Ellis
Elliza melihat keknya di dalam oven sama ada sudah masak atau belum. Dia
berpuas hati melihat kek lapis coklat cadbury tersusun cantik dan berlapis
kemas. Itulah hobi Ellis Elliza jika dia mempunyai masa yang terluang. Dia
minat memasak kek walaupun kek itu susah. Ada kepuasan terbit di hati
melihat kek hasil air tangan sendiri. Jika tidak lagi bekerja di Syarikat
Pengiklanan Jaya Ria, dia pasti akan membuka sebuah bakeri dan menjual semua
kek-kek hasil air tangannya. Namun, ketua Ellis Elliza tidak membenarkan dia
berhenti kerja kerana sebagai pengurus pengiklanan di syarikat itu, Ellis
Elliza telah banyak menyumbangkan idea kreatif yang memberi banyak keuntungan
kepada syarikat. Siapa yang mahu melepaskan anak emas seperti Ellis Elliza.
Manakala
Azaharil Anuar pula lebih selesa bekerja di syarikat pembinaannya sendiri. Dia
telah membuka syarikat itu dengan hasil titik peluhnya dan dia merupakan salah
seorang bumiputera yang paling berjaya dan berpengaruh di Johor Bahru.
Ellis
Elliza mengerling ke arah telefon pintarnya yang berbunyi burung bersiul. Itu
menandakan ada mesej yang masuk menerusi aplikasi Whatsapp. Dia tahu siapakah
gerangan yang hantar mesej itu. Pantas jari-jemari Ellis Elliza menekan kata
kunci di telefon pintarnya untuk membaca mesej yang dihantar. Ellis Elliza
menarik nafas dan bibirnya menguntum secarik senyuman apabila tekaannya benar
belaka.
Tengah buat apa? Tanya si penghantar
mesej.
Buat kek lapis cadbury. Ringkas dan padat
balasan daripada Ellis Elliza.
Sebentar
kemudian, telefon Ellis Ellis meraung nyaring minta diangkat. Mungkin tidak
puas agaknya jika tidak mendengar suara Ellis Elliza yang cukup menggoda itu.
Sekali lagi Ellis Elliza menghela nafasnya.
“Assalamualaikum
abang.” Pembuka bicara dari Ellis Elliza.
“Waalaikumussalam.
Sedapnya kek coklat cadbury. Abang nak sikit.” Runi Naqiu mula memaniskan
bicaranya.
“Abang
nak datang sini ke?” tanya Ellis Elliza. Selalunya jika Runi Naqiu datang ke
Johor Bahru, pasti akan dibekalkan sebarang kek yang dibuatnya.
“Hmm
... mungkin tak ada rezeki. Abang nak jumpa orang hari ni. Mungkin lain kali
saja.” Runi Naqiu agak kecewa.
“Abang
nak jumpa siapa?” Ellis Elliza kembali menyoal sambil melihat kek coklatnya
agar tidak hangus pula.
“Penerbit,
untuk bincangkan tentang skrip drama abang. Kalau okey, bolehlah abang jual
tapi kalau dia nak ubah, abang tak nak. Abang tak suka orang ubah mana-mana scenedalam skrip abang.” Jelas Runi
Naqiu.
Hmm
... kalau begitu, sampai bila pun takkan dapat jual skrip tu. Simpan
ajelah buat pekasam. Macam mana nak ada duit kalau asyik ikut kepala dia saja.
Rungut Ellis Elliza di dalam hati.
“El
...” panggil Runi Naqiu dalam suara yang sangat manja.
“Ya.”
Ellis Elliza menjawab. Ada debar yang tiba-tiba hadir didadanya. Dia sudah
berjanji pada diri sendiri untuk cuba memperbaiki hubungannya dengan Azaharil
Anuar. Namun adakah hatinya akan tega dengan janji yang dilafazkan.
“El
dah buat keputusan? Abang tunggu El. Abang selalu bayangkan El datang pada
abang bawa beg besar. Abang dah tak sabar tunggu saat itu." Runi Naqiu
terus melunakkan suaranya.
“Abang,
abang kena faham situasi El. Semuanya takkan mudah sebagaimana abang inginkan.”
Ellis Elliza menutup suis ovennya apabila kek sudah masak sepenuhnya.
“El,
abang faham. Sangat faham. Abang boleh tunjukkan caranya untuk El
berpisah dengan suami El. El boleh minta talak. Kalau El tak tahu nak buat
bagaimana, abang ajar. El tuntut fasakh. Ramai orang buat macam tu. Semuanya
tak mustahil. Please El, kita harus
tamatkan semua ni. Kita bukan semakin muda. Abang nak anak bersama El. Abang
sangat cintakan El. Percayalah sayang.” Runi Naqiu membenamkan jarum-jarum dari
ayat kasihnya terus menusuk ke dalam hati Ellis Elliza.
"Abang
harus faham situasi El. Suami El tak akan lepaskan El." Suara Ellis Elliza
mula bergetar mendengar bicara Runi Naqiu pada waktu itu.
“Abang
sanggup jaga double ‘A’. Anak-anak El macam anak-anak abang juga. Abang takkan
pisahkan El dengan anak-anak El. El, boleh tinggalkan semuanya pada suami El.
Datang pada abang sehelai sepinggang pun tak apa. El, will you? You know that I love you so much. Tulus dari hati abang.
Abang takkan sia-siakan El.” Runi Naqiu tidak mahu mengalah. Walau apa pun
terjadi, dia pasti dapatkan Ellis Elliza. Dia mempunyai impian untuk hidup
bersama Ellis Elliza. Agak mustahil untuk dia lepaskan wanita berkerjaya
seperti Ellis Elliza.
“Suami
El pun tak pernah sia-siakan El. Dia jaga El dengan baik. Suami El terlalu baik
abang. El tak sampai hati nak lukakan hatinya. Tak ada sebab untuk El menuntut
fasakh dari suami El." Ellis Elliza masih ingin mempertahankan
perkahwinannya.
“Jika
Pegawai Agama tanya kenapa tuntut fasakh, El bagitahu El sudah tidak cintakan
suami El, dah tak ada perasaan pada suami El. Percayalah sayang. Abang akan
jaga El lebih dari suami El sekarang.
Just come to me and I will proove it.” Goda Runi Naqiu lagi.
“Nanti
El fikirkan.” Ellis Elliza tidak mahu memanjangkan lagi perbualan di antara
mereka kerana nafasnya agak sesak ketika itu.
“Jangan
lama-lama sangat sayang. Abang sangat cintakan El. Forever in my life. You must know i'm a loyal lover. I want to marry
you. I want to live and die with you. Please take some times, think and decide
ya.. May Allah bless our relationship and
bring us together. I love you,sayang.
I mean it my words." Ayat Runi Naqiu lagi.
"Baiklah
abang, nanti El fikirkan. I need to stop.
Suami dan anak-anak El dah sampai. Assalamualaikum, abang." Ellis Elliza
ingin segera menamatkan perbualan memandangkan Amirul Adry dan Alyssa Ezura
sudah pun pulang dari membeli belah bersama Azaharil Anuar.
“Waalaikumussalam.”
Balas Runi Naqiu.
Wajah
Ellis Elliza keruh waktu itu. Dia memandang Azaharil Anuar dengan rasa yang
berbaur. Antara kasih dan kasihan. Antara cinta dan desakan. Dia terbayang pula
wajah Runi Naqiu yang mengharap. Dia buntu dan keliru. Yang mana satukah harus
dituruti.
“Mama,
mama ... nak makan kek coklat.” Pinta Alyssa Ezura.
“Dah
lama tak makan ma. Terima kasih kerana masakkan untuk kami. Kita boleh makan
dengan pizza yang papa beli.” Amirul Adry sudah mengambil pinggan untuk meletakkan
pizza yang dibeli dan juga pisau untuk memotong kek lapis coklat cadbury.
Ellis
Elliza cuba memberikan senyuman indahnya tetapi ternyata hambar. Azaharil Anuar
perasan akan kekeruhan di wajah Ellis Elliza. Memang peka sungguh.
“Kenapa
mama? Keruh muka tu? Runi ada fon mama?” Azaharil Anuar meneka yang sememangnya
tepat. Hanya lelaki itu sahaja yang mampu merubah roman wajah Ellis Elliza.
“Ya.
Bual kosong saja.” Ellis Elliza jujur dengan Azaharil Anuar.
“Kalau
bual kosong wajah mama takkan keruh macam tu. Apa pun dia minta, tolong
abaikan. Mama dah miliki kesempurnaan di dalam hidup. Tolong fikirkan
sedalam-dalamnya mama.” Azaharil Anuar tidak mahu menambahkan lagi beban di
dalam hati Ellis Elliza lalu dia menamatkan perbualan di situ sambil menikmati pizza
dan kek coklat hasil air tangan isteri yang tercinta.
Bergenang
air mata Ellis Elliza dengan bicara lembut Azaharil Anuar. Seorang suka menekan
dan seorang lagi cukup penyabar.
---------------------------------------------------------------------------------------------
“Sayang
nak makan apa?” tanya Faridadli ketika membawa Nur Syarida pada petang hujung
minggu itu.
Nur
Syarida mengangkat sedikit keningnya memandang Faridadli sebelum bermain mesej
semula dengan Runi Naqiu. “Apa-apa ajelah abang. Abangkan tahu selera sayang.”
Balas Nur Syarida endah tak endah.
Sedikit
keluhan terpancut keluar dari mulut Faridadli lalu memanggil pelayan. Dia
memesan nasi briyani gam ayam untuk Nur Syarida dan nasi briyani gam kambing
untuk diri sendiri beserta dengan air kelapa.
“Sayang,
boleh tak beri sedikit perhatian pada abang, tunang sayang ni? Takkan 24 jam
hendak main benda alah tu? Sampai sayang lupa pada orang sekeliling?” Faridadli
sedikit bengang dengan sikap Nur Syarida yang tidak habis-habis dengan telefon
pintarnya. Apakah jari-jemari Nur Syarida tidak kebas asyik menekan huruf-huruf
di skrin telefonnya?
“Perhatian
yang macam mana yang abang nak? Zaman dah berubah bang, takkan kita nak duduk
bawah tempurung lagi. Sekarang ni, orang jual ikan pun ada telefon canggih. Ada
aplikasi-aplikasi yang ditawarkan untuk kita guna bukan untuk disimpan. Nak
hairan apa?” Nur Syarida memberikan senyuman kasih pada Faridadli sebelum
jari-jemarinya menaip semula ayat-ayat yang dikarang untuk penerimanya.
“Tapi
abang perlukan perhatian sayang. Asal keluar saja, pasti sayang main benda alah
tu. Abang yang ada kat depan ni macam tunggul kayu tau tak?” Faridadli terus
meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sikap Nur Syarida.
“Abang,
tak lama lagi kitakan dah nak kahwin. Pastilah perhatian sayang sepenuhnya pada
abang. Sekarang ni biarlah sayang enjoydulu.
Abang kenalah faham sayang juga. Nyawa sayang ni.” Nur Syarida tidak sedikit
pun melihat wajah Faridadli selain telefon pintarnya.
Menarik
nafas panjang Faridadli dengan jawapan yang diterima. Amboi mak, senangnya hati
dia cakap macam tu. Belum kahwin dah macam ni, lepas kahwin nanti bagaimana?
Kalau dah ketagih, boleh ke nak berhenti. Sindrom telefon pintar zaman kini
memang boleh melalai dan melekakan penggunanya. Tambah-tambah dengan adanya
kaki chat macam tunang aku ni. Dengan
siapa ya dia asyik chat sampai tunang
sendiri pun diabaikan? Tak boleh jadi ni.
Tiba-tiba
sahaja Faridadli merampas telefon pintar Nur Syarida dengan kasar. Terperanjat
Nur Syarida dengan tindakan sedikit ganas Faridadli.
“Abang!”
bulat mata Nur Syarida memandang pada Faridadli.
“Cukup.
Dengan siapa yang sayang leka chat
sampai tunang sendiri pun diabaikan?” Faridadli mula membelek mesej-mesej yang
dihantar oleh Nur Syarida.
Alamak!
Kantoilah macam ni. Janganlah kami bergaduh pula. Aku masih sayangkan dia tapi
aku sayangkan Runi juga. Macam mana eh? hati Nur Syarida dipanah taufan La
Nina.
“Amboi
mak! Banyaknya kekasih maya sayang. Semuanya ayat powerya? Patutlah leka sampai tunang sendiri pun tak ingat.
Seronok permainkan hati orang macam ni?” jegil Faridadli sambil memandang tepat
wajah Nur Syarida.
“Abang,
itukan hobi di masa lapang saja. Alah, mereka pun mesti nak seronok-seronok
juga. Di maya, mana boleh percaya seratus peratus. Kami saja suka-suka aje.
Janganlah marah.” Nur Syarida cuba membetulkan keadaan.
“Tahu
tak, orang-orang macam sayang inilah mampu memporak-perandakan hidup orang
lain. Abang tak suka hobi gila sayang ni. Bukan semua yang anggap kita
suka-suka. Ada yang cerai-berai kerana kaki chat.
Sayang harus berhenti sekarang atau sayang memang nak perhubungan kita ni juga
turut berhenti?” Faridadli sedikit mengugut untuk menyedarkan Nur Syarida akan
bahayanya bermain api di alam maya. Menggoda hati orang lain dengan ayat-ayat
kasih, jika boleh dianggap jenayah, sudah lama diwujudkan akta agar tidak akan
ada lagi kaki chat yang boleh
mengecewakan hati-hati yang tidak berdosa.
“Eh,
jangan. Sayang janji abang, lepas kita kahwin nanti sayang akan berhenti segala
aktiviti di maya ni. Sayang bersumpah dengan nama ALLAH.” Manisnya Nur Syarida
menutur kata untuk mencairkan hati Faridadli.
“Betul
ni? Bagaimana pula dengan kekasih-kekasih maya sayang?” Faridadli menduga.
“Sayang
akan berterus-terang dengan mereka. Sayang takkan layangkan lagi ayat-ayat
menggoda. Percayalah pada sayang abang. Sayang takkan tipu abang. Ya?” Nur
Syarida semakin menggoda hati Faridadli. Gila hendak putus tunang setelah lama
dia mengorat Faridadli si jejaka popular di universiti. Rugilah kalau dia
melepaskan Faridadli.
“Baik,
kali ni abang percaya tapi ada syaratnya. Bila kita keluar, abang tak suka
sayang main dengan telefon.” Faridadli memberi amaran.
“Baik
abang. Saaaayang... abang!" Nur Syarida menayang aksi gedik santai
membuatkan bibir Faridadli mengukir senyuman dengan gelagat gila-gila manja
tunangnya itu.
“Dan
satu lagi.” Faridadli menarik semula telefon pintar Nur Syarida sebelum
menyerahkan semula kepada pemiliknya.
Terangkat
sedikit kening Nur Syarida menanti butir bicara yang akan keluar dari dua
rekahan bibir Faridadli.
“Abang
tak suka sayang chat dengan Runi.
Abang nampak dia semacam saja.” Faridadli dapat merasakan ada yang tidak kena
pada Runi Naqiu berbanding mesej-mesej Nur Syarida dengan jejaka lain.
“Semacam?”
Nur Syarida ingin tahu.
“Ya.
Abang dapat rasakan, dia mampu menggegarkan hati wanita yang mengenalinya.
Jauhkan diri darinya.” Nada suara Faridadli cukup keras beramaran.
“Baik.”
Nur Syarida terpaksa mengiakan supaya dia boleh mendapatkan kembali telefon
pintarnya. Nur Syarida juga terpaksa tutup talian untuk memberi perhatian pada
Faridadli.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Rabiatul
Syafiqah tersengih-sengih sendiri sambil memandang telefon pintarnya. Sekejap
dia ketawa, sekejap dia tersenyum. Begitulah keadaan Rabiatul Syafiqah sejak
hadirnya Runi Naqiu di dalam hidupnya. Rabiatul Syafiqah amat terhibur dengan
maharaja lawak mega dari Runi Naqiu. Hatinya bagai digeletek-geletek sahaja
ketika berbual dengan Runi Naqiu.
Fiqa datang ya masa majlis perlancaran novel
Fadhila Imani?
Ya. Datang tapi sekejap aje. Fiqa tak tahan
orang ramai. Macam nak pengsan.
Sampai hati tak nak jumpa dengan Runi.
Lain kali saja okey. Lagipun, masa tu Fiqa tak
sedap badan.
Fiqa ada bestfriend tak?Tiba-tiba Runi Naqiu
bertanya. Mungkin untuk memanjangkan perbualan.
Bestfriend? Fiqa ramai kawan. Di alam maya
semua kawan Fiqa. Yang betul-betul rapat mungkin tak ada. Kenapa?
Saja tanya. Runi ada bestfriend tau. Ellis
Elliza. Dia bukan setakat kawan maya Runi tapi real friend. Runi harap kita
berdua dapat menjadi kawan sebagaimana Ellis Elliza.
Oh, iye ke? Jadi, Ellis Elliza is your
bestfriend?
Ya. She’s nice lady. Nanti kalau ada masa Fiqa
kenal-kenallah dengan dia ya. Seorang yang senang bergaul.
Insya Allah.
Tapi, jangan sakitkan hati dia.
“Eh?
Aku nak sakitkan hati Ellis Elliza apa hal? Gila ke? Kenal pun tidak lagi.
Pelik Runi ni.” Rabiatul Syafiqah mengerutkan dahinya.
Laa ... kenapa pula Fiqa nak sakitkan hati
Ellis Elliza? Kenal pun tidak.
Just a reminder.
Sayang betul Runi pada dia ya?
She’s my bestfriend. Paling tepat very close
friend, tentulah Runi sayang. Nanti Fiqa beli headphone ya? Senang nak berbual
dengan Fiqa di Skype.
In Sha Allah. Fiqa nak out dulu.
Assalamualaikum.
Rabiatul
Syafiqah sudah diserang rasa mengantuk. Matanya sudah tidak boleh tahan lagi.
Sejak berkenalan dengan Runi Naqiu, waktu tidurnya juga turut berubah. Ini
kerana Runi Naqiu suka muncul waktu malam di laman muka buku. Macam misteri
sahaja. Namun, kebiasaannya Runi Naqiu yang terlebih dahulu menegurnya.
Rabiatul Syafiqah mempunyai prinsip yang tersendiri, dia tidak akan sesekali
memulakan mesej dengan mana-mana lelaki terlebih dahulu. Entah Runi Naqiu dapat
menerima prinsipnya ataupun tidak. Lihat sahajalah sejauh mana lelaki ini mampu
bertahan.
Waalaikumussalam.
“Alah,
lecehlah dia ni. Nak aku beli headphone
pula. Bual biasa tak boleh ke? Nantilah aku fikirkan.” Rabiatul Syafiqah sudah
pun menarik selimutnya sambil menguap.