ?

Tama : aku nak berlatih. Masih ada elemen yang belum aku kawal.

Ozen : rehat lah. Tengok Man. Dah tidur.

Tama : hari masih siang. Kalau nak tidur biar malam.


Zafar dan Ozen mengiyakan sahaja yang dikehendaki Tama. Ketika dia baru keluar dari bilik, salah satu pengawal mendekati nya.


Pengawal : Tuan nak pergi mana?

Tama : ada tak tempat latihan?

Pengawal : oh mari saya tunjukkan..

Tama : tak apa, bagitahu saja.

Pengawal : tak boleh Tuan, kami semua di arahkan untuk mengawal setiap seorang dari kelompok Badarien jika mereka mahu kemana-mana.


Zafar terus meluru ke pintu.


Zafar : Kami ?

Pengawal : ya. Raja Badik telah menyiapkan pengawal tuan-tuan semua.


Kata pengawal itu sambil menunjukkan beberapa pengawal yang berdiri di tepi dinding itu. Tama dan Zafar saling berpandangan penuh curiga. Zafar memberi isyarat untuk mengikuti saja arahan itu.


Tama : baiklah pengawal, tunjuk kan aku jalan nya. Oh sedia kan air untuk aku minum.

Pengawal : baik tuan!


Tama pun pergi menuju tempat latihan. Zafar menutup pintu.

Di ruangan mesyuarat pula,...


Raja Badik : ok semua faham?

100 Chef : faham...

Badar : izin kan saya menambahkan sesuatu.

Badik : oh silakan sahabatku..

Badar : saya mahu makanan yang nama nya Ayam masak merah.


Semua chef terkejut mendengar itu kerana mereka tidak beberapa mahir dengan masakan begitu.


Chef 1 : boleh tahu.. apa bahan masakannya tu?

Badar : errr ayam ?

Chef 3 : ya kami tahu.. tapi resepi nya apa?

Badar : dia ada cili, ada macam sayur hijau kecil yang di potong halus lepas siap tu.


Mereka semua menundukkan kepala dan ada yang menepuk dahi.


Chef 4 : dari mana datang ayam masak merah ni.. kita kurangi dulu.

Chef : yaa. Chef dari Benua yang tidak tahu ayam masak merah sila keluar.

Badar : dari benua ulala kot?


Malangnya semua mahu keluar dari bilik itu.


Badik : siapa keluar saya hukum!


Maka chef tadi semua duduk semula.


Badik : macam ni saja lah.. kalau kita berdebat , bila nak masak kan? Bila nak pesta nya ? Esok pagi harus siap.

Badar : kalau masak malam ni, nanti chef akan kekurangan tenaga.. apa kata masak esok. Tapi bangun awal dalam pukul 3 pagi?

Chef 5 : haaa yang ni saya setuju!


Badik meletakkan dua jari ke bibirnya dan berfikir.


Badik : saya rasa, saya patut ubah waktu nya. Lebih elok kalau di buat pestanya pada tengah hari.. kalau pagi, orang tak makan banyak.

Chef 60 : saya setuju Tuanku!

Chef 100 : tapi macamana dengan masakan yang di minta tadi?

Badar : eeerr tak apa lah.. tak payah buat..


Badik jadi kurang selesa...


Badik : ohhh berani kamu semua memalukan beta! Apa yang terjadi, ayam masak merah mesti ada esok!


Chef di situ merasa kurang senang dengan permintaan itu. Ini bermakna mereka harus membuat sendiri resepi itu. Mencuba , buang dan cuba lagi sampai jadi.


Badar : eehh tak apa lah..

Badik : tidak sahabat ku.. aku tak mahu harga diri aku di rendah kan..

Badar : hehehe.. errrr... Aduh...

Badik : siapa yang dapat masak masakan itu, beta akan bayar 3 kali ganda upah nya.

Chef 3 : wah itu nilai yang banyak.

Chef 45 : tapi tetap saja kami kena cuba dulu..


Tiba-tiba ada seseorang chef mengangkat tangan dengan santai dan tersenyum sinis...


Badik : ya kenapa?

Chef 18 : saya boleh masak makanan itu, tuan ku...

Badik : wah bagus sekali. Ini lah orang yang kita nak. Ada tekad. Siapa nama kamu wahai wanita muda ?

Chef 18 : huh.. nama patik, Shaky..

Badar : eh nama lelaki tu...

Shaky : mana ada. Nama perempuan la tu.. tak percaya pergi lah ke benua kami.

Badar : benua apa? 

Shaky : benua Aralana...

Badar : tempat Lacus...


Hari sudah pun malam, para chef itu semua mula melakukan tugas mereka. Malam itu mereka lebih fokus untuk mengangkat bahan makanan ke dapur istana yang besar itu. Hampir saja seluas padang. Mereka menyusun setiap meja untuk tempat masak dan untuk setiap menu hidangan itu. Ada 3 hidangan utama dan 10 kepelbagaian makanan. Itu bergantung kepada chef. Cuma ada satu hidangan yang harus di buat kerana itu permintaan khas.


Badar masuk ke bilik lelaki untuk berehat...


Man : Badar.. mana kau pergi? Lama nya.

Badar : biasa lah. Ada perjumpaan dengan chef tadi.. susah juga ya jadi Raja. Aku perhatikan je Raja Badik tadi kerja . Fuh..

Zafar : ada benda yang pelik tak ?

Badar : maksud kau?

Zafar : macam benda-benda yang buat kau rasa curiga...

Badar : tak ada lah. Tak semua raja jahat. Tak kan lah setiap kali kita pergi ke satu kota, Raja kota tu kita nak lawan... Ok je aku rasa.. kau ni berlebihan.

Ozen : bukan berlebihan.. kami cuma berjaga-jaga..

Badar : haaa ye lah.. aku nak baring kejap..


Dia terus merebahkan dirinya di atas katil.


Badar : fuh lembut tilam ni..

Heigo : Badar, .. makanan tak ada ke?

Badar : ah nanti lah. Bagi lah aku rehat dulu.. tak pun minta pengawal tu hantar kan makanan.

Heigo : eh boleh ke? Wah layanan istimewa...


Heigo terus meluru ke arah pintu dan menyuruh pengawal itu membawakan makan malam untuk mereka semua.


Heigo : hehehe.. macam ni rasa nya jadi bos ... Eh yang perempuan ni dah makan belum ya?


Heigo pergi ke pintu sebelah, tempat bilik perempuan. Dia mengetuk pintu.. Werza membuka pintu.


Heigo : amboi, bukan main tertutup lagi ya.. tak keluar langsung ya kau orang..

Werza : hehehe.. ada apa?

Heigo : dah makan belum?

Crisa : belum woi!!


Jerit Crisa dari dalam. Heigo terus memberitahu kepada pengawal itu.

Di dapur, pengawal itu terus memberitahu chef yang ada di situ.


Pengawal : bawa makanan untuk bilik tetamu raja!

Chef 37 : kami tengah sibuk ni..

Shaky : malas lah.

Chef 19 : tak apa. Biarkan aku masak. Aku tak ada kerja ni...

Pengawal : baik lah.. nanti hantar. Aku ada berkawal di depan pintu bilik tetamu tu...

Chef 19 : ok!


Setengah jam kemudian datang lah makanan yang di minta oleh heigo tadi.


Heigo : aduh.  Daging lagi.. 


Badar terus bangun tanpa mencuci muka terus makan..


Badar : eh makan lah. Jangan tinggal..


Mereka pun teruskan makan.


Badar : eh mana Tama ?

Ozen : dia berlatih nak kawal elemen dia.

Badar : .......... Makanan tu penting untuk badan. Tinggal kan sedikit untuk Tama. Aku yang akan hantar.

Man : biar aku hantarkan.

Badar : tidak.. kita semua ikut.. kita kena tolong chef tu angkat barang, susun barang semua tu.

Ozen : ohh. Boleh lah. Aku dah bosan duduk dalam bilik ni.


Selesai makan, Badar mengetuk pintu bilik perempuan untuk mengajak mereka. Tapi sebelum itu mereka kena pergi ke tempat latihan Tama. Ada pengawal yang mengiringi mereka...


Sampai di sana, Tama masih berlatih dengan tidak berbaju. Tersentak Tama ambil baju nya dan terus pakai apabila melihat tiga perempuan itu ikut bersama.


Tama : kenapa ni? Ada peperangan ke?

Crisa : otak kau lah.. tengah damai ni.. 


Crisa menarik nafas panjang.


Crisa : segar nya Taman ni..


Rupa-rupanya Tama berlatih di taman yang banyak pokok nya.


Delima : biasa lah malam..

Ozen : ni makan ni. Badar bawa kan untuk kau..


Tama terus duduk dan makan.. Badar memberitahu nya untuk menolong para chef.


Zafar : aman damai tenteram betul taman ni.. pemandangan pun segar.

Man : lama betul kau berlatih.

Tama : biasa lah. Weak type.

Werza : cepat makan. Kita nak pergi kerja ni..

Tama : sabar lah..

Badar : delima, urut badan aku jap.


Ujar Badar sambil duduk.


Badar : ni dari bahu sampai bawah ni. Urut.

Delima : baiklah.

Heigo : ehh sedapnya kau suruh-suruh orang...

Badar : Tama tebas dia.

Tama : baiklah.

Heigo : aku gurau, gurau lah. Silakan tuanku..

Badar : bukan apa, sakit badan pula.


Delima yang urut badan Badar juga merasakan yang dikatakan Badar itu benar.


Delima : keras nya badan Awak..


Berbunyi-bunyi badan Badar bila di urut.


Man : mak ai, dah lama tak urut ni ...

Ozen : biasa lah. Orang dari 300 tahun dulu..


Mereka tertawa kecil. Ozen pun cuba urut badan Tama.


Tama : apa kau buat ni?

Ozen : urut lah.. kau pun dah lama tak urut..

Badar : geli pula aku tengok. Esok kita cari tukang urut ..


Pengawal yang ada di situ menyampuk perbualan mereka.


Pengawal : di sini ada tukang urut. Kalau nak kami boleh panggil kan.

Man : lelaki ke perempuan?

Pengawal : kebanyakan nya lah perempuan.

Man : ok . Panggil kan mereka sekarang..


Salah satu dari pengawal itu pergi mencari tukang urut... Dan akhirnya, mereka semua dapat merehatkan diri dengan urutan. Mereka semua di bawa di tempat bilik urut... Satu jam kemudian....


Badar : hebatlah. Ringan badan aku..

Tukang urut : kami juga menyediakan perkhidmatan berbekam tuan.

Badar : eh betul ke? Boleh lah. Semua sekali.

Ozen : apa?

Badar : yang Tama tu, awak bagi banyak sikit. Dia tu banyak darah kotor.

Tama : ya ke? Bila?


Selesai semua itu, mereka pergi menolong para Chef sehingga pukul 11:30 malam. Kemudian kesemuanya tidur untuk bangun pukul 3 pagi. Setelah itu, para chef mula memasak makanan yang di minta... Tetapi....


Chef 86 : berhenti memasak semua!

Chef 48 : kenapa? Bahan masakan kita ada racun!

Shaky : pergi lapor kan kepada Raja...

Chef : ya !

Chef 1 : bahaya betul. Nasib kita tak masak semua....

Chef 2 : ya apa yang dah jadi?

Chef 38 : kau kau orang tak periksa ke tadi?

Chef 98 : dah. Kumpulan kami dah periksa awal-awal lagi. Malahan hampir 3 kali.

Chef 88 : betul tu. Masa tengah masak tiba-tiba ada racun. Pelik..

Chef 1 : bermakna, ada orang yang cuba menggagalkan pesta makan ni...


Bersambung...



Previous: Bab 79
Next: Info#8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy