Home Novel Cinta Kerana TAUFIQ versus HIDAYAH
CHAPTER 5 (i) EDITED

Viosnya dipacu meluncur di atas jalan raya lewat petang Ahad itu. Dia harus hantar Hidayah pulang ke rumah ibubapanya di Kampung Bharu dahulu. Sudah bising-bising Hidayah tadi agar mereka pulang awal.

Hidayah kata dia harus pulang ke Jasin petang itu juga. Tidak mahu kemalaman sampai di quarters rumah guru. Hidayah tidak berani memandu seorang diri pada waktu malam. Silau cahaya matanya agak tinggi.

Sambil memandu, sempat dia mengintai Majalah Wanita yang sedang ditekuni Hidayah.

“Tekunnya membaca, ada artikel yang best ke? Pasal apa?” soal Amy sekadar memecahkan kesunyian di dalam kereta sejak dia mula memandu belum pun setengah jam.

“Hmmm... dah kalau majalah pasal wanita, tentulah cerita-ceritanya pun pasal perempuan dan hidup perempuan juga,” tukas Hidayah.

Hidayah kalih posisi badan. Separa bersandar di pintu kereta, supaya dapat memandang Amy dengan lebih jelas. Mulutnya terkumat-kamit sendiri.

“Amy...”

“Hmmm?”

“Cuba kau cerita lagi macam mana Azree propose kau dulu tu?”

Amy kerut kening. Erk? Apa kena pula si Dayah ni? Berapa kali mahu cerita daa? Hidayah nak buat apa dengan cerita pertemuannya dengan Azree? Mahu buat biografi ke? Musykil.

“Hish, dah banyak kali kau suruh aku cerita pasal tu. Takkan nak dengar lagi kot? Tak bosan ke?”

“Alah, kau cerita ajelah. Aku sedang buat satu teori ni...” tukas Hidayah.

Entah apa-apalah Hidayah ni. Macam-macam. Teori apa pula yang dia mahu cipta? Amy geleng-gelengkan kepala.

“Err... kan aku cerita dulu yang si Azree tu kerja kat tingkat atas audit firm,tempat kerja aku yangfirstdulu tu.”

Hidayah angguk-angguk.

“Masa tu aku tak kenal pun dengan Azree ni. Ya lah, berpuluh tingkat bangunan tu takkan aku nak kenal semua manusia yang ada kat dalamnya kan? Satu hari, kakak kat tempat aku kerja tu kata ada seorang lelaki ni nak berkenalan dengan aku.”

“Azree lah tu?” celah Hidayah.

Amy buat muka pelik. La, tadi bukan ke dia juga yang suruh cerita pasal bagaimana Azree propose dia dulu? Tentu-tentulah Azree yang sedang dia perkisahkan ini. Hai ya!

“Hah ah lah, aku tak kenal siapa orang yang nak berkenalan dengan aku. So, aku buat dek je. Masa tu mana aku fikir pasal cintan-cintun dan hal lelaki bagai ni. Aku bukan macam kau tu yang asyik berbunga-bunga je perasaan,” sempat lagi dia perli Hidayah di sisi.

“Eleh...” Hidayah cebik. Kemudian dia menyeringai.

“Lagipun kau tahulah kerja di audit firm, mana ada leisure times. Kadang malam pun kat pejabat lagi, kerja tak habis-habis. Tambah-tambah kalau kita ni auditor junior, semua kerja kita kena buat.”

Sesaat kemudian Amy menyambung lagi, “Suatu hari tu, aku balik lewat. Lebih kurang 9 malam macam tu kot. Dalam lif tu pula ada seorang lagi, lelaki. Kiranya aku berdua je lah dengan dia dalam lif tu. Mula tu aku rasa cuak juga. Manalah tahu kan, kot-kot orang jahat ke, orang gila seks ke apa kan? Tak ke naya aku?”

“Lagi-lagi?”

Amy telan liur lihat keterujaan Hidayah. Bahan apa yang ada dalam mee goreng Hailam tadi sampai Hidayah berkelakuan pelik macam ni?

Office aku kan kat tingkat 18. Nak tunggu lif tu turun, alahai macam berabad. Rasa macam lama sangat nak sampai ke bawah. Sekali tu aku pun tak tahu bala apa, lif tu sangkutlah pula.”

“Hah!? Stucked?” Beria-ia Hidayah menghayati ceritera yang diperdengarkan oleh Amy. Riak muka Hidayah kelihatan sama cemas dengan situasi yang sedang Amy ceritakan semula itu.

Alahai Dayah, dah dekat lima kali kau dengar cerita ni. Boleh lagi buat muka suspens macam tu?

“Ya, stucked,” Amy mengiakan juga sepertimana dia pernah bercerita sebelumnya.

“Masa tu aku dah kerja kat situ tiga tahun, tak pernah-pernahnya stuck. Hari tu jugalah lif tu nak buat hal. Dahlah aku memang rasa cuak semacam dengan mamat kat belakang aku. Pandang orang semacam. Macam nak telan je.”

“Lelaki tu tak cakap apa-apa ke pada kau?”

“Mula tu tak lah. Dia bersandar je sambil berpeluk tubuh dengan kaki bersilang. Ngeri aku!”

Handsome tak?”

Amy tertawa mendengar soalan gelojoh Hidayah. Apalah sebenarnya motif si Dayah ni? Tapi tak apalah, demi nak hiburkan hati seorang sahabat, dia layankan sahaja.

Minda Amy berputar mengenang kembali peristiwa tujuh tahun yang lalu...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.