Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
BAB 21

KOLEJ DELTA

 

            Haris berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Sudah puas dia menyelongkar dalam almari pakaiannya namun tidak ada satu pun stoking bersih yang ditemui. Stoking yang ada dalam laci almarinya sekarang semuanya sudah menyamai bau longkang tersumbat yang di dalamnya terdapat bangkai biawak yang sudah pecah perut. Haris menjenguk ke arah almari Razif. Mungkin Razif ada menyimpan stoking yang masih belum dipakai, fikir Haris.

            Ketika Haris ingin melangkah kaki menuju ke almari Razif, kedengaran pintu bilik diketuk tanpa henti dengan agak kuat. Seketika kemudian pintu bilik dibuka dari luar dan kelihatan Razif menjengukkan kepalanya ke dalam bilik.

            “Gila kau Zip, terkejut aku. Ingatkan warden buat spot check ke apa.”

            “Haa... nampak sangat tengah buat benda yang mencurigakan. Dah panik ler tu.” 

            “Ya lah, laptop aku kan masuk cara koboi, tak register. Kalau kena rampas nanti, macam mana? Meraunglah aku.”

            “Itulah, yang kau tak nak bawak dia pergi register tu pasal apa? Bukan kena bayar pun.”

            “Aku malas ler nak pergi ofis. Eh Zip, kau ada stoking yang belum pakai lagi tak?”

            “Stoking? Kenapa, yang kau punya semua pergi mana?”

            “Biasalah, aku kan suka kumpul semua dulu, lepas tu baru basuh. Malas ler nak basuh satu-satu.”

            “Patutlah dalam bilik ni ada bau macam bangkai mampus. Rupanya bau stoking kau.”

            “Wei, itu sudah lebih. Eh, kau ada ke takde ni?”

            “Entah, nanti aku check tengok.”

Razif membuka laci almarinya satu demi satu. Setelah puas menyelongkar laci-laci tersebut, akhirnya berjumpa juga dia dengan sepasang stokin berwarna kelabu yang masih berada dalam bungkusan plastik.

“Nah!” Razif mencampakkan stokin kelabu itu kepada Haris. Haris membuka bungkusan plastik lalu menyarung stokin itu ke kakinya.

“Eh, aku pinjam kejap ek stoking ni Zip. Nanti lepas dah basuh aku bagi kau balik.”

“Alah ,kau ambik jelah stoking tu. Aku tak sukalah kain dia, licin.”

“Eh, betul ni? Kau ni memang berhati mulialah Zip. Memang susah nak jumpa kawan macam kau ni.”

“Ah, small matterlah benda-benda macam ni. Lagipun... eh, yang kau pakai smart-smart ni apahal? Kau nak pergi mana?”

“Ishh...mana boleh beritahu, rahsia.”

“Rahsia korok mu! Kang aku ambik balik stoking tu kang.”

“Itu buruk siku namanya brader. Tapi takpelah. Sebab kau dah bagi aku stoking ni,aku bukaklah rahsia ni. Kalau kau nak tahu pasal apa aku pakai smart-smart, it is because, kejap lagi, aku nak pergi dating.” 

            “Dating? Hehe, biar boteng kau ni. Dengan siapa?” 

            “Dengan siapa lagi, dengan Amelialah.”

            “Amelia? Kau nak keluar dating dengan Amelia?”

            “Hah, ya lah! Aku dengan Amelialah. Kenapa?”

            “Macam susah nak percaya. Baru je kenal dua tiga hari dah boleh ajak pergi dating? Kan betul tilikan aku, Amelia tu jinak-jinak merpati!”          

“Tak kisahlah tu, jinak merpati ke, jinak penguin ke, yang penting aku dapat kelua rdating dengan dia.”

“Kau ajak dia dating kat mana?”

“Alah, aku ajak dia lepak-lepak kat tepi Tasik Universiti tu je.”

            “Kau ajak dia pergi dating dekat Tasik Universiti? Hehe... romantiknya kau!”

            “Habis tu aku nak ajak dia pergi mana? Pergi Brazil? Pergi Bulgaria? Pergi Bukit Jalil?”

            “Takdelah sampai jauh macam tu. Sekurang-kurangnya ajak ler dia keluar dari kawasan kampus ni. Pergi ler Tugu Negara ke, MuziumNegara ke, Planetarium Negara ke.”

            “Ini yang aku malas cakap dengan kau ni Zip. Asal cakap je mesti kau melalut. Kau gila ke apa nak pergi dating dekat Tugu Negara, Muzium Negara semua tu? Pendatang haram je yang dating kat situ. Kan aku baru je kenal dia, takkanlah aku nak terus ajak dia pergi dating jauh-jauh. Man-manlah, dah mesra nanti tahulah aku nak bawak dia pergi mana.”

            “Nampak gayanya anak murid dah lebih advance daripada pak guru ni. Tapi tak apa. Sebagai seorang pak guru yangprihatin, aku akan terus memberikan segala nasihat dan pesanan untuk kaujadikan pedoman dalam menempuh alam percintaan yang penuh dengan pancaraba.”

            “Apa, pancaraba? Pancarobalah wei. Ooo... jadi selama ni kau anggap aku ni anak murid kaulah ya? Baiklah pak guru, sampaikanlah pesanan kepada aku apa yang perlu aku buat dan apa yang tak perlu aku buat sepanjang sesi berdating yang akan berlangsung sebentar lagi.”

            “OK, dengar baik-baik pesanan aku yang ikhlas ini. Ini first date kau yang pertama kan? OK, perkara yang paling-paling penting yang kau perlu ingat ialah, jangan datang lewat! Never ever-ever be late. Biar kau yang tunggu Amelia. Satu jam ke, dua jam ke, lapan jam ke, jangan merungut. Don’t you ever-ever biarkan Amelia yang tunggu kau. Pasal apa jangan datang lewat? Haa... yang tu kau pikirlah sendiri, takkan tak reti-reti lagi.”

            “Alah, aku tahulah pasal tu. Ada kaitan dengan first impression, kan?”

            “Lebih kurang lah. Okey, pesanan aku yang kedua. Bila kau dah lama tunggu, Amelia pun sampai. Aku tahu kau akan jadi seronok sangat sebab dapat jumpa dia. Tapi satu benda kau kena ingat, kau jangan terkinja-kinja macam kera kena baling mercun. Kau kena relaks, be cool, kontrol macho. Amelia pasti akan berkata dalam hati, ‘Wow, he so well behave,very civilize people this one, I can trust him.’ Haa... ini yang kita nak. Biar Amelia rasa selamat duduk berdua-duaan dengan kau. Kalau ada setan datang nak join korang berdua pun, dia tak kisah sebab dia percaya dengan kau.”

            “Kau ada petua tak macam mana nak halau setan tu?”

            “Kau ludah je dia!”

            “Ishh, nanti Amelia salah faham la pulak!”

            “Alaa, banyak songehlah kau ni. Kau ludah je dalam hati.”

            “Ludah dalam hati? Okey, lagi?”

            “Okey, pesanan aku yang ketiga. Bila kau borak-borak dengan dia, jangan cerita sangat pasal diri kau. Biarkan diri kau diselubungi misteri. Lagi misteri hidup kau lagi bagus. Pompuan memang suka benda-benda misteri ni, sebab tu ramai yang kena tipu dengan jantan dalam internet. Kemisterian yang ada pada kau itu akan menyebabkan Amelia semakin ingin mendekati kau, semakin ingin mengenali kau dengan lebih rapat lagi. Haa... ini yang kita nak!”

            “Tapi, kalau tak cerita pasal diri aku, aku nak cerita pasal apa?”

“Haa...kau ceritalah pasal diri dia. Contohnya kau tanya ler Amelia bila time ada masa lapang dia suka buat apa. Kalau dia cakap dia suka tidur, kau cakap ler patutlah muka dia nampak berseri-seri, rupa-rupanya rahsianya ialah tidur di siang hari. Sambil-sambil kau cerita pasal diri dia, jangan lupa selitkan kata-kata pujian di mana-mana yang patut. Tapi jangan bagi nampak ketara sangat. Kau buat seolah-lah kau terpuji dia secara tak sengaja. Haa... pompuan memang suka benda-benda macam ni.”

“Yang tu aku percaya, pompuan memang suka dipuji. Lagi?”          

            “Okeylah. Ini pesanan aku yang keempat, dan jugak yang terakhir. Yang ni senang je. Kacang ataupun kuaci, air kotak, dan jugak tisu. Kalau nak masukkan air mineral dalam senarai tu pun boleh jugak. Benda-benda ni semua wajib ada bila kau keluar dating kejap lagi. Untuk dating-dating yang seterusnya, tak nak bawak pun takpe. Pasal apa semua ni kena ada? Haa… yang ni aku tak nak beritahu. Nak bagi kau rasa saspens sikit. Tapi, bila sampai masanya nanti, kau sendiri akan tahu kegunaan benda-benda ni semua.”

            “Okeylah pak guru. Terima kasih diatas segala nasihat dan pesanan yang pak guru berikan sebentar tadi. Izinkanlah hamba membawa diri ke tempat dating dengan seberapa segera. Oh ya pak guru, kau tahu tak dalam kampus ni kat mana ada jual goreng pisang?”

            “ Goreng pisang? Alah tak payah, kacang pun dah cukup power dah.”

            “Ini Amelia punya special requestlah.”

            “Cuba kau check tengok dekat kolej Theta, bini pak guard kat situ kan buat side income jual goreng pisang.”

            “Kolej Theta ek? Okeylah aku chow dulu.”

“Okey, ingat tu, hati-hati dengan godaan setan. Selamat beromen!”

Previous: BAB 20
Next: BAB 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY