KOLEJ DELTA
Haris dan Razif sedang gigih membasuh motosikal masing-masing apabila sekumpulan freshie dari Aspuri menghampiri mereka. Setiap seorang daripada mereka memegang sebuah buku catatan.
“Hai bang, berpeluh nampak. Basuh motor?” Tegur salah seorang freshie yang bertubuh tinggi lampai dan bertocang panjang.
“Ah-ah.” JawabRazif.
“Abang dua orang ni tahun berapa?” Tanya freshie bertocang itu lagi.
“Dua.” Jawab Razif lagi.
“Dua? Yes! Boleh sign tak bang?” Tanya freshie bertocang dengan nada girang sambil menunjukkan buku catatannya kepada Razif.
“Tak habis lagi ke orientasi?” Tanya Haris.
“Orientasi dah lama habis bang. Entah, ada geng akak senior yang body sado macam jantan tu tak habis-habis nak tunjuk kuasa. Dia nak kitorang dapatkan semua tandatangan senior tahun dua yang stay kat kolej ni sebelum hari Ahad ni. Kalau tak, kitorang kena jadi tukang cuci pakaian diorang sampai habis sem.” Jawab seorang lagi freshie yang bertubuh kecil dan berkaca mata.
“Eh, ini dah kira ragging ni. Awak tak report dengan Pengetua Kolej ke?” Kata Haris.
“Takpelah bang, bukan teruk sangat kerja ni, lagipun kitorang dah dapat banyak dah tandatangan. Tambah abang dua orang, besok siaplah senarai ni.” Freshie bertocang mengumpul semua buku catatan daripada rakan-rakan freshie yang lain lalu menghulurkannya kepada Haris bersama sebatang pen.
“Abang tulis nama abang, fakulti, lepas tu sign.”
Setelah selesai menandatangani semua buku catatan itu, Haris dan Razif mengembalikannya kepada kumpulan freshie itu.
“Terima kasih ya abang-abang berdua. Malam ni datanglah bilik. Kitorang ada buat Tiger Show tau.”Ujar freshie bertocang sambil tersenyum nakal.
“Tiger Show? Insya Allah, lepas sembahyang Maghrib nanti kitorang sampai!” Balas Razif bersemangat. Kata-kata Razif disambut dengan hilaian ketawa oleh kumpulan freshie itu.
“Budak-budak freshie sekarang ni daring-daring ek?” Kata Haris setelah kumpulan freshie itu berlalu pergi.
“Ah-ah, aku pun tengah pikir ni. Kalaulah betul diorang ada buatTiger Show, bestnya kalau dapat tengok!”
“Kau ni, diorang tu bergurau ajelah. Entah-entah diorang tahu ke tidak Tiger Show tu apa benda sebenarnya.”
“Wei, kau jangan naif sangat. Pompuan sekarang ni bukan macam zaman 40’an, 50’an dulu. La ni kan semua dah jadi senang. Nak tahu pasal something, google je. Aku rasa setakat Tiger Show tu dah tak pelik bagi diorang sebab diorang tentu pernah tengok yang lagi hardcore daripada tu. Apa yang dulu dianggap taboo, sekarang ni dah jadi macam tebu dah. ”
“Haha, taboo jadi tebu ek? Betul jugak kata kau tu.”
Sedang mereka rancak berborak, telefon dalam poket seluar Haris berbunyi mendendangkan lagu ‘Fading Flower’ nyanyian Yuna.
“Hello Liya, good morning!”
“Morning. Haris, awak kat mana tu?”
“Dekat parking lot, basuh motor.”
“Awak free tak petang ni?”
“Ah-ah. Petang ni saya takde pergi mana-mana. Ada apa Liya?”
“Kita jumpa dekat Tasik Universiti? Ada hal sikit nak cakap dengan awak.”
“Okey, pukul lima nanti kita jumpa.”
“Okey, bye.”
“Bye!” Haris memasukkan telefon kembali ke dalam poket seluarnya.
“Amelia ke?” Soal Razif.
“Ah-ah.”
“Dating dekat Tasik Universiti lagi ke?”
“Ah-ah.”
“Cukup-cukup lah tu dengan Tasik Universiti. Acu try pulak Tasik Perdana ke, Tasik Titiwangsa ke, tak pun Tasik Shah Alam. Nak jauh sikit, Tasik Putrajaya. Nak lagi jauh, Tasik Banding ke, Tasik Kenyir ke, Tasik Chini ke.”
“Wei, apa benda kau melalut ni?”
“Nampaknya kau memang serius betul dengan Amelia ni. Bila nak declare?”
“Declare apa?”
“Declare korang dah jadi couple la ngok!”
“Gila kau! Nak mampus? Kena tanya Amelia dulu perasaan dia macam mana. Kalau dia kata okey, barulah boleh declare.”
“Aku bukan apa, teringat lirik lagu Sweet Charity tu. ‘Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang’.”
“Ah, aku tahulah tu. Ada masa yang sesuai nanti, aku akan curahkan everything yang tersimpan dalam hati aku ni. Aku nak dia tahu aku serius, bukan main-main. Nanti bila dia dah nampak keikhlasan dan kesungguhan hati aku, tak ada sebab dia nak tolak cinta aku.”
“Woo! Feewiit! Aku tabik spring kau punya confident level. Tak sabar nak tengok kau couple dengan Amelia, boleh aku ambik berkat buat penyatu cintabaku dengan Balqis.”
“Insya Allah, semoga dimakbulkan Tuhan. Eh, kau cakap cuti seminggu ni kau nak balik kampung, jadi ke?”
“Ah-ah, tiket aku dah tempah online.”
“Bila?”
“Pagi esok. Tayar golek pukul sembilan. Wooshh! Balqisku sayang here I come baby!”
“Seronok lah kau dapat jumpa Balqis. Kau nak aku hantar TBS ke?”
“Tak yah ah, aku naik LRT je. Eh, kau sendiri jadi ke nak pergi Bentong?”
“Ah-ah, pagi besok aku balik Shah Alam, sebelah petang tu lepas Zohor terus bertolak ke Bentong.”
“Eh, kirim salam dengan Tokwan, Toknek. Lama jugak tak jumpa dengan diorang.”
“Yalah, aku pun sama. Last jumpa diorang masa kita pergi time cuti first semester tahun lepas.”
“Ah-ah, yang kau lemas masa rubber tube rafting tu kan? Itu lah berlagak sangat. Nasib baik aku sempat capai tangan kau.”
“Ah, malaslah aku cakap pasal tu. Dah, jom gi dewan makan, perut aku dah headbanging dah ni.”
TAMAN TASIK UNIVERSITI
Seekor rama-rama besar berwarna kuning bertompok merah hinggap di atas lengan baju Amelia. Mungkin ia tertarik kepada bau wangian yang dipakai Amelia. Amelia segera mencuit bahu Haris.
“Haris, cuba awak tengok rama-rama ni. Rupa dia sebijik macam yang hari tu, kan?”
“Ah-ah. Takkan yang hari tu kot. Setahu saya rama-rama umur dia tak panjang. Biasanya rama-rama boleh hidup sekitar dua hingga ke tiga minggu je. Itupun bagi yang hidup dalam kurungan. Kalau yang hidup bebas macam dia ni, dalam tujuh atau sepuluh hari lagi, mati ler dia.”
“Iya ke? Pandainya awak.”
“Lagi kalau Liya nak tau, rama-rama jantan akan lebih cepat mati bila sperma dia habis semuanya disedekahkan kepada rama-rama betina. Rama-rama betina pulak akan mati bila dia dah habis mengeluarkan semua telurnya.”
“Berapa biji semuanya telur yang dia kena keluarkan?”
“Banyaklah jugak.Kalau rama-rama yang jenis Monarch tu, telur dia boleh sampai seribu biji.”
“Seribu? Banyaknya dia kena bertelur. Lepas tu dia pun mati?”
“Ah-ah.”
“Kejam kan dunia ni. Tak boleh ke diorang hidup bahagia buat selama-lamanya? Kenapa ya diorang kena hadapi semua ni?”
“Hmm….entahlah Liya. Mungkin sebab dah takdir diorang macam tu. Hidup ini kan something yang sangat kompleks. Tak mungkin kita akan jumpa semua jawapannya.”
“Pagi tadi kan,sebelum pergi kelas, saya sempat singgah Hospital Universiti nak tengok keadaan Adila. Sampai-sampai je saya tengok kawan-kawan dia semua tengah menangis.Saya pun terkejut jugaklah sebab saya ingatkan dia dah meninggal. Tapi takkanlah, kan? Luka dia bukan teruk sangat pun. Bila saya tanya mana Adila, diorang semua cakap Adila tak ada. Hilang entah berada kat mana. Polis pun tak tahu macam mana Adila boleh hilang. Tapi diorang syak Adila kena culik. Macam mana Adila boleh kena culik semasa dia berada di bawah jagaan pihak polis, tak ada siapa pun tahu termasuklah pihak polis sendiri.”
“Pelik jugak tu.Kalau kena culik, pasal apa diorang culik Adila? Siapa pulak yang tukang culik?”
“Mungkin semalam orang minyak tu datang balik ambik Adila.
“Mungkin jugak. Ada orang kata, orang minyak ni ada ilmu pukau. Mungkin semalam semua polis yang jaga Adila tu habis kena pukau dengan orang minyak tu.”
“Haris! Macam mana ni? Saya takutlah.”
“Mmm…Liya jangan risau sangat pasal ni. Liya buat je apa yang saya pesan tu. Liya dah beli kunci extra tu?”
“Ah-ah. Dah pasang dah.”
“Lagi satu, kalau Liya ada wisel pun bagus jugak. Senang, kalau Liya ternampak orang minyak tu, Liya tiup je wisel tu kuat-kuat.”
“Ah-ah. Tak payah nak jerit-jerit, kan?”
“Betul tu. Orang minyak tu mesti lari bila dengar bunyi wisel tu. So, sekarang ni dah hebohlah pasal Adila kena serang dengan orang minyak?”
“Mmm…saya rasa tak kot, sebab cerita yang timbul sekarang ialah Adila kena serang dengan perogol bersiri, bukan orang minyak. Ada kawan Adila tu cakap, sebelum ni pun dah pernah berlaku kes yang macam ni dekat kampus kita ni. Sebab itulah kes ni jadi perhatian pihak polis.”
“Ooo…erm, lepas kejadian malam tu, Ustazah Maznah takde cakap apa-apa ke dengan Liya?”
“Ada. Malam semalam dia ada datang jumpa saya. Dia ada beritahu Ustaz Shukri dah pagar kawasan Aspuri dengan ayat-ayat Al-Quran.”
“Baguslah. Harap-harap lepas ni orang minyak tu tak dapat lagi nak ceroboh kawasan Aspuri. Tapi Liya mesti hati-hati jugak tau, mana tahu dia ada cara nak lepas masuk. Mmm…cuti satu minggu ni Liya balik Kuala Ketil ke?”
“Ah-ah, nak balik kejap jumpa mak.”
“Ayah Liya ada lagi?”
“Ayah dah lima tahun meninggal.”
“Ooo…sakit apa?
“Biasalah orang lelaki, sakit jantung. Doktor cakap ayah kuat hisa prokok, jantung jadi berlubang.”
“So, sekarang ni mak Liya lah yang cari nafkah tanggung keluarga semua tu?”
“Ah-ah, tapi abang dengan kakak ada juga bantu sikit-sikit, setakat yang termampu. Diorang pun ada keluarga sendiri nak kena tanggung.”
“Adik-adik Liya semua sekolah lagi?”
“Ah-ah. Sorang Form Three, yang bongsu yang ada sakit lelah tu, Tingkatan Satu. Dua-dua perempuan.”
“Ooo…Mak Liya tu, dia berniaga ke?”
“Dia kerja kilang. Dulu ada jugak dia buat karipap, hantar kedai kopi tapi tak berapa laku. Sekarang ni dia kerja di kilang elektronik dekat Taman Industri Kuala Ketil.”
“Ooo…eh, bila Liya nak bertolak ke Kuala Ketil?”
“Pagi Khamis.”
“Khamis? Ler, tu dah nak habis cuti. Pasal apa tak balik awal-awal? Esok ke, lusa ke?”
“Banyak assignment nak kena siap. Kalau dah balik kampung nanti, mesti malas nak buka laptop.”
“Ya tak ya ek. Kalau bukak pun sebab nak main game. Roommate Liya si Wawa tu balik kampung jugak ke?”
“Ah-ah.”
“Kat mana ek kampung dia?”
“Kluang.”
“Kluang? Ooo….orang Terengganu rupanya si Wawa.”
“Eh, apa pulak Terengganu, Kluang tu dekat Johorlah!”
“Ya ke dekat Johor? Bukan Terengganu?”
“Bukanlah. Yang dekat Terengganu tu nama dia Bukit Keluang. Yang dekat Johor ni nama dia Kluang je, kan ada beza tu.”
“Ooo…macam tu ke? Saya tak pandailah geografi Malaysia. Saya cuma pandai geografi Amerika je. Hehe..”
“Kalau macam tu, pergilah tinggal dekat Amerika tu, buat apa tinggal kat Malaysia ni?”
“Ala Liya ni, saya gurau je lah. Sorry la kalau saya buat Liya rasa tersinggung.”
“Saya bukannya tersinggung, cuma dengan situasi saya sekarang ni,awak ingat saya ada mood ke nak dengar lawak bodoh?”
“Okey, sorry Liya. Saya cuma nak hiburkan hati Liya je. Err…habis tu, Wawa balik kampung, Liya tinggal sorang ler?”
“Taklah. Dia pun ada banyak assignment nak siapkan. Kitorang sama-sama balik pagi Khamis.”
“Liya balik naik apa? Bas?”
“Ah-ah.”
“Wawa?”
“Wawa balik dengan tren ETS.”
“Ooo…keretapi lektrik tu ke? Naik dekat KL Sentral?”
“Ah-ah.”
“Boleh terus sampai Kluang ke?”
“Taklah, sampai Gemas je. Lepas tu kena tukar keretapi biasa.”
“Ooo…Liya pulak naik bas kat mana? TBS?”
“Ah-ah.”
“Err…kalau saya nak temankan Liya pergi TBS boleh tak?”
“Eh, apa pulak tak bolehnya. Betul ke awak nak temankan saya?”
“Betullah ni. Takkan tipu pulak.”
“Okey, kalau macam tu awak bolehlah tolong bawak beg pakaian saya sekali.”
“Beres boh. Itu bisa diatur.”