BAB 16 : Jarum Kasih Si Parasit Cinta

“Fiqa ada mana ni? Puas Runi mesej tapi Fiqa tak balas pun. Sampai hati Fiqa biarkan Runi tertanya-tanya.” Runi Naqiu mula memasang perangkap apabila Rabiatul Syafiqah dapat dihubunginya di aplikasi whatssapp.

“Fiqa ada di hospital ni Runi. Mak cik Fiqa sakit. Semasa dalam perjalanan balik ke KL, kami dapat calldari pak cik Fiqa. Terkejut kami dibuatnya. Tak sempat balik rumah lagi ni, terus tengok mak cik.” Jelas Rabiatul Syafiqah untuk menutup rasa curiga Runi Naqiu. Dia tidak mahu Runi Naqiu menaruh syak wasangka terhadap dirinya. Bukan dia sengaja tidak mahu membalas mesej Runi Naqiu tetapi di highway mana ada talian untuk dia membalas mesej lelaki itu. Haiihh ... susah benar bila dah berkawan ni.

“Maafkan Runi Fiqa. Runi tersalah menilai Fiqa.” Runi Naqiu segera meminta maaf.

“Haa .. itulah, lain kali jangan fikir yang bukan-bukan sebelum mengetahui kebenarannya terlebih dahulu. Kasihan mak cik Fiqa, Runi. Teruk benar tengok keadaannya. Sedihlah.” Rabiatul Syafiqah cuba memancing simpati Runi Naqiu. Dia ingin melihat sejauh mana Runi Naqiu bersimpati terhadap dirinya.

“Teruk sangat ke?” tanya Runi Naqiu di dalam whatssapp.

“Memang teruk. Dia disahkan 'Endometrial Carcinoma Stage 4' dan sudah ditahap kritikal, sel cancer sudah merebak ke organ lain," Adu Rabiatul Syafiqah.

“Kirim salam pada mak cik Fiqa dan semua yang ada di sana. Katakan Runi kirim salam ya.” Runi Naqiu menitipkan salamnya.

Gila ke apa jantan ni nak main kirim-kirim salam. Karang mereka tanya Runi ni siapa, haa .. siapa nak jawab tu. Kalau betul dah confirm jadi tunang ke lain ceritalah. Bengong betullah mamat ni. Sengal tahap tak ingat. Huh! Omel Rabiatul Syafiqah di dalam hatinya.

“Insya ALLAH ya Runi.” Akhirnya Rabiatul Syafiqah membalas pendek.

“Fiqa, Runi lapar. Masakkan untuk Runi.” Runi Naqiu merengek di dalam whatssapp.

Rabiatul Syafiqah seakan-akan dapat menangkap rengekan Runi Naqiu di dalam telefon pintarnya.

“Kalau Runi dekat, dah lama Fiqa masakkan untuk Runi. Beli makanan sendirilah. Fiqa jauh.” Rabiatul Syafiqah membalas sambil melayani kerenah Runi Naqiu.

“Aduhai ... manisnya. Lama-lama boleh jatuh cinta kita ni Fiqa.” Runi Naqiu memasang perangkap kasih mesranya.

Gila. Jumpa pun tak, nak jatuh cinta. Mereng! “Maaf Runi, Fiqa tak mudah jatuh cinta. Apatah lagi hanya dalam whatssapp. Gilalah kalau boleh jatuh cinta.” Rabiatul Syafiqah masih teguh dengan pendiriannya.

“Ini baru permulaan Fiqa. Lama-lama pasti kita akan jatuh cinta.” Runi Naqiu tidak mahu mengalah.

“Kalau ALLAH dah takdirkan begitu, apa lagi Fiqa boleh katakan. Biarlah ALLAH saja yang menentukan kerana Fiqa percaya pada takdir dan rencana ALLAH. Bukankah rencana ALLAH itu lebih hebat dari rencana manusia? Tak gitu Runi?” Rabiatul Syafiqah menyungging sengihan mengejek. Puas hatinya dapat mengenakan Runi Naqiu.

Terdiam Runi Naqiu seketika. Hebat juga wanita ini berbicara. “Runi akan pastikan Fiqa jatuh cinta dengan Runi. Runi yakin tak susah untuk Fiqa mencintai Runi.” Runi Naqiu menaip mesejnya buat Rabiatul Syafiqah.

Mereng! Ingat aku kebulur sangat dengan cinta dia. Jumpa pun tak, suka-suka hati nak aku jatuh cinta. Hati aku belum tentu berkenan lagi dengan kau! Bentak Rabiatul Syafiqah di dalam hati. Mesej dari Runi Naqiu tidak dibalasnya. Makin dibalas, makin meleret pula sikap lelaki ini. Rimas Rabiatul Syafiqah dibuatnya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

“Assalamualaikum abang. El dah sampai Australia. El ada di rumah mummyEl sekarang.” Ellis Elliza menaip mesej buat Runi Naqiu melalui aplikasi whatssappnya sesudah dia menelefon suaminya, Azaharil Anuar.

“Baguslah. Tentu seronokkan dapat ke luar negara dan tinggalkan abang sorang-sorang di sini. Kata El cintakan abang tapi El tak sanggup berkorban untuk abang pun.” Runi Naqiu seakan merajuk dengan Ellis Elliza.

“El ada di rumah keluarga kandung El. Dah lama El tak jumpa mereka sejak El berkahwin dengan suami El dan menetap di Malaysia setahun sekali jer El jumpa keluarga El. Takkan itu pun menjadi kesalahan pada abang? Nampaknya suami El lebih bertanggungjawab daripada abang. Abang ni hanya pentingkan diri abang sendiri, tahu tak?” Nada Ellis Elliza sedikit tegas dan dia agak tertekan kini dengan sikap Runi Naqiu.

“Ya ... ya ... pujilah melangit suami El tu. Yang buruk-buruk semua dari abang dan yang baik-baik semua dari dia. Sebenarnya suami El tu licik. Dia sanggup pisahkan kita dengan menghantar El ke Australia sedangkan dia tahu El nak jumpa abang hari tu. Kejam namanya tu.” Runi Naqiu memanaskan Ellis Elliza dengan mengutuk Azaharil Anuar terang-terangan.

“Tak. Suami El tak kejam. Suami El memang baik. Dunia ni dah ketandusan orang-orang baik dan El berbangga suami El salah seorang dari orang-orang yang baik itu. Kalau suami El tak baik, dia takkan bertanggungjawab untuk lindungi El. Dan satu hal lagi abang harus tahu, suami El tak tahu pun yang El nak jumpa abang hari tu. Dia nak buat surprise pada El dan El memang terkejut dengan apa yang dilakukannya.” Panjang lebar Ellis Elliza menaip di aplikasi whatssappnya.

“Pujilah lagi suami El tu. Abang tak berkudis pun mendengarnya. Tapi satu hal yang harus El tahu, sampai bila-bila pun El takkan tahu kemesraan yang telah terjalin di antara kita. Suami El memang bijak menghantar El ke Australia. Kalau dia bijak, abang lagi bijak El!" Kemudian Runi Naqiu menayangkan ikon ketawa dengan banyak sekali menyebabkan Ellis Elliza yang melihatnya sangat sakit hati.

“Tak perlu beritahu El kerana El tak teruja nak tahu dah. Walau apa pun terjadi antara kita, ia satu kesilapan. Kesilapan terbesar El kerana mempercayai abang. Mempercayai ketulusan abang. Sekarang baru El tahu, abang banyak bersandiwara dengan orang sekeliling abang demi memenuhi nafsu setan abang tu. Teruslah hidup begini dan percaya cakap El, sampai dunia kiamat pun abang takkan meraih bahagia.” Ellis Eliza juga agak puas hati dapat menyakiti hati Runi Naqiu.

Runi Naqiu masih menayangkan ikon ketawa setannya dengan banyak. “Tubuh El memang bergetah. Abang suka.” Lagi banyak ikon ketawa dilayangkan buat Ellis Elliza menyebabkan wanita itu terus keluar dari aplikasi whatssappnya tanpa mengucapkan selamat tinggal. Dia menangis sepuas-puas hatinya.

Runi Naqiu puas dapat menyakiti hati Ellis Elliza kerana dia sedar dia sudah kehilangan dana yang terbesar di dalam hidupnya. Dia sudah tidak mempunyai sumber kewangan yang boleh membantunya disaat dia terdesak.

“Kak, kenapa kau menangis?” Tanya Ainn Nur kepada Ellis Elliza.

“Aku sakit hati dengan jejaka maya ni. Menyesal aku kenal dengan dia. Aku ingat dia tulus bersahabat dengan aku, rupanya ada udang di sebalik mihun.” Ellis Elliza meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya kepada adik bongsunya Ainn Nur.

“Kau gila kak kerana mempercayai jejaka maya. Jejaka maya kebanyakkannya semua tak boleh harap. Kadang kala mereka mengayat kita hanya untuk mempergunakan kita. Mereka mahu kesenangan dari hasil titik peluh kita tanpa mahu berusaha sendiri. Kawan-kawan aku ramai yang dah kena. Kau kena hati-hati kak, jangan sampai maruah diri tergadai dek jejaka maya.” Ainn Nur menasihati Ellis Elliza.

Terkedu Ellis Eliza seketika. Ya, dia yang bodoh kerana menganggap kawan-kawan dunia maya semuanya ikhlas bersahabat dengannya. Pengalaman ini cukup bermakna sekali buat dirinya. Dia tidak akan terpedaya lagi dengan topeng kebaikkan rakan-rakan maya baik lelaki mahupun perempuan kerana tiada siapa mengenali diri mereka yang sebenarnya. Allahuakhbar, sesungguhnya dia menyesal kerana termakan hasutan syaitan yang membawa dirinya ke lembah dosa. Dia berdosa kepada suaminya Azaharil Anuar apabila hampir-hampir menduakan lelaki itu. Dia juga berdosa dengan dirinya sendiri kerana membiarkan dirinya terbuai dengan arus kelekaan dan keasyikkan tanpa memasang perisai yang teguh. Semua ini memberikannya satu pengajaran dan pelajaran agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan semua yang dikenalinya.

Ya ALLAH, ampuni aku yang terlalu banyak dosa kepada-MU. Rintih Ellis Elliza di dalam hati.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Nur Syarida yang baru lepas solat Isyak, terus merehatkan dirinya di atas tilam empuk. Fikirannya berkeceramuk dan disulami dengan kecelaruan. Dia sedang berfikir bagaimana untuk menyedarkan Nazira agar menghindari si parasit cinta itu. Hidup Nazira akan musnah jika dia terus melekat dengan Runi Naqiu. Dia yakin, Runi Naqiu mahu mencari dana baru agar boleh bergantung dengan dana itu dalam jangka waktu yang agak lama.

Sesekali kedengaran Nur Syarida menghela nafasnya yang agak berat sekali.

“Ya ALLAH, KAU bantulah aku untuk menyelamatkan Naz. Aku tak mahu dia terperangkap dalam perangkap setan bertopeng tu. Dia layak mendapat seseorang yang lebih baik dari si setan tu. Bantulah aku Ya ALLAH. Permudahkanlah jalanku ini.” Doa Nur Syarida di dalam hati.

“Aku rasa Runi ni ada masalah mental. Kalau tidak, dia takkan pergunakan perempuan-perempuan maya untuk melunaskan nafsu binatang dia tu. Selain mencari dana, dia juga mencari kepuasan tanpa perlu menikahi terlebih dahulu. Kata orang, kahwin dulu sebelum bernikah. Hebat si lelaki hodoh tu.

Nak kata handsome sangat, memang taklah. Dahlah rambut panjang kerinting negro, hitam legam, bibir pun hitam dan yang aku tak sangka, hati dia pun sehitam kulit dia. Aduh, semuanya hitam. Entah-entah hidup dia pun hitam apa. Allahuakhbar! Macam mana aku boleh terperangkap dengan lelaki parasit tu hanya dengan ayat-ayat cinta dia. Bodohnya kau Nur Syarida.” Nur Syarida mengutuk dirinya sendiri kerana telah membiarkan dirinya terperangkap dengan si parasit cinta itu sehingga maruah dirinya hampir terbabas di tangan lelaki durjana itu. Satu hal yang dia pelajari dari insiden itu, jika ALLAH masih menyayangi dirinya, segala perancangan si muslihat itu tidak akan berjaya. Alhamdulillah kesuciannya masih terpelihara sehingga kini sebelum sampai waktunya.

Namun, dia sangat risaukan Nazira. Takut wanita yang tidak pernah jatuh cinta itu dipergunakan oleh si setan bertopeng. Haa .. ambik kau bermacam-macam gelaran yang dia beri bila diri disakiti. Sehingga sekarang dia masih tidak boleh menerima perlakuan Runi Naqiu. Hatinya terlalu sakit.

Sedang enak melayani perasaan sendiri, tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada buah hati pengarang jantungnya. Siapa lagi kalau bukan encik tunang yang tersayang si Faridadli. Segera bibirnya melarik senyuman yang cukup manis. Terbang sudah wajah si parasit cinta atau si setan bertopeng yang digelarkan oleh Nur Syarida dan sekarang terhias wajah tunangnya yang cukup tampan. Wajah inilah yang bisa menggetarkan naluri wanitanya suatu masa dahulu. Insya ALLAH jika diizinkan ALLAH, dia akan perlihara cinta mereka sehingga ke jannah.

“Assalamualaikum abang.” Lunak suara Nur Syarida di talian. Ulas senyumannya masih tidak lekang dari terus terhias di bibir mungil yang dimilikinya.

“Waalaikumussalam sayang. Buat tu?” Faridadli berbasa-basi.

“Berehat. Kenapa? Rindu ke?” Semakin lunak nada Nur Syarida membuatkan hati lelaki Faridadli bergetar hebat.

“Terlalu rindu. Guess what? Abang ada kat depan rumah Syar ni. Keluar kejap.” Faridadli merayu membuatkan Nur Syarida terkejut.

“Apa? Kat depan rumah? Kenapa tak mesej dulu sebelum datang? Abang ni ...” Nur Syarida jadi tidak keruan mendengar penjelasan Faridadli.

“Abang rindu sangat, jadi abang datanglah. Turunlah. Kita berbual di luar rumah.” Rayu Faridadli lagi.

“Bagi Syar 10 minit. Okey?” Nur Syarida agak kelam kabut sedikit dengan muka bertepung ditempek bedak sejuk. Rambut tidak bersikat dan ditocang satu. Dalam keadaan begini nak jumpa dengan Faridadli, memang taklah. Gila ke apa.

“Tak payah mekap bagai. Abang nak tengok kecantikkan asli tunang abang ni. Turun cepat.” Arah Faridadli.

“Ya ... ya .. Syar nak turunlah ni. Jumpa abang di luar.” Nur Syarida dengan pantas mematikan talian dan terus ke tandas sambil membersihkan wajahnya. Kemudian dia memakai baju yang sesuai. Ada ke nak turun dengan tali baju tidur spagetti ni, memang tak sesuai langsung. Tak pasal-pasal Faridadli merenungnya sehingga keluar biji mata. Adoiii ... nakal sungguh imaginasi terlampau Nur Syarida.

“Assalamualaikum.” Barulah Nur Syarida keluar setelah berpakaian kemas sedikit dari tadi. Namun begitu, dia tetap memenuhi permintaan Faridadli yang ingin melihat wajahnya tanpa mekap.

“Hmm ... cantik pun tunang abang tanpa mekap. Baru nampak natural beauty gitu. Disebabkan Syar nampak cantik sangat malam ni, abang belikan Syar ni.” Sejambak bunga jeruk asam diberikan untuk tunangnya yang tersayang. Dia tahu Nur Syarida penggemar jeruk asam yang tegar. Di dalam tas tangannya sentiasa ada asam kering. Asam yang paling dia minat buah plum dan buah peach.

“Romantik tak abang?” Faridadli memandang wajah Nur Syarida yang kelihatan agak terkejut.

“Abang perli Syar ke apa? Bunga asam? Tak pernah dibuat orang. Tapi ... Syar suka. Terima kasih abang.” Nur Syarida terus merungkaikan asam-asam itu dan dimasukkan ke dalam mulutnya.

“Sebab tak pernah dibuat oranglah abang buat. Abang suka lihat Syar suka apa yang abang bagi.” Faridadli leka melihat Nur Syarida mengunyah asam-asam yang menjadi idaman wanita itu. Kelakar pun ada melihat tunangnya berkerut-kerut muka menahan masam ketika makan tetapi suapan demi suapan terus dimasukkan juga ke dalam mulut.

Malam yang damai sedamai hati Faridadli melihat wajah tunangnya yang cukup lembut dan menawan. Bermacam-macam perkara yang mereka bualkan sehingga ke topik Nazira. Faridadli berjanji akan membantu Nur Syarida untuk menyelamat Nazira daripada masuk ke perangkap si parasit cinta.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.