Haris terjaga dari tidur. Dia melihat ke sekeliling bilik, Amelia dan Wawa tidak kelihatan. Jam loceng digital di meja tulis Amelia menunjukkan pukul 9.38 pagi. Komputer riba Amelia yang dibiarkan terpasang sedang menayangkan cerita orang putih. Haris pernah menonton cerita itu. Cerita itu bertajuk Pulp Fiction arahan Quentin Tarantino.
Adegan yang sedang tertayang di skrin komputer riba itu menunjukkan watak-watak lakonan Samuel L. Jackson dan John Travolta sedang berperang mulut tentang siapa yang sepatutnya bertanggungjawab mencuci bahagian dalam kereta. Bahagian dalam kereta mereka itu telah dicemari percikan darah dan cebisan otak seorang lelaki kulit hitam yang ditembak di kepala secara tidak sengaja oleh Vincent (John Travolta).
Penghayatan Haris terhadap perbalahan mesra antara Jules dan Vincent itu terhenti apabila kedengaran kunci pintu bilik dibuka dari luar. Amelia melangkah masuk ke dalam bilik dengan tubuhnya hanya dibaluti sehelai tuala nipis yang agak singkat hingga menampakkan pahanya yang putih gebu. Mata Haris terbeliak. Dia menelan air liur. Entah berapa liter air liurnya yang telah ditelan sejak akhir-akhir ini, Haris tidak pasti. Jantungnya berdegup dengan begitu kencang. Sejak dia berada dalam bentuk kucing, inilah pertama kali dia berasa begitu terangsang melihat perempuan. Dan dia berasa sangat bertuah kerana perempuan itu adalah Amelia.
“Hai sleepy head, dah bangun ya. Sedap tak tidur dengan Wawa semalam?”
“Sedap tu memanglah sedap tapi kalau dapat tidur dengan Liya tentu lagi sedap.”
“Liya ada simpan sandwich yang Liya ambil kat dewan makan tadi. Kejap lagi kita makan, okey? Liya nak salin pakaian dulu.”
Amelia membuka almari lalu membelek-belek helaian pakaian yang tersusun rapi. Dia mengeluarkan beberapa helai coli, seluar dalam, kemeja T dan seluar track dan menyusunnya di hujung katil. Amelia berdiri termangu-mangu seperti tidak pasti yang mana satu hendak dipakainya.
“Isshh… cepatlah bukak towel tu. Pakai je lah yang mana ada. Bukannya nak pergi rumah orang kahwin.”
Setelah berpuas hati dengan pilihannya, Amelia meletakkan kembali pakaian yang selebihnya ke dalam almari. Amelia merapati hujung katil. Dia kini berdiri hanya lebih kurang beberapa inci sahaja di hadapan Haris. Kedua-dua tangannya memegang simpulan tuala di dada dan bersedia untuk merungkaikan ikatannya. Mata Haris tidak berkelip memandang tubuh Amelia. Degupan jantungnya kini sudah berada pada tahap maksima. Sekejap lagi dia bakal menyaksikan satu peristiwa bersejarah yang pasti akan diingatinya sampai bila-bila.
“Eh, ngapa tengok Liya sampai macam tu? Ooo… Leon nak skoden Liya bukak towel ya? Nakallah dia ni. Mana boleh! Cepat pusing belakang. Pandang sana. Cepat!”
Haris yang terkejut bercampur malu segera mengubah kedudukan badannya dengan berundur sedikit ke belakang dan mengalihkan pandangannya ke skrin komputer riba Amelia. Cerita Pulp Fiction masih lagi bertayangan.
“Haa… macam itulah kucing jantan yang gentleman.”
“Kucing? Arrggh… bodohnya aku! Aku kan kucing. Patutnya aku buat donno je lah. Takkanlah dia nak mengamuk hanya pasal sekor kucing bodoh tengok dia berbogel. Mesti dia buat tak tahu je. Isshh…ruginya!” Haris menggeleng kepala. Beberapa saat kemudian dia menjilat-jilat bulu di bahagian lengannya.
Tidak lama kemudian Haris terasa belakangnya digosok-gosok. Dia mendongakkan kepalanya memandang Amelia yang kelihatan sudah berpakaian lengkap. Haruman wangian Bodyshop menerjah masuk ke rongga hidung Haris. Amelia mencuit hidung Haris dengan jari telunjuknya.
“Haa… camne? Best tak skoden Liya bukak towel tadi? Hehehe….”
Haris merapatkan dagu ke lengannya sambil membuat ekspresi muka kucing monyok.
“Alaa…kesiannya dia. Tapi nampak comel. Eeee… geramnya.” Amelia menggaru-garu kepala Haris.
“Ngiauuu!” Haris membantah kerana berasa ngilu disebabkan oleh kuku Amelia yang seperti mengcengkam ke dalam kulit kepalanya.
“Oopss… sorry. Ngapa ni? Leon tak puas hati pasal tadi ek? Sorrylah Leon, Liya rasa Liya tak ready lagilah. Rasa macam tak confident je. Lagipun kita kan baru kenal. Tapi takpe. Bila kita dah kenal mesra nanti, Leon nak skoden berapa lama pun Liya tak kisah.”
“Betul ni? Promise?” Haris merenung muka Amelia dengan pandangan yang penuh mengharap.
“Liya janji, okey? Meh, jom makan sandwich.”
Amelia bergerak ke meja tulis dan membuka bento boxnya yang mengandungi beberapa keping sandwich. Dia mengambil sekeping sandwich dan melambai-lambaikan sandwich itu kepada Haris. Haris bergerak pantas menuju ke arah Amelia. Dia melompat ke atas meja tulis, mendekati Amelia dan mengesel-geselkan pipinya ke lengan Amelia.
“Ngiiiaaauuu….” Haris memandang muka Amelia menunggu Amelia menyuapkan sandwich ke mulutnya.