Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku Cantik?
Sinopsis/blurb Aku Cantik Ke?


 

 SINOPSIS/BLURB AKU CANTIK KE?

 

Rima seorang gadis yang tidak percaya pada cinta. Dia juga tidak sedar dirinya cantik dan comel. Sebaliknya Juki dapat ‘melihat’ apa yang Rima tidak sedari. Namun hati Rima telah terkunci untuk dicintai dan mencintai.


Juki- “Bila aku dah habis belajar dan dah dapat kerja nanti, aku pinang kau ya? Aku tak main-main. Sungguh-sungguh ni!”


Rima- “Kak ngah! Cuba terangkan pada Juki ni, kita dengan Juki saudara kan? Mana boleh nak pinang-pinang pulak? Lagi pun bila adik nak kahwin nanti bukan dengan Juki!”


Juki yang membesar bersama Rima tetap bersabar menanti jawapan sejak sembilan tahun yang lalu. Dia faham Rima perlukan masa untuk menjadi gadis yang matang.


Ketika Sulaiman hadir untuk mengintai-ngintai ruang di hatinya, Rima mulai tertanya-tanya itukah cinta? Rima jadi tidak menentu. Wajah Sulaiman asyik terbayang di ruang fikirnya.


Rima mulai keliru untuk memilih di antara Juki dan Sulaiman. Haruskah dia melepaskan kedua-duanya? Apa perlunya cinta jika terpaksa korbankan perasaan? Gugur air mata Rima ketika berada di dua persimpangan. Namun, jodoh itu rahsia Allah. Tiada siapa tahu apa akan terjadi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.