Jasin, Melaka
Hidayah berjalan langkah
demi langkah di laluan tengah antara baris pertama dan baris kedua
pelajar-pelajar tingkatan 4 yang sedang menduduki peperiksaan akhir kertas
Matematik Tambahan (II).
Hari itu
dia sengaja menyarung Mary Jane supaya ketuk-ketak bunyi tapak kasutnya bila
berjalan tidak mengganggu tumpuan pelajar menjawab kertas peperiksaan mereka.
Ada
waktunya dia berhenti pada sebuah meja. Memerhati gaya menjawab seorang
pelajar. Dia senyum bila pelajar tersebut kelihatan menjawab dengan lancar.
Kemudian dia berhenti lagi di sebuah meja yang lain. Kelatnya wajah pelajar itu
sambil menggaru kepala. Hidayah tersenyum juga.
Itulah...
masa dalam kelas tak mahu beri tumpuan. Bila guru-guru buat kelas ulangkaji
intensif, mengelat. Bila dalam dewan peperiksaan, kan dah garu kepala? Tahun
pertama dia mengajar, Hidayah pernah ditegur oleh seorang guru pengawas
peperiksaan.
Mengapa
dia kena tegur?
Sebab
Hidayah kasihan dengan seorang pelajar yang stuckseparuh jalan
kira-kiranya. Keliru formula. Hidayah sekadar letakkan hujung jarinya di atas satu
titik pada skrip jawapan pelajar itu. Pandai-pandailah pelajar itu untuk
memahami clueyang dia cuba bantu.
. Hanya
dengan satu tunjukan hujung jari bisu yang sebenarnya tak memberi jawapan
muktamad, ia bergantung kepada keupayaan sebenar pelajar samada mampu bergerak
atau tetap blankbegitu.
Penat
berjalan mengelilingi beberapa baris pelajar, Hidayah duduk di sebuah kerusi
kosong paling belakang.
Telefon
bimbit yang tadi di letakkan dalam silent modedia tekan butang ON.
Damansara
Amylia menekuni findings pada laporan audit yang
dibuat oleh juruaudit junior di bawah seliaannya. Bunyi bip-bip Sony Xperianya
menandakan ada mesej di Whatsapp sedang masuk. Dia biarkan seketika.
Jarinya
sedang membuat garisan pada beberapa perkara dengan maksud, maklumat lebih
terperinci perlu diperolehi sebelum deraf itu dia lepaskan untuk diluluskan
oleh Ketua Audit.
Si
kuning Sony Xperia dicapai. Mahu melihat mesej daripada siapakah yang masuk
tadi? Dari Azree ke?
Dayah: Assalamualaikum
Amy! Apa khabar? Anak-anak dengan hubby kau sihat? How’s life?
Berbunga
senyumnya membaca mesej itu. Hidayah, BFF sejak zaman belajar di universiti. BFF
dunia akhirat. Itu yang mereka ikrarkan.
Sejak
dua-tiga bulan kebelakangan ini Hidayah sepi di WhatsApp. Amy pun kebetulan
sibuk dengan tuntutan kerja di pejabat dan urusan rumahtangga. Apatah lagi sejak dinaikkan ke jawatan
pengurusan setengah tahun yang lepas, Amy menjaga beberapa portfolio klien yang
besar bagi syarikat audit mereka.
Amy juga
fikir Hidayah sibuk dengan pelajar-pelajar dan aktiviti-aktiviti di sekolah
baharu. Maklumlah, Hidayah itu guru berdedikasi. Sering dipertanggungjawabkan
dengan pelbagai jawatan di sekolah lantaran kerjasama dan keaktifannya.
Dulu, bila
Amy puji dia guru harapan sekolah, Hidayah cebik dengan muncung panjang.
Hidayah jeling dia dengan ekor mata dan berkata,“Ya lah, aku je lah
harapan sekolah ya? Mentang-mentang aku ni single, belum ada commitment,
banyak masa orang kata. Semua pun nak suruh aku buat. Ni dah kalau sibuk dengan
hal sekolah, masa aku banyak habis kat sekolah je lah. Bila pulak aku nak
jalan-jalan, cari boyfriend kalau dah
macam ni!?”
Amy
senyum terus bila mengenangkan rungutan itu tidak berapa lama dulu. Tiba-tiba Hidayah
muncul pula hari ini. Apa mimpi Hidayah? Rindukan dialah tu. Atau Hidayah ada cerita
baharu? Hidayah nak jemput mereka makan nasi minyak?
Hidayah
nak kahwin dah ke?
Oh?!!!