Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
BAB 32

KAFETARIA MENARA SISWA

 

Ruang makan Kafetaria Menara Siswa pada petang itu kelihatan agak penuh berbanding hari-hari sebelumnya, mungkin kerana ada acara cabutan bertuah yang ditaja oleh jenama minuman terkenal tanahair, Ketum-Cola.

            Haris dan Amelia memilih meja makan yang paling hujung di sudut sebelah kiri ruang makan kafetaria.

“Haris, sebenarnya saya ajak awak makan sini sebab saya ada perkara penting nak beritahu awak.” Amelia membuka bicara dengan nada yang agak tegas.

            “Perkara penting? Apa dia Liya? Macam serius je ni.”

            “Memang perkara ni sangat serius. Tapi sebelum saya cerita apa-apa, saya nak kepastian dulu daripada awak.”

            “Kepastian? Ishh…Liya ni, bikin saspens pulak. Kepastian tentang apa?”

            “Saya nak kepastian yang awak bukannya jenis yang suka bocor rahsia orang. Saya nak kepastian yang awak boleh simpan rahsia ni walaupun nyawa awak terancam. Macam mana, awak sanggup?”

            “Huh, memang serius gila nih. Rahsia apa ni Liya sampai boleh terancam nyawa segala?”

            “Jawab dulu, awak sanggup ke tidak simpan rahsia ni?”

            “Okey, okey, saya sanggup simpan rahsia ni walaupun nyawa saya terancam. Liya beritahulah saya rahsia apa.”

            “Okey. Dalam satu dua hari ni awak ada dengar cerita yang pelik-pelik tak dekat kolej kita?”

            “Erm… cerita yang pelik-pelik ya? Mmm… cerita pasal hantu pocong tu ke?”

            “Bukan, cerita tu dah basi. Ada cerita yang terbaru yang lagi seram.”

            “Erm… ntahlah Liya, rasanya setakat ini takde kot cerita yang lebih seram daripada cerita hantu pocong yang boleh terapung tu.”

“Kalau macam tu ini bermakna cerita pasal kejadian ni belum tersebar lagi. Baguslah kalau macam tu.”

            “Ishh… Liya ni, cepatlah cerita.”

            “Okeylah, ni dengar baik-baik saya nak cerita. Kejadian ni berlaku malam semalam lebih kurang pukul 2.30 pagi. Masa tu saya tengah sedap tidur. Tiba-tiba saya terjaga dari tidur bila saya terdengar macam ada suara orang menjerit. Suara dia tak berapa jelas tapi saya yakin itu suara perempuan. Saya tengok katil sebelah, saya nampak Wawa tengah mengerekot dalam selimut. Memang malam tu agak sejuk. Lain macam sejuknya.

Mula-mula saya ingatkan itu bunyi suara Wawa mengigau. Wawa memang biasa tidur mengigau. Kadang-kadang cakap omputih, kadang-kadang cakap Korea, kadang-kadang jadi DJ, kadang-kadang mengilai macam pontianak sundal malam-”

“Pulangkan… pulangkan… macam tu ek?” Haris mencelah.

“Bukanlah. Dia tak cakap apa-apa, dia mengilai je. Macam hihihi…hahaha…”

“Ooo…tapi malam tu masa tidur dengan aku takde pulak dia mengigau.”

“Iya? Eh, Liya tak rasa seram ke dapat roommate yang kuat mengigau macam tu?”

“Mula-mula tu memang rasa seram jugak. Tapi bila dah selalu tengok,dah tak rasa seram dah. Kadang-kadang tu bila time buat assignment sampai pukul dua tiga pagi, terhibur jugak tengok dia mengigau jadi DJ.”

“Wawa tu tiap-tiap malam ke dia mengigau, Liya?”

“Tak jugak. Entahlah, ikut mood dia kot. Kadang-kadang tu time tidur siang hari pun dia boleh mengigau.”

“Ishh… itu dah tahap kronik tu. Tapi itu kita cerita lain kalilah. Teruskan cerita Liya tadi.”

“So, bila saya tengok bukan Wawa yang mengigau, saya pun cuba cari dari mana datangnya bunyi suara perempuan menjerit tu sebab mungkin dia perlukan pertolongan.”

“Lepas tu?”

“Saya pun keluar dari bilik, jenguk-jenguk dekat koridor. Suasana sangat sunyi masa tu. Biasanya walau time lewat macam tu takdelah sunyi sangat. Masih dapat dengar lagi bunyi diorang borak-borak, gelak ketawa, nyanyi-nyanyi. Lepas tu saya nampak pintu bilik Nor Adila, budak engineering tu sedikit terbuka. Saya pun teringat roommate dia takde, balik kampung. Saya agak mungkin dia yang menjerit. Saya cuba jengok dari luar tapi tak nampak apa-apa sebab lampu dalam bilik dia agak malap. Saya pun terus je masuk dalam bilik dia.”

“Lepas tu?”

“Bila saja saya masuk dalam bilik tu, saya terjerit dengan sendiri bila saya nampak-”

“Nampak apa Liya?”

“Saya nampak orang minyak.” Amelia memperlahankan suaranya.

“Apa Liya? Orang minyak?”

Amelia mengangguk dengan mengerutkan muka.

“Liya cam muka dia?”

“Susah nak cam sebab penuh dengan minyak hitam. Yang saya sempat ingat kepala dia botak, dia telanjang dan badan dia penuh dengan minyak. Bau minyak tu macam minyak goreng ikan.”

“Badan dia memang telanjang bogel, tak pakai seluar dalam?”

“Memang totally naked.”

“Liya nampak konek dia?”

“Hah? Apa ke halnya dengan konek dia?”

“Saja nak tahu. Orang minyak ni dia suka merogol, kan? Saya ada terbaca selalunya perogol ni dia ada masalah inferiority complex.”

“Ah-ah, awak cakap pasal tu baru saya perasan. Memang konek dia kecik, macam konek baby.”

“Iya? Dah agak dah. Habis tu apa dia buat apa bila dia dengar Liya menjerit?”

“Dia turun dari katil, lepas tu dia pandang saya macam nak makan saya. Lama jugak saya tercegat kat situ. Saya terkejut sangat sampai tubuh saya jadi kaku tak boleh bergerak. Lama-lama pandangan saya jadi gelap. Saya rebah ke lantai.

Bila saya sedar balik, orang minyak tu dah tak ada. Saya pun pergi check keadaan Adila. Dia masih tak sedarkan diri dan dalam keadaan separuh bogel. Saya nampak dada dia penuh dengan darah. Bila saya perhati betul-betul, dua-dua belah nipple dia tak ada. Macam putus kena gigit.”

“Putus kena gigit? Ya Allah, itu bukan kerja orang minyak, itu kerja orang gila! Liya buat apa lepas tu?”

“Saya kejut Wawa. Lepas tu kitorang pergi report dengan Ustazah Maznah. Lepas tengok keadaan Adila, Ustazah Maznah panggil security, dia cakap nak hantar Adila pergi Hospital Universiti. Ustazah Maznah suruh kitorang rahsiakan perkara ni sebab tak nak bagi semua orang panik.”

“Orang minyak tu cam Liya ke?”

“Saya rasa dia cam sebab lama dia pandang saya. Saya takutlah Haris.BKalau dia target saya pulak lepas ni macam mana?” Haris dapat melihat dengan jelas riak wajah Amelia yang dilanda kerisauan.

“Tak apa, Liya jangan fikirkan sangat pasal ni. Yang penting, kalau Liya nak pergi mana-mana waktu malam jangan pergi sorang-sorang, biar ada teman. Bila nak tidur, kunci bilik betul-betul. Kalau boleh, tambah lagi extra lock.” Haris cuba menenangkan Amelia walaupun dia sendiri kini turut risaukan keselamatan Amelia.

“Tak boleh jadi macam ni. Liya sekarang ni dalam bahaya. Apa aku nak buat? Mungkin Kak Ayu boleh tolong.”

 

KOLEJ DELTA

 

“Sheikh, jom gi surau, ada ceramah malam ni. Tak silap aku Ustaz Badri yang bagi ceramah. Kalau Ustaz Badri okey jugak. Dia pandai buat kelakar, takdelah boring sangat.” Kata Razif sambil membetul-betulkan kopiah di kepalanya.

“Entah, rasa malaslah malam ni. Kau je lah yang pergi.”

“Aku bukannya apa. Kalau nak diikutkan, aku pun malas nak pergi. Tapi dalam hidup ni kita kena ada check and balance. Asyik buat maksiat je manjang, sekali-sekala kenalah buat amal pulak. Lagipun, dengar cerita lepas ceramah ada jamuan bubur cha cha. Entah Datuk mana yang sponsor. Eh, jomlah pergi.”

“Alah, kau pergi je lah. Aku tak minatlah bubur cha cha.”

“Humph! Suka hati kaulah.” Dengus Razif lalu melangkah keluar menuju ke surau kolej.

Selang beberapa minit kemudian, Haris bangun menutup pintu dan bertelepati menyeru Raihayu.

            “Kak Ayu, saya rasa orang minyak yang bunuh Kak Ayu dulu dah muncul balik.” Kata Haris sebaik saja Raihayu muncul di hadapannya.

“Hah, apa Haris? Orang minyak tu dah muncul balik? Apa Haris pasti ke?”

“Saya tak berapa pasti tapi modus operandi dia macam sama. Sorry, saya terpaksa tanya Kak Ayu. Err…orang minyak yang bunuh Kak Ayu dulu dia ada gigit puting dada Kak Ayu tak?”

“Gigit puting? Hah, ya Haris! Ada, ada! Akak masih ingat, dia gigit sampai putus. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.”

“Dah macam tu, confirmlah orang minyak yang serang Adila tu adalah orang minyak sama yang bunuh Kak Ayu.”

“Adila? Siapa dia Haris? Kenapa orang minyak tu serang dia?”

“Adila tu ialah budak pompuan yang bilik dia dekat dengan bilikBAmelia. Malam semalam Amelia terdengar suara perempuan menjerit. Dia keluarBbilik dan pergi siasat. Bila dia masuk dalam bilik Adila, dia nampak orang minyak.”

“Hah? Dia serang Amelia?”

“Tak, Amelia pengsan. Bila dia sedar, orang minyak tu dah takde. Dia pun pergi check Adila yang tak sedarkan diri. Masa tu lah dia nampak puting dada Adila takde, macam putus kena gigit.”

“Oh, kesiannya dia. Orang minyak tu cam Amelia?”

“Ah-ah. Itulah yang Amelia risau Kak Ayu. Dia takut orang minyak tu target dia pulak lepas ni.”

“Ini tak boleh jadi Haris. Amelia sekarang ni dalam bahaya.”

“Itulah sebab saya nak jumpa Kak Ayu ni. Kita kena ada plan macam mana nak protect Amelia dan juga macam mana nak hapuskan orang minyak tu.”

“Macam mana kalau kita buat rondaan. Haris jadi kucing, akak jadi halimunan. So, tiap-tiap malam, mulai malam ni, kita sama-sama ronda kawasan Aspuri.”

“Okey jugak Kak Ayu tapi kalau tiap-tiap malam tak bolehlah sebab roommate saya si Razif tu belum tahu lagi saya ni boleh bertukar jadi kucing. Mesti dia rasa pelik kalau tiap-tiap malam saya keluar. Malaslah saya nak menjawab soalan-soalan dia.”

“Kenapa Haris tak beritahu dia siapa Haris yang sebenar?”

“Tak boleh Kak Ayu. Ini rahsia keluarga saya. Sampai bila-bila pun saya kena simpan rahsia ni daripada pengetahuan manusia biasa.”

“Okey. Tak apalah. Biar akak je yang buat rondaan. Kalau Haris ada kesempatan, Haris boleh join sama.”

“Okey, Kak Ayu. Nanti kalau kita jumpa orang minyak tu, kita bunuh dia sama-sama!”

Previous: BAB 31
Next: BAB 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY