BAB 22: Pecah Segala-galanya

“Assalamualaikum Fiqa. Maaf ya Ellis menghilang diri macam tu saja. Ellis perlukan ketenangan dan kekuatan diri untuk melupakan Runi. Fiqa bantu Ellis untuk melupakan dia ya.” Akhirnya usaha Rabiatul Syafiqah menghasilkan kejayaan apabila Ellis Elliza menghubunginya. Alhamdulillah. Banyak perkara yang ingin dikongsikan dengan wanita itu.

“Waalaikumussalam Ellis. Alhamdulillah, akhirnya Ellis dah berani munculkan diri. Jangan hilang macam tu lagi ya sebab nanti Ellis akan lebih tertekan.” Balas Rabiatul Syafiqah melalui ruangan LINE. Mereka lebih suka bermesej melalui aplikasi LINE.

“Baiklah Fiqa. Ellis takkan menghilangkan diri lagi. Ada apa-apa yang Fiqa nak kongsi dengan Ellis?” Ellis Elliza mula mengorek cerita daripada Rabiatul Syafiqah.

“Ellis tahu tak, dia unfriend Fiqa. Lepas tu dia tendang Fiqa dari grup dia. Sakitnya hati Fiqa. Dahlah suka-suka hati tendang orang, lepas tu ada hati pula mesej orang semata-mata nak tanya pasal artwork yang kita buat. Dia masih nak jejaki Ellis. Nasib baiklah masa tu Ellis menghilangkan diri, jadi Fiqa beritahu dia apa yang betullah.” Luah Rabiatul Syafiqah bersungguh-sungguh.

Ellis Elliza hanya tersenyum pahit sesudah membaca luahan hati Rabiatul Syafiqah. Ellis Elliza sudah sedia maklum akan sikap Runi Naqiu yang satu itu. Seketika kemudian, dia mula menaip di aplikasi telefon pintarnya untuk memberitahu sesuatu pada Rabiatul Syafiqah.

“Itu dah memang permainan dia Fiqa. Ellis kenal benar dengan dia. Apabila dia tak dapat pegang wanita itu dan susah hendak mengawal wanita itu, maka itulah yang akan dilakukannya. Kadang-kala dia akan blockwanita itu. Apabila dia rasa sunyi, dia mula unblock balik dan memujuk rayu minta berkawan semula. Dan...dia akan minta wanita itu yang request friend kat dia. Fiqa nampak tak permainan dia? Tetapi dia akan beritahu orang lain wanita itu yang merayu kepadanya untuk terus menjadi kawan." Ellis Elliza menarik nafas yang agak panjang sesudah dia selesai menaip.

Terbuntang mata Rabiatul Syafiqah membaca mesej daripada Ellis Elliza. Manusia macam ni pun ada juga ya dalam dunia ni. Sudah menjadi trend dia rupanya.

“Ellis tahu tak, Runi Naqiu adalah makhluk tuhan yang paling sengal sekali. Dia ingat elok sangatlah buat perangai macam tu. Dah la rupa pun tak kacak, perangai pun ikut tak cantik sama. Nasib baiklah Fiqa tak terjebak dengan dia terlalu jauh. Menyampah betul.” Rabiatul Syafiqah tidak dapat menahan rasa marahnya dengan Runi Naqiu yang perasan sangat hebat.

Ellis Elliza tidak tahan mendengar bebelan Rabiatul Syafiqah lalu terhambur ketawa dari rongga tekaknya. Kelakar sungguh si Fiqa ni. Ellis Elliza berkata di dalam hatinya.

“Fiqa jangan terkejut kalau dia addFiqa balik.” Ellis Elliza sekadar memberi peringatan.

“Jangan haraplah Fiqa nak terima semula. Sorry. Eh, Ellis tak nak buka facebook semula ke?” Nampaknya hati Ellis Elliza sudah menjadi keras untuk lelaki seperti Runi Naqiu.

“Nantilah dulu. Sekarang Ellis rasa lebih tenang tanpa gangguan. Nanti-nantilah Ellis akan buka facebookbaru. Facebook lama biarlah ia berkubur. Nanti Ellis add semula semua ya.” Ellis Elliza memberitahu dengan jujur.

“Kalau boleh add sekali mangsa-mangsa Runi tu. Biar kita bergabung menentang dia. Baru dia tahu kuasa wanita. Ingat senang-senang dia boleh memperlekehkan wanita? Huh!” Rabiatul Sayfiqah masih belum surut lagi amarahnya. Semakin lama semakin meninggi takat didih amarahnya.

“Insya ALLAH. Ellis akan usahakan. Ketika kemunculan Ellis nanti sure Runi risau, ye lah, takut rahsia permainannya selama ini terbongkar. We will see that. Manusia pendusta macam dia pasti takut dengan bayang-bayang sendiri. Oh ya, Ellis ada beli sesuatu buat Fiqa dari Australia ni. Nanti kita jumpa Ellis bagi ya.” Ellis Elliza terasa seperti hendak membeli sesuatu buat Rabiatul Syafiqah menyebabkan wanita itu cukup terharu.

“Buat susah-susah saja Ellis ni. Terima kasih banyak. Apa pun yang Ellis bagi Fiqa pasti suka.” Bergenang air mata Rabiatul Syafiqah mendengar ketulusan Ellis Elliza buat dirinya. Mudah-mudahan talian ukhwah ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat. Doa Rabiatul Syafiqah di dalam hati.

“Okeylah Fiqa, Ellis nak buat persediaan menyambut hari lahir anak perempuan Ellis di sini. Insya ALLAH kalau tak ada aral esok mereka sampai.” Beritahu Ellis Elliza dengan gembiranya.

“Fiqa sentiasa doakan yang terbaik buat Ellis. Nanti kirimkan gambar sambutan birthdayanak Ellis ya. Assalamualaikum.” Rabiatul Syafiqah juga tidak mahu memanjangkan lagi perbualan kerana dia ada kerja yang mahu dibereskan.

“Waalaikumussalam.” Ucapan sebagai penutup bicara.

Sebulan kemudian ....

Rabiatul Syafiqah melihat pada laman muka bukunya dan terlihat sebaris nama yang ingin bersahabat dengannya. Nama itu ialah Elliza Lees. Terus sahaja Rabiatul Syafiqah menerima dirinya sebagai sahabat tanpa rasa ragu lagi kerana dia tahu itu adalah Ellis Elliza. Rabiatul Syafiqah melawat laman buku Ellis Elliza dan rancak berkomen di sana. Ellis Elliza juga telah memperkenalkan dirinya kepada kawan-kawan wanita itu termasuk Fadhila Imani si novelis yang terkenal. Bukan itu sahaja, malah Ellis Elliza juga mengundang Nazira dan Nur Syarida untuk menyertainya. Dan ada beberapa nama yang turut menjadi mangsa Runi Naqiu ada di dalam laman muka buku Ellis Elliza. Rupa-rupanya ramai juga yang mengenali Runi Naqiu termasuk yang menjadi mangsanya.

Beberapa hari kemudian, Ellis Elliza mengundang Rabiatul Syafiqah untuk berbual dengannya di laman muka buku memandangkan ramai juga teman-teman yang menjadi mangsa Runi Naqiu ada bersama. Yang paling menakjubkan, si Rozlina pun turut serta sekali. Apa lagi, sakanlah Rabiatul Syafiqah menghentamnya.

“Maaflah Atul, aku mana tahu yang dia tu palesit. Kalau aku tahu, aku takkan kenalkan kau dengan dia.” Rozlina membela dirinya.

“Nasib baik ada yang menyelamatkan aku tau. Kalau tak .... dengan aku-aku sekali diheret ke neraka dunia.” Rabiatul Syafiqah mengajak Rozlina bertikam lidah dengannya.

“Sudah-sudah. Kita berdamai saja okey sebab bukan semua tahu perangai si parasit tu macam mana. Kalaulah kita tahu, takkan kita nak merapatkan diri dengannya.” Ellis Elliza mendamaikan kedua-dua sepupu itu.

“Eh, cuba tengok status kawan kita si Raida. Menarik tau topiknya.” Tiba-tiba Nur Syarida mematikan bunga-bunga pertelingkahan yang tercetus.

“Fiqa ada add tak Raida sebagai kawan?” Tanya Ellis Elliza

“Ada. Raida yang add Fiqa bila dia tahu Fiqa berkawan dengan Ellis.” Balas Rabiatul Syafiqah.

“Jom kita ke wallRaida.” Ajak Ellis Elliza dan dengan pantas kesemua mereka menyerbu ke wall Raida.

Dengki dengan kawan, burukkan dia dekat orang lain, nanti Akhirat merangkak bawah panas terik cari kawan kita tu balik. Berat azab. – Ustaz Haron Din

“Raida, Ellis nak share boleh?” tanya Ellis Elliza yang terpikat dengan secebis nasihat daripada Ustaz Haron Din

“Silakan Ellis.” Balas Raida yang tidak kisah sesiapa pun hendak berkongsi ilmu yang diberi.

“Baguslah kalau dah sedar diri. Bagus sangat perkongsian macam ni. Highlight sekali kata-kata tu.” Tiba-tiba muncul sebaris nama yang menggunakan ID Ghost Rider.

“Terima kasih kerana memberi idea. Ellis dah HIGHLIGHTpun. Panassss.” Ellis Elliza membalas sambil meletakkan petikan itu dengan api yang menjulang naik.

“Kalau hidup dah biasa dengan kemungkaran, hati akan menjadi hitam. Berbuat dosa bukanlah satu ketakutan dan mendengar nasihat itu satu lawak jenaka. Hari ni ketawalah sepuas hati kerana mempermainkan hidup orang lain, menganiaya hidup orang lain dan menghancurkan pula hidup orang lain sedangkan diri sendiri tahu apa dia buat. Sombonglah atas muka bumi ini dengan ketawakan orang yang diperbodohkan dengan cara keji.” Tu dia, sekali Fadhila Imani membuka madah habis semua bahasa sasteranya meluncur keluar dari jari-jemarinya.

“Betul sangat tu Dhila.” Balas Raida tanpa mengetahui apakah punca yang sebenarnya membuatkan malam itu menjadi hangat sekali.

“Wah .... cantik your HIGHLIGHT Ellis.” Nur Syarida begitu teruja untuk menyertai gelanggang perlawanan yang telah dibuka seluas-luasnya.

The bat is burning.” sambung Nazira pula.

“Sudahlah Ellis. Jangan anggap you pula sebagai mangsa sedangkan yang menjadi mangsanya adalah I. You yang bawa I ke dunia cinta you, kemudian you terbalikkan fakta yang I pula sebaliknya. Bawa-bawalah bertaubat. Tak payahlah you mengumpat I pada semua yang ada di sini.” Ghost Rider terus menyerang Ellis Elliza.

“Pengadu domba itu pembawa fitnah. Nauzubillah min zalik. Ya ALLAH ... jauhkan kami dari fitnah.” Ellis Elliza menambah rencah pada malam itu. Dia tidak mahu mengalah kepada Runi Naqiu. Dia tahu ID itu milik Runi Naqiu kerana lelaki itu pernah memberitahunya akan sebuah lagi akaun laman muka bukunya. Akaun itu untuk meluahkan rasa hatinya tentang cinta.

“Rasanya kena faham. Kita boleh berbicara tentang sesuatu dengan tujuan membongkar kejahatan dan menyelamatkan orang lain dari kejahatan tersebut serta memberi peringatan pada orang tersebut agar berhenti dari melakukannya pada orang lain. Ini tidak dikategorikan mengumpat. Orang macam ni mana sedar dia yang salah. Kerja dia tuding jari sahaja. Yang bodoh orang, yang pandai dia sedangkan dia telah menzalimi dirinya sendiri. Kasihan .... cukup kasihan.” Fadhila Imani mempertahankan Ellis Elliza dengan membuat serangan balas semula kepada Runi Naqiu atau Ghost Rider.

“Fitnah itu ibarat membunuh. Ya ALLAH, jauhkanlah dari kami.” Nazira juga tidak mahu ketinggalan untuk menyampuk.

“Runi Naqiu ... Runi Naqiu ... Dia datang dah menyibuk macam lalat. Dulu pakai ID Romeo Must Live. Tak payah nak suruh orang highlight. Diri sendiri tu yang kena highlight. Tapi kan kalau manusia sorang ni yang ada masalah mental dan personaliti memang dah tak boleh nak sedar dah. Telinga dah tebal, hati pun dah hitam ... huh! Really sociopathic LOSER!” Tiba-tiba muncul pula sebaris nama yang membela mangsa-mangsanya membuatkan semua tertanya-tanya siapakah gerangan empunya FB bernama Nabila Huda ini. Wanita ini seolah-olah terlalu mengenali Runi Naqiu membuatkan mereka berfikir bahawa Nabila Huda ini juga merupakan salah seorang mangsa Runi Naqiu.

“Suruh orang highlight tapi dia sendiri yang buat perkara tak betul. Blocklepas tu unblock, harap dia akan merangkak mencari rakan sendiri yang dia telah fitnah tu.” Rabiatul Syafiqah juga tidak mahu ketinggalan dalam menyumbang mesejnya setelah berdiam diri agak lama.

“Cinta sejati? True friends? Sampai bila tak akan dapat sebab diri sendiri penuh kepalsuan dan drama. Rasa bangga dapat memperbodohkan orang ya tapi suatu hari nanti diri sendiri akan merasa sakit. Terus burukkan orang yang berjaya diburukkan kerana celaan akan berbalik kepada tuan dan keturunannya.” Nur Syarida mengambil kesempatan untuk menembak Runi Naqiu.

“Huh, saya mempelajari sesuatu bahawa orang perempuan kalau kecewa boleh menjadi sangat JAHAT. Nabila, kenapa tidak mencari kebenaran terlebih dahulu? Hanya dengar sebelah pihak sahaja awak terus percaya? Awaklah salah satu the real loser. Awak tinggal di Johor, kan? Datang jumpa saya dan dapatkan cerita sebenarnya. Mereka ni hanya beberapa bulan saja dengan saya, ramai yang dah bertahun dengan saya tak ada masalah pun. Tak ada pula yang meroyan. Ni semua sebab dendam, sebab kena block. Percayalah, sangat lorat. Mereka ni memegang satu konsep iaitu kalau I tak dapat you, orang lain pun takkan dapat you. Nabila Huda, siapa pun awak, berhati-hati dengan langkah yang awak orak kerana saya boleh bawa awak ke mahkamah.” Ambik kau jika Runi Naqiu sudah melenting.

Actually my dear Runi Naqiu, saya bukan mendengar sebelah pihak. Saya dah buat analisa dan mengumpul semua bukti-bukti yang kukuh. Buat masa ni saya tak perlu apa-apa hujah dari awak atau wanita-wanita tersebut. Saya percaya pada bukti dan saksi. Sebab itulah saya lebih berhati-hati dalam mengorak langkah. Awak tak perlulah mengajar saya. Awaklah yang patut berhati-hati. Berhati-hati bila awak bermesej dalam laman sosial mahupun telefon pintar. Dan satu lagi, private mesej awak .... wow ... saya bersedia ke mahkamah jika itu yang awak hajatkan.” Balas Nabila Huda tanpa gentar dengan ugutan Runi Naqiu yang sudah mula menunjukkan taringnya.

“Awak tak payah nak berkokok dalam facebooklah Nabila Huda. Kalau awak betul-betul berani datang jumpa saya. Saya cabar awak. Saya hanya menduga saja bini-bini orang ni. Mereka ni hanya nak suka-suka saja. Bila terjadinya pertemuan, mereka yang lebih-lebih ada perasaan pada saya, jadi saya nak kata apa? Berhentilah Nabila Huda dari terus mengutuk saya. Kenapa tak pakai akaun awak sendiri untuk menunjukkan siapa diri awak sebenarnya sedangkan akaun awak ni pun baru saja dibuka. Jujurlah dengan diri sendiri dan saya minta tolong agar hentikan permainan ini.” Runi Naqiu masih belum mahu mengalah.

Kebal sungguh lelaki ini. Pelik! Ada perasaan setelah pertemuan? Memang sah awak guna ilmu Runi! Rupa langsung tak ada, bagaimana wanita-wanita itu boleh timbul perasaan kepadanya? Mangsa Runi Naqiu juga mengaku setelah pertemuan pertama mereka rasa tidak ingin untuk meneruskan perhubungan dengan Runi Naqiu tetapi mereka seolah-olah tidak dapat lari lagi dari parasit jahat ini. Hati dan minda mereka tidak seiring. Walau minda ingin menolak tetapi hati tetap ingin terus bersama parasit ini.

“Nampak tak awak sendiri yang telah membuka pekung di dada awak dengan mengaku ada hubungan bersama isteri-isteri orang. Masalah awak sekarang ini ialah awak suka pusing fakta semata-mata nak tunjuk awak ni baik sangat. Padahal mangsa sebenarnya adalah wanita-wanita itu. Apa yang awak cakap tak sama dengan apa yang ada dalam PM-PM awak. PM-PM awak boleh menunjukkan siapa diri awak sebenarnya. Bukan saja dalam PM tetapi dalam whatssapp, sms, skypedan bagaimana facebookawak beroperasi bersama wanita-wanita itu. Ia menceritakan siapakah diri awak sebenarnya. Kalau awak berhajat untuk bawa ia ke mahkamah, silakan..and MAKE MY DAY.” Balas Nabila Huda lagi.

“Bagus Nabila. Apa yang awak lakukan ini telah memporak perandakan hidup seorang lelaki parasit dan mengeluarkan dia dari kepompong untuk membuktikan siapakah dirinya yang sebenarnya.” Rabiatul Syafiqah begitu teruja dengan hujah-hujah yang diberikan oleh Nabila Huda.

Seketika kemudian, semua yang terlibat berundur dari medan maya setelah perdebatan yang sangat panas berlangsung beberapa jam. Kini mereka perlu berehat seketika.

--------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum sahabat sekalian. Nabila ingin dedahkan kisah si Psychopath/Sociopath a.k.a. Romeo.

Apa yg seterusnya berlaku bila si Romeo ni berjaya membuat wanita jatuh cinta pada dirinya... ya, bermulalah niat dan taktik KOTOR si penghasut tadi iaitu:

1. Sikap jujur/baik pada wanita itu perlu dikotorkan terlebih dahulu. Ia berlaku secara halus dalam pengaruh si Romeo. Setiap kali perkara negatif berlaku, si Romeo akan sentiasa memberi alasan dan sokongannya tersendiri bagi menghalalkan perlakuan wanita itu. Pujuk rayunya menyuntik kan lagi perkara-perkara yang ditegah agama. Bila wanita tadi telah banyak melakukan kesalahan/ dosa/ kecurangan - maka inilah MODAL yang akan dia simpan untuk plan seterusnya.

2. Seterusnya si Romeo akan cuba renggangkan hubungan wanita tadi dengan keluarga/ tunang/ suami/ teman rapat atau sesiapa saja yang jadi penghalang kepada niat buruknya.
Antara kaedahnya :

- sebar fitnah tentang keluarga/ tunang/ suami/ teman rapat. Si Romeo cuba benihkan perasaan benci dalam jiwa wanita tadi kerana menjadi penghalang dalam hubungan cinta mereka.

- kalau di laman sosial seperti FB bermulalah acara block/ unfrienddan buka id/group baru. Skype, Viber, Whatsapp etc menjadi gelanggangnya. Seboleh-bolehnya biar perhubungan berlaku antara mereka berdua sahaja tanpa ada halangan. Dia akan cuba sedaya-upaya menguasai minda dan emosi sehingga wanita itu merasakan ada 'kesepadanan', 'matching'antara mereka. Dengan adanya keserasian yang kononnya dapat dirasakan, maka mudah lagi ungkapan cinta itu diucapkan dan diterima oleh wanita itu. Keluarga/ tunang/ suami pun dah rasa tidak serasi dan kemesraan kian luntur gara-gara Romeo si makhluk perosak. Ya..... makhluk perosak, pemusnah kebahagian rumahtangga amat sinonim dengan orang ini...... siapa dia? Mungkin dia sedang skodeng wall saya sekarang ini..........(to be continued)

Ini adalah antara status Nabila Huda yang mendedahkan tentang kebenaran si parasit cinta yang ada masalah mental. Beberapa hari kemudian, satu lagi status yang dimuatnaikkan oleh Nabila Huda

Assalamualaikum warga fb...... sambung semula kisah si sosiopath ini. Amat perlu bagi kita mengenali mereka yang wujud di kalangan masyarakat ini. Kurang pendedahan kepada masalah sosial dan keluarga menyebabkan ramai yang jadi mangsa especially women (single, married, divorced).

3. Bila Si Romeo dah terlampau confident yang wanita itu akan menurut katanya kerana cinta yang mendalam..... maka dia akan mendesak wanita tersebut untuk kahwin tanpa memikirkan sama ada wanita itu tunang/ isteri orang. Dia sudah menunjukkan taringnya dan sedikit-sebanyak kelemahannya. Kata-kata sinis, ugutan-ugutan mesra, desakan-desakan yang terlampau akhirnya menjadikan wanita merasa rimas, tertekan dan mula menyedari apa yang berlaku. Si Romeo tanpa rasa malu dan berdosa sanggup menyuruh wanita itu supaya putuskan tali pertunangan atau meminta cerai dari suami. Perlakuan keji tahap alien dah ni.
Kenapalah sosiopath macam si Romeo ni nak sangat cepat kahwin padahal dah ada isteri. Nak tahu kenapa:

1. Objektifnya tercapai. Wanita yang berduit, bekerjaya ... cepat kaya, hidup senang, goyang kaki, makan-minum belanja semua isteri support. Aku cuma makan-tidur-makan-tidur, berasmara, jual cinta murahan dan kata-kata manis, terus bermaya di FB dan mencari 'new supply'.

2. Perkahwinan akan menutup kelemahan-kelemahan si Romeo. Orang ramai akan menganggap dirinya hebat, walaupun tak punya apa-apa tapi boleh berpoligami 2,3 dan 4.

3. Sebagai Jaminan/Guarantee, bila berkahwin, si Romeo dah dapat jaminan bahawa penguasaan/eksploitasi keatas wanita itu adalah sepenuhnya 100%. bertambah mudah kerja tanpa ada halangan lagi.

Kepada saudara-saudari sekalian, isu yang Nabila nak sampaikan bukanlah poligami, tetapi perkara keji yang mendorong kepada perceraian dan keruntuhan rumahtangga di sebabkan orang ketiga.

Sebagaimana sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis :

“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya” (HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”).

Ramai mangsa-mangsa Runi Naqiu yang menurunkan komen di lama muka buku Nabila Huda tanpa rasa bersalah mahupun berdosa kerana bagi mereka Nabila Huda adalah penyelamat. Dia mampu mendedahkan akan sikap Runi Naqiu tanpa berselindung. Dan semua yang diutarakannya adalah tepat dan itulah yang berlaku di dalam dunia realiti walaupun Runi Naqiu tidak mahu mengaku kesalahannya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Runi Naqiu yang membaca status di dinding Nabila Huda cukup tercabar apabila rahsianya selama ini kian terbongkar. Satu persatu dikupas oleh Nabila Huda dan semuanya adalah benar belaka apa yang dilakukannya terhadap wanita-wanita yang menjadi mangsanya.

“Aarrghhh! Setan. Siapa dia yang sebenarnya? Bagaimana dia tahu gerak-geri aku? Adakah dia salah seorang dari mangsa aku? Tak guna!” Runi Naqiu melepaskan kemarahannya di hadapan skrin komputer itu.

“Ayah, boleh tak kalau esok Rizky tak berlatih main badminton?” tanya Rizky anak sulung Runi Naqiu yang berusia 16 tahun itu dalam keadaan takut-takut.

Runi Naqiu berpaling wajahnya menghadap Rizky dengan wajah yang menyinga. Hatinya sedang sakit dengan tingkah Nabila Huda, kini Rizky pula sedang menguji tahap kesabarannya.

“Tak boleh. Kau nak ponteng kenapa? Tak lama lagi dah peringkat kebangsaan. Kau kena tingkatkan latihan kau kalau kau nak menggenggam piala kejuaraan. Esok pagi ke gelanggang macam biasa.” Tengking Runi Naqiu dengan bengang sekali sehingga mengecutkan tali perut Rizky.

Bukan Rizky sahaja yang rasa hendak terkucil dengan tingkah Runi Naqiu, malahan Sofea Farhana juga mengalami benda yang sama. Perutnya menjadi kecut dan terus menggenggam erat tangan abangnya.

“Pergi. Jangan ganggu ayah.” Sekali lagi Runi Naqiu menengking kedua-dua adik beradik itu.

Terkedek-kedek mereka mengangkat kaki berlalu dari bilik ayah mereka. Tidak sanggup melihat wajah ayah mereka yang tidak ubah seperti singa lapar. Gerun, itulah yang mereka rasa.

“Abang, ayah tu kenapa? Garang semacam?” tanya Sofea Farhana setelah berada di bilik abangnya.

“Abang tak tahulah dik. Angin puting beliung apa yang melanda ayah kita tu. Takut abang tadi.” Rizky meluahkan rasa yang bersarang di hatinya.

“Adik pun. Angin ayah boleh berubah bila-bila masa saja. Adik tak sukalah.” Adu Sofea Farhana lagi.

“Abang pun tak suka. Tapi kita diam-diam saja ya. Jangan bagi ayah marah lagi. Nanti ayah pukul kita.” Pesan Rizky membuatkan Sofea Farhana mengangguk lesu.

Walaupun selama ini ayah mereka tidak pernah mengangkat tangannya, namun mereka harus mengambil langkah berhati-hati. Mereka tidak mahu sebarang benda menghinggapi tubuh mereka.

-------------------------------------------------------------------------------------------

“Abang? Apa ni? Apa yang abang dah buat ni?” Nurleela pulang pada malam itu dengan video di tangannya. Video itu pula telah diberikan kepadanya melalui telefon pintar yang dimiliki oleh Nurleela. Cukup memalukan dirinya dan keluarga.

“Abang buat apa? Kenapa tengking-tengking abang ni?” Runi Naqiu masih mempertahankan dirinya walaupun dia sudah merasa ada sesuatu yang tidak enak bakal berlaku. Matanya sedang melirik ke video yang berada di dalam genggaman Nurleela. Macam kenal pelakon di dalam video itu tetapi dia tidak pasti siapakah yang sedang memainkan adegan asmara itu.

“Abang buat apa? Tengok video ni .... tengok betul-betul. Lagi nak tanya abang buat apa? Kenapa abang buat macam ni? Apa salah saya pada abang? Selama ni saya mencari rezeki berpenat lelah tapi abang senang-senang menduakan saya. Berapa ramai lagi yang dah jadi mangsa abang? Berapa ramai lagi yang abang dah rosakkan? Cakap!!!” Nurleela terlalu sakit hatinya ketika melafazkan kata-kata itu. Hatinya bagaikan dilapah-lapah dengan pisau yang amat tajam. Pengorbanannya selama ini tidak dihargai langsung oleh suami yang amat disanjunginya. Inikah balasan yang harus diterima?

Runi Naqiu terkedu seketika tatkala melihat aksinya di ranjang bersama wanita yang telah berjaya diperangkapnya.

Tak guna betul. Perempuan ni memang S la. Runi Naqiu menyumpah-nyumpah di dalam hati. Perempuan ini betul-betul telah mencabar kesabarannya. Runi Naqiu sama sekali tidak menyangka bahawa antara banyak-banyak perempuan yang berjaya diperdayakannya, hanya perempuan ini yang tidak malu untuk membuat rakaman aksi terlarang mereka. Dan berjaya pula dia menjejaki siapakah Runi Naqiu sebenarnya serta memecahkan identiti lelaki parasit itu dengan mudahnya. Apa yang tidak mampu diterimanya, perempuan ini berjaya mencari isterinya dan melepaskan video ini ke pengetahuan Nurleela.

“Dia yang goda abang, sayang. Percayalah. Abang dah tolak tapi dia beri abang minum minuman sehingga abang tak sedar apa yang terjadi antara kami. Abang menyesal sayang. Maafkan abang.” Runi Naqiu mencari alasan untuk memenangi hati isterinya kembali dan sekaligus menyalahkan wanita itu.

“Sudahlah abang. Abang jangan cari alasan lagi untuk menutup kesalahan abang. Apa yang saya lihat ni, tak nampak abang diperdayakan tetapi abang yang memperdayakan mereka untuk memuaskan nafsu serakah abang. Abang memang kejam. Abang makan nyawa saya sedikit demi sedikit.” Hujan air mata telah lebat mencurahi dataran pipi Nurleela.

“Sayang percayalah cakap abang. Takkan abang nak menduakan sayang. Mereka itu yang tergila-gilakan abang.” Runi Naqiu cuba membawa Nurleela ke dalam pelukannya tetapi ditolak kasar oleh wanita itu.

“Cukup. Jangan bersandiwara lagi abang. Selama ni, saya yang macam ketua keluarga bukan abang. Saya yang menyara keluarga ni, sedangkan abang hanya duduk goyang kaki dan bersenang-lenang. Saya tak mampu lagi untuk menerimanya bang. Jiwa saya remuk.” Nurleela terus meluahkan rasa yang terkurung di dalam hatinya selama ini.

Dia malu bila ramai yang menegur apabila melihat suaminya itu hanya duduk di rumah sedangkan dia bertungkus-lumus mencari rezeki untuk menyuap mulut-mulut di dalam rumahnya. Dia juga malu apabila orang disekelilingnya menyatakan bahawa dialah ketua keluarga sedangkan ketua keluarga yang sebenarnya tidak mahu melakukan sesuatu untuk meningkatkan taraf hidup keluarga mereka. Tapi kini, dia sudah tidak boleh menerima segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya. Dia amat malu.

“Sayang, jangan cakap macam tu. Abang terlalu sayangkan sayang. Percayalah. Tak ada orang lain dihati abang selain sayang.” Runi Naqiu masih tidak mahu keluar dari gelanggang untuk mengula-gulakan Nurleela.

Nurleela menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia sudah tidak sanggup lagi mendengar lafas sayang yang palsu daripada Runi Naqiu. “Cukup. Saya benci dengan lafaz sayang palsu abang tu. Saya dah tak mahu mendengar apa-apa dari abang. Sudah cukup saya terseksa selama ni. Abang hanya pandai berpura-pura sampaikan saya terperangkap dalam cinta dusta abang. Saya tak sanggup lagi dipergunakan. Abang ceraikan saya. Saya dah tak sanggup hidup dengan abang." Tahap kesabaran Nurleela sudah sampai kemuncaknya.

Runi Naqiu terkesima sebentar. Dadanya berdegup amat kencang sekali. Dia tidak boleh menceraikan Nurleela. Jika isterinya itu tiada, siapa lagi yang akan menyara mereka semua sedangkan dia sudah tidak berdaya hendak bekerja. Dia mahu duduk di rumah sahaja sambil membuat harta kekayaan tanpa perlu mengeluarkan peluh dan menggunakan kudrat.

“Sayang ....tolong jangan cakap macam tu. Abang sangat sayangkan Leela. Abang tak tipu. Tolong percaya pada abang sayang. Perempuan mana sekali pun tidak akan dapat menandingi cinta abang pada Leela." Runi Naqiu cuba meyakinkan Nurleela.

Nurleela mengesat air mata. "Saya sudah membuat keputusan. Abang ceraikan saya. Sofea dan Rizky biar saya yang jaga. Abang carilah kerja untuk menampung hidup abang. Sudah tiba masanya abang berubah. Kalau abang rasa tidak mahu juga mencari duit sendiri, abang teruskan permainan abang. Carilah dan kahwini wanita yang sanggup menyara abang." Nurleela bersuara hiba. Kesal dengan sikap suaminya. Kasihan sungguh wanita yang bakal mendampingi suaminya itu nanti.

Tiba-tiba Runi Naqiu mencengkam kedua-dua tangan Nurleela. Dengan wajah bengis cengkaman Runi Naqiu semakin kuat. "Aduh! Lepaskan saya abang. Sakit.... Tolong lepaskan..Saya sakit abang." Nurleela sudah tidak betah menahan sakit, cuba melepaskan tangannya dari cengkaman Runi Naqiu tapi kudratnya tidak mampu melawan kekuatan Runi Naqiu. Bersama wajah bengis dan suara yang tertahan Runi Naqiu memberi amaran. "Jangan awak cuba lagi meminta cerai! Ingat! Abang tak akan lepaskan awak. Tidak akan.. Dengar ini baik-baik. Apa sekali pun jangan ingat abang akan ceraikan awak. Awak akan kekal menjadi isteri Runi Naqiu sampai bila-bila!"

“Kenapa ni ayah?” Tanya Rizky yang tiba-tiba muncul di situ. Runi Naqiu terus melepaskan Nurleela.

“Ibu.” Sofea Farhana terus mendapatkan Nurleela yang sedang menangis.

"Tak ada apa-apa. Ayah keluar sekejap." Tidak mahu dipersoalkan anak-anaknya, Runi Naqiu berlalu pergi sambil menjeling tajam Nurleela. Matanya memberi amaran keras kepada Nurleela.

Tak guna kau perempuan. Kerana kau isteri aku menuntut cerai. Aku janji aku akan balas dendam pada setiap wanita yang aku jumpa di maya. Seorang pun daripada mereka tak akan terlepas kerana telah memporak-perandakan hidup aku. Aku akan buat hidup kau orang merana malah lebih merana lagi daripada aku. Itu janji aku. Runi Naqiu memasang niat akibat rasa sakit hati yang terlampau.

Seketika kemudian, dia menyimpul senyuman yang amat sukar untuk dimengertikan.

Jangan bimbang sayang, selagi abang hidup, kita tidak akan berpisah. Jangan cuba halang hubungan abang dengan mana-mana wanita. Bersedialah menerima madu yang cukup manis bila satu hari nanti salah seorang dari mereka berjaya abang kuasai. Runi Naqiu terus ketawa bagai kerasukan.

Sesungguhnya makhluk Tuhan ini tidak pernah insaf diatas apa yang berlaku di dalam hidupnya malahan dia menyalahkan takdir pula dan meneruskan niat serong yang dikuasai oleh syaitan. Benarlah makhluk Tuhan ini mempunyai masalah mental yang amat sukar untuk dikawal. Berhati-hatilah kaum hawa di luar sana. Mungkin anda pula yang akan menjadi mangsa si parasit cinta ini seterusnya.

AWAS!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.