Wuish!?
Biar betul Hidayah ni? Nak cari calon jodoh macam
cari kuih pau kat kedai! Nak pilih yang ada titik merah je, tak mahu hijau, tak
ingin kuning pulak kat pundak pau tu! Amboi... pulak tu masih setia dengan Hans
Isaac. Boleh lah kot... Hans Isaac pun single-mingle lagi kan? Hu hu...
Amy : Err… kalau yang macam husband aku tak tahulah pulak ada lagi ke
tak stoknya. Tapi kalau husband aku
ada lah. Kau nak ke?
Dayah : Cit! Husband kau nak buat apa!? Kalau kau sukarela merayu-rayu siap
pinang aku jadi madu kau sekalipun, aku ni yang tak ingin!
Dayah : Tak kuasa aku nanti nak gaduh-gaduh
tarik baju, tarik tocang segala dengan kau.Aku bukan apa, kesian
kat kau tu je. Kau tu konon brutal, tapi mana reti nak gaduh-gaduh ni. Kata
dulang paku serpih. Taman dalam hati kau tu lagi berekar-ekar, lagi besar dari
aku punya taman. Kan, kan, kan?
Hah! Hah! Hah! Amy tahu mesti Hidayah
pun sedang pecah gelak seperti dia sekarang ni. Tidaklah mampu dia bayangkan
kalau mereka berdua bermadu. Bermadu? Hidayah dengan dia? Kuss semangat! Memanglah
isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi dengan hati ikhlas akan diberi anugerah
yang diistilahkan sebagai ’payung emas’ di akhirat kelak.
Tapi tak adalah
besar sangat hatinya hendak berpayung emas begitu. Dengar mewah di dunia, dan
bahagia di akhirat namun dugaannya… masya-Allah, takut tak tertanggung dek
badan.
Payung emas?
Payung emas ke
payung Jepun ke, payung kertas ke, kira payung lah juga. Kalau dah payung tu, sama
jugalah macam nasi berwarna. Amy pun allergic
dengan benda alah yang bernama payung ni. Dia bukan jenis yang suka guna payung.
Rela lagi basah meredah hujan dari berpayung macam Hidayah tu. Payung pink
lagi. Adoi!
Sebab tu Hidayah
panggil dia brutal. Sudahlah tidak suka pakai baju kurung. Tak suka tepek
mekap, malah segala aksesori dan benda-benda warna pink dia tak suka. Pada Amy,
warna pink itu sangat sinonim dengan spesis perempuan. Buat Amy rasa jadi macam
perempuan. Yang mana ia selalu buat Hidayah baran! Hu hu...
Terimbas
kenangan suatu masa itu...
“Amy!!”
Bagai hendak
terlompat hatinya keluar dari badan. Terperanjat mendengar sergahan itu.
“Kau ingat kau
tu jantan ke?” membulat mata Hidayah memandang Amy tatkala mereka selamat sampai
di bawah laluan berbumbung kolej. Kaki kain kurungnya dikibar-kibarkan. Basah
sedikit saja berbanding Amy yang sudah lencun.
“Ni dah basah!
Kang sibuk acum, acum!Kau tu bukan ke ada simptom semput? Eksyen sangat. Sakit ke badan kau kalau
pakai payung ni ha? Kang kalau sakit siapa yang susah? Kau jugak! Lepas tu aku
jugak yang kena amek nota-nota untuk
kau pulak!” berdas-das Hidayah meletuskan tempelakan. Suaranya lebih kuat dari
denting hujan yang menimpa bumbung laluan pejalan kaki itu.
Bagai tidak
terkesan, Amy buat pekak badak.Terus mengibas dua tangannya ke badan dan ke
kepala.
“Kau ni kan! Buat
muka tak boleh blah je! Aku kan tengah marah ni tau tak?” teriak Hidayah
mengatasi bunyi turun hujan di atas bumbung.
“Hah? Marah? Ya
lah, marahlah… kau marah siapa?Hujan?”
Hidayah kepalkan
penumbuk di kedua-dua belah tangan. Geramnya! Sengal! Kalau dia jadi salah satu
watak dalam komik atau kartun, mesti sudah boleh nampak asap keluar dari
telinganya.
“Grrr … aku
tengah marah kau lah, perempuan!”
“Oh, kau marah
aku ke? Kenapa?”
Mata Hidayah
sudah terpejam. “Amylia Suzana!!!”
Kuss semangat! Hidayah
kalau menjerit, kalah guruh. Konon gadis Melayu tersopan! Namapun sopan dengan
makna Islamic lagi. Petunjuk. Dressing perfect.Baju kurung Kedah warna pink berbunga kecil. Sopan
sungguh. Gadis Melayu yang sopan bukan ke buka mulut luas-luas pun tak boleh?
“Apa???” dia
sahut semula dengan nada yang sama.
“Pakai payung lain kali bila hujan! Jangan eksyen kepala besi!”
“Aku bukan tak
nak pakai payung tu…” Amy buat muka dua puluh sen.
“Habis?” jerkah
Hidayah lagi dengan mata yang semakin buntang.
“Aku kan allergicwarna pink…”
“Banyak betul
engkau punya allergic! Ya lah ni
warna pink. Selalu aku bawak payung yang hitam tu pun kau tak nak! Biru tak
hendak! Kuning Diraja pun kau tak hingin!
Banyak cekadak?Lain kali kalau rasa malu sangat nak
berpayung-payung ni, kau pergi cari daun pisang dinasour sana!” jerkah Dayah.
Bunyi bip-bip dari mesej yang masuk di
ruang WhatsAppmenyebabkan memori payung dan daun pisang zaman di universiti
bertebaran.Pantas Amy menatap skrin telefon bimbit. Ada mesej lagi dari Hidayah.
Dayah : Kau
carikan calon untuk aku ye! Please,
kau sayang aku kan?
Hah?
Hidayah suruh
dia yang cari calon? Amy jadi match-maker?
Dia
pandang dinding depan. Beralih ke atas sedikit, nampak frame gambar pemandangan semasa dia ke Pulau Manukan, berbulan madu
dengan Azree dulu. Cantik sangat gambar itu sehingga dia buat satu lagi salinan
dan letakkan di pejabatnya ini.Macamlah pejabat ini dia yang punya.
Dengan itu, Amy tenung wajah Azree dalam
gambar. Memerah idea. Sekonyong seraut
wajah terlayar. Tersenyum tampan di depan lensa mata. Idea sudah datang!
Amy : Err… adalah seorang kawan Azree ni. Senior
dua tahun kot dari Azree. Boleh gak kalau kau nak berkenalan dengan dia.Nanti aku cuba tanyakan
dengan Azree.
Dayah : Serius? Bagus juga tu. Kalau kawan Azree,
mesti baik dan handsome macam Azree
jugak kan?
Amy : Lecturer,
handsome. Tapi Azree lagi handsome
ye, tolong sikit! Suami aku kan, mestilah yang lebih semua serba-serbi hu hu. Personally,
aku rasa dia best.
Amy : Aku selalu juga join Azree dinner dengan dia.
Kalau dah borak dengan dia tak ingat nak balik dah aku ni. Dia ada wide range of knowledge.
Dayah : Eleh, suami engkau ajelah yang lebih
segala.Eh, jap-jap, kau kata senior husband
kau? Berapa umur dia?
Amy : Jangan nak jealous. Aged 39 macam tu kot, sebab Azree pun dah masuk 37. Alah,
tak tua manapun. Belum capai
40, kalau dah pun tak ada salahnya. Orang putih kata life begins at fourtyuntuk
orang lelaki.Umur yang ideal
tu…
Dayah : 39? Err, dia menjaga dan mengamalkan gaya hidup yang sihat
tak? Hu hu, bukan apa… aku takut dia mati cepat, jadi janda pula akunanti tak sampai
sehari kahwin kang.Jahat mulut
aku kan? Tapi
aku serius ni!
Amy : Oiitt makcik! Jangan cakap yang tua je mati, bayi yang baru
jelahir
tu pun kadang-kadang ada yang meninggal juga.Kadangbelum sempat lahir, enam–tujuh bulan dah kat dalam perut meninggal juga.
Amy : Aku rasa dia lagi sihat daripada Azree
tu, sebab dia tak smoking. Kau jangan
nak banyak cerita pulak ye! Nak ke tak nak ni?
Dayah : Yelah
yelah yelah…