Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
217,085
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 30

CONGRATULATIONS El…” Ucap Dato’ Bakri. Bunyi macam orang kecewa sangat.

Eleanor memalit senyuman di hujung bibir. Tak sangka orang tua gatal itu menghadiri majlis resepsi perkahwinannya . Mungkin Weir yang sengaja menjemput.

Wanita di sebelah Dato’ Bakri itu bukan Datin Ruhaya. Barnagkali isteri kedua Dato’ Bakri atau sudah ada yang ketiga.

Thanks Dato’.”

“Dato’ Bakri. Datang juga. Ingatkan tak sudi hadir.” Weir menyapa. Jari-jemarinya sudah melingkari pinggang Eleanor. Eleanor cukup rapat di sisi. Weir sengaja berbuat begitu. Biar Dato’ Bakri cemburu.

Of course I akan datang. Lagipun El ni bekas staf I dulu.”

Wanita anggun di sebelah mencebik. Jelas sekali dia tidak senang dengan kata-kata Dato’ Bakri.

“Ouch, saya terlupa wife saya pernah bekerja di bawah dato’. But nowdia akan bekerja di abwah saya sebagai housewife full time.” Weir senyum lebar.

Weir mengerling wanita anggun di sisi Dato’ Bakri. tidak lepas wanita itu mengepit lengan lelaki itu.

“Kenalkan my second wife, Salina.”

Yang kedua ingatkan yang ketiga tadi. Cantik. Kenapa Dato’ Bakri masih mahu mencari yang lain lagi. Datin Ruhaya isteri pertama Dato’ Bakri juga masih bergaya orangnya.

“Ingat yang ketiga tadi dato’.” Weir ketawa.

Salina mengertap bibir. Dikerling Dato’ Bakri. Lelaki itu berlagak bersahaja. Tidak endah dengan kerlingan tajamnya.

“Jemputlah menjamu selera dato’ masakan hanya berdiri di sini.” Pelawa Eleanor.

Sebaik Dato’ Bakri dan isterinya beredar, Eleanor melepaskan diri dari pautan jari-jemari Weir. Sesak nafas dikepit oleh Weir begitu.

Weir mencengkam pergelangan tangan Eleanor. Dia menarik isterinya itu mengikut langkahnya.

“Nak ke mana?” Riak muka Eleanor berubah.

“Ikut saja.”

Weir mengajak Eleanor masuk ke bilik yang telah dikhaskan buat mereka. Dia menutup pintu rapat dan menguncinya.

Eleanor menyilangkan tangan melihat gelagat Weir. Weir tersenyum memandangnya. Weir menarik Eleanor agar duduk bersama di atas katil.

“Saya tidak pandai bermadah-madah dan maybe bukan jenis lelaki yang romantik. Saya tahu awak marah, awak bengang sebab terpaksa berkahwin dengan saya. Saya tahu saya bukan pilihan hati awak. Saya tahu awak kata saya bermuslihat dalam diam. Tapi jujur saya katakan saya tdak berniat jahat pada family awak mahupun abang awak. He’s really good brother. I’m proud about him.”

Weir masih tidak melepaskan genggaman pada jari-jemari halus Eleanor.

“El… I really-really love you. Terima saya seadanya. Insya-Allah saya akan bahagiakan awak.” Jari kasar itu mula menyentuh wajah Eleanor yang mula membahang.

Suara Eleanor seakan tersangkak. Tidak mampu untuk berkata apa-apa. Matanya menatap wajah Weir. Bicara halus Weir menusuk ke lubuk hati Eleanor.

Bibir merah Weir mengucup pula jari-jemari Eleanor.

“Saya sanggup tunggu hingga awak menerima cinta saya sepenuhnya.”

Setitis mutiara milik Eleanor tumpah pada pipinya.



HONDA Fit (Jazz)berwarna kuning itu dipandang berkali-kali. Eleanor berkeras mahu membawa kereta itu bersama. Biarpun lima biji Ferrari dibelikan oleh Weir dan diletakkan depan matanya, dia tetap memilih kereta kesayangannya itu.

Panjang senyum Weir melihat gelagat Eleanor. Dalam marah ada manjanya. Alih-alih dia terpaksa mengalah juga. Honda Fit (Jazz) itu diangkut sekali. Eleanor puas hati.

Barang-barang milik Eleanor telah selamat sampai mendarat di vila milik Weir. Eleanor rasa janggal berada di vila itu. Pakaian dipunggah masuk ke bilik Weir. Eleanor hanya duduk melihat. Dia tidak berkutik.

“Encik Weir… kenapa sampai tak beritahu Kak Nona?”

Kecoh suara Kak Nona. Dia melemparkan senyuman buat Eleanor. Sempat dia bersalaman dengan Eleanor. Masih manis pengantin baru itu.

“Maaf Kak Nona. Saya malas nak menyusahkan Kak Nona.”

“Apa susahnya pula. Kak Nona boleh bantu apa yang patut. Macam tak biasa pula.”

“Lepas ini Kak Nona tak perlu kemas vila ni untuk saya. Memasak pun tak payah dah.”

“Amboi, nak merasa air tangan isterilah ni.” Kak Nona senyum mengenen.

“Kak Nona juga yang suruh saya kahwin cepat-cepat. Ada orang jaga makan, minum dan pakai saya.” Weir mengerling Eleanor dengan ekor mata. Eleanor buat tidak endah.

“El… kalau perlukan pertolongan kak Nona, El cakap aja pada Kak Nona. Kak Nona boleh bantu El.” Kak Nona memengan kedua-dua belah tangan Eleanor. Wanita itu cukup mesra. Eleanor menyenanginya dari pertemuan pertama mereka lagi.

“Betul tu. Awak belajar memasak tom yam dengan Kak Nona. Saya suka tom yam campur. Tak boleh miss dalam hidangan”

“Weir promo Kak Nona nampak.”

“Kak Nona tukang masak terbaik dan guru masakkan yang terbaik juga.”

Weir ketawa.

Eleanor buat muka. Weir fikir dia tidak pandai memasak ke? jangan cabar. Wanita ala moden macam dia masih tahu ke dapur. Setakat tom yam tu kacang aja.

Tanpa dipinta Kak Nona menyediakan minum petang. Eleanor sudah mengesat peluh

di dahi. Sakit juga pinggangnya mengangkat kotak-kotak tersebut. Ada saja barang yang diangkut.

Weir bersandar pada sofa dengan penuh muka keletihan. Entah barang apalah yang diangkut oleh isterinya hingga berkotak-kotak. Takkan satu bilik dia pulun angkut barang-barangnya. Weir tidak masuk sekali membantu Eleanor mengemas barang-barang di sana. Isterinya yang menegah keras. Katanya ada barang yang patut dilihat oleh Weir.

“Minum dulu Weir. Kak Nona ada sediakan ubi kayu goreng sekali ni. Panggil El sekali.”

Weir malas-malas mahu bangun. Dia nak ke tingkat atas menuju ke bilik tidur mereka. isterinya sedang berkemas di dalam.

Weir memulas tombol pintu.

“El… mari turun minum sekali.”

“Arghhh!” Eleanor menjerit kuat. Segera dia menolak tubuh sasa Weir agar keluar dari bilik itu.

Muka Eleanor merah padam. Malu tak terkata. Weir pasti sudah melihat tadi. Dia menggigir hujung kuku. Barang-barangnya perlu segera dikemaskan.

Weir garu kepala. Apa yang tidak kena isterinya itu?

“El…”

“Lima minit lagi El turun.” Suara Eleanor dari dalam.

Weir jungkit bahu.


ELEANOR buka peti ais. Peti ais Weir penuh dengan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan bahan-bahan mentah. Weir ada beritahu Kak Nona sentiasa ke pasar untuk menambah stok di dalam peti ais jika ada yang terkurang. Barang-barang dapur juga semuanya sudah lengkap. Weir cakap lagi dia tidak pandai memasak. Setakat masak nasi dan goreng telur tu biasalah.

Eleanor menyarungkan apron pada tubuhnya. Segala rencah untuk memasak tom yam telah tersedia atas meja. Sekali sekala mempraktikkan kemahiran memasak