BANGLO MISTERI
BUKIT ANTARABANGSA
Mikhael berjalan mundar mandir di ruang tamu sambil menggeleng-geleng kepala. Dahinya berkerut seribu. Qabil masih lagi selesa di kerusi empuk, menyedut cerut Cuba dengan penuh nikmat.
“Relaks ngah, Tuan Bathor dah cakap dengan Along dia dah maafkan kita. Lagipun bukan-”
“Ahh! Along jangan jadi bodoh! Tuan Bathor bukan jenis yang mudah maafkan kesilapan orang. Konsep maaf tak wujud dalam kamus hidup dia. Siapa yang buat silap pasti akan terima akibatnya. Ini semua salah Along! Kan Angah dah cakap jangan buat apa-apa sebelum si Adila tu betul-betul selamat berada dalam bilik Along. Dah tu pulak, yang Along pergi gigit sampai putus puting tetek dia tu pasal apa? Tak faham-faham lagi ke pasal jangan tinggalkan bukti?
Kalau ya pun Along dah tak tahan sangat, tak boleh ke tunggu sampai dalam bilik Along dulu. Sekarang dah jadi kes polis. Bukannya mudah nak jumpa dengan Adila sekarang, ada ramai polis jujur yang tak makan rasuah sedang jaga dia. Dan tentang kita pulak, tunggu masa je si Dead Cobra dengan Dead Squadnya datang untuk tamatkan riwayat kita. Terima kasih banyak-banyak Along! Impian Angah nak mati muda akan tercapai jugak akhirnya.”
“Angah jangan nak salahkan Along. Tuan Bathor dah beri jaminan dia akan selesaikan sendiri hal ni. Walau macam mana sekalipun, dia akan pastikan darah si Adila akan jadi miliknya. Lagipun dalam perkara ni, Angah tak boleh salahkan Along. Semua ini salah perempuan tu!”
“Perempuan? Perempuan mana pulak ni long? Perempuan yang nampak muka Along tu?”
“Ya, perempuan rambut panjang, kulit cerah, hidung mancung, punya sepasang mata yang cantik bersinar dan bibir yang mengghairahkan. Dan Along percaya dia ada puting susu yang sangat lembut dan sedap dikunyah.”
“Along! Tolong jangan tambahkan masalah. Apa, perempuan tu nampak ke apa yang Along buat dengan Adila? Hah, Along?”
‘Ermm….itu Along tak tahu. Yang Along tahu dia dah buat banyak dosa. Satu, dia dah nampak muka Along yang penuh dengan minyak. Dua, dia dah tengok alat sulit Along. Tiga, dia menjerit bila nampak Along, macamlah Along ni hodoh sangat. Dan dosa dia yang paling besar, dia dah rosakkan semua perancangan kita.”
“Ini bahaya long. Perempuan tu ada potensi akan jadi saksi polis. Kewujudan dia adalah ancaman bagi kita. Along, kita mesti hapuskan dia dengan segera.”
“Angah jangan risau, Along dah ada rancangan Along sendiri. Kali ini Along akan lebih berhati-hati. Along nak perempuan penyibuk tu merasai nikmat kesakitan yang paling maksima. Along nak buat dia menjerit sampai keluar darah dari kerongkongnya.”
“Baiklah. Along boleh buat apa saja yang Along suka dengannya. Tapi kita kena bawa dia ke rumah agam Tuan Bathor dulu. Mungkin Tuan Bathor akan maafkan kita bila dia tengok perempuan tu. Walaupun dia tak dapat menggantikan Adila namun sekurang-kurangnya Tuan Bathor dapat tengok taat setia kita kepadanya.”