Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
BAB 16

HOSPITAL PSIKIATRI PERMAI DAMAI

ULU KELANG

 

Mikhael melangkah keluar dari kereta sambil mengurut-urut kepala. Baju kotnya dibuka lalu dicampak ke tempat duduk belakang kereta. Pintu kereta ditutup segera. Ke bangunan putih berbumbung jingga dia menghala.

            Hospital Psikiatri Permai Damai ialah salah satu hospital di Lembah Kelang di mana sebahagian besar perbelanjaan pengurusannya dibiayai oleh Yayasan Munirah manakala bahagian yang selebihnya dibiayai oleh orang awam yang juga kebanyakannya terdiri daripada rakan-rakan niaga Tuan Bathor.   

            Sebaik saja Mikhael melangkah masuk ke dalam bangunan hospital itu, dia disambut dengan sapaan mesra oleh kakitangannya. Mikhael segera melangkah ke tempat bertanya. Seorang perempuan muda yang berpakaian jururawat dengan skirt ketat paras lutut menyambut kedatangannya dengan senyuman penuh di muka.

            “Hai Ruby, dah tukar sini pula?” Mikhael menyapa.

            “Taklah, sekejap je ganti Beatrice. Encik Mikhael nak jumpa Dr Arul ke?”

            “Ha’ah, saya ada appointment dengan dia hari ni.”

            “Sekejap ya encik Mikhael, saya call dia.” Ruby mengangkat gagang telefon dan menekan butang bernombor di hadapannya. Dia berbual di telefon seketika sebelum meletak kembali telefon ke gagangnya.

            “Encik Mikael boleh jumpa dia sekarang. Bilik nombor lapan.”

            “Thanks Ruby. Cantik kaler lipstik,nampak manja.” Ujar Mikhael sambil mengenyit mata. Ruby membalasnya dengan senyuman manis menambahkan lagi keayuan wajahnya.

            Pintu bilik Dr Arul diketuk-ketuk. Kedengaran suara Dr Arul dari dalam mempelawa Mikhael masuk.

            “Hai, Mikhael. Come, please take a seat.” Dr Arul mempelawa Mikhael duduk di kerusi. Mikael menarik sedikit kerusi itu ke belakang lalu duduk menyilang kaki.

            “Bilik ni panas sikit, aircond dah dua hari mati. Dah report tapi tak ada siapa pun datang baiki.” Dr Arul melangkah ke kotak suis lalu memulas tombol menambahkan lagi kelajuan kipas siling.

            “Biasalah tu doktor, kalau benda rosak selalunya slow sikit. Eh, dengar cerita doktor baru dapat cahaya mata, congratulations! Boy or girl?”

            “Haha, thanks, it’s a girl. Very sweet, macam dia punya amma, haha..”

            “Kalau dah dia punya amma pun macam Miss India, dia sendiri dah tentulah macam Miss World.”

            “Hahaha…dia punya appa pulak?”

            “Dia punya appa pulak hitam manis, macam superstar Rajnikandh. Hahaha..”

            “Hahahaha...” Dr Arul ketawa sampai terhinggut-hinggut badannya.

            “Okey, let discuss our business.”Ujar Dr Arul setelah ketawanya reda.

            “I dah buat semua cross reference dengan the other doctors yang handle your brother case and I’m very happy to tell you that your brother is now ready to get back into society.” Perasaan puas jelas terpancar di wajah Dr Arul.

            “What? Betul ke ni doktor? So, bila dia boleh keluar?” Hati Mikhael melonjak gembira.

            “It’s up to you now. Sebaik saja you dah dapatkan court order, kami akan arrange his release. Kalau mahkamah mahu I hadir, just call me and I’ll be there.”       

            “Thank you doktor, thank you very much!”

            “Ah, small matter. It’s my job kan. Actually I ada mention to him about his release dua hari lepas. He looked very happy bila I cakap you akan bawa dia pulang tak lama lagi. Sejak dia transfer ke sini dia sudah banyak berubah. Berbeza masa dia di Hospital Psikiatri Simpang Renggam dulu. Enam tahun dia di sana tak ada perubahan. Oh ya, you nak dengar satu cerita about your brother? Cerita yang selama dia berada di sini, yang you belum tahu?”

            “Cerita baik ke cerita buruk doktor?”

            “Cerita baik, and it also has a happy ending.”

            “Okey doktor, ceritalah.”

“Well, seperti yang you sudah tahu, masa dia di Simpang Renggam dulu he’s very agressive. Tiga orang atendan putus telinga kena gigit. Sorang agak kritikal, hidung serta kulit pipi dia juga koyak kena gigit. Semua cebisan telinga, hidung, kulit yang dia gigit habis hancur dikunyahnya. Diorang terpaksa letakkan mouth guard di mulutnya.

Then, bila dia transfer ke sini, perangai dia jadi opposite. Sikap dia sangat mesra, suka bercakap dengan orang. And for the last eight months, dia dah berkawan dengan semua doktor dan pekerja di sini. Ditambah pula you selalu datang jumpa dia. I think your visit here every months really has some good effect on him.

When we found out dia suka berkebun, we bought him some vegetable seeds dan berikan dia satu kawasan untuk dia bercucuk tanam. Sekarang kebun tu dah penuh dengan macam-macam jenis sayur. In fact, sebahagian besar hidangan sayuran yang disajikan di kantin hospital comes from his garden. And after your visit last month, dia dah jadi cook di kantin hospital ni. And I tell you he’s a really good cook. His kangkung goreng belacan dah jadi favorite dish.”

“Iya? Tak tahu pun dia pandai masak.”

“Yeaap. I pun surprise dengan kebolehan dia memasak. Dan satu lagi, did you know that dia dah jadi tukang azan di surau hospital ni? Suara dia azan macam ada satu aura yang memukau. Very comforting. Sometime he sounds like penyanyi kumpulan nasyid yang sangat popular dulu, apa tu?”

“Raihan?”

“Haa…that’s it, kumpulan Raihan. And I’m not ashame to admit that everyday I selalu tertunggu-tunggu untuk mendengar dia azan. Especially the call for the evening prayer. Apa tu… sembahyang Maghrib, right?”

“Ah-ah. Kalau doktor nak tahu, masa kitorang teenager dulu, dia selalu jadi tukang azan di surau dekat kampung kami. Suara dia azan memang sedap. Masa tu orang kampung semua puji my father. Diorang kata beruntung ada anak remaja yang rajin pergi surau dan hormatkan orang tua.

Masa dia dapat masuk universiti, orang kampung ramai berkunjung ke rumah kami untuk ucapkan tahniah. Dan masa kami nak bertolak menghantar dia ke universiti, ramai yang datang untuk ucapkan selamat jalan. My parents really proud of him.

And then, masa dia second year, that tragedy happened. Masa saya ambil alih kes dia daripada Mr Teoh, he showed me gambar-gambar dan juga laporan post mortem mangsa. It’s really hard for me to believe dia yang buat semua tu. I mean, he’s my brother, I know him since...forever.

Bilabkes tu jadi heboh, masuk paper masuk tv, orang kampung yang dulu memuji kini mengeji. Keluarga kami dipulaukan. Bila buat kenduri pun tak ada yang datang. My father jadi sangat tertekan, langsung tak dapat terima hakikat anak lelaki kesayangannya berubah menjadi seorang pembunuh psikotik. Masa dia ditahan di Simpang Renggam, kami tak pernah pergi melawatnya. My father anggap dia dah mati.

Lepas dua tahun dia kena tahan, my father meninggal. And last year, my mom pula meninggal. Tak sempat jumpa dia. So sekarang ni dah tinggal kami berdua. Dia dah jadi tanggungjawab saya sekarang.”

“I think he’s very lucky to have you as a brother. You should be proud of yourself.”

“Thanks doktor. Errr..boleh saya jumpa dia sekarang?”

“Oh yes, sekejap. Biasanya masa ini dia akan berada di kebunnya. Nanti I panggil Ruby.” Dr Arul menekan butang interkom memanggil Ruby ke biliknya. Sebentar kemudian kedengaran pintu bilik diketuk.

“Masuk!” Dr Arul bersuara. Pintu bilik dibuka dan kelihatan Ruby menjengukkan kepala.

“Ruby, Encik Mikhael hendak berjumpa dengan Encik Qabil. Ruby tolong tunjukkan di mana kebunnya.”

“Baik doktor. Encik Mikhael sila ikut saya.” Ruby memandang Mikhael sambil tersenyum.

“Okey doktor, thanks for everything. Saya beransur dulu.” Mikhael menghulurkan tangan kanannya kepada Dr Arul untuk berjabat salam.

 “Alright Mikhael. If you need any help, just call me.” Dr Arul mengenggam erat tangan Mikhael.

 

Keluar dari bilik Dr Arul, Mikhael berjalan mengekori Ruby dari belakang. Mata Mikhael asyik menatap punggung Ruby yang lentik dan bulat pejal. Lenggokan punggung Ruby yang turun naik dan sedikit bergetar itu membangkitkan rasa ghairah Mikhael.

Tiba di hujung koridor yang agak sunyi, Mikhael merapati Ruby. Tangannya pantas mencekup punggung Ruby lalu diramasnya penuh geram. Ruby yang terkejut dengan tindakan Mikhael segera bergerak menjarakkan tubuhnya daripada Mikhael. Namun tangan Mikhael sempat menyambar pinggang Ruby lalu menarik Ruby rapat ke tubuhnya. Dia memeluk Ruby dari belakang dengan kemas. Ruby cuba meronta namun rontaannya begitu lemah. Bibir Mikhael liar mengucup leher Ruby. Cuping telinga Ruby dihisap-hisap.

“Kal, please….nanti orang nampak!” Ruby merayu.

“Ah, I nak you sekarang. Dah berapa hari I tak rasa nikmat tubuh you.”

“No, Kal…. please, kalau orang nampak malu kita.”

“I don’t care, macamlah kita tak pernah buat kat sini.”

“Okey, okey, tapi bukan sekarang, dan bukan di sini! Malam ni, you datang rumah I.”

“Housemate you?”

“Malam ni diorang syif malam.”

“Okey,I pegang janji you.”

Mikhael melepaskan Ruby daripada pelukannya tapi tangan kanannya sempat lagi meramas-ramas punggung Ruby. Ruby menepis tangan Mikhael. Matanya menjeling tajam ke muka Mikhael. Mikhael memuncungkan mulutnya memberi ciuman terbang kepada Ruby.

Mereka berdua tiba di kebun yang diusahakan oleh Qabil ketika matahari tegak di atas kepala. Kawasan kebun yang terletak di belakang hostel pesakit lelaki itu agak luas. Sayur-sayuran seperti sawi, terung, kangkung, bendi, bayam dan sebagainya yang ditanam di atas batas-batas kecil kelihatan begitu subur menghijau.

Mikhael menggeselkan hidungnya ke pipi Ruby sambil tangannya sekali lagi meramas-ramas punggung Ruby. Kali ini Ruby membiarkan saja perbuatan Mikhael itu. Selepas mengingatkan Ruby tentang temu janji mereka pada malam nanti, Mikhael terus melangkahkan kaki menuju ke arah abangnya Qabil. Qabil kelihatan sedang duduk berehat sambil menghisap curut di sebuah dangau di hujung kebun sayur itu. 

“Hai long, dah jadi pak tani sekarang ya? Selalunya jumpa Along kat bilik rekreasi je. Dah berapa lama Along buat kebun ni? Tak pernah cakap dengan Angah pun pasal ni?” Mikhael mengambil tempat duduk di sebelah Qabil.

“Dah dekat enam bulan. Angah kan tak pernah tanya pasal aktiviti masa lapang Along.Biasanya bila Angah datang jumpa Along, asyik cerita pasal masalah Angah je. Masalah klienlah, masalah tok hakimlah, income taxlah. Si Ruby tu, Angah nak kahwin dengan dia ke?”

