Home Novel Cinta Kerana TAUFIQ versus HIDAYAH
CHAPTER 6 (ii) EDITED

Aku bosanlah duduk kat sini…”

Amy sudah boleh bayangkan macam mana memek muka Hidayah waktu menutur kata itu. “Awat? Langkawi tu… kalau hang boring pi lah shopping ka, melawat tempat bersejarah ka. Kawan-kawan dengan ipar duai aku dua bulan sekali pi sana. Best lah tu, kalau tak, takkan sampai gila bayang depa dengan Langkawi?”

Shopping hatuk hang! Hang nak suruh aku bawa balik Langkawi ni ka? Lagi hang suruh aku pi jalan tempat bersejarah kunun. Dah tak original la. Hang boleh nampak beras terbakaq yang betul ka la ni? Tak dak harapan la. Hang berdiri tepi pagar tu baca papan tanda je lah. Busan!” tukas Hidayah panjang lebar. Bosan pun dah jadi busan?

Amboi, nada tak puas hati je ni? Amy sengih sampai ke telinga mendengar omelan berapi-api dari mulut Hidayah. “Awat, hang nak balik jumpa kekasih ka?”

Amy memang suka guna hang-aku bila usik Hidayah yang sudah bertukar dari orang Kuala Lumpur jadi orang Kedah nun. Nasib baik kat Langkawi. Kalau dapat mengajar kat Ceruk Tok Kun? Ish, Ceruk Tok Kun pun dah maju dah la ni.

Terdengar rengusan kuat dari hujung talian sana. “Aku mana ada kekasih. Yang ada seketui tu dulu pun mak aku tak berkenan tahap dewa-dewi merajuk,” keluh Hidayah.

“Awat mak hang tak berkenan? Pakai uniform hutan nu, handsome eh…” sakat Amy lagi. Sengaunya tak menjadi.

“Hang taulah mak aku tu. Dia nak yang setaraf, paling-paling masuk universiti macam kita.”

Terdiam Amy sejenak. Oh, dia baharu tau la ni orang-orang yang pakai baju uniform tu semua tak masuk universiti. Biar betul!? Ish-ish-ish, mak-mak ni kena ubah mind-set. Ni bukan bab anak gadis memilih calon suami lagi dah. Ini sudah masuk bab baru, mertua mencari menantu haih!

“Tak pa eh, hang carilah calon lain kat sana. Langkawi tu banyak mamat yang handsome apa?”

Handsome hatuk hang!” tukas Hidayah dengan nada tinggi.

Hah, kan dah kena lagi sedas hatuk hang dengan Hidayah. Eh, Hidayah ni macam harimau cederalah pula. Asyik nak merengus aje. Awatnya? Amy terkikik dalam hati.

“Hidup aku kat persekitaran ni ajelah. Quarters, sekolah, sekolah, quarters, padang. Pokok bunga tu pun aku tengok dok lagu tu ja. Bunga tak tau mana, buah lagilah tak dak.Tak berkembang langsung…” omel Hidayah gaya-gaya orang putus harap.

“Takkanlah tak ada cikgu-cikgu lelaki yang handsome, single lagi available alias HSA kot kat sekolah hang tu?” soal Amy bila geli hatinya mereda.

“Alah Dayah, sekarang dah trend la. Cikgu kahwin dengan cikgi, doktor kalau tak kahwin doktor juga, depa kahwin dengan nurse. Orang dok kerja office pun kahwin dengan office-mate depa. Dahnya masing-masing kerja lagi lama dari duduk luaq, jumpa pun dok muka-muka tu ja. Hari-hari hang pandang aku, aku pandang hang, tak ka jatuh cinta? Paih tu kahwin la.”

Tarik nafas sepantas kerlipan matanya sebelum menyambung nasihat, “Hang pun sama la, jangan la duk pikiaq nak pi cari engineer yang kerja kat pelantaq minyak dalam laut Arab tu! Kalau hang nak juga yang itu, hang tender resign pas tu applymengajar depa kat tengah laut tu. Tapi, apa hang nak ajar depa?Bukan depa belajar akaun! Hang tu pun bukan reti engineering minyak tu semua…”

“Amylia!!!”

Automatik Amy renggangkan gagang dari lubang telinga. Awat Hidayah ni menjerit macam nampak Puntianak Harum Sundal Malam? Terpandang muka Sundel Bolong ke? Hah, ni mesti Hidayah tension dengan bebelannya tadi kot.

“Awat?” Amy bertanya dengan nada cemas siap guna lagi dialek Kedah itu walau bunyinya kedengaran janggal pada sesiapa yang mendengar. Macam orang Patani sesat!

“Aku serius ni tau dak! Hang dok pi main-main buat pa? Sekali aku luku kepala hang kang! Mau!?” bentak Hidayah. Dialek Utaranya bagai sebati dengan lidah.

Hush, memang marah betul si Hidayah.“Aku bagi cadangan je. Kalau-kalau lah hang tak sedar ka, tak tahu ka..”

“Amy, aku serius ni. Aku bosanlah. Cikgu-cikgu lelaki kat sini pun tak berapa kerat je. Paih tu semua pun dah jadi laki orang, nak buat apa lagi. Yang H.S.A. tu pulak semua adik-adik baru lepaih grad masuk mengajar. Tak mau aku dapat suami muda. Tension aku tau tak! Mak aku tu asyik lah bising suruh aku kahwin. Dulu masa dah ada orang yang aku suka dan suka kat aku, dia yang tak nak. Ni yang nak kahwin siapa tak tau, dia ka aku. Mengarut sungguhlah mak aku tu!”

“Tak apalah, kalau memang dah jodoh kau dengan lelaki muda, nak buat macam mana? Eloklah juga daripada tak kahwin langsung kan?” pujuk Amy.

Amy pasti tidak nampak kalau mata Hidayah berbeliak hampir terjojol keluar mendengar butir perkataan yang tidak bertapis daripada mulut Amy itu. Kalau Amy ada di depan Hidayah waktu itu, mahu juga Hidayah piat-piat isi dagingnya.

“Amy! Mulut hang memang tak boleh pakai betui!”

Sergahan Hidayah terus buat Amy surrender. Tak tahan telinganya mendengar Hidayah menjerit-jerit walau dari corong sebelah sana.

“Okay! Okay! Aku tak mahu cakap apa-apa lagi lah. Aku rasa kalau dah gitu gamaknya keadaan kat sana, kau balik sini. Baru luas pemandangan sikit kan?”

Hah, bila hang tukar jadi kau, itu namanya serius punya cadangan tu Hidayah oiii!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.