Bab 11 : Perangkap Berjaya

Assalamualaikum sayang. Abang ada berita yang abang nak beritahu sayang. Runi Naqiu mula memancing Ellis Elliza di laman whatsapp.

Berita apa tu abang? Tanya Ellis Elliza ketika dia berehat sekejap dari terus tekun menghadap komputer grafiknya.

Abang dah block Dhila. Bukankah itu berita yang sangat gembira? Orang yang menyakiti El adalah orang yang menyakiti abang juga. Jadi, abang tak nak simpan orang yang tak guna macam Dhila. Are you happy? Runi Naqiu membentangkan ayat-ayat maya yang penuh dengan bunga-bunga kasih sehingga Ellis Elliza rasa cukup terharu.

Betul ke apa yang abang cakap ni? Ellis Elliza inginkan kepastian.

Ya. Untuk El, abang sanggup lakukan apa saja.Tekan Runi Naqiu.

Tapi sebenarnya abang tak perlu buat macam tu. Kesian Dhila. Cukup abang beri amaran saja. Apapun dia tetap kawan El. Tiba-tiba rasa simpati singgah di hati Ellis Elliza dengan apa yang Runi Naqiu telah lakukan.

Apa yang abang buat untuk membuktikan yang abang sangat cintakan El. El sepatutnya menghargai abang dan bukannya mempertikaikan abang seperti ini. Runi Naqiu agak berkecil hati dengan Ellis Elliza.

Maaf abang. El tak sengaja. Ellis Elliza dapat membaca apa yang Runi Naqiu rasakan pada kala itu.

Lets celebrate. Please? Itu sebenarnya tujuan Runi Naqiu yang ingin bertemu dengan Ellis Elliza.

Okey. Di mana? Ellis Elliza sudah terpancing dengan kata-kata Runi Naqiu.

Warung Beriani gam.

Bila?

Esok. Lepas Zohor.

Okey. Jumpa di sana. Janji Ellis Elliza membuatkan sengihan Runi Naqiu melebar.

----------------------------------------------------------------------------------------

Faridadli menumbuk meja ketika berada di pejabat. Dia masih sakit hati dengan apa yang berlaku pada Nur Syarida. Dia tidak boleh terima perlakuan Runi Naqiu yang hampir meragut kesucian Nur Syarida. Nasib baik dia tidak mengambil tindakan mendadak dengan memutuskan pertunangan mereka. Nasib baik juga dia berprasangka baik terhadap Nur Syarida. Andainya dia berprasangka buruk ... hmm ... dia sendiri tidak tahu apa akan jadi terhadap perhubungan mereka yang bakal ke gerbang perkahwinan beberapa bulan sahaja lagi. Faridadli mengucap panjang.

“Aku masih tak puas hati terhadap lelaki keparat tu. Aku yakin dia pasti mengamalkan ilmu songsang. Islam hanya pada nama.” Hati Faridadli berdetak hebat di kala itu.

“Astagfirullahalazim. Tak baik menuduh tapi ....” Faridadli meraup wajahnya beberapa kali.

“Kenapa hati aku kuat menyatakan si keparat tu menggunakan ilmu yang tidak betul. Aku harus mencari kenyataannya. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan. Entah berapa ramai lagi wanita maya yang menjadi mangsa. Ya ALLAH, Kau lindungilah mereka dari menjadi mangsa si keparat ini.” Faridadli berdoa panjang sebelum dia membuat panggilan kepada seseorang.

“Helo.”

“Helo bos.”

Mendengar sahaja panggilannya berjawab, Faridadli mengulum senyuman. Misinya pasti akan berjaya. Dan dia juga berjanji akan melindungi Nur Syarida dari sebarang mala petaka sehingga mereka diijabkabul kelak.

------------------------------------------------------------------------------------------

Nur Syarida berkurung di dalam bilik sewanya sepanjang hari itu. Dia juga meminta cuti kecemasan daripada ketuanya. Dia masih tidak berdaya lagi untuk ke pejabat dalam keadaan begitu. Air matanya pula bagaikan air paip yang rosak tidak berhenti-henti mengalir. Dia menyesali dengan apa yang terjadi. Dia menyesali membenarkan perkenalannya dengan Runi Naqiu berkembang sebagai sahabat. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa Runi Naqiu yang bermulut manis rupanya setan bertopeng dan juga makhluk perosak. Astagfirullahazim. Nur Syarida mengucap panjang berkali-kali.

“Ya ALLAH, ampunilah aku. Mungkin inilah balasan-MU kerana aku menduakan Farid walau hanya di alam maya. Hobi aku tidak boleh diteruskan. Hobi aku amat bahaya sebagaimana yang dikatakan Farid.” Nur Syarida mengesatkan air matanya.

“Ya. Ia umpama virus yang merebak dan berjangkit sehingga mampu memusnahkan sel-sel baik yang ada pada kita. Astagfirullahalazim. Aku hampir menjadi mangsa lelaki maya. Ya ALLAH, sesungguhnya aku tak dapat terima apa yang telah berlaku. Aku menyesal Ya ALLAH. Aku berdosa pada tunang aku.” Nur Syarida menyembankan wajahnya ke bantal lalu tersedu lagi.

“Andainya Farid tak datang pada waktu tu, sudah pasti aku akan jadi makanan jamahannya. Astagfirullahalazim. Bagaimana aku boleh terpedaya dengan perosak maya itu? Ilmu apa yang dia guna sehingga aku terpesona. Ya ALLAH, aku bersyukur Kau telah selamatkan aku dari menjadi mangsanya.” Nur Syarida teringat kembali bagaimana dia boleh menyerah diri tanpa sedar pada Runi Naqiu.

Semuanya bermula apabila Runi Naqiu melemparkan senyuman padanya. Kemudian, tatkala dia merenungi mata Runi Naqiu ala-ala kuyu itu, nah ... itulah detik permulaan dia tidak sedar apa sehingga perosak maya itu mampu menyentuh tangannya. Mampu menari-narikan jemarinya ke atas Nur Syarida sehingga wanita itu hanya merelakan. Nasib baik bibir mereka tidak bertaut. Jika tidak, rasa bersalah ini terhadap Faridadli akan berkurung selamanya. Syukur Ya ALLAH.

“Mujurlah Farid datang tepat pada waktunya. Kalau tak, aku pasti layu sebelum sampai masanya. Aku tak dapat bayangkan jika itu yang berlaku. Bahaya si perosak maya ini. Kerana dia, aku dah jadi fobia dengan semua jantan-jantan maya. Bukan semua orang ikhlas terhadap kita.” Nur Syarida mengeluarkan telefon pintarnya lalu mencari nama Runi Naqiu dan terus disekatkan. Nur Syarida tidak mahu ada apa-apa perhubungan dengan Runi Naqiu hatta sebagai sahabat sekalipun. Dia tidak sanggup. Dia takut akan terpedaya dan terpesona lagi dengan bicara manis bermaut Runi Naqiu. Cukuplah hanya sekali dia terkena.

Nur Syarida juga pasti Runi Naqiu mengamalkan ilmu yang boleh menundukkan wanita sama ada menerusi tulisannya, suaranya dan yang paling bahaya menerusi matanya. Boleh membuat semua wanita jatuh ke dalam perangkap asmaranya yang bukan datang dari ALLAH tetapi dari SYAITAN. Nur Syarida beristighfar lagi.

Nasib baik juga Faridadli membawanya berjumpa dengan ustazah yang berilmu tinggi sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Ustazah itu menyatakan bahawa ada makhluk hitam yang ingin mendampinginya. Nasib baik dia cepat dibawa berubat, jika tidak, pasti dia akan menjadi mangsa yang dia sendiri tidak relai. Nauzubillah min zalik. Nur Syarida tidak tahu bagaimana dia ingin mengucapkan terima kasih pada Faridadli yang sebaik-baik lelaki yang pernah dikurniakan kepadanya. Kini barulah Nur Syarida tahu bersyukur dengan kurniaan ALLAH. Nur Syarida berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia tidak akan bermaya lagi. Tidak akan sesekali. Cukuplah dengan apa yang terjadi.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Nazira ketawa dengan sesungguh hati dengan lawak maharaja lawak mega yang dipersembahkan oleh Runi Naqiu di facebooknya. Nazira cukup terhibur setiap kali berchatting dengan Runi Naqiu. Hilang segala masalahnya.

Ira, bila nak jumpa Runi? Takkan tak sudi? Ayat Runi Naqiu sebagaimana biasa.

Runi turunlah ke KL, boleh kita jumpa. Nazira tidak ada halangan untuk berjumpa dengan Runi Naqiu. Makin lama makin dia merindui jejaka itu. Kerana rindulah yang mendesak dirinya untuk bertemu dengan Runi Naqiu walaupun rasa malu masih tebal menghuni di dalam dirinya.

Apa kata Ira turun ke Kulai? Sekali-sekala kena juga makan angin. Boleh tengok negeri orang. Tak gitu?

Jauhlah. Ira tak ada sahabat mahupun saudara di situ. Adu Nazira membuatkan Runi Naqiu melebarkan sengihan.

“Ini sudah bagus. Apa yang bakal berlaku tiada siapa yang tahu. Aku kena cuba dapatkan kepercayaan si Nazira ni. Peluang keemasan.” Runi Naqiu ketawa jahat.

Runikan ada. Takkan Ira tak percayakan Runi? Tolong percayakan Runi. Kitakan sahabat. Ini permintaan sahabat Ira. Please? Runi Naqiu memasukkan jarum kasihnya secara halus untuk mencengkam sekeping hati Nazira.

Nazira merenungi skrin komputer ribanya. “Hmm .... macam mana ni? Aku nak turun ke? Boleh juga. Sekali-sekala boleh bercuti sekali di Johor. Boleh ajak Runi teman aku ke Legoland. Cun.” Nazira membuat rancangan secara spontan.

Boleh temankan Ira ke Legoland tak? Nazira menunggu jawapan daripada Runi Naqiu.

Ira, belanja ke? Kalau Ira belanja, anytime. Pancing Runi Naqiu lagi.

Ira yang ajak, Ira belanjalah. Runi jangan risaulah. Ira masih ada budget. Boleh? Begitu mudah Nazira memberi sumbangan kepada Runi Naqiu.

“Ini sudah bagus. Bolehlah aku berjimba-jimba di sana. Tentang dia .... ah, aku peduli apa. Aku tahulah bagaimana nak jawab nanti.” Runi Naqiu sudah memasang angan-angan berdua-duaan dengan Nazira.

Okey intan, boleh. Nanti bila Iradah planning nak datang, just inform me. Runi Naqiu dengan senang hati membuat janji.

Okey. Terima kasih. Ira nak keluar dulu. Nak solat. Assalamualaikum.

Waalaikumussalam.

Begitulah tamatnya perbualan Nazira dengan Runi Naqiu yang membuatkan hati jejaka maya itu berkembang sakan kerana mangsa seterusnya sudah rela menyerah diri tanpa dipaksa. Kuasa cinta maya boleh dibeli dengan murah. Mudah ... Mudah ... Runi Naqiu ketawa lagi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ellis Elliza datang menemui Runi Naqiu sebagaimana yang telah mereka janjikan. Namun, hati Ellis Elliza membengkak apabila melihat Runi Naqiu begitu leka bermaya tanpa menyedari kehadirannya.

“Ish, suruh aku datang tapi dia leka bermaya. Sakit hati betul aku tengok.” Ellis Elliza berjalan pantas menuju ke arah Runi Naqiu yang sedang molek duduk bersantai dengan minumannya. Bibir Runi Naqiu pula tidak sudah-sudah menguntum senyuman. Entah dengan siapalah yang dia berbual di maya tu.

Ellis Elliza terus merampas telefon pintar kepunyaan Runi Naqiu lalu melihat dengan siapa si jejaka maya itu sedang berbual. Terkejut Runi Naqiu melihat perlakuan Ellis Elliza yang diluar jangkaan. Terkebil-kebil matanya memandang wanita kacukan pan-asian itu.

“El.” Barulah suara Runi Naqiu mampu dikeluarkan dari peti suaranya.

“Leka sangat. Dengan siapa abang bermaya? Janji dengan El tapi berdating sampai tak sedar El dah datang.” Ellis Elliza melihat mesej-mesej Runi Naqiu di medan maya. Rabiatul Syafiqah yang sedang diayatnya. Namun, perhatian Ellis Elliza tidak kisah sangat dengan wanita itu kerana tiada yang menarik selain perbualan biasa.

Tetapi apabila mata Ellis Elliza tertancap pada satu gambar wanita maya Runi Naqiu yang hanya berpakaian mandi tidak cukup kain, hatinya kembali membara dan tidak dapat ditahan-tahan lagi.

“Ni gambar apa ni? Abang yang minta, kan? Perempuan ni pun tak tahu malu ke? Elok bogel aje!" Ellis Elliza terus melempar telefon pintar itu ke dada Runi Naqiu.

Nasib baik Runi Naqiu sempat menyambut telefon pintarnya. Jika tidak, pasti akan berderai. Runi Naqiu memandang dalam anak mata Ellis Elliza.

"Sampai hati El lempar telefon abang. Abang tahulah, pada El telefon ni tak bernilai. Bila-bila El boleh dapat. Bukan abang yang minta gambar tu tapi dia yang bagi. Orang bagi, terima ajelah.” Runi Naqiu membela dirinya.

“Habis tu, yang abang sebarkan gambar dia pada kawan-kawan abang buat apa? Untuk jadi bahan ketawa? Hah? Malulah sikit. Jaga kehormatan orang sama. Abang nak tunjuk kat perempuan lain yang abang tu ramai yang nak, sampai dia orang tu sanggup bagi gambar tak cukup kain kat abang?" Ellis Elliza terus melenting sakan.

“Abang minta maaf. Maaf sayang. Abang janji takkan buat lagi.” Runi Naqiu melunakkan suaranya agar Ellis Elliza termakan dengan pujukannya.

Ellis Elliza mengucap panjang sambil memegang dadanya. Kemudian, barulah Ellis Elliza mampu menatap wajah Runi Naqiu semula. “El minta maaf. Bukan El sengaja nak lempar telefon tu tapi hati El sakit melihat gambar perempuan tu. Padam lepas ni. Tahu?” Ellis Elliza meminta Runi Naqiu membuangkan gambar wanita yang berpakaian mandi itu.

Runi Naqiu mengangguk. “Ya sayang. Abang akan lakukan apa yang El mahu. Sekejap ya.” Runi Naqiu ke belakang warung itu dan seketika kemudian dia kembali sambil membawa sejambak mawar merah.

Mata Ellis Elliza terkebil-kebil melihat jambakan mawar merah yang dihulurkan kepadanya. Selama kenal dengan Runi Naqiu, Ellis Elliza tidak pernah menerima apa-apa hadiah daripada jejaka itu. Bunga yang sedang dihulur bukannya murah harganya. Mana Runi Naqiu memperolehi duit untuk membeli bunga mawar merah itu?

“Mana abang dapat duit beli bunga ni?” tanya Ellis Elliza yang masih tidak mahu lepas memandang wajah Runi Naqiu.

“Abang berjaya jual skrip drama abang. Ini hadiah sebagai tanda penghargaan abang pada El. Sudilah kiranya El menerimanya. Abang tak ada duit nak beli benda yang mahal-mahal.” Runi Naqiu masih statik menghulur jambakan bunga itu.

Bibir Ellis Elliza mengulas senyuman sambil menerima jambakan mawar merah yang cukup harum itu. “Terima kasih abang.” Ellis Elliza terus mencium bunga mawar itu. Makin lama dia menciumnya, makin dia ketagih sehingga dia tidak sedar bahawa dirinya sudah melayang-layang. Entah apalah yang Runi Naqiu sembur pada bunga mawar itu. Tiba-tiba sahaja Ellis Elliza merasakan dirinya melayang dan terus tidak sedar diri.

“Kau liat sangatkan nak bercerai dengan laki kau. Sekarang kau akan jadi milik aku tanpa aku bersusah payah mendapatkan kau. Kali ini, laki kau mesti takkan ralat untuk menceraikan kau. El ... El ... sepandai-pandai kau, jatuh juga ke dalam perangkap aku.” Runi Naqiu ketawa besar sambil mengendong Ellis Elliza ke kereta wanita itu.

Seketika kemudian, dia membawa Ellis Elliza ke hotel yang berdekatan. Tubuh wanita ini akan menjadi jamahannya sebentar lagi. Lebih enak dari nasi beriani gam. Rongga tekak Runi Naqiu tidak habis-habis mengeluarkan ketawa besarnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.