“Isshh…Along ni, perempuan macam tu mana layak buat bini. Dah tinggal hampas, nak buat apa. Dari awal lagi pun Angah nak suka-suka je. Kalau nak buat bini, kena cari anak dara, yang masih suci, baru ada makna.”

“Angah dah jumpa ke anak dara yang layak buat bini?”

“Angah kan pernah cerita pasal Ezrina. Along dah lupa? Ezrina tu bakal jadi adik ipar Along tau.”

“Habis si Ruby tu macam mana? Angah nak buang dia macam tu aje?”

“Kenapa? Along dah jatuh hati dengan dia ke?”

“Taklah sampai jatuh hati. Tapi Along suka dia, dia baik. Tak pernah lokek dengan senyuman. Cakap pun lemah lembut.”

“Along jangan risaulah. Nanti bila Angah dah muak dengan dia, Angah akan serahkan dia pada Along. Tapi Along kena ingat, si Ruby tu bukan mudah nak puaskan dia. Dia nampak je innocence tapi nafsu dia sangat buas, dan kalau Along dapat bertahan sampai dia klimaks, Along akan disajikan dengan aksi Ruby yang sangat luarbiasa sebaik saja dia mencapai klimaks. Along pasti takkan percaya dia adalah Ruby yang Along kenal selama ini. Memang seronok tengok dia klimaks. Rasa macam usaha kita nak puaskan nafsu dia selama ini dihargai dengan sepenuh hati.”

“Ya ke? Cerita Angah ni buat Along rasa tak sabar nak ‘makan’ si Ruby tu.”

“Along sabar dulu, biar Angah enjoy dia puas-puas dulu, lepas tu suka hati Along lah nak buat apa dengan dia. Eh, Dr Arul cakap Along sekarang ni dah jadi tukang masak, tukang azan, dah tak nampak macam orang gila dah. Baguslah kalau macam tu. Lagi senang masyarakat nak terima Along semula.”

 “Itulah, nasib baik Angah dapat pindahkan Along kat sini. Dekat Simpang Renggam dulu diorang layan Along macam orang jahat. Kena pukul, kena kejutan letrik. Along buat baik macam mana pun tetap kena pukul. Diorang saja nak buat Along marah.”

“Sebenarnya pihak pendakwaraya tak puas hati Along terlepas hukuman gantung. So diorang berpakat dengan mahkamah hantar Along ke Simpang Renggam supaya diorang boleh kontrol Along. Diorang nak pastikan Along kekal jadi orang gila kat situ sampai mati. Angah dah cerita kan berapa kali Angah dengan arwah mak datang nak jumpa Along tapi diorang tak bagi. Alasan diorang  Along dah jadi sangat berbahaya dan dah tak kenal orang.

Arwah mak selalu pesan suruh keluarkan Along dari tempat tu. Sebab itu bila Angah dah habis latihan undang-undang, Angah terus cari jalan untuk tukarkan Along ke sini. Pihak pendakwaraya tak habis-habis buat bantahan. Nasib baik Angah kerja dengan Tuan Bathor, dengan pengaruh dialah Angah dapat tukarkan Along ke sini. Along kena ingat jasa dia. Dia ada datang sini kan jumpa Along?”

“Ada. Dia ada berikan Along satu kotak curut buatan Cuba. Dia cakap curut ni curut kegemaran Fidel Castro dan Che Guevara. Angah nak rasa?” Qabil menyeluk ke dalam saku bajunya. Sepuntung curut dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Mikhael.

“Tak apalah,Angah tak suka hisap curut. Tak bagus untuk kesihatan. Tuan Bathor tu memang pemurah kalau kita pandai ambil hati dia. Tengok, bila Angah beritahu dia Along suka hisap curut, terus dia datang sini bagi curut Cuba tu pada Along. Kita kena balas jasa dia kepada kita selama ni. Sekarang ni pun Tuan Bathor perlukan pertolongan kita.”

“Pertolongan macam mana yang Tuan Bathor perlukan daripada kita?”

“Yang tu kita bincang lepas Along dah keluar dari tempat ni.” 

Previous: BAB 15
Next: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY