Rabiatul Syafiqah rancak berbalas komen di dalam
grup Tinta Seni dengan Runi Naqiu. Grup Tinta Seni merupakan grup di laman facebook yang diwujudkan oleh Runi Naqiu
untuk menghimpun para pencinta dan peminat seni tidak kira seni dari
cabang mana pun dan dari pelusuk mana mereka berada. Malaysia, Singapura,
Brunei dan Indonesia berkongsi minat yang sama.
Runi Naqiu seorang yang 'gila-gila' dan peramah
telah dapat menambat hati semua orang di dalam grupnya sendiri. Mereka rasa
seronok setiap kali bersantai di situ. Berkongsi kisah seni, puisi, lagu,
drama, novel, cerpen, malah mutiara-mutiara kata indah. Bukan sekadar bersantai
kosong, mereka memperoleh sesuatu di situ di samping mendapat teman baru.
Dari situ Rabiatul Syafiqah dapat melihat sendiri
bagaimana layanan seorang yang bernama Runi Naqiu di laman muka buku. Bukan
sahaja dirinya tetapi dengan Fadhila Imani, Nazira dan Rosliza juga dia melayan
sama rata membuatkan hati Rabiatul Syafiqah terjentik rasa yang kurang senang.
“Hmm ... manis mulut juga si Runi ni. Habis semua
orang dibedalnya. Tak kira siapa pun. Penggoda. Itu memang tepat untuk Runi.”
Rabiatul Syafiqah mula tidak berapa selesa tetapi dia tetap juga seronok tiap
kali berbual dengan Runi Naqiu di laman muka buku.
Rabiatul Syafiqah cuba berlagak seperti biasa dan
tetap memberi perhatian kepada sesi balas-membalas komen. Tiba-tiba mata
Rabiatul Syafiqah tertancap pada sebaris nama. ‘Ellis Elliza’
“Baru nampak si Ellis ni masuk. Hmm, tengok mereka
berkomen macam rapat saja. Agaknya betullah apa yang Runi beritahu aku, dia dan
Ellis memang sahabat maya yang paling rapat. Menarik juga kata-kata berserta
imej yang diposkan sebentar tadi. Pandai dia cari.”
Ellis, saya suka
dengan apa yang awak pos. Kata-kata yang menarik dan mampu memberi impak kepada
pengunjung di sini. Salah satu seni yang cukup tinggi nilainya.Puji Rabiatul Syafiqah.
Terima kasih. Saya
suka mencipta kata-kata yang menarik di dalam sebuah bayangan yang cukup
sempurna agar sesiapa yang membacanya dapat menghayati apa yang dipapar. Balas Ellis Elliza mula hendak bermesra dengan Rabiatul Syafiqah.
Haihhh ... dah
kenal-kenal di sini rupanya ya. Mudah-mudahan dapat menjadi sahabat asli yang
rapat juga ya. Sampuk Runi Naqiu. Dia mana boleh biarkan
Ellis Elliza melayan teman mayanya di dalam grup Tinta Seni.
In Sha ALLAH.
Balas Rabiatul Syafiqah dan Ellis Elliza dengan ayat
yang sama pada ruangan komen masing-masing.
Hmm ... laparnya ... tiba-tiba Runi Naqiu mengadu lapar.
Laaa... Tak makan lagi
ke Runi? Pergilah makan dulu.. Hmm... lapar juga ni.
Ellis Elliza mengadu benda yang sama.
Jom teman Runi makan. Runi Naqiu mula mengada-ada.
Laa... Runilah
temankan El makan.. Jomlah sini. Ellis Elliza sengaja
menggedik di dalam maya.
Amboi, manjanya ....
El nak masak untuk Runi ke? Balas Runi Naqiu.
El ... Fiqa nak juga.
Kita pergi makan sama-sama ya.Rabiatul Syafiqah yang
rasa ditinggalkan ke belakang, terus menyampuk. Mana boleh dia mendiamkan diri
begitu saja.
Boleh. Datanglah JB.
Nanti kita pergi makan-makan. Boleh kenal-kenal sekali.Ellis Elliza beramah mesra dengan Rabiatul Syafiqah.
Bestlah El ni. Rabiatul Syafiqah mula seronok berbual-bual dengan Ellis Elliza. Seakan
ada keserasian diantara mereka.
“Ya ALLAH ... di sini rupanya dia. Kau tengoklah
Fatin. Sejak dia kenal dengan jejaka maya tu, aku diabaikan. Ada ke patut? 24
jam asyik bermaya saja. Aku ni dahlah anak yatim piatu, ada anak pun seperti
tak ada anak. Terasa sangat diabaikan.” Mak Nana Vougue mula membebel apabila
dilihatnya Rabiatul Syafiqah masih tekun menarikan jari-jemarinya di papan
kekunci komputer riba.
Ya ALLAH .... dia buat sinetron air mata pula
dah. Mak aku nilah. Ada saja modalnya nak kenakan aku depan Kak Fatin. Nanti
mulalah mereka beradu tenaga, pasti aku juga yang kena. Rabiatul Syafiqah
berjeda di dalam hati.
“Kau ni Atul, tahulah kau nak kahwin. Tahulah kami
yang suruh kau layan jejaka maya tu tapi takkanlah 24 jam kau menghadap benda
alah tu saja. Berilah perhatian pada mak kau juga.” Kan dah cakap kalau Kak
Fatin bersuara pasti dia yang akan kena.
“Orang tak suka bermaya, suruh bermaya. Bila orang
dah ketagih, mereka pula bising.” Rabiatul Syafiqah membebel perlahan.
“Macam mana aku tak bising Atul oi. Kau kalau dah
bermaya, semua kerja tak jalan. Baju tak pernah nak bersidai. Masak pun dah
kurang. Macam mana nak kahwin bagi laki kau makan. Ingat-ingatlah sikit.” Tu
dia Mak Nana Vougue sudah mengeluarkan suaranya yang maha gegar.
“Kau bahagi-bahagikanlah masa untuk bermaya dan kerja
rumah. Baru kau akan jadi wanita yang sempurna.” Tambah Fatin Vavavoom. Suka
benar kalau diberikan nasi tambah. Ada saja yang hendak dibahankannya.
“Iyalah. Atul akan bahagikan masa.” Rabiatul
Syafiqah mula mengalah. Dia hendak berhenti dari bermaya tiba-tiba dia melihat
satu mesej masuk di dalam peti laman muka bukunya. Pantas Rabiatul Syafiqah
membukanya. Dari Ellis Elliza.
Fiqa.. maaf, panggil
saya Ellis ya. Saya dah biasa dengan panggilan tu. Semua orang panggil Ellis.
“Aduh! Malunya aku. Aku suka singkatan nama El tu
tapi tak apalah kalau tak dibenarkan panggil. Segannya aku pada Ellis.”
Rabiatul Syafiqah mula berasa tidak enak. Dia seakan tidak mahu membalas mesej
Ellis Elliza lagi.
Baiklah Ellis. Maafkan
Fiqa.
Tak apa.
Begitulah berakhirnya perbualan maya sebelum
Rabiatul Syafiqah memberi perhatian pada bondanya yang tercinta.
---------------------------------------------------------------
El, abang tak suka
orang lain panggil El dengan nama 'El'. Panggilan El hanya untuk abang seorang
saja. Mesej Fiqa dan beritahu dia cepat.Arah
Runi Naqiu pada Ellis Elliza.
El seganlah abang. Tak
kan sekadar nama tu El nak mesej Fiqa. Ellis Elliza
betul-betul segan untuk menegur Rabiatul Syafiqah hanya sekadar panggilan nama
untuk dirinya.
Abang tak kira. Even
suami El pun tak boleh panggil 'El'. Only me. Kalau El tak nak mesej Fiqa,
abang sendiri yang akan mesej Fiqa. Runi Naqiu masih
tidak berpuas hati.
Abang mesej saja Fiqa.
El segan. Ellis Elliza masih menggunung segannya.
Kalau abang mesej Fiqa,
El jangan cemburu pula. Nanti lama pula kami berchat. Tak apa? I tell you, Fiqa
tu syok kat abang. Runi Naqiu sengaja membuatkan hati Ellis
Elliza resah.
Ya lah... Ya lah... El
akan mesej Fiqa sekarang. Ada-ada saja abang ni.
Ellis Elliza dengan keterpaksaan dan berat hati menghantar mesej kepada
Rabiatul Syafiqah agar tidak memanggilnya dengan panggilan ‘El’ lagi. Semua
gara-gara Runi Naqiu. Entah apa pandangan Rabiatul Syafiqah pada dirinya.
Semasa awal perkenalan lagi Runi Naqiu telah memberikan panggilan 'El' untuk
dirinya. Panggilan istimewa katanya dan orang lain tidak boleh memanggilnya
dengan panggilan itu. Hanya untuk Runi Naqiu.
El dah lakukan apa
yang abang suruh. Segan El tau. Ellis Eliza menaip
lagi setelah urusannya selesai dengan Rabiatul Syafiqah.
El dah tengokkan
bagaimana Fiqa layan abang? What do you think? Fiqa suka abang, kan? Itulah,
abang cakap El tak percaya. Masihkah El tidak mahu membuat keputusan lagi? El
jangan menyesal. Runi Naqiu bermesej dengan Ellis Elliza di
dalam kotak mesej laman muka buku. Runi Naqiu sengaja memperhangatkan hati
Ellis Elliza.
Fiqa suka abang? Yalah
kot. So? Abang nak goda dia? Ellis Elliza mula rasa
tidak enak.
El peduli apa? Suka
hati abanglah nak buat apa pun dengan dia.
Runi Naqiu membakar perasaan Ellis Elliza sekali lagi. Runi Naqiu sudah ada
perancangan. Andai suami Ellis Elliza enggan melepaskannya, Runi Naqiu mahu
seseorang yang boleh menggantikan tempat Ellis Elliza. Dia mestilah seorang
yang ada rupa dan ada kerja. Yang penting masa hadapan terjamin. Seorang lagi
dalam pelan hidupnya ialah Fadhila Imani. Yang itu tidak susah, menurut kata
sahaja. Tapi Runi Naqiu tetap mahu mendapatkan Ellis Elliza dahulu.
Perempuan-perempuan lain hanya 'standby',
masuk pelan B,C dan seterusnya. Pelan A atau misi utama : Ellis Elliza.
Abang jangan nak buat
benda mengarut ya. Ellis Elliza memberi amaran. Seminit kemudian
....
El bencilah dengan
abang ni. Sambung Ellis Elliza lagi.
No.. You love me. Runi Naqiu menjawab.
I hate you! Menyampah! Ellis Elliza sudah mula sakit hati.
Tell me, you love me,
sayang. Runi Naqiu sudah menukar mood romantiknya.
Ellis Elliza diam. Membiarkan Runi Naqiu menanti
seketika. Suka menyakitkan hatinya. Bagai rasa hendak menangis sahaja.
El sayang. Jangan
marah-marah ya. Bukan El tak tahu, kalau dah mula marah-marah, bergaduh tu,
maknanya abang rindukan El. Kalau kita jumpa elok aje, tak pernah pun nak
bergaduh.
Hmmmmm... Hanya itu yang dibalas Ellis Elliza.
El tak rindu abang?
Abang sangat rindukan El. Hanya Allah yang tahu.
Runi Naqiu sudah mula mengeluarkan ayat-ayatnya.
El sayang. Marah abang
ke? Jangan marah abang ya. I love you El.
Runi Naqiu menyambung.
I love you too and I
miss you. Ellis Elliza membalas membuatkan Runi Naqiu
tersenyum kemenangan.
I know. I love you
more El. Kita jumpa ya sayang. Itu sebenarnya yang
Runi Naqiu inginkan.
Baiklah. Di mana?
Bila?Akhirnya Ellis Elliza memberikan keputusan.
Di Killeney. Hari Sabtu ni. Runi Naqiu
memberi cadangan.
Baiklah. Ellis Elliza memberikan persetujuan. Dalam minda sudah mula berfikir
alasan apa yang harus diberikan pada Azaharil Anuar.
--------------------------------------------------------------------
“Assalamualaikum abang.” Fadhila Imani menelefon
Runi Naqiu setelah lama tidak mendengar suara jejaka itu pada malam itu. Dia
tahu Runi Naqiu masih belum tidur. Jika ada sesiapa dapat berbual degan Runi Naqiu
waktu siang, itu adalah bonus dan pada hari itu Rabiatul Syafiqah dan Ellis
Elliza cukup bertuah dapat berbual dengan Runi Naqiu pada waktu siang.
“Waalaikumussalam. Aih, Dhila tak tidur-tidur lagi?”
Runi Naqiu sebenarnya malas hendak berbual dengan Fadhila Imani tetapi
digagahkan jua diri kerana Fadhila Imani mempunyai daya tarikan yang
tersendiri. Manalah tahu boleh dapat yang dihajati untuk kali kedua.
“Belum. Dhila baru saja tamatkan bab 45 novel
terbaru Dhila. Abang, dah lama kita tak jumpa. Dhila rindu sangat dengan abang.
Kita jumpa nak?” Fadhila Imani sedikit merengek hendak berjumpa dengan Runi
Naqiu.
Alah, lecehlah dia ni. Kacau kari sungguh. Aku baru
cadang nak jumpa El. Nampaknya apa yang ada dalam kepala aku kena tahan dulu.
“Boleh. Kita jumpa dengan Kak Ellis sekali. Dah lama abang tak jumpa dia juga.
Sabtu ni di Killeney.” Terus Runi Naqiu memberikan nama tempat pertemuan mereka
bertiga.
“Cantik. Dhila pun dah lama tak makan di sana. Nanti
Dhila teks Kak Ellis. Selamat malam abang.” Fadhila Imani segera menamatkan
perbualannya apabila kedengaran rengekkan anaknya yang kedua.
“Selamat malam. Mimpikan abang ya?” Runi Naqiu
mengayat.
Kedengaran ketawa kecil terbit dari mulut Fadhila
Imani. “Ada-ada sajalah abang ni. Okey, jumpa lagi. Assalamualaikum.” Fadhila
Imani menamatkan bicara.
“Waalaikumussalam.” Runi Naqiu menjawab salam
sebelum menjelajah lagi wanita-wanita maya yang masih berjaga.