Home Buku Fantasi The New King
Bab 48
Konflik



Sudah seminggu Badar menunggu mereka kembali di atas batu itu namun hampa. Setelah tahu Badar ternyata hanya Raja Buangan, sangat sukar untuk di terima oleh mereka.. jika mereka meneruskan pengembaraan bermakna apa yang mereka buat hanya sia-sia.

Zafar menjenguk Badar yang sedang duduk di atas batu itu.


Badar: ada apa-apa berita tak?

Zafar : tak ada..


Zafar menjadi sayu melihat Badar yang murung seperti itu. Badar memang orang setia kawan.. jika itu Zafar, dia sudah lama mencari orang lain. Mungkin Badar perlukan masa untuk memulihkan fikiran nya....

Mereka bertiga tinggal di rumah kecil Zakaria itu. Tama juga membantu Zakaria sedikit. Kadangkala Tama berlatih sendirian.


2 minggu kemudian,....


Badar : ada apa-apa khabar?

Zafar : tak ada .. ni makan daging ni. Pari-pari buat.


Badar hanya makan sedikit.


Badar : tak ada selera. Kau habiskan la.

Zafar : Badar, aku nak pinjam kuda kau.

Badar : haa pakai lah..


Zafar sebenarnya ingin mencari mereka semua dengan kuda itu pergerakan nya cepat... Mereka semua ada di Kampung sutera... Tetapi berpecah tempat... Heigo, Gelana dan Delima tinggal di bukit, sedang kan Man tinggal bersama keluarga angkat nya di kampung itu. Crisa pula menjadi penulis buku di kampung itu untuk menyara hidup. Sedangkan Ozen menjadi nelayan.


Zafar : ok semua orang aku dah jumpa...


Zafar belum bertemu secara langsung. Dia hanya mengintai dari jauh tindak tanduk mereka. Sudah 3 hari dia berada di sana memikirkan cara untuk mengajak mereka kembali..


Zafar : mungkin aku kena ajak dia orang satu persatu.. tapi siapa dulu? Hmmm haaa Crisa!


Dia pun mendatangi Crisa di tempat menulis buku.


Crisa : apa kau buat sini? Kelompok Badarien dah berpecah. Tak payah lah pujuk aku...


Belum sempat mengeluarkan kata-kata, Crisa sudah membebel dan pergi... Begitu juga yang terjadi ketika Zafar bertemu dengan Ozen dan yang lain nya...


Ozen : tak boleh. Baik aku hidup macam ni.. santai. Balik je makan ..


Zafar pergi dengan perasaan kecewa. Namun dia tetap cuba lagi...


Man : tak nak aku. Gila ke aku nak bahaya kan nyawa aku untuk Raja buangan...


Mereka terus mengutuk Badar namun hanya menyebut Badar sebagai Raja Buangan...


Heigo : suruh lah raja buangan tu balik je..

Gelana : ya betul tu ..

Delima : errrr saya ikut je...


Zafar pergi kerana merasa kecewa yang teramat pedih.... Sesampai nya dia ke rumah kecil itu, dia terus ke tanah lapang... Kelihatan Badar masih duduk tertunduk..


Tama : dah 3 minggu dia macam tu. Makan pun sikit. Badar kan makan kuat..

Zafar : itu lah yang aku risau.. Dia tak macam diri dia.. faham ?

Tama : kalau kau pergi dekat dia, dia akan tanya perkara yang sama..

Zafar : sebab tu aku tak pergi dekat dia...

Tama: ok lah. Aku nak berlatih pedang...

Zafar : esok kau pula pergi.. pujuk lah mereka .

Tama : hmm haish. Ya lah .


Tama terus pergi berlatih. Zafar masuk ke rumah Zakaria..


Zakaria : macamana?

Zafar : tak nak juga..


Zafar menggeleng kan kepala nya. Dan baring melentang melihat syiling..


Zafar : apa Core kau?

Zakaria : Pedang ... Type Raja

Zafar : hmm macam Badar.. ada juga pedang raja walaupun bukan itu core dia...

Zakaria : biasa lah tu.

Zafar : aku sepatutnya panggil kau abang sebab usia kau dah beratus tahun. Tapi bila tengok kau masih muda.. rasa macam tak kena je..

Zakaria : hahaha. Tak apa.. Zakaria saja...


4 minggu kemudian.....


Tama : tak dapat lah pujuk...

Zafar : kalau macam tu. Kita hanya kena tunggu Badar.. tapi kalau terlalu lama .. aku nak pergi balik ke kota tempil semula ..


Di suatu tempat yang bernama Kota Tempil...


Wada : Ayahanda! Ayahanda!

Raja Tadaka : kenapa? Ada apa?

Wada : ni kertas ni. Tak keluar berita pun pasal kelompok Badarien?

Raja Tadaka : buat terkejut je . Mungkin mereka tengah rehat.. biasa dalam seminggu ada cerita pasal diorang..

Raja Tadaka : entah lah. Semenjak bintang raja tu muncul , senyap dah wartawan .  Hahaha ...


Kertas itu adalah kertas ajaib dimana dapat mengeluarkan berita apa saja. Sudah tentu zaman ini ada wartawan. Wartawan ada di mana-mana untuk menulis cerita. kertas ajaib itu dapat mengeluarkan berita dengan hanya sentuh dan keluar lah berita-berita semasa.


Raja Tadaka : Zafar ... Dia dalam bahaya ke?


Sementara itu di kota Lahar.... Gibar sedang makan di restoran Soy cuba mencari berita tentang Badar...


Gibar : aik pelik?

Soy : kenapa?

Gibar : tak da berita tentang Badar..


Sara membawa pinggan nasi ke meja Gibar dan Soy.


Gibar : ehhh dah pandai dia.  Kecil lagi dah tolong mak ya?

Sara : saya rajin.  Hihihi..

Gibar : alaa comel... Hahaha..


Sara pun terus berlari ke dapur.


Soy : hati-hati sara. Jangan lari!

Gibar : kali terakhir berita tentang Badar semasa di kota malam..

Soy : ya. Sepatut nya mereka sudah berangkat ke benua Bawasa. Itu berita terakhir kan?

Gibar : yaa.. 


Gibar membuka berita lama tentang Tama..


Soy : kau asyik buka berita tu je.

Gibar : tak ada lah.. geram aku tengok Core Tama ni.. hahaha . Dah ada elemen bayu pula..

Soy : dia pun dah jadi semakin kuat .. baguslah.. pengalaman dalam pengembaraan...


Di suatu tempat lain pula, desa Bahtera....


Pak Maon : Clara, ambil kan buku kisah Ikan dan mata kail tu.. 

Clara : kejap...


Clara pun pergi mengambil buku itu.


Clara : nah... Kenapa dengan buku ni?

Pak Maon : tak ada apa . Buku ni masih belum ada yang terjual. Padahal cerita ni bagus.

Clara : siapa penulis nya ?

Pak Maon : hehehe.. pak cik lah nak.. hahaha..

Clara : patut lah tak ada orang beli. Cerita kuno macam tu siapa nak baca...

Pak Maon : erggg.. sakit nya hati ku ..


Clara mengambil kertas ajaib itu dan membuka berita utama. Namun hanya berita biasa...


Clara : hmm.. kenapa ni?

Pak Maon : kamu risau ya? Tak payah lah risau. Pandai lah Crisa tu jaga diri..

Clara : masalahnya dah sebulan lebih tak ada berita ni.. entah apa yang terjadi ni...

Pak Maon : entah lah nak... Hahaha...


Setahun kemudian .......


Raja Benua Bawasa : hahaha.. agak nya si Badar tu dah mati kot... Ittulah berlagak kuat.. kan dah tak ada apa... Setahun tak ada khabar berita. Itu khabar baik buat aku ... Hahaha...


Di negeri Nolko, Benua Ulala....


Yusyak : tak boleh jadi ni. Aku kena pergi ke sana juga... Tak ada berita dah setahun lebih....


........................................................................


Kita berpindah dulu di suatu tempat, di Benua Aralana. Benua Aralana menjadi pusat berita terbesar kerana semua pekerja nya ada di semua tempat di benua. Para wartawan biasa nya berkerja secara tertutup dan bersembunyi... 


Lacus : haaaa bosan nya... Tak ada berita bagus ke?


Dia campak kertas itu di pejabatnya. Lacus ialah seorang wartawan dalam bidang penulisan dan editor. Sebelum ini, dia lah yang menulis cerita tentang kelompok Badarien dari cerita wartawan-wartawan yang lain. Ketika menulis  berita tentang Badar entah kenapa dia bersemangat dan merasakan seolah-olah dia ada di sana mengikut pengembaraan mereka. Namun sudah setahun lebih, tiada khabar berita mengenai Kelompok Badarien. Kali terakhir adalah berita rumor atau dengar cerita bahawa kelompok itu sudah berpecah. Dia tidak mahu menulis berita tentang perpecahan kelompok itu. Jadi dia menyuruh editor lain untuk menulis nya.


Oleh itu, dia kini bergaji kecil kerana tiada banyak berita. Kehilangan kelompok Badar membuatkan dirinya tidak bersemangat untuk menulis cerita lain ... Dia juga di lecehkan oleh orang-orang kota di situ. Ada yang membaling renyukan kertas, ada yang baling tomato dan ada yang baling tanah ke arah nya. Malam itu, dia keluar untuk  ke Bar...


Lacus : haaaa....


Dia teruskan berjalan sambil menyala kan rokok nya... Sampai di Bar dia meletakkan topi nya di atas meja.


Lacus : black Coffee please...

Xder : kau ada duit ke nak bayar ni?

Lacus : ada lah ... Gaji bayar.. hehe..

Xder : hutang kau minum di sini pun baru separuh terbayar.. apa nak jadi dengan kau? Padahal kau tu penulis berita yang bagus.

Lacus : memanglah. Tapi tak ada berita yang bagus..


Lacus wajahnya suram saja. Tenang tetapi kelihatan orang nya banyak berfikir...


*Xder tu sebutan nya.. Zder ya. Saja tukar X. 😂


Xder : ambil je la apa-apa berita. Janji ada duit lebih 

Lacus : tapi aku tak dapat kepuasan..

Xder : tak payah lah obses sangat dengan kelompok Badarien tu. Itu si Badar tu hanya bernasib baik Raja benua tu mati.. kalau tak, tak mungkin dia menang..

Lacus : huh. .. kalau dia kalah. Kenapa dia dapat restu raja? Di sebab kan dia kita tahu ada syarat nak jadi raja benua. Raja benua yang sekarang boleh di ganti!

Xder : syuhhh perlahankan suara kau tu.. nanti ada pengikut raja benua macamana?


Bersambung..... 



Previous: Bab 47
Next: Bab 49

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy