"I need coffee. You?”
“Satu gelas teh
tarik lagi ya.”
Bila pandangan
tanya Taufiq singgah di matanya pula, Amy cepat-cepat menggeleng. Dia sudah
penuh. Tetapi lelaki berdua itu, selagi tidak selesai sesi borak, bergelas-gelas
minuman panas mereka pesan.
“Ada special desert tak kat sini? Apa yang best?”
soal Taufiq pada Amy.
Amy jungkit bahu
sedikit, “Ada kot, selalunya caramel.”
Taufiq bertanya
pula kepada pelayan itu, “Ada kek?”
“Kek, tak ada
encik, minta maaf,” jawab pelayan itu dengan senyuman.
“Habis, apa yang
you ada? Tak lengkap makan malam tanpa
desert ni.”
“Kami cuma ada caramel, pudding, ice-cream…”
Pantas Taufiq tergeleng-geleng. Tak setuju la
tu. Bingkas dia sambil berbisik memberitahu Amy, dia hendak lihat pencuci mulut
di freezer sana.
Waktu Taufiq melihat-lihat pencuci mulut,
cepat-cepat Amy bisik kepada Azree, “Macam mana ni Yang, nampak macam tak
berjaya je misi kita ni?”
“Misi awaklah, bukan misi saya…” usik Azree.
Amy angkat garpu
dan dituju-tujukan kepada suaminya. Tanpa mahu mengalah Azree angkat pula
sudunya, turut mengacah-acahkan ke arah Amy. Sudah ibarat bermain lawan pedang
pula gaya mereka berdua.
Bila langkah Taufiq
makin menghampiri, cepat-cepat mereka letakkan semula ‘pedang’ lalu mengukir senyum.
Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
“Ada ke bang?”
soal Amy sambil memegang Rayyan yang ketawa kerana melarikan diri dari dikejar
Rayzel. Jam menginjak sepuluh malam, perut dah penuh dengan French fries, namun mata keduanya masih
segar bugar. Masih lincah bermain.
Jelas kehampaan
di wajah Taufiq. Tak adalah kek yang dia mahukan tu maknanya.
“Rayyan, Rayzel…
hati-hati, boys!” sempat Taufiq
memegang tangan Rayzel yang masih mengacah-acah Rayyan. Hmm.. bahagianya
melihat anak-anak kecil begini, getus Taufiq
dalam hatinya. Tambah lagi kalau ibunya seperti…
Ah, cepat-cepat Taufiq
usir hasutan perasaan bila kesedaran datang. Dia tarik nafas dalam-dalam.
“Alah, apa
salahnya dengan caramel. Kan desert juga?” pujuk Amy.
“Saya kalau
minum kopi, mesti kena ada kek.”
Mesti kena ada
kek? Tapi takkanlah mesti makan kek setiap kali minum kopi. Biar betul? Oh,
patutlah bila makan-makan bersama seperti ini sebelumnya, Taufiq pasti mengambil
sepotong kek di hujung sesi. Sepotong kek bersama secawan kopi pekat tanpa
gula.
Tapi Amy masih tidak
dapat membuat hubungkait antara black coffee dengan kek. Kalau makan roti
tanpa mentega tu logiklah juga. Tapi kalau minum air kopi bukannya wajib dengan
kek. Boleh je pun dengan biskut, kuih dan puding. Mengapa mesti kek?
“Tapi…” Amy
tepuk-tepuk dagunya dengan hujung telunjuk. Musykil. “Tapi apa pula kaitan kopi yang mesti wajib dengan kek ni abang Taufiq?”
Azree sudah menolak
kerusinya sedikit ke belakang. Gaya-gaya hendak bangun dan keluar dari bilik
yang berpenghawa-dingin ni saja. Mesti hendak ambil desert dia juga lah tu. Dessert yang berasap!
Cepat-cepat Amy
jeling Azree. No! Dah janji tak
mahu smoking kan? Soalnya dalam renungan
mata. Lalu dengan tawa halus Azree terpaksa duduk semula. Mengerti isyarat mata
si isteri. Rayyan dan Rayzel masih berkejar-kejaran lalu memeluk Daddy mereka.
Hilai tawa nyaring yang memenuhi ruang rupanya menebar senyum di wajah Taufiq.
“Kopi dengan kek
itu…” dan Taufiq masih senyum saat
menatap wajah Amy.
Dalam dadanya
ada sedikit gelora saat Amy merenung dia bersungguh-sungguh. Menunggu
butir-butir perkataan yang keluar dari mulutnya. Alahai, comelnya lah dia ni…
hatinya berbisik tiba-tiba. Tanpa ada niat atau disengajakan.
Hakikatnya, Amy
memang seorang wanita yang manis. Di mata Taufiq, Amy punya sesuatu yang menarik
saat dipandang. Apatah lagi pesona pada peribadinya. Penuh nilai-nilai keibuan,
kewanitaan dan dalam masa yang sama masih memiliki keceriaan anak kecil yang
manja,
Amy memiliki
nilai-nilai yang pernah dia impikan ada pada seorang wanita yang ingin dia
jadikan sahabat, kekasih dan.... isteri? Taufiq tersenyum sendiri. Sejak kali pertama
berkenalan dengan Amy, hatinya sudah terbuai-buai.Tergantung-gantung. Silap
gaya bimbang jatuh pula. Haru.
“Kopi dengan kek
itu?”
Soalan Amylia
menyentak imaginasinya yang sedetik itu.
Hei Taufiq!
Isteri Azree tu… ingat sikit!
Masih senyum
tetapi kali ini wajahnya dihalakan memandang Azree yang sedang sibuk
‘mengengkeh’ kembarnya. Saat Azree melurus mata, pandangan mereka bertaut
seketika.
Sejujurnya
Taufiq tidak mempunyai sebarang alasan atau jawapan spesifik untuk soalan yang
diutarakan oleh Amy. Entahlah. Yang dia tahu sejak dia mula minum kopi dan
makan kek, dia pasti akan menggabungkan keduanya. Atau itu rutin di rumah sejak
arwah ibunya masih ada dan terbawa-bawa hingga ke usia ini? Menjadi kebiasaan
yang janggal jika tidak dilakukan.
Tunakan mata Amy
yang menekuni wajahnya menumpahkan seribu rasa dan keluhan di dalam hati
Taufiq. Aku mahu tapi itu tidak mungkin akan berlaku. Itulah yang berdetik
dalam hatinya. Saat membalas tunakan pandang itu, spontan lidahnya bertutur, “Kopi,
kalau tak ada gula pahit kan rasanya?”
Jawapan pendek Taufiq
dalam bentuk soalan itu membuatkan mata Amylia tidak berkedip. Terlopong bagai
anak kecil melihat sesuatu yang dikagumi. Fikiran ligat bekerja. Kopi tanpa
gula memanglah pahit. Fine! Tapi
kenapa kopi dengan kek? Amy masih belum mampu menerima kombinasi kemestian itu.
“Err…tak faham. Kenapa wajibnya kopi dengan kek? Kan boleh je dengan
biskut ke, kuih ke? Manis juga,” tanya Amylia lagi dengan kening hampir
bercantum.
Lurus dan polosnya pertanyaan itu. Lagi polos
wajah si empunya soalan. Taufiq senyum lagi. Kali ini dia lebih banyak menala
pandang ke arah Azree. Sesekali sahaja memandang kepada Amy. Takut semakin
dipandang semakin jahat sang hati di dalam. Takut semakin terserlah isi jiwanya.
Dia sandarkan
belakang ke perut kerusi. Masih juga sesekali ketawa pendek. Membelek gelas
dengan riak wajah tenang. Sesekali memerhati si kembar Amy dan Azree yang masih
belum mengalah dengan malam. Masih aktif lagi bergurau senda.
“Tak ada apa
pun. Saya memang dah terbiasa sejak dulu, minum kopi wajib ada kek. Saya minum black coffee, yang jadi pemanisnya
tentulah kek itu. Entahlah, it’s just that... hmm... kalau kopi tanpa
kek, samalah macam berkahwin tanpa cinta,” dia jujur dengan apa yang diungkapkannya.
Saat itu Amy
padu renungannya dengan Azree yang duduk bertentangan. Bahu Azree jatuh sambil
menjulingkan matanya ke arah Amy.Amy pula tersenget bibir.
Kahwin tanpa
cinta?
Macam perli je? Apakah
Taufiq sedang buat innuendo untuk secara halusnya menyatakan bahawa dia
tidak suka mereka menghantar misi bantuan mencari jodoh untuk dia?
Aduhlah Hidayah,
macam mana kau nak kahwin ni…?