“Assalamualaikum.”
Kedengaran Ellis Elliza memberi salam sebaik sahaja telefon pintarnya berdering
nyaring minta dijawab.
Azaharil
Anuar yang sedang menonton televisyen bersama Ellis Elliza dan anak-anak hanya
menjeling sekilas sebelum menumpukan perhatian semula pada tayangan drama
sinetron Benci Vs Cinta. Randy Pangalila dan Nora Daanish berlakon, siapa yang
tidak teruja hendak menontonnya. Ellis Elliza dan Azaharil Anuar dikurniakan
sepasang anak yang comel dan pintar hasil daripada perkongsian hidup selama 14
tahun. Lelaki bernama Amirul Adry dan perempuan pula bernama Alyssa Ezzura.
“Kak
Lis, Ahad ni Dhila ada perlancaran novel yang terbaru tau. Akak kena datang.”
Fadhila Imani menelefon Ellis Elliza semata-mata hendak menjemput tuan punya
diri ke majlis pelancaran novel terbarunya yang akan berada di pasaran.
“Kalau
tak datang?” Sengaja Ellis Elliza mengusik Fadhila Imani.
“Janganlah
Kak Lis. Tak meriah majlis Dhila nanti. Akak datang ya. Runi pun ada sekali
tau.” Sogok Fadhila Imani dengan menjual nama Runi Naqiu. Nasiblah. Janji Ellis
Elliza ada bersamanya semasa perlancaran itu nanti.
“Hmm
...” Ellis Elliza melirik pada suaminya yang sedang kusyuk menonton tetapi dia
tahu suaminya itu pasti mendengar apa yang sedang dibualkan.
“Datang
tau Kak Lis. Dhila tunggu.” Pujuk Fadhila Imani lagi.
“Tajuk
apa pula kali ni?” tanya Ellis Elliza sedikit teruja.
“Pasangan
Simpanan Sempurna.” Beritahu Fadhila Imani sambil ketawa-ketawa.
“Hah?
Sempoinya tajuk.” Ellis Elliza tidak dapat menahan diri dari melukis segaris
senyuman.
“Ha ha
ha ... itu namanya tarikan kakakku sayang. Datang tau. Okey Kak Lis. Dhila kena offdulu. Ada kerja nak buat. Mwah... sayang kak Lis.” Fadhila Imani
yang agak rapat dengan Ellis Elliza sempat mengusik wanita itu.
Tergelak
Ellis Elliza dengan gelagat manja Fadhila Imani. Terhibur hatinya sedikit
sebanyak, walaupun suatu ketika dahulu ada ribut yang melanda mereka berdua
tetapi dia mengambil sikap yang lepas tu lepaslah, usah diungkitkan lagi.
“Siapa
yang fon mama?” tanya Azaharil Anuar sebaik sahaja melihat isterinya itu sudah
meletak telefon pintarnya di tepi sofa.
“Fadhila
Imani. Dia nak mama datang ke majlis perlancaran novel terbaru dia. Boleh tak
mama pergi, abang?” tanya Ellis Elliza meminta izin. Matanya masih tidak lepas
dari memandang suami yang sememangnya tampan dan sejuk mata memandang.
Azaharil
Anuar melayangkan sejambak senyuman buat Ellis Elliza. “Mama pergilah. Tak baik
menghampakan harapan orang. Abang izinkan.” Azaharil Anuar memberi keizinan
membuatkan hati Ellis Elliza dipagut rasa pilu. Tiba-tiba sahaja emosinya
datang menjelma. Sudah jadi sebahagian daripada watak-watak drama sinetron pula.
Aduhai ....
“Terima
kasih abang.” Ellis Ellisa mengambil tangan suaminya lalu dibawa ke bibir.
“I love you.” Azaharil Anuar sememangnya
seorang suami yang agak romantik dan sering melayangkan ungkapan sayang tidak
mengira waktu. Itulah yang membuatkan Ellis Elliza bahagia walaupun cinta
mereka sedang diuji kini.
“I love you three, four, five.” Sampuk
Amirul Adry dan Alyssa Ezzura serentak sambil tergelak-gelak sekaligus
mengganggu mood romantik pasangan
suami isteri itu.
“Hei,
nakal betul anak mama dan papa ni ya.” Ellis Elliza menggeletek perut Amirul
Adry dan Alyssa Ezzura sehingga mereka berdua kegelian. Puas hati dapat
bergurau dan bersenda begitu. Bahagia tiba-tiba datang menyapa tanpa diundang.
Ellis Elliza menyimpul senyuman bercorak riang melihat keluarganya yang
sememangnya sudah lengkap. Ellis Elliza kembali menumpukan perhatian pada kaca
televisyen tapi fikirannya melayang jauh.
Terkenang
hubungannya dengan Runi Naqiu, Ellis Elliza tahu perasaan cinta tidak harus
wujud pada dirinya yang sudah pun berkeluarga. Bukan tidak pernah mengelak.
Malah sudah puas dia mengingatkan Runi Naqiu yang dia sudah berkeluarga.
Teringat
kembali perkenalannya dengan Runi Naqiu di laman muka buku. Perkenalan dari
seorang rakan, Ellis Elliza dan Runi Naqiu mesra berkomen di Facebook. Dengan cara Runi Naqiu yang
suka bergurau, menyenangkan Ellis Elliza sehinggalah suatu hari Ellis Elliza
menghantar mesej kepada Runi Naqiu untuk menjawab pertanyaan Runi Naqiu yang
bertanya status seorang rakan maya perempuannya. Sejak itu Ellis Elliza dan
Runi Naqiu sering ber'PM'... Perhubungan mereka semakin mesra dan serasi. Runi
Naqiu amat senang dengan cara Ellis Elliza yang sopan.
"I think I want to give you my phone number," Runi Naqiu ingin
'menjual' nombor telefonnya pada Ellis Elliza.
"But dont give to others." Runi Naqiu
menyambung.
Ellis
Elliza terdiam sejenak kemudian menaip, "Tak ada sebab I nak bagi orang your phone number. Event dalam pejabat I
pun I tak boleh bagi phone number kepada sembarangan orang. Kena minta izin
empunya diri dulu," Ellis Elliza sedikit pelik dengan Runi Naqiu.
Dalam masa beberapa saat sudah tertera nombor telefon Runi Naqiu di laman muka bukunya.
"Ada masa mesejlah I," Runi Naqiu menawarkan
satu lagi cara untuk mereka berhubung.
Lamunan
Ellis Elliza terhenti bila mendengar Amirul Adry dan Alyssa Ezzura beradu
suara. Amirul Adry suka mengusik Alyssa Ezzura hingga adiknya menangis.
---------------------------------------------------------------------------------------
Nur Syarida sabar menanti Runi Naqiu di Skype. Sudah lama rasanya dia tidak
mendengar suara romantis ala-ala serak basah jejaka itu. Sedikit sebanyak dia
sudah kemaruk mendengar suara yang semakin hari semakin membuat hatinya resah
gelisah. Bukan dia minta tetapi ia hadir secara semula jadi. Dia tidak mampu hendak
mengelak atau menafikan apa yang terbit di dalam hatinya. Runi Naqiu memang
pandai menggoda jiwa wanitanya sehingga dia tersungkur meminati jejaka itu.
Aduhailah hati ... kenapa bergetar sakan semacam sahaja sehingga mahu putus
nyawa dibuatnya dalam penantian yang cukup menyeksakan jiwa dan raga.
“Runi,
kenapa lambat sangat jawab panggilan aku di Skype?
Tadi nampak warna hijau bermakna dia dah online.
Saja tau mendera hati dan perasaan aku yang merindui kau.” Nur Syarida sedikit
merungut dalam menahan getar nafasnya.
“Assalamualaikum Syar.” Tiba-tiba sahaja terdengar suara Runi Naqiu memberi salam sekaligus
menegur Nur Syarida. Terkejut wanita itu sehingga terlepas jeritan kecil. Kus
semangat. Mana tidak terkejutnya, tiba-tiba muncul di saat hati sedang walang
dalam penantian. Sudahlah pakai headphone,
lagi dekatlah suara Runi Naqiu di hatinya.
Runi
Naqiu mengekek di talian sebelah sana membuatkan Nur Syarida sedikit tersentap.
Huh!
Menyakitkan hati betul! “Waalaikumussalam. Seronok buat orang terkejut?” Marah
sungguh Nur Syarida di saat ini.
“Janganlah
marah Honey. Bukan sengaja nak ketawa
tetapi terlepas. Dah ‘ter’ kan, faham-faham sajalah. Maaf.” Runi Naqiu sudah
mula menggoda kembali hati Nur Syarida yang sedang panas menggelegak bagaikan
lahar gunung berapi yang hanya menunggu waktu untuk meletus.
“Kenapa lambat sangat jawap Skype? Tengah bual dengan perempuan lain
ke?” Sebal sungguh hati Nur Syarida dengan tingkah Runi Naqiu.
“Mana
ada. Tengah tulis skrip ni. produser dah tanya. Runi agak sibuk kebelakangan
ni," Sanggah Runi Naqiu tidak mahu terkena tempias amarah Nur Syarida.
“Betul
ke? Entah-entah chatting dengan
pompuan lain?” tanya Nur Syarida semula.
"Memang
ramai yang nak chat dengan Runi.
Sekali buka Facebook bersusun yang PM
Runi, tapi Runi tak layan. Syar jer Runi layan. Runi bukan suka chat-chat ni." Runi Naqiu cuba
meyakinkan Nur Syarida.
“Hmm...
boleh percaya ke? Dasar lelaki miang.” Selamba sahaja Nur Syarida melepasan bom
berapi dari lidah tidak bertulang.
Runi
Naqiu ketawa lagi. “Cemburu ke Honey? Please
don’t. Inikan kerja Runi, kenalah bereskan.” Pujuk Runi Naqiu lagi.
“Kalau
ya kenapa? Sajakan nak mendera hati dan perasaan orang?” Nur Syarida tidak mahu
mengalah. Seakan ingin memiliki jejaka ini buat stok simpanannya.
“Kan
dah cakap jangan tanamkan sifat tu. Nanti makan diri sendiri. Buat apa nak
cemburu, Honey? I’m always besides you.
Takkanlah Syar tak percayakan Runi? Rindu Runi ya sampai marah-marah macam ni?”
“Hmm ..
tahu pun. Suara Runilah mengancam sangat sampai Syar tak boleh tidur malam tau.
Suara Runi tu macam dadah, kalau tak dengar boleh ketagih. Bila dah dengar,
baru boleh buat kerja lain atau tidur.” Tu dia ... ayat power Nur Syarida yang boleh membuat Runi Naqiu tergolek dari atas
katil.
Runi
Naqiu ketawa lagi. “Suara Syar pun sedap. Lembut, mengancam boleh buat Runi tak
tidur malam tau. Lagi hebat penangannya.”
Aduhai
... mendengar sahaja Runi Naqiu bersuara manja dan lunak merdu sudah cukup
membuat Nur Syarida melayang di awan biru. Eh, dah malam ... mana nampak warna
awan. He he he ... itulah penangan orang yang kemaruk dengan rasa cinta. Hmm
... cinta ke?
“Alah
Runi ni, saja nak kasi Syar kembang setaman, kan? Puji lebih-lebih pula. Masih
menulis skrip ke?” tanya Nur Syarida ingin tahu kerana dia tidak mahu watak-watak
di dalam skrip Runi Naqiu mencuri perhatian jejaka itu daripadanya.
“Mana
ada, Runi tengah berbual dengan Syar saja ni. Syar lebih penting dari semua
kerja Runi tau. Esok kerja ke Rida?” tanya Runi Naqiu.
“Kerja.
Eh, dah 2 pagilah. Alahai, tak sedar masa berlalu dengan pantas. Itulah, bila
dengan Runi saja, mesti masa cepat sangat berlalu. Tak boleh ke ia berhenti
sekejap.” Nur Syarida berasa sebal ingin memutuskan talian dengan Runi Naqiu
sedangkan dia masih belum puas mendengar suara jejaka itu.
“Kalau
masa boleh berhenti, Runi pun mahu. Rasa susah nak lepaskan Syar tapi Syar kerjakan esok? Rehat tu penting. Kena jaga. Nanti ada masa kita bual lagi ya.”
Runi Naqiu memainkan peranannya untuk menggoda Nur Syarida lagi.
“Iyalah.
Pandai betul ambil hati kita. Selamat malam Runi.” Nur Syarida melakar senyuman
walaupun Runi Naqiu tidak nampak.
“Runi
tak ambil tapi Syar yang bagi, Runi terimalah. Sweet dreams Honey.” Runi Naqiu ingin segera menamatkan
perbualannya kerana di talian facebooknya
sudah menanti mangsa baru yang telah lama dinantikan balasan mesej yang
dihantarnya.
“Sweet dreams Runi.” Nur Syarida
menamatkan perbualannya dengan Runi Naqiu di Skype pada malam itu.
---------------------------------------------------------------------------------------
“Hmm ... rasanya dia tak mungkin ada kalau aku balas
malam-malam. Cubalah.” Rabiatul Syafiqah memberanikan diri membalas mesej Runi
Naqiu pada malam itu. Tiba-tiba sahaja tangannya begitu gatal hendak membalas
mesej Runi Naqiu di facebooknya
setelah sekian lama mesej itu diabaikannya. Mungkin juga hatinya sudah
benar-benar ikhlas untuk mengenali jejaka itu.
Waalaikumussalam. Maaf ya awak kerana lewat balas.
Saya benar-benar sibuk. Maklumlah wanita yang berkerjaya, kan? Harap awak tidak
marah saya.
Begitulah jari-jemari Rabiatul Syafiqah yang gatal
menaip mesej balasan buat Runi Naqiu sambil bibirnya memekarkan sengihan miang.
Dia amat yakin bahawa Runi Naqiu tiada di talian dan mungkin juga sudah tidur.
Namun perkiraan Rabiatul Syafiqah salah sama sekali apabila tiba-tiba dia
mendapat balasan pantas daripada jejaka maya itu.
Tak apa Fiqa. Saya faham. Masa awak terlalu mahal
untuk saya walaupun diluang hanya beberapa minit.
Ambik kau. Sedas sekali
Rabiatul Syafiqah mendapat balasan kata-kata manis Runi Naqiu yang lembut
tetapi agak berbisa.
“Aduhailah
hati, kenapa tiba-tiba rasa tak sedap. Dia ni merajuk ke sebab aku ambil masa
yang lama untuk balas? Hmm .. nak kena pujuk ke? Harulah macam ni.” Rabiatul
Syafiqah termangu sendirian di hadapan skrin komputer ribanya. Di dalam telefon
pintar skrinnya kecil sangat, tengok di dalam komputer riba barulah jelas.
Awak merajuk ke? Saya betul-betul minta maaf. Bukan
saya sengaja melambatkan balasan mesej awak tapi mmm ... entahlah. Masa begitu
mencemburui saya.
Hentam kromo sajalah. Dah sah-sah aku yang salah. Semua
suruh balas mesej jejaka ni tapi aku saja yang degil. Hah, ambil habuan kau
Atul oi. Begitulah bergemanya suara hati Rabiatul Syafiqah. Sekejap tangannya
berada di atas kepala dan sekejap merayap ke dagu pula. Haihhh ...
He he he ... hei, saya tak kisahlah. Saya faham
dengan kesibukkan awak. Kita mulakan perkenalan ni semula ya. Saya Runi Naqiu.
Panggil Runi saja.
Runi
Naqiu tidak mahu mendera lagi perasaan Rabiatul Syafiqah yang sedang walang
kini dek kerana dirinya yang pandai menelah. Dia amat yakin Rabiatul Syafiqah
sudah dilanda dengan rasa serba salah.
“Baguslah
kalau dia dah tak ambik hati dengan aku. Baru selesa nak berkenalan.” Rabiatul
Syafiqah mengajak tangannya menari lagi di atas papan kekunci komputer ribanya.
Panggil Fiqa. Hmm.. sedap pula dengan
gelaran yang diberi. Aku terima ajelah. Atul panggilan di rumah dan teman-teman
rapat, mana boleh sama dengan panggilan teman di maya.
Sedap. Nama di fb ni nama betul Fiqa ke?
Ya. Nama betul. Fiqa memang tak suka tipu nama atau
identiti ni. Lebih baik kita ikhlas dan jujur, barulah orang senang nak
berkawan dengan kita. Iya tak?
Tepat sekali. Hmm ... Roz cakap, addlah Fiqa. Dia
baik. Berbudi bahasa. Kadang-kadang kelakar. Tak rugi bersahabat dengan dia.
Sebab tulah tergerak hati Runi nak berkenalan dengan Fiqa.
He he he ... Roz tu ada-ada aje. Fiqa biasa-biasa
aje Runi. Seorang gadis yang simple. Mudah bergaul tetapi kadang-kadang keras
juga. Salam perkenalan dari Fiqa juga ya.
Salam perkenalan disambut dengan seikhlas hati.
Selamat datang ke dalam hidup Runi, Fiqa.
“Amboi
mamat ni. Boleh tahan ayatnya. Tapi .. seronoklah bual dengannya. Manis saja
dalam berbicara.” Hati Rabiatul Syafiqah sudah mula menerima kehadiran Runi
Naqiu sedikit demi sedikit.
Sweetnya. Eh, esok Runi tak kerja ke? Dah lewat ni.
Runi cuti. Jadi, tak ada masalah nak berbual dengan
Fiqa yang cantik manis ni.
Pandai ajelah Runi ni. Belum tengok kita dah puji
melambung.
Hati
Rabiatul Syafiqah tiba-tiba menjadi kembang setaman dengan pujian Runi Naqiu
yang hanya melihat gambar profilenya
di laman muka buku.
Runi lebih suka ikut kata hati Runi. Runi rasa Fiqa
sememangnya cantik manis. Jadi tak salah kalau Runi memuji Fiqa. Bukankah
kecantikan tu anugerah ALLAH. Fiqa harus bersyukur tau.
Ayat
Runi Naqiu semakin menjadi untuk mencairkan hati Rabiatul Syafiqah ketika itu.
Pandai pula dia memasukkan jarum-jarum kasihnya sedikit demi sedikit sehingga
Rabiatul Syafiqah mula tergoda dengan setiap ayat manis yang meluncur keluar
dari dua ulas bibir Runi Naqiu.
Yalah. Fiqa akui harus bersyukur dengan
kurniaan-NYA. Runi, Fiqa dah mengantuk ni. Mata dah tak larat nak angkat. Fiqa
ingat nak berundur dululah. Boleh ya?
Penuh
sopan Rabiatul Syafiqah minta menamatkan perbualan mereka. Hendak melayan Runi
Naqiu alamat sampai Subuhlah baru mereka boleh berhenti sedangkan matanya
hendak ditongkat dengan batang mancis pun sudah tidak berdaya lagi. Bagai
digam-gam matanya ketika itu.
Baik. Sweet dreams Fiqa. Semoga mimpi Runi ya.
Jumpa lagi.
“Amboi,
nak mimpi dia pula. Kenal pun tidak. Apa-apa pun, dia sememangnya manis. He he
he ... adoilah Atul, biul kau ni. Baru sekali chat dengan dia dah feeling-feeling,
apa kes? Stop. Jangan mengada. Kau
tak tahu dia siapa lagi.” Pandai pula Rabiatul Syafiqah menasihati dirinya
sendiri.
Tengoklah kalau nak termimpikan Runi. Daa ..
Assalamualaikum.
He he he ... Waalaikumussalam. Daa ...
Talian
ditamatkan. Rabiatul Syafiqah menarik selimutnya dengan bibirnya yang
tersengih. Hatinya sudah tergoda dengan kelembutan Runi Naqiu berbicara. Hailah
...