Home Novel Cinta Kerana TAUFIQ versus HIDAYAH
CHAPTER 3 (ii) EDITED

Walau selepas tamat pengajian, mereka masih akrab. Jarak dan kesibukan kerja tak menghalang mereka bertemu. Setiap kali Hidayah balik ketika musim cuti sekolah, mereka akan dating di Kuala Lumpur. Jlan-jalan makan angin bandar, window shopping dan bergosip.

Tempat utama yang Hidayah pergi tentu sahaja kedai minyak wangi dan kedai alat solek. Sejak dari zaman belajar Hidayah memang sangat obsess dengan produk kecantikan wanita.

Semua jenis minyak wangi dia tahu. Boleh saja dia bezakan mengikut jenis haruman. Sama juga dengan segala jenis alat solek. Tahu sahaja Hidayah bagaimana dan bila harus digunakan. Solekan malam, siang, sejuk, panas. Name it, she knows well.

Masakan tidak. Hidayah memang prihatin dengan kecantikan dan penampilan diri. Wangi dua puluh empat jam. Nak masuk tidur pun sembur minyak wangi. Aish, nyamuk pun pening!

Selalu Hidayah beritau Amy, perempuan harus bijak menjaga diri kerana kecantikan dan keindahan itu adalah hak milik yang tidak ternilai harganya. Kenapa macam pernah dengar skrip ni pada iklan? Hidayah kata lagi, perkara pertama yang manusia lihat dan nilai pada seseorang perempuan adalah rupa dan penampilannya.

Bukan Amy tak setuju, tapi untuk menyokong seratus peratus tu tidaklah. Namun begitu Amy suka ambil sikap, ’baiklah!’ atau dalam hatinya akan berkata ’whatever laDayah oi’ bila Hidayah beri ceramah percuma itu.

Amy tidak sekepala dengan Hidayah dalam bab minyak wangi dan kosmetik segala. Hidayah kata berhias tu lumrah perempuan. Pernah suatu hari Amy bangun pagi dan mendapati wajahnya berwarna pelangi.

I know what you did when I was sleeping! Kau jangan buat macam ni lagi ye Dayah! Kalau tak, nahas kau!jerit Amy bila melihat wajahnya saling tidak tumpah macam badut sarkas dikerjakan Hidayah.

Sengih, “Alah… eksperimen je la, dear…”

Ketap bibir. Geramnya! “Nak buat eksperimen, buat kat dalam lab!”

Ya, Hidayah dan keprihatinan untuk cantik tidak boleh dipisahkan. Sesibuk manapun,Hidayah pasti ada masa berdandan. Itu kerana Hidayah selalu fikir dia tidak secantik dan secomel Amy.

Sebab itu Hidayah akan pastikan dirinya kelihatan sehabis baik dan cantik. Biar sepadan bila berjalan di sisi Amy. Meskipun begitu dalam hati Hidayah tidak pernah ada walau sebesar kuman iri terhadap Amy. Hidayah cuma mahu jadi cantik dan comel seperti Amy je.

Selain kesukaan dengan kecantikan, Hidayah juga rajin membaja taman bunga dalam hatinya. Kembang berbunga je setiap waktu untuk lelaki-lelaki yang dia minati. Bunga pun ada masa-masa kembang dan kuncup. Tapi kalau Hidayah, meminati lelaki sama seperti Amy gilakan buku cerita. Semuapun dia suka. Semua pun ada ciri-ciri idamannya.

Bila Hidayah mulakan ceramah tentang lelaki idaman, Amy pandang muka tukang karut itu sambil kunyah coklat. Tahu-tahu saja Amy sudah terbangun keesokan paginya. Entah bila tertidur pun Amy tidak sedar. Peliknya, Hidayah tak pernah bersungut. Macam redha saja dengan tahap konsentrasi Amy untuk subjek yang satu itu.

Takdir Allah, tersurat jodoh Amy lebih awal. Kening Hidayah bercantum tanda tidak puas hati, “Macam mana kau boleh kahwin lebih dulu dari aku? Kau mana pernah ada boyfrienddulu? Mana pulak datangnya mamat ni tetiba nak kahwin dengan kau? Ish, tak boleh jadi ni, kau langkah bendul!”

Memang patut pun Hidayah pelik. Amy bukan perempuan mesra alam dengan spesis lelaki. Amy bukan macam Hidayah yang sudah rapi persediaannya untuk menempuh alam baru itu.

Hai Dayah, itulah jodoh namanya. Semua tu di tangan Tuhan. Janganlah marah. Jodoh memang harus diusahakan. Tetapi ada juga waktunya jodoh itu sendiri yang datang menziarahi hidup kita. Itu semua kan kuasa Dia?

Begitu yang Amy jawab hingga Hidayah tidak sabar menunggu matahari pagi terbit untuk melihat siapakah gerangan putera yang bakal menyunting Amy.

Apabila Amy sudah selamat menjadi isteri kepada seorang lelaki bernama Khairil Azree, mereka berdua jarang bertemu lagi. Sudah jarang bergelak sakan dan jalan-jalan ke bandar seperti dulu-dulu. Tambahan waktu itu si Hidayah mengajar di sekolah yang jauh nun di Langkawi.

Ya lah, status sudah berbeza. Tentu sahaja gerak laku dan rutin hidup berubah. Kalau dahulu Amy asyik melekap dengan Hidayah di waktu lapangnya, kini setiap waktu Amy akan melekap pula dengan suaminya.

Kali pertama Hidayah datang bertandang ke rumah mereka ketika Amy sarat mengandungkan si kembar. Walaupun Azree segan, dia terpaksa menjemput Hidayah di stesen komuter. Amy pula sedang siapkan hidangan buat kawan baiknya itu.

Ketika hendak pulang pun, Azree juga yang menghantarkan Hidayah ke stesen komuter bersendirian. Sebabnya Amy sudah tak mampu bergerak. Terlalu kelelahan dan kekenyangan. Perut sendat.

Balik ke rumah, Azree kata Hidayah tu perempuan yang ramah dan manis. Bertuah mana-mana lelaki kalau memiliki teman baiknya itu. Seminit dua juga Amy terpegun mendengar pujian Azree.

Betul ke tu? Ikhlaskah itu? Atau sekadar mahu menjaga hati? Akhirnya Amy putuskan untuk ambil pujian Azree itu sebagai sesuatu yang lahir dari hati ikhlas seorang lelaki.

Betullah tu. Walaupun tidakh sejelita ratu cantik atau selebriti dan artis, Hidayah pun tiada cacat celanya. Setiap ciptaan Allah itu ada kelebihannya yang tersendiri. Hidayah adalah kejadian Tuhan sebaik-baiknya dia.

Kecantikan itu juga sesuaty yang subjektif.Ia terletak pada penilaian mata yang memandang. Apa yang penting, manusia itu sama sahaja di sisi Tuhan melainkan untuk darjah taqwa dan imannya. Kan?



Sejak di univerisiti, Hidayah ada ramai teman, termasuklah lelaki. Maklumlah selain dari penampilan yang rapi, Hidayah juga ringan mulut. Ramah tamah terutama kepada spesis berlawanan hu hu. Tapi sehingga kini masih bersendirian. Still single.

Hidayah tidak ada kelebihan untuk menempatkan dirinya di mata lelaki-lelaki yang lebih terpesona kepada gadis berkulit putih melepak atau ala-ala pan Asian,atau yang rambut ikal mayang mengurai ke bahu dengan lirikan mata menggoda.

Dia bukanlah jenis perempuan yang bisa membuatkan lelaki berpaling sekali lagi setelah pertama kali memandangnya. Hidayah hanya seorang gadis yang biasa-biasa. Tambah lagi dia suka menyarung baju kurung dan bertudung gaya ala-ala cikgu walaupun ketika bukan waktu persekolahan, menyebabkan dia tidak kelihatan daring atau menggoda di mata kebanyakan lelaki.

Mengapalah kecantikan menjadi subjek utama penilaian mata manusia? Tidak ada apa pun pada kecantikan jasmaniah. Lambat laun ia pasti pudar dan menyusutnilai dimamah usia. Lagipun secantik-cantik manusia tu pun nanti matinya ke tanah juga.

Kecantikan dalaman adalah perkara penting yang sepatutnya dititikberatkan. Biar cantiknya pada hati, budi bahasa dan agama empunya diri. Lagi satu biarlah cantik juga tutur katanya. Barulah aman telinga dan rumahtangga. Bukankah itu yang akan membantu pemeliharaan dan pemuliharaan kesejahteraan hidup berkeluarga?

Sebab itu Amy terpegun bila mendengar pujian Azree. Kiranya suaminya itu seorang lelaki istimewa yang tahu menilai apakah itu kecantikan sejati. Setidak-tidaknya Azree mampu melihat Hidayah dari sisi pandangan paling ikhlas seorang lelaki.

Bila dia sampaikan pujian Azree itu kepada Hidayah, hmm… kembang hidungnya. Sukalah tu bila dipuji!

Membalas pujian suaminya itu pula, Hidayah kata Amy bertuah memiliki seorang suami seperti Khairil Azree. Sudahlah tampan, romantiklah pula. Baik hati, sopan, lembut tutur dan yang penting beriman lagi.

Pendek kata, Azree itu ala-ala lelaki yang memiliki hampir kesemua standard piawaian yang diidamkan oleh para gadis. Paling penting, Azree juga menepati standard piawaian lelaki idaman Hidayah.

Ternganga mulut Amy seketika. Terkebil-kebil dia menelan liur dua tiga kali. Amboi, sampai begitu sekali Hidayah meneliti suaminya itu?

Menjadi posmen tak bergaji, Amy sampaikan semula kata-kata Hidayah itu kepada Azree.Sudahlah pula suaminya itu yang tersengih lebar cecah telinga kiri dan kanan.

Apa-apapun dalam hati Amy memang sudah kembang setaman bunga bangga. Malah lebih kuah pula dia dari sudunya. Tengoklah suami siapakah si dia itu?

Alhamdulillah… suami dia juga kan?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.