Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
BAB 27

MID VALLEY MEGAMALL

 

Tayangan filem Ombak Berbulu sudah 45 minit berlalu. Haris menyuap segenggam bertih jagung bersalut karamel ke dalam mulut lalu mengunyahnya perlahan-lahan. Matanya menjeling ke arah Amelia yang sedang duduk dengan santai di kerusi empuk di sebelahnya. Kedua-dua belah mata Amelia terpejam rapat. Dengus nafasnya tenang dan perlahan.

“Budak Liya ni, sakit hati aku dibuatnya. Nak sangat tengok cerita Melayu, sudahnya tidur dalam panggung. Tinggal aku sorang terkebil-kebil macam kucing tengok orang berenang dalam TV. Apa punya jalan cerita, sepatah haram pun aku tak faham. Tapi baik jugak dia tidur, boleh aku tatap muka dia puas-puas. ”

Haris mendekatkan mukanya ke muka Amelia, menikmati sepenuhnya kecantikan dan kelembutan wajah Amelia. Satu perasaan yang hangat dan memberahikan mulai tercetus dalam dirinya. Bibir merah delima milik Amelia kelihatan begitu indah dan mempesonakan. Bisikan yang mengujakan bertali arus mengisi ruang-ruang kosong dalam hatinya membuatkan Haris berperang dengan perasaannya sendiri.

“Kalau kau nak kucup bibir Amelia, inilah masanya! Tunggu apa lagi?”

“Kalau dia tersedar dari tidur masa aku tengah kucup dia macam mana? Tak pasal-pasal kena makan penampar. Lagi teruk, mesti dia akan benci dengan aku sampai bila-bila.”

“Bodoh! Bila kau kucup dia tu hati-hatilah sikit, jangan gelojoh! Asalkan bibir kau betul-betul tersentuh dengan bibir dia pun dah kira cukup dah. Buat masa ni, kau kucup bibir dia dengan niat nak ambil berkat je dulu. Nak kemam, nak sedut, nak hisap lidah, itu kau boleh cuba lain kali.”

“Tapi aku takutlah. Kalau dia sedar jugak macam mana?”

“Cis, kau ni bapak penakut rupanya! Sia-sia jadi jantan. Dia takkan sedar punya, percayalah cakap aku ni!”

“Isshh….tak beranilah.”

“Eh bahalol! Dengar sini! Kau nak dia tak?”

“Nak!”

“Kalau kau betul nak dia, kau kena kucup bibir dia sekarang!”

“Sekarang?”

“Sekarang lah, bongok!”

“Okey, aku kucup dia sekarang,”

“Bagus, kau memang boleh diharap,”

Haris dengan perlahan dan penuh hati-hati merapatkan bibirnya hampir ke bibir Amelia. Hembusan nafas Amelia yang lembut dan hangat bagai membelai muka Haris membuatkan Haris asyik seketika. Dan tatkala bibir Haris hampir-hampir menyentuh bibir Amelia, tubuh Amelia tiba-tiba bergerak-gerak. Haris dengan pantas segera kembali duduk ke posisi asalnya sambil menyuap beberapa biji bertih jagung ke dalam mulut.

“Huarrhh….”Amelia menguap melepaskan kantuk. Dia menggeliat seketika membetulkan posisi badannya sambil pandangan matanya kembali terpacak di skrin panggung. Dia mengerutkan dahi seketika lalu memalingkan muka memandang Haris.

“Eh, sampai mana dah? Perempuan jahat tu dah kena tangkap belum?” soal Amelia kepada Haris.

“Entah,belum lagi kot. Tak fahamlah jalan cerita dia.”

“Awak ni, macam mana tengok cerita boleh tak faham? Tidur ke apa?”

“Eh, dia tu yang tidur, kita pulak yang kena.”

“Ssyyyyy….kalau nak borak-borak sila pergi ke Zoo Negara ya.” Kedengaran satu suara halus garau datang dari arah belakang mereka berdua.

Haris dan Amelia mengunci mulut masing-masing sehinggalah tayangan filem Ombak Berbulu itu selesai.

 

“Bodoh kan ending dia? Menyesal tengok. Nasib baik awak yang belanja, kalau tak, tak pasal-pasal rugi 20 ringgit.”

“Kalau nak dikira rugi tu memang ler nampak macam rugi, tapi bagi saya, apa sangatlah nilainya 20 ringgit itu kalau nak dibandingkan dengan pengalaman yang sangat menyeronokkan menonton wayang bersama Liya.”

“Iya? Macam sarkastik je bunyinya tu.”

“Tak, saya cakap ikhlas ni. Memang saya rasa sangat bertuah dapat tengok wayang dengan Liya. Dalam ramai-ramai jantan dekat kampus kita tu, saya rasa saya lah yang pertama dan satu-satunya yang berjaya tengok wayang dengan Liya, kan?”

“Iya,betul tu. Dalam ramai-ramai jantan dekat kampus kita tu, setakat ini awak sorang je yang berani ajak saya keluar tengok wayang.”

“Iya? Mungkin diorang ingat Liya tak sudi kot tengok wayang dengan diorang.”

“Mungkin jugak. Tapi memang kalau diorang ajak pun saya takkan pergi punya. Duduk berdua-duaan dalam gelap, rapat-rapat pulak tu, eeeiii….macam-macam boleh jadi.”

“Err….kalau macam tu, apa yang buat Liya sudi tengok wayang dengan saya ni?”

“Entahlah, mungkin sebab kesian kot.”

“Kesian? Kesian yang macam mana tu, Liya?”

“Hmm….tak,bukan kesian. Sorry, saya sendiri pun tak tahu kenapa saya setuju tengok wayang dengan awak. Eh, awak tak perasan ke nasi ayam ni tak rasa macam nasi ayam?”

“Ah-ah. Rasa macam nasi putih biasa je. Diorang dah lupa resepi kot?”

“Takkanlah dah bertahun niaga nasi ayam boleh lupa resepi. Ini mesti pasal nak jimat kos ni.”

“Betul tu Liya. Nak untung lebih punya pasal! Err…kita nak pergi mana pulak lepas ni Liya?”

“Mana lagi, balik kolejlah. Ke awak ada program lain lagi?”

“Rasanya dah takde dah. Opss, sebelum saya terlupa, saya nak mintak sesuatu daripada Liya, boleh tak?”

 “Nak mintak apa?”

“Sayanak mintak izin.”

“Mintak izin? Mintak izin nak buat apa?”

“Saya nak mintak izin nak abadikan wajah Liya dalam phone saya ni, boleh tak?”

“Hmm….boleh, tapi saya nak awak janji takkan menyalahgunakan gambar saya tu untuk perkara-perkara yang boleh mendatangkan masalah kepada saya.”

“Okey, saya berjanji tidak akan menyalahgunakan wajah Liya untuk kepentingan diri saya semata-mata atau untuk perkara-perkara yang boleh mendatangkan masalah kepada Liya.”

Haris mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluar lalu menekan fungsi kamera pada telefon itu dan kemudian memfokusnya ke muka Amelia.

“Okay Liya, ready? Say Ciss, one, two, three!”

Haris menatap seketika wajah Amelia pada skrin telefon.

“Wei! Comelnya lesung pipit budak ni.” Puji Haris memancing reaksi Amelia.

“Iya? Budak mana? Tengok?” Amelia buat-buat berminat.

“Ni dia!” Haris menayangkan skrin telefonnya menghadap Amelia.

“Ah-ah, parut jerawat dia pun nampak comel, kan?”

“Iyalah,memang power pixel dia. Takpe, parut jerawat ini ialah bukti Liya adalah manusia, bukannya robot Terminator.”

 “Apa-apaanlah awak ni. Eh, sebelum balik nanti awak teman saya pergi kedai buku sekejap. Saya nak beli majalah Kucings.” Amelia menyedut straw menghabiskan teh O aisnya.

“Kucings? Majalah baru ke?”

“Yaap! Yang bulan ni belum baca lagi.”

“Ooo…rupanya Liya ni suka kucing ya?”

“Suka jugak, cuma saya tak berapa suka dengan tanggungjawab yang datang bersama kucing tu. Tambah pulak jenis yang baka mahal, cerewet gila nak jaga dia. Tapia dik saya yang bongsu tu memang suka sangat dengan kucing. Habis semua anak kucing terbiar yang dia jumpa kat kantin sekolah dia bawak balik rumah. Selalu saja kena marah dengan mak sebab adik saya tu ada sakit lelah.”

“Kesiannyadia.Teruk ke sakit lelah dia?”

“Teruklahjugak. Memang tak boleh berenggang dengan inhaler.”

“Ooo…terukjugak tu.” 

“Ah-ah.Eh, dah kenyang dah? Jom!”

“Berapasemua ni Liya?”

“Takpe,awak belanja tengok wayang, saya belanja nasi ayam. Jom!”

Previous: BAB 26
Next: BAB 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY