“Bang...macam
mana ciri-ciri wanita idaman abang?” soal
Amy lagi bila Taufiq masih terus tersenyum-senyum sampai merah wajah begitu.
Bersungguh
nada Amy bertanya. Kepingin tahu ciri-ciri wanita yang sebenarnya menjadi
pilihan hati Taufiq. Hebatkah ciri-ciri yang diperlukan sehingga Taufiq masih
membujang sehingga saat ini? Sekurang-kurangnya ia petunjuk untuk memudahcara
pendekatan dalam usaha menyatukan Hidayah dengan Taufiq nanti.
Bukan
tidak mahu go straight to the
point. Soal hati begini, perlu hati-hati. Jangan pula sampai menyinggung
perasaan halus Taufiq.
“Hah, kau nak
yang macam nama? Chinese look, Jawanese look, Indian look,
Western?” Azree pula mengaju
tanya. Mendukung ayat-ayat Amy. Inilah yang dinamakan sayang isteri. Seratus-peratus
menyokong Amylia Suzana dalam misi bantuan mencari jodoh untuk Hidayah.
“Latino, boleh?” Taufiq kerling
wajah kedua-dua suami isteri itu dengan senyum tipisnya.
“Hah?”
Amy dan Azree
serentak terlopong sambil berbalas pandang. Latino?
Hush, selera besar betul lelaki seorang ni!
Azree pilih
untuk tidak mengambil berat akan jawapan Taufiq. “Fiq, kawan Amy ni pun ada
lagi yang available. Nak? Teacher.”
Apabila
pandangan mata Taufiq jatuh ke arahnya, Azree angguk. Mahu beritahu Taufiq apa
yang dia baru katakan tadi adalah serius. Amy pula sesekejap memerhatikan
Rayyan dan Rayzel yang sudah duduk di hujung meja.Makan French fries sambil dilayan Ning yang
mulutnya juga penuh dengan makanan.
“Ye ke?” senyum Taufiq
tersungging di hujung bibir. Dia melirikkan pandangan ke wajah suami isteri itu
bergilir. Ada detak dalam hati.
“Kalau yang
macam Amylia ada? Kalau ada, considered aku terima.”
Erk! Bicara Taufiq
yang agak selamba tetapi terdengar nada sarkastiknya itu menyirapkan darah merah
ke muka Azree. Tersentap dan tersentak jiwa. Lain macam saja bunyinya? Membuatkan
hati Azree bergendang irama sumbang.
Renungan Taufiq
singgah tepat dan tajam ke dalam mata Azree. Terbisu sejenak Azree saat
menentang renungan lelaki yang seorang itu. Payah hendak menyeimbangkan
kepincangan perasaan dengan wajah yang harus dia tenangkan riaknya.
Apa maksud yang
tersirat di sebalik kata-kata Taufiq itu? Pernyataan atau seloroh? Ikhlas atau
memang ada fishball di sebalik mee
goreng? Lain macam je... berdetik persoalan itu terus-terusan di dalam hati
Azree.
Taufiq sedar ada
riak pelik yang tergaris di wajah sahabatnya itu. Dia senyum tipis sebelum
cepat-cepat menelan air yang baru disedutnya itu.
“I mean, ada ke yang baik, bijak dan
cantik macam isteri kau ni? Kau jangan salah anggap pulak,” tuturnya tidak
teragak-agak sambil mencebik Azree.
Pantas Taufiq mengalihkan
pandangannya daripada wajah Azree yang nampak serba tidak kena itu lalu sengaja
melontarkan tawa. Tahu benar kalau Azree terasa sesuatu dengan kata-katanya tadi.
Melihat gelagat
Taufiq, mahu tidak mahu Azree juga turut tertawa. Walhal sendiri tidak pasti
tawanya benar atau sekadar dia buat-buat. Hakikatnya Azreea sudah
rasa tidak sedap hati bila memutar kembali bicara dan riak wajah Taufiq tadi.
Amy pula bagai
tidak menyedari situasi. Sedari tadi asyik mengerutkan muka dengan bibir yang
asyik-asyik dilap dengan tisu. Memang suapannya sudah dia mulakan sejak tadi
tanpa menghiraukan komunikasi kedua-dua lelaki itu. Nasi goreng kampung extra pedas kegemarannya itu lebih
menarik tumpuan.
“Teacher
ye?” soal Taufiq perlahan dan dalam. Gelas minuman lemonade
yang sudah tinggal separuh itu dia pusing-pusingkan. Berfikir pantas.
Lalu sambil
menggeleng perlahan Taufiq berkata ringkas, “Tak naklah….”