Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
BAB 31

KAFEINA CAFE, BUKIT BINTANG

 

Mikhael menghirup kopi espressonya dengan penuh nikmat. Badannya terasa kembali segar dan cergas. Seharian di mahkamah menguruskan proses pembelaan klien-klien yang kebanyakannya terdiri daripada rakan-rakan Tuan Bathor benar-benar memenatkan badan dan otaknya.

            Qabil yang sejak dari tadi asyik memerhatikan orang ramai yang lalu lalang di hadapan kafe turut sama menghirup kopi espressonya. Dia kemudian mengeluarkan sepuntung curut yang sudah separuh dihisap daripada poket dalam jaket lalu menyalakannya. Dia menyedut curut itu dalam-dalam dan kemudian mendongak menghembuskan asapnya kearah siling.

            “Macam mana dengan si Adila tu long? Bila boleh mula?” Mikhael bersuara.

            “Sabarlah, Along tengah usahalah ni.”

            “Cepat sikit long, urusan Tuan Bathor bukan boleh dibuat main-main.”

            “Kenapa nak dia je? Perempuan lain tak boleh ke? Kan organ manusia ni sama aje.”

            “Memanglah organ manusia ni sama. Fungsinya pun sama. Tapi setiap manusia punya jenis darah yang berbeza-beza. Darah budak Adila tu dari jenis yang sangat sukar didapati. Setiap titis darahnya sangat berharga.”

            “Apa yang istimewanya darah si Adila tu? Boleh dibuat ubat AIDS? Atau pun boleh sembuhkan kanser?”

            “Bagi orang biasa macam kita, darah Adila tak ada keistimewaan apa-apa. Tapi bagi Tuan Bathor, darah Adila adalah segala-galanya.”

            “Cakap pasal Tuan Bathor ni, siapa sebenarnya Tuan Bathor ni, ngah? Walaupun Along pernah jumpa dia, tapi Along tak tahu satu apa pun pasal dia.”    

            “Tuan Bathor ni nama sebenar dia ialah Ferdinand Bathorlomew, orang Portugis. Dia datang ke Melaka dalam tahun 1515, empat tahun lepas Melaka kena jajah Portugis.”  

            “Ishh… kalau macam tu, maknanya sekarang ni umur dia yang sebenar dah hampir 600 tahun! Maksud Angah, dia tu manusia abadi?”

            “Tak, dia bukan manusia abadi. Tubuh dia tak kebal. Siapa pun boleh bunuh dia. Itupun kalau ada peluang nak bunuh dia. Tapi, walaupun dia bukan manusia abadi, dia bukan sembarangan manusia. Kelebihan dia yang paling utama ialah dia kalis tua, walaupun masa dia mula-mula sampai di Melaka dia sudah pun tua, sudah 60 tahun. Tapi walaupun sudah beratus tahun berlalu, rupa dia, bentuk badan dia, kedut di kulit dia tetap sama, tetap tak berubah.”

            “Mana Angah tahu semua ni, dia cakap sendiri dengan Angah?”

            “Tak. Kawan baik dia, Datuk Kharun yang beritahu Angah. Dia orang yang paling rapat dengan Tuan Bathor. Semua rahsia Tuan Bathor ada dalam tangannya. Tuan Bathor tu walaupun nampak tua, tapi tenaga dia sangat kuat. Angah pernah tengok dia hancurkan kepala seekor lembu laga hanya dengan sekali tumbuk.”

            “Habis, Tuan Bathort ak kisah ke Datuk Kharun cerita semua rahsia dia dengan Angah?”

            “Datuk Kharun cakap dengan Angah, Tuan Bathor dah anggap Angah macam anak dia sendiri. Jadi dia tak kisah kalau Angah tahu semua rahsia dia. Dan sekarang ni, Along sendiri pun dia dah anggap macam anak dia. Cuma kita sendiri kena ingatlah, rahsia ni kita kena simpan sampai mati.  

            Tuan Bathor ni kalau along nak tahu, dia jenis yang mudah anggap kita sebagai kawan. Tapi dia juga mudah anggap kita sebagai lawan. Dan kalau dia sudah anggap kita sebagai lawan, kita tak akan terlepas. Lambat laun, kita pasti akan jadi habuan dubuk-dubuk peliharaan dia.

Dia ada ramai tukang bunuh. Tapi ada sorang tukang bunuh yang sangat setia dengan Tuan Bathor bergelar Dead Cobra.”

“Dead Cobra? Ular mati? Nak takut apa kalau ular dah mati?”

“Entahlah. Mungkin gelaran asal dia Deadly Cobra, tapi faham-faham jelah, yang kerja dengan Tuan Bathor ni rata-ratanya Melayu. Mungkin diorang malas nak sebut nama panjang-panjang, lalu Deadly Cobra bertukar jadi Dead Cobra.

Tapi rupa dia memang pelik. Kalau tengok dekat memang nampak kulit dia yang bersisik macam ular. Dan kalau dia buka mulut, kita boleh nampak lidah dia yang bercabang macam lidah ular. Kalau dia bercakap, semua perkataan hujungnya berbunyi pelik.

‘Nantisss dulusss. Angkasss tangasss. Kausss bolesss jumpasss diasss sekarasss.’

Ambik masa jugak nak faham apa yang dia cakap. Kata Datuk Kharun, air ludahnya ada bisa yang boleh menghakis besi. Dan kalau dia gigit kita, memang kita akan mati dengan serta merta.

Orang macam ni bukan tandingan kita long. Sebab itu Angah cakap urusan Tuan Bathor jangan dibuat main-main.”

“Baiklah, sekarang Along dah tahu sedikit sebanyak pasal Tuan Bathor. Tapi Angah belum cerita lagi kenapa sekarang ni dia sangat perlukan darah Adila tu? Dia nak buat apa dengan darah Adila?”  

 “Kesihatan Tuan Bathor sejak akhir-akhir ini tak berapa baik. Dia dah jadi makin tua. Tenaga dia makin hari makin lemah. Kuasa kalis tua dia seperti sudah sampai expired date. Sebab itulah dia perlukan darah Adila. Rupa-rupanya dalam darah Adila ada satu enzim yang apabila bergabung dengan darah Tuan Bathor, ia akan mencetuskan satu tindakbalas kimia yang dipanggil rejuvenation ataupun balik muda.

Cuma dalam kes Tuan Bathor, dia bukan akan kembali jadi muda tapi umurnya yang akan kembali jadi 60 tahun. Proses rejuvenation ini akan berterusan beratus-ratus tahun lamanya sehinggalah ia expired, seperti yang berlaku kepada Tuan Bathor sekarang. Jadi sekarang ni dia perlukan darah Adila seberapa segera dan dengan jumlah yang sebanyak mungkin.”

“Macam mana Tuan Bathor boleh tahu yang Adila ni punya darah istimewa?”

“Sebelum ni Adila pernah menderma darah di Hospital Universiti. Semua maklumat tentang darah dia disimpan dalam bilik rekod hospital. Yang jaga bilik rekod tu pulak orang kepercayaan Tuan Bathor. Sebab itu dia dengan senang dapat tahu pasal Adila.” 

“Baiklah, Along dah faham. Tapi boleh tak Angah terangkan sekali lagi tentang rancangan Angah tu.”

“OK. Along dengar sini baik-baik. Mula-mula, lepas Along dah pukau si Adila tu cukup-cukup, Along kena bawak dia ke bilik Along. Tapi, sebelum itu pastikan dulu Along dah tanggalkan semua pakaian, barang kemas, perhiasan dan apa saja yang ada pada tubuh dia tu. Pastikan semua laluan keluar benar-benar clear baru Along bawak Adila keluar dari bilik dia. 

Lepas tu, bila dia dah selamat berada dalam bilik Along, barulah Along boleh main dengan dia. Along mainlah dengan dia sampai Along betul-betul puas. Itu memang ganjaran Along. Bila Along dah puas main dengan dia, Along call Angah. Angah akan beritahu pekerja Tuan Bathor minta diorang datang ambik Adila dan bawak dia terus jumpa Tuan Bathor. Angah akan tunggu di rumah agam Tuan Bathor untuk tindakan yang seterusnya.”

“Apa yang akan jadi dengan Adila bila dia dah sampai di rumah agam Tuan Bathor?”

“Apa yang akan jadi? Hmpph… darah dia yang istimewa akan jadi milik Tuan Bathor, organ-organ dia yang penting akan jadi milik Yayasan Munirah, daging dia yang lembut manis akan jadi milik Angah, dan yang selebihnya, macam biasa, akan jadi milik dubuk-dubuk peliharaan Tuan Bathor.

Kesimpulannya, Along dapat main, Angah dapat makan, Tuan Bathor dapat nama. Dan juga umur yang panjang. Everybody wins.”

Previous: BAB 30
Next: BAB 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY