Home Novel Cinta Kerana TAUFIQ versus HIDAYAH
CHAPTER 2 (i) EDITED

Jari-jemari Amy pantas menekan huruf-huruf di atas skrin Sony Xperianya.

Amy : Dayah! Waalaikumsalam. Kami sihat, alhamdulillah. Life is good. Kau? Macam mana sekolah baru?

Dayah : Rindu betul kat kau!Aku tengah jaga budak-budak ambil exam ni, tiba-tiba pulak teringat kat kau.

Amy   : Amboi! Cikgu jaga exam, sempat berWhatsApp heh? Beraya sakanlah budak-budak baling roket jawapan kat belakang. Eh, minggu depan kan cuti sekolah, datanglah rumah!

Dayah : Alah, aku bukan berWhatsApp sampai tak ingat dunia. Tadi dah round dua tiga kali, lenguh kaki. Nak rest kejap. Lagipun bukan aku seorang pengawas peperiksaan. Ada tiga-empat orang lagi. Ala, seganlah dengan husband kau.

Amy tertawa pendek membaca mesej. Semakin laju jemarinya menata huruf di atas skrin Sony Xperia. Sudah lama tidak borak-borak dengan Hidayah. Mesti ada banyak cerita terhimpun. Terutama cerita bila lagi Hidayah akan menamatkan zaman bujangnya.

Amy   : Eleh, macam kau tak kenal si Azree tu!

Dayah : Hu hu!

Amy   : Eh, dah lama tak WhatsApp tetiba muncul hari ini, kenapa? Nak Jemput aku makan nasi minyak ye?

Dayah : Kau ni, lain tak de ke? Nasi minyak, nasi minyak, nasi minyak. Macamlah kau tu makan nasi berminyak berwarna ni segala! Kau bukan ke manusia yang tak reti makan nasi lain, selain nasi putih!?

Spontan meletus tawa Amy. Kelakar. Bagus sungguh daya ingatan Hidayah. Betullah tu, Amy memang tidak makan nasi lain selain nasi putih. Seleranya allergic dengan nasi berwarna. Nasi minyak, nasi hujan panas ke, nasi briyani lagi lah tidak!

No, no and never!

Nasi putih pun kalau dari butir berasnya yang besar-besar itu, terutama yang melekit dan berbau wangi lagi buat dia rasa berpusing tali perut. Hendak muntah segala. Padahal orang lain memang favourite makan nasi beras wangi dan nasi beras pulut tu.

Azree pun sudah follow suite. Padahal sebelum berkahwin dengannya dahulu, Azree okay saja melantak nasi beras wangi bagai. Tetapi selepas mereka berumahtangga, dan mungkin disebabkan Amy hanya memasak nasi daripada beras biasa hari-hari, tekak Azree sudah tidak boleh jamah nasi beras wangi lagi.

Hah hah hah… sudahnya Amy tergelak sendirian. Kasihan Azree.

Amy   : Hu hu, tak pe, nasi minyak kau nanti aku telan tiga butir. Demi kau kan, sahabat sepanjang zaman aku. BFF!

Dayah : Hmm... nak makan nasi minyak apanya, calon pun tak ada lagi.

Amy   : Aik? Mana pi boyfriends hang semua tu?

Dayah : Kau jangan nak melampau ye Amy!Kau ingat aku apa?

Amy  : Manalah tau…

Membaca patah-patah mesej itu, seperti mendengar Hidayah yang menuturnya sendiri. Sama saja cara dia menulis dengan bercakap.

Hidayah kalau bercakap dengan dia, begitulah.Tetapi kalau bercakap dengan lelaki, lain pula ceritanya. Lembut gigi dari lidah. Dalam hati Hidayah tu landskap taman. Penuh dengan bunga-bunga. Tapi yang boleh masuk, lelaki saja agaknya.

Hidayah memang, tau! Pilih kasih.

Selalu dia cemuh Hidayah tentang itu. Jawapan Hidayah :

’La, tu pun kau nak jealous ke? Kau kan sahabat baik aku dunia sampai akhirat. Kau tu perempuan, nak cakap lembut-lembut dan romantik buat apa? Ceh, geli je. Kalau dengan boyfriends memanglah kena cakap lembut-lembut, barulah mereka tertarik. Kau mana tahu hal ni semua? Asyik nak berlawan Monster dengan Ultraman je yang kau tahu kalau dengan lelaki. Baca buku novel cinta bukan main, tapi secara live langsung tak romantik!’.


Mesej-mesej balasan Amy dibaca Hidayah. Terkekeh dia tanpa suara. Rindunya dia pada Amy, BFF dunia akhiratnya itu. Ketua guru pengawas kedengaran membuat pengumuman masa tamat peperiksaan.

Hidayah segera bangun. Mengutip satu persatu kertas skrip jawapan pelajar-pelajar di barisan kiri dan kanannya dari belakang. Selesai semua kertas dikumpulkan, dan setelah beberapa pengumuman diberikan, pelajar-pelajar bergerak keluar dari dewan.

Bersama beberapa guru pengawas yang ada, mereka mengikat kertas-kertas jawapan dan dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan di atas pentas sebelum beberapa orang guru lelaki membawanya keluar.

Selesai semua, Hidayah menarik nafas lega. Di luar dewan, dia duduk di kaki tangga. Menaip mesej buat Amy lagi.

Dayah : Amy, aku nak kahwin la…

Amy   : Eh, baguslah tu! Bila?

Dayah : Woit! Kau ni kan… aku nak kahwin dengan siapa?

Amy   : La, tadi kata nak kahwin. Bukan kau dah ada calon ke? Kalau tak ada, mana boleh kahwin!

Dayah : Amy!!!Aku kata aku NAK kahwin, ni hati aku ni dah diseru-seru nak kahwin. Bukan dah nak kahwin la!

Hush! Amy ni, huruf besar lagi dia eja perkataan NAK tu. Takkan tak faham kot?

Dayah : Cuti sekolah ni ramai member dah nak settle down. Budak-budak yang aku ajar dulu pun ramai yang hantar kad jemput cikgu diorang ni datang majlis kahwin diorang tu, tau tak?!

Dayah : Aku jugak yang tak kahwin-kahwin sampai sekarang. Sedih ni tau...

Amy   : Abang Mat kau mana?Bukan dulu macam nak rak ke kau berdua bercinta? Sampai aku pun kau tolak jejauh!

Dayah : Errr... kau marah lagi ke pasal abang Mat tu? Sorrylah Amy.Dah lama aku putus dengan dia.Mak aku tak nak menantu hero Malaya. Dia nak yang kerja opis. Tengok, sampai sekarang aku tak ada boyfriend. Mak aku ni lah, tau… stress!

Amy   : Hah3x, biar betul? Sebenarnya mak kau tu nak yang terbaik untuk kau. Dia bukan apa fobia dengan Hero Malaya ni, takut nanti depa pi perang dalam hutan, jadi apa-apa, tak ka hang jadi Mak Jan nanti?

Dayah : Hee, hang dengan mak aku tu lain generasi, tapi fikiran sebijik! La ni, mana ada askar pi perang-perang dah? Depa pun dah boring tak dak kerja tau, sebab tak ada perang ni.

Amy   : Hu hu, mana lah nak tau. Kena pi hantar misi PBB ka? Somalia ka? Algeria ka? Negara-negara bergolak kan banyak? Tak pun pi perang dengan Israel tu ka. Tak ka berbulan-bulan hang kena tinggal, tu lah mak hang tak berapa berkenan kot. Lagipun kalau tak pi yang jauh tu, dalam Malaysia ni kalau jadi macam Lahad Datu tu, bahaya tau tak!

Dayah : Banyaklah hang punya auta!

Amy   : Takkan mak hang tak ada calon untuk hang?

Dayah : Entah, aku dah malas nak layan. Sekarang ni aku dah tak nak bercinta-cinta bagai. Kalau jumpa, rasa boleh masuk dengan kepala, aku ajak kahwin je! Aku nak tiru style Azree waktu dia ajak kau kahwin dulu.

Amy  : Hush, hang biar betul! Hang nak ajak lelaki tu kahwin? Tok sah buat lagu tu lah Dayah oi...

Dayah : Aku cakap je, tak adalah aku nak buat macam gitu. Tu namanya desperado tahap tak ingat dunia. Tapi manalah tahu kan, lagipun tak salah. Dulupun Nabi Muhammad dipinang dek Saidatina Khadijah.

Amy   : Memanglah, tapi hang tu Hidayah, bukan Khadijah.

Dayah : Ya lah, ya lah. Kalau macam tu, kau ajelah tolong carikan untuk aku, boleh?Aku nak yang macam husband kau! Aku dah malas nak fikir. Semangat pun dah tak ada ni.

Dayah : Kau carikan yang handsome, yang soleh, yang ada kerja elok, yang masuk universiti tau, kang emak aku reject lagi. Yang boncit, yang separa botak, yang dah botak lagi aku tak nak! Kalau kau tak dapat cari macam suami kau, cari yang macam Hans Isaac pun boleh la...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.