Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
BAB 26

KOLEJ DELTA

           

Bangsar FM meramalkan cuaca di Kuala Lumpur pada hari ini sangat baik. Cukup sesuai untuk warga kota keluar bersiar-siar sambil menangkap rama-rama di taman bunga ataupun berkunjung ke pasaraya-pasaraya untuk membeli belah demi membantu memulihkan ekonomi negara yang hampir bangkrap akibat salah guna kuasa oleh para pemimpin kerajaan.

            Haris yang terdengar ramalan cuaca dari radio digital milik Razif itu tersengih sendirian. Secara tiba-tiba dia telah mendapat satu idea yang sangat baik. Sememangnya hari ini hari yang baik, hari yang sangat baik untuk dia menonton wayang bersama si dia bernama Amelia. Sengihan Haris semakin melebar apabila otaknya mula membayangkan adegan-adegan yang bakal berlaku di saat dia berdua-duaan dengan Amelia dalam pawagam itu nanti.

            “Woi, kau ni apahal sengih sorang-sorang? Seramlah, macam kena rasuk Evil Dead je aku tengok.” Razif tiba-tiba bersuara.

            “Eh, aku sengih pun salah ke? Suka hati akulah nak sengih ke, nak melolong ke, nak melalak ke, yang kau tu suka sengih sorang-sorang takpe pulak?”

            “Aku sengih sorang-sorang tu ada sebab yang munasabah. Yang kau sengih tu ada sebab yang munasabah ke?”

            “Aku sengih bukan ada kaitan dengan sebab yang munasabah atau tidak, aku sengih sebab aku terbayangkan kejadian sedap yang akan aku alami hari ni.”

“Kejadian sedap? Huh, apa dia? Kau nak kena raba dengan pak guard ke?”

“Dengan pak guard nak buat apa wei, aku nak kena raba dengan Amelialah!”

“Ooo…kau nak keluar dengan Amelia ya?  Beromen kat mana pulak kali ni?

“GSC Mid Valley.”

“Wah, tengok wayang pulak ya? Cerita apa?”

“Entah, cerita apa hah tengah hot sekarang ni?”

“Cerita Melayu ke orang putih?”

“Mana-manalah.”

“Kalau cerita Melayu, Polis Emo 2 kan sekarang ni tengah top, kalau cerita orang putih pulak aku tak pasti. Eh, James Bond yang baru dah masuk panggung belum?

“James Bond yang negro tu ke? Aku rasa belum release lagilah. Alah, apa susah, nanti aku check GSC punya website.”

“Aku rasa lah kan, baik kau pilih cerita yang kelakar dan ada banyak adegan romen. Alah apa tu, haa…cerita romantik komedi. Pompuan memang suka dengan cerita-cerita romantik komedi ni.”

“Romantik komedi? Tapi aku rasa Amelia tak suka lah cerita-cerita macam tu. Aku rasa dia lebih suka sains fiksyen lah. Nanti aku check tengok cerita sains fiksyen apa yang ada dekat GSC.”

Haris menghidupkan komputer ribanya lalu segera membuka laman sesawang GSC.com. Sementara menunggu laman sesawang itu siap loading, Haris menelefon Amelia.

“Hello Liya, buat apa tu?”

“Takde buat apa, tengah makan Twisties.” Kedengaran bunyi kunyahan di hujung suara Amelia.

“Twisties? Ooo….Liya memang minat betul ya dengan Twisties? Perisa barbeque ke?

 “Tak, perisa keju pedas.”

“Emmm….sedapnya!”

“Hehe, ada apa awak call ni?”

“Liya, saya ada satu perkara sangat penting nak bincang dengan Liya.”

“Hah, apa dia?”

“Liya suka tengok wayang tak?”

“Wayang? Suka jugak kalau kena dengan ceritanya.”

“Haa…ni dia! Yang ni Liya pasti suka punya.” Otak Haris segera mengeja tajuk filem yang terpampang di laman sesawang GSC.com.

“Iya, cerita apa tu?”    

“Cerita Matt Damon yang terbaru, Jason Bourne Goes To Mars.”

“Ooo…cerita yang Jason Bourne pergi planet Marikh tu? Hmmm…..nak tengok kat mana?”

“GSC Mid Valley.”

“Awak nak belanja ke?”

“Ah-ah, saya yang ajak, kan? Mestilah saya yang belanja.”

“Tapi saya dah tengoklah cerita tu.”

“Huh, Liya dah tengok? Kat mana? Dengan siapa?”

“Tengok kat internet ler, dengan Wawa.”

“Ini mesti tengok yang copy panggung punya, kan?”

“Ah-ah,copy panggung punya. Ngapa? Salah ke?”

“Salah tu tidak ler, cerita tu kan production Yahudi. Takpe, biar bangkrap semua studio Yahudi tu. Cumanya…. habis tu kita nak tengok cerita apa?

“Hmm…kita tengok cerita Melayu nak tak?”

“Cerita Melayu? Err…cerita apa? Polis Emo 2 ke ?”

“Tak, bukan Polis Emo, ini cerita Melayu yang terbaru, baru minggu ni start masuk panggung. Ramai yang dalam group Whatsapp saya komen cerita ni sedap. Tajuk dia Ombak Berbulu.”

“Hah, ombak apa?”

“OMBAAK BERBULUU! Awak tak tahu ke pasal cerita ni?”

“Sorrylah Liya, saya tak ambik peduli sangat pasal trend cerita Melayu kat Malaysia ni. Cerita dia pasal apa ya? Boleh Liya bagi intro sikit?”

“Alah, awak tentu masih ingat pasal cerita Ombak Keliru yang box office gila dulu tu, kan? Haaa…cerita Ombak Berbulu  ni sambungan cerita Ombak Keliru tu ler.”

“Ooo…saya rasa saya pernah tengok cerita Ombak Keliru tu. Kesian dekat hero dia, kan? Jatuh longkang sampai hilang ingatan tapi nasib baik last-last dapat kahwin jugak dengan Nora Danish.”

“Eh, awak! Itu bukan cerita Ombak Kelirulah, itu cerita Suami Aku Ustaz Pencen! Cerita Ombak Keliru ni pasal hero dia masuk Hospital Bahagia sebab tak tahu nak kahwin dengan Maya Karin ke atau dengan Lisa Surihani. Ingat tak?”

“OK, ingat dah. Last-last hero dia kahwin dengan Erra Fazira, kan?”

“Ishh…bukanlah, itu cerita Encik Cinderella! Awak ni memang semulajadi tak suka tengok cerita Melayu ek?”

“Hehe, bukan tak suka, cuma tak minat je. So, kira jadi ler ni kita dua tengok wayang?”

“Betul ke awak nak tengok cerita Ombak Berbulu ni? Awak tak kisah ke takde aksi ganas macam cerita Jason Bourne pergi planet Marikh tu?”

“Alah, saya tengok kat internet je lah cerita Jason Bourne pergi planet Marikh tu. Lagipun sebagai orang Melayu, kita kenalah sokong filem yang dihasilkan oleh bangsa kita sendiri, kan? Semangat Melayu punya pasal, kalau Liya ajak tengok dokumentari pasal Tugu Negara pun saya sanggup. So, kita nak pergi sama-sama ke macam mana?”

“Awak dah booking ke tiket?”

“Belum lagi. Liya nak tengok show pukul berapa?

“Yang pukul tiga ada tak?”

“Pukul tiga? Kejap, nanti saya check.”

Haris dengan pantas meneliti jadual waktu tayangan filem Ombak Berbulu. Dia kemudian tersengih riang lalu segera merapatkan telefon ke telinga.

“Hello Liya, yang pukul tiga ada. Saya booking ya?”

“Okey. Nanti kita jumpa kat sana. Siapa sampai kemudian dia kena belanja popcorn.”

“Okey, see you there! Pasal popcorn don’t worry, memang dah ada dalam bajet.”

“Okey, bye!”

“Bye!”

Setelah selesai membuat tempahan tiket untuk filem Ombak Berbulu, Haris mematikan komputer ribanya sambil matanya menjeling ke arah jam loceng yang berada di atas meja tulis.

“Eh Zip, dah pukul dua belas, dewan makan dah bukak ni. Jom gi makan.” ujar Haris kepada Razif yang masih berkain pelekat dan tidak berbaju.

“Aku sebenarnya hari ni nak kena pergi rumah makcik aku yang dekat Kampung Baru tu, ada kenduri doa selamat anak dia nak periksa SPM tak lama lagi. Aku ingat nak ajak kau. Dah kau ada benda yang lebih sedap nak dibuat, aku pergi sorang je lah nampaknya.”

“Makcik kau yang kahwin dengan bekas wakil rakyat tu ke? Lerr….tadi sebelum aku call Amelia, pasal apa kau tak cakap pasal ni?”

“Entah, aku nampak kau happy semacam je, malas ler aku nak kacau program kau.”

“Eh, makcik kau ada masak gulai kuzi tak? Kau tapau sikit untuk aku.”

“Aku pun tak tahu dia masak apa untuk kenduri ni, tak sampai hati aku nak tanya. Nanti dia ingat aku pergi rumah dia pasal nak makan je. Dah ler dia selalu komplen dengan mak aku yang aku jarang pergi melawat dia walaupun sama-sama tinggal satu KL.”

“Takpelah, kau tapau je lah apa-apa hidangan yang nampak menarik kat rumah makcik kau tu.Cuma kalau ada gulai kuzi tu, lagi ler best. Makcik kau memang pandai masak gulai kuzi, memang best in the worldlah!”

“OK, nanti aku tapau banyak-banyak sampai kau tak habis makan.”

“Wei, kau jangan sampai membazir. Membazir itu kan amalan setan!” 

Previous: BAB 25
Next: BAB 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY