“Hai Fiqa buat apa tu?” tanya
Runi Naqiu seperti biasa di aplikasi whatssappnya.
“Tengah siapkan paper work adaptasi Kubur Bernyawa untuk didramakan. Kenapa?”
Rabiatul Syafiqah membalas sambil membuat kerjanya.
“Kubur Bernyawa? Cerita seram ke? Siapa
penulisnya?” Runi Naqiu sekadar berbasa-basi sebelum masuk ke pokok utama.
“Ebriza Aminnudin. Trademarknenek cukup mencengkam jiwa pembacanya. Ada yang
cadangkan pada Fiqa agar novel ni diangkat untuk diadaptasikan dan Fiqa setuju
dengan pandangan pembaca tegar novel ini. Ada kelainan yang diberikan oleh
penulisnya.” Ambik kau, panjang lebar Rabiatul Syafiqah menerangkan tentang
konsep novel yang akan diangkat untuk diadaptasikan.
“Okey. Fiqa ada masa lapang tak?” tanya Runi
Naqiu kemudiannya.
Eh, kenapa pula dia tanya macam ni?Ada apa-apa
ke? Terdetik hati Rabiatul Syafiqah dengan pertanyaan Runi Naqiu.
“Kenapa ya?” Pantas jari-jemari Rabiatul Syafiqah
membalas mesej Runi Naqiu.
“Datang Johor jumpa dengan Runi. Dah lama kita
kenal melalui maya, sesekali Runi nak juga jumpa dengan orangnya.” Runi Naqiu
mula menjual ayat-ayat manisnya.
“Boleh tapi Fiqa bawa mak Fiqa sekali untuk
jumpa Runi. Kisah tak?” Sengaja Rabiatul Syafiqah membalas begitu untuk
mengelak daripada pertemuan di antara mereka terjadi. Entah kenapa Rabiatul
Syafiqah berasa tidak sedap hati untuk berjumpa dengan Runi Naqiu secara
berdepan.
“Ha ha ha ... apalah nak datingpun bawa mak. Mana ada kelas. Grow up Fiqa. Fiqa bukan budak kecik lagi nak bawa mak ke
mana-mana.” Runi Naqiu masih mencuba nasibnya.
“Maaf. Fiqa kena bawa juga mak Fiqa kalau Runi
betul-betul ikhlas nak jumpa Fiqa. Bagi Fiqa, mak Fiqa adalah segala-galanya.
Lagipun, kita tak kenal antara satu sama lain dan itulah pentingnya bawa mak
Fiqa. Bukankah kalau berdua akan ada yang ketiga. Jadi, bila kita bawa muhrim
sekali, pasti benda-benda yang tak elok dapat kita elakkan. Tak gitu Runi.” Ha
ha ha ... ingat aku bodoh ke nak jumpa berdua saja dengan kau. Tak mahu aku.
Dahlah aku tak kenal siapa kau yang sebenarnya. Boleh jalan der ... Rabiatul
Syafiqah menyengih jahat.
“Susahlah kita nak berbual kalau ada mak Fiqa
sekali.” Runi Naqiu masih belum mahu mengalah.
“Berbuallah dengan mak Fiqa sekali. Apa
salahnya. Kalau tak mahu, nampaknya kita tak ada rezekilah nak jumpa. Okeylah
Runi, Fiqa ada banyak kerja ni. Paper
work kena submit secepat mungkin.
Assalamualaikum.” Terus Rabiatul Syafiqah menamatkan perbualan mereka. Dia
tidak mahu melanjutkan perbualan dengan Runi Naqiu seakan mendesak dirinya untuk
bertemu dengan lelaki itu.
“Waalaikumussalam. Iyalah, nanti Runi datang
sana untuk jumpa dengan Fiqa. Bye.
Ingat Runi dalam mimpimu ya.” Balas Runi Naqiu buat terakhir kali.
“Hiyer .... siapa nak ingat kau dalam mimpi aku?
Tak naklah. Tak berkenan aku. Sorry Runi,
you are not my taste.” Rabiatul Syafiqa bercakap sendirian sesudah menerima
gambar Runi Naqiu daripada seseorang. Dia tidak tahu siapakah yang memberikan
gambar itu di laman muka bukunya secara personal. Sejak itu, hatinya tidak lagi
mahu berdampingan dengan Runi Naqiu.
------------------------------------------------------------------------------------
‘Hai sayang. Ada di mana tu?’ tanya Runi Naqiu
di laman aplikasi whatsapp. Dia cuba
menghubungi Ellis Elliza pula setelah Rabiatul Syafiqah tidak mahu melayaninya.
Runi Naqiu juga dapat merasakan Ellis Elliza semakin menjauh darinya. Mesej pun
lambat dibalas Ellis Elliza.
“El ada kat rumah.” Balas Ellis Elliza.
Sebetulnya ada sesuatu juga yang dia ingin bertanya kepada Runi Naqiu. Sakit
hatinya dengan apa yang telah lelaki itu lakukan padanya. Semakin jelas
permainan Runi Naqiu di mata Ellis Elliza. Runi Naqiu sudah menunjukkan siapa
dia yang sebenarnya.
‘El sayang, tak rindu abang ke? Nak abang datang
sana tak? Abang tengok tiket, nanti El bank
in kat akaun abang ya,’ masih lembut Runi Naqiu berbicara di laman
whatsapp.
‘Rindu apanya. El nak tanya kenapa abang tutup facebook El? Apa salah El?’ Ellis Elliza
sudah tidak dapat menahan rasa sabar lagi.
‘Ha ha ha ... bagus untuk El yang kaki chatting. Abang cuma nak menyelamatkan
El dari terus berhubung dengan orang-orang yang tak guna.’ Peperangan antara
Ellis Elliza dan Runi Naqiu kini bermula.
‘El bukan kaki chatting. Abang sebenarnya kaki chatting.
Abang hadiahkan facebook tu buat El,
sekarang abang tutup facebook sesuka
hati abang. Abang memang kejam. El benci abang.’ Sakit benar hati Ellis Elliza
mendengar penjelasan Runi Naqiu.
‘Oooo...
Facebook tak bagus untuk El tapi memang bagus untuk abang kan? Sebab abang
boleh mengayat wanita-wanita di dalam tu tanpa pengetahuan El. Bravoo ... bagus
betullah abang ni.’ Sambung Ellis Elliza
mula melampiaskan apa yang terbuku di dalam hatinya dalam nada sindirian yang
terlampau.
‘El tak benci abang tapi El sangat cintakan
abang sebab itu kita ditakdirkan bersama. Dan satu hal yang perlu El tahu, El
tak boleh samakan abang dengan El. Abang lain, abang lelaki. Itu hak abang nak chatting dengan siapa pun. El tak perlu
ambil tahu. Apa yang perlu El ambil tahu adalah hal kita berdua. El.. El dah
berubah sekarang. Abang rindu El yang dulu.
Very sweet El bila berjauhan dengan abang.’ Runi Naqiu masih tenang.
‘No.
El benci abang. Mulai dari hari ini, El tak mahu ada apa-apa perkaitan dengan
abang lagi. Sudah cukup abang buat El sengsara selama ini. Abang ajar El
menipu, abang ajar semua perkara songsang pada El. You show to me already the true color of Runi Naqiu. Thank you. I hope no more girls masuk
jerat dan perangkap Runi Naqiu. Selamat bermaya. Semoga Allah selamatkan
perempuan-perempuan di maya sana dari menjadi mangsa Runi Naqiu.' Sakit hati
Ellis Elliza diluahkan juga. Ellis Elliza sudah nekad untuk menamatkan perhubungannya
dengan Runi Naqiu.
Tengah berwhatsapp
dengan Runi Naqiu, Ellis Elliza mendapat whatsapp
dari Azaharil Anuar.
'Take
a great care of yourself my love!'
Ellis Elliza menarik nafas panjang, air mata mula
membasahi pipi. Betapa dia berdosa pada lelaki ini. Ellis Elliza bertekad akan
merubah segalanya.
Selang beberapa minit Ellis Elliza mendapat mesej
lagi dari Azaharil Anuar.
'Assalamualaikum sayang. Runi ada email abang
menerangkan segalanya. Dia janji tidak akan berhubung lagi dengan Ellis.
Sekarang semua terletak pada Ellis. Abang harap tiada lagi perhubungan melalui call, SMS, MMS, whatsapp, Skype, FB etc
between you and Runi. Mulakan hidup baru'
"Oooo.. Dia email suami aku rupanya? Untuk
apa? To show dia tak bersalah selama
ni? Konon dia baik la tu. Dah janji dengan suami aku tapi still whatsapp aku. Dasar jantan tak guna!" Marah Ellis Elliza
kembali meruap.
Pada masa yang sama Ellis Elliza mendapat notis whatsapp dari Runi Naqiu.
'El. Abang nak beritahu selama ni niat abang
baik. Abang benar-benar ingin memperisterikan El. Berbaloikah hubungan kita
kalau hanya kawan maya? Kenapa El guna istilah mangsa? Mangsakah El sedangkan
abang asked you from your hubby?
Bukankah abang yang mangsa di sini? Can
you mention any names yang menjadi mangsa abang? Watch your mouth lady'
Runi Naqiu sudah ada perancangannya sendiri. Dia
dapat merasakan Ellis Elliza akan meninggalkannya. Seperti Fadhila Imani, Runi
Naqiu akan membuat cerita seolah-olah dia yang menolak hubungan dengan Ellis
Elliza kerana Ellis Elliza isteri orang. Sudah pasti orang akan memujinya
lelaki yang baik dan tindakan memutuskan hubungan dengan Ellis Elliza sangat
betul dan tepat! Naik lagi sahamnya bila orang percaya Ellis Elliza sebenarnya yang
tergila-gilakannya.
Membuntang biji mata Ellis Elliza membaca tiap
patah kata Runi Naqiu. Dasar jantan lidah bercabang. Jantan ular! Pandai
memutar belit keadaan. Laju jemari Ellis Elliza menaip membalas mesej Runi
Naqiu.
'Abang juga, jaga bicara ya. Berbaloi hubungan
apa? Just friend pun tak boleh? Kena
jadi bini juga? Itu niat abang sebenarnya kan? Please lah.. I don't want to follow your games anymore. I already have
my real good people in my reality, not maya. Go ahead with your maya, bila dah tak ada kerja macam tu lah,
taksub sangat dengan dunia maya. Now you
can start your strategy in your new games' Ellis Elliza meluahkan apa yang
terbuku di hati. Biarkan dia berkasar kali ini. Semua kerana si jantan tak guna
Runi Naqiu. Sudah puas dia berendam air mata.
Runi Naqiu juga tidak mahu mengalah, masih
mempertahankan dirinya. Runi Naqiu masih mahu mem'provok' lagi perasaan Ellis
Elliza. Hero maya? Huhhh...
'Goodbye
El. Don't contact me anymore. I do what your husband want.Kawan pun tak boleh. Dia kata abang menghanyutkan,
menyesatkan. Oh ya. Mana nama mangsa Runi Naqiu tadi? Give me one name please. Ada? Hmm.. Sampai begitu sekali El
menghina ya. Begini perangai El, memang abang akan blok El selamanya. Sorry to say.Meroyanlah El
sorang-sorang dan sila telan all your fake
love. Give it to your reality good people tu ya'.
Malas Ellis Elliza mahu peduli. Boleh saja aku
nak senaraikan nama mangsa Runi Naqiu. Aku malas dah nak layan manusia
bertopeng setan ni. Tetapi nampaknya Runi Naqiu masih mahu menambah bara lagi.
Runi Naqiu cuba berlembut pulak.
'El... Abang harap El bersabar dan bertenang. It's very difficult. Abang minta tiada
dendam, cacian dan fitnah yang akan El buat pada abang. Abang tahu El marah.
Abang akan delete account FB El yang
abang buat tu. El guna lah FB lama El. Bertenanglah. Abang dah tak sanggup
dengar kata-kata El. Kata-kata El dahsyat dan penuh dendam. Just to let you know. I will delete that FB
account. El kata El tak gila maya kan? Be
informed ya.'
Membara lagi jiwa Ellis Elliza. Runi Naqiu
memang sengaja menyakitkan hatinya. Kata-kata aku dahsyat kerana membalas
kata-kata kau yang maha dahsyat! Lantas Ellis Elliza membalas mesej Runi Naqiu.
'Hahaha... Abang kata El meroyan? Jangan
perasanlah. Buang masa meroyan kerana orang tak guna macam abang. Tak payah
sibuk hal FB El. Abang tulis pasal dendam, caci dan fitnah tu untuk abang ke?
Biasa orang yang suka beri peringatan macam ni, dia yang suka buat macam tu. El
tak hairanlah kalau abang. Telinga ni dah banyak dengar abang hina dan mengata
orang-orang kat FB ni. Terutama wanita. Wanita tu suka kat abang, wanita ni
syok kat abang, wanita nun jatuh cinta kat abang. Wanita itu ini sinun
tergila-gilakan abang. Oh my....
Sekarang El mulai sedar, selama ni El banyak dengar fitnah abang. And.. don't worry. I'm no more in FB.
Nak delete account FB El? Silakan
wahai abang kesayangan El.'
Nah! Ambik kau... Aku pun dah belajar bahasa
kasar dari kau juga!
'It's
done. Ini rupanya diri El yang
sebenar ya? Tak sangka. Kenapa El jadi dahsyat macam ni? Kasar. Biadap. Kita mula
dengan baik, sekarang El penuh menghina. Syukur kita tak berjodoh. Kalau El single pun abang tak mahu. Tak sangka.
Syukur abang tahu sekarang. Dah puas ke? Ada lagi?'
Ellis Elliza merengus.. Ehh.. Syukur tahu
sekarang? Aku dah kata this is last,
kau berlagak pula ya seolah-olah kau yang putuskan semuanya. Setan betul jantan
ni.
'Ada. El pun bersyukur sangat-sangat Allah
sedarkan El. Macamana Allah nak jodohkan El dengan lelaki yang menyuruh seorang
isteri menuntut cerai dari suami? Haram seorang isteri dan tidak mencium bau
Syurga jika meminta cerai daripada suami. Bila El tak mengikut kemahuan abang,
macam-macam abang kata El. El pembohong, penipu, lembik, 'liar','fake love'. Actually all your words showing you yourself.
Abang kata kita bermula dengan baik? Flash
back please. Abang banyak tipu El. Nak El senaraikan penipuan dan
pembohongan abang? Listen here abang.
Allah akan balas setiap titis air mata El yang mengalir kerana perbuatan
abang.'
Runi Naqiu masih tidak puas lagi mempertahankan
konon dirinya tidak bersalah sama sekali. 'I
did all this for your happiness. I never lie. Look at your words. You will
swallow all your words El. The truth will speak later on. It's enough.
Taburlah tohmahan kat abang. Begini rupanya the
real of your behaviour. El.. Think
twice. Calm down. Selamat malam. Apa-apa minta izin kat suami ya nak contact abang. El tak akan sunyi. Berchatlah dengan lelaki lain pula ya'
Astagafirullahalazim! Dia ingat aku macam dia
ke? Ayat-ayat tu untuk awak sendirilah Runi Naqiu. Tak sunyi? Ya! Memang awak
tak akan sunyi sebab awak akan berchatdengan
perempuan-perempuan lain pula sambil menabur fitnah tentang mangsa-mangsa
terdahulu. Dan akulah yang bakal menjadi mangsa fitnah kau selepas ini. I swallow my words? Or you yourself will swallow
your own words? We will see. Yes. The truth will speak later. Wait and see.
Allah itu maha adil. Sesungguhnya Allah mendengar doa-doa orang teraniaya.
'Abang jangan risau. This is last. Abang yang buat El jadi macam ni. Tiada seorang pun
boleh sabar dengan abang. Tak apalah. Tak payah risau El nak berchat dengan lelaki mana ya. I'm tired already. Baiklah abang. Jom lah
kita tamatkan di sini. Abang boleh jer cakap El biadap ke kurang ajar ke, then ceritalah kat orang macam abang
buat kat mangsa abang sebelum ni. Dah puas telinga El dengar. Oh ya. Tak payah replyapa-apa lagi. After this message, El tak guna number
ni dah. Nice knowing you actually,
banyak El belajar. Selama ni El hidup dengan orang-orang yang jujur. Mengenali
abang membuka mata El. Thanks anyway.
Assalamualaikum abang.' Ellis Elliza menamatkan hubungannya dengan Runi Naqiu.
Ellis Elliza sudah nekad. Air mata menuruni pipi. Spontan Ellis Elliza menadah
tangan mohon Allah menunjukkan kebenaran.
Runi Naqiu membalas lagi mesej Ellis Elliza
namun, wanita itu tidak mahu membalas sebarang mesej dari Runi Naqiu lagi. Runi
Naqiu mendengus marah tetapi kemudian ketawa bagaikan orang kerasukan.
“Facebook
aku, suka hati akulah nak tutup ke tak. Aku tak mahu kau bermaya lagi atau
berhubungan dengan sesiapa di maya. Cukup hanya aku seorang.” Runi Naqiu berasa
bahagia dengan apa yang dilakukannya.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Rabiatul Syafiqah berkerut dahinya memandang ada
panggilan antarabangsa yang masuk. Siapa pula yang menelefonnya disaat dia
sibuk yang terlampau. Tiba-tiba Rabiatul Syafiqah teringat pada Ellis Elliza,
mungkin dialah yang telefon dari luar negara. Pantas Rabiatul Syafiqah menekan
butang panggilan diterima.
“Assalamualaikum Fiqa.” Kedengaran suara wanita
yang teresak-esak di talian.
Rabiatul Syafiqah tersentak seketika.
“Waalaikumussalam. Siapa ni? Ellis ke?” tanya
Rabiatul Syafiqah inginkan kepastian. Dia tidak pernah berbual dengan Ellis
Elliza sebelum ni dan itulah kali pertama dia mendengar suara Ellis Elliza
secara live.
“Ya. Ellis ni.” Ellis Elliza bersuara dalam
esakan. Dia tidak peduli berapa pun bil telefon yang harus dibayarnya asalkan
dia dapat berbual dengan Rabiatul Syafiqah. Dia tidak mahu bertangguh lagi untuk
berbual dengan wanita itu.
“Kenapa ni Ellis? Kenapa menangis?” tanya Rabiatul
Syafiqah dengan lembut.
“Tak ada apa. Ellis sedih. Oh ya, kalau ada
apa-apa kita berhubung melalui whatssapp
atau LINE saja ya. Runi dah tutup account FB Ellis." Jelas Ellis
Elliza.
“Baiklah. Tapi macam mana Runi boleh tutup facebook
Ellis pula? Bukankah ia milik Ellis?” Rabiatul Syafiqah pening memikirkannya.
“Facebook
tu sebenarnya dia yang bukakan untuk Ellis setelah Facebook asal Ellis suami sekat dari berkawan dengan Runi. Jadi dia
buka Facebook baru untuk Ellis dengan
nama dan gambar yang sama but now
suami Ellis dah tahu semuanya. Runi janji akan serahkan Facebook tu pada Ellis dengan syarat password akan dia beri melalui suami Ellis konon-kononnya dia
ikhlas. Ellis pun bagitahu suami dan suami Ellis setuju sebab email semua guna
nama Ellis. Tapi dia tipu, dia curi
facebook tu dari Ellis semula bila suami Ellis hantar Ellis ke Australia.
Dia licik sebab dia masih simpan password
email. So, walaupun Ellis dah tukar password
Facebook Runi still boleh trace
through email. Konon dia akan beri password
email bila Ellis balik Malaysia nanti. Fiqa kena hati-hati dengan Runi tu.
Dia sangat licik! Dia nak kawal Ellis tapi tak dapat. Dah banyak perempuan yang
menjadi mangsanya. Ellis tak mahu Fiqa termasuk di antara mereka. Sayang kalau
Fiqa jatuh ke tangannya sedangkan Fiqa boleh dapat yang lebih baik daripada
dia.” Ellis Elliza cuba meyakinkan Rabiatul Syafiqah. Dia tidak tahu kenapa dia
sayangkan wanita itu. Seperti ada sesuatu yang memaksanya untuk menyelamatkan
Rabiatul Syafiqah dari termakan umpan yang dipasang pada pancing Runi Naqiu.
Sayang jika Rabiatul Syafiqah jatuh ke dalam perangkap Runi Naqiu.
“Apa yang sebenarnya yang terjadi? Fiqa tak
faham” Rabiatul Syafiqah pusing kepala memikirkan kronologinya.
“Ellis pun kurang faham tujuan sebenarnya.
Agaknya dia mahukan wanita berkerjaya untuk support
hidupnya. Dia tak kerja. Tapi berlagak seperti orang kaya-kaya. Kalau dengar
dia bercerita lagak orang ada-ada tetapi semua orang yang pernah bertemu
dengannya akan terkejut melihat diri dia sebenarnya. Ditakdirkan Fiqa berjodoh
dengannya, apa Fiqa mahu memelihara 'biawak hidup'?" Ellis Elliza membuka
keburukan Runi Naqiu.
“Bagaimana Fiqa boleh percaya cakap Ellis? Atau
Ellis cemburu kerana Fiqa rapat dengannya?” Rabiatul Syafiqah mencari kekuatan
untuk mengutarakan hal itu.
Kedengaran Ellis Elliza ketawa di hujung talian.
“Buat apa Ellis nak cemburu Fiqa? Ellis ada suami dan anak-anak. Sikit pun
Ellis tak cemburu. Malah keluarga Ellis jauh lebih sempurna. Bodohlah Ellis
kalau membuang keluarga Ellis dan memilih dia. Kalau pun suami Ellis ceraikan
Ellis setelah apa yang dilakukannya, Ellis lebih rela hidup sendiri dari hidup
memelihara jantan tak guna seperti dia. Kalau Fiqa tak percaya, cuba Fiqa
hubungi Fadhila Imani, Nazira dan Nur Syarida. Mereka boleh berikan jawapan
yang Fiqa mahu. Nanti Ellis whatssapp
akaun facebook mereka.” Ellis Elliza
ingin bantu Rabiatul Syafiqah untuk keluar daripada perangkap Runi Naqiu.
“Baiklah. Fiqa akan hubungi mereka. Fiqa harap
Ellis tidak rancang apa-apa dengan mereka untuk jauhkan Fiqa dengan Runi.”
Rabiatul Syafiqah seakan memberi amaran pada Ellis Elliza.
“Ellis tak buat macam tu. Kalau ada yang nak
rancang sebarang rancangan, itu adalah Runi, bukan Ellis. Dia licik Fiqa
sehingga boleh manipulasi minda kita. Ellis pun tak hairan kalau Fiqa lebih
percayakan dia dari Ellis, sebab memang dia begitu mahir dalam meyakinkan orang
dengan kata-katanya. Fiqa dengar kata hati Fiqa sendiri. Banyakkan berdoa agar
ALLAH akan tunjuk kebenarannya. Assalamualaikum Fiqa. Ellis akan hubungi Fiqa
lagi.” Ellis Elliza meminta diri.
“Waalaikumussalam. Terima kasih Ellis.” Rabiatul
Syafiqah tersandar di kerusi seketika setelah tamat berbual dengan Ellis Elliza.
“Siapakah yang benar sekarang dan siapakah yang
salah? Aku akan cari jawapannya. Aku tak mahu tersepit lagi antara dua orang
sahabat ini. Ya ALLAH bantulah hambamu ini dalam mencari kebenarannya. Amin.”
Sempat lagi Rabiatul Syafiqah berdoa di dalam hati sebelum meneruskan kerjanya
yang terbengkalai. Dia berharap agar selepas ini tiada lagi gangguan yang akan
diterimanya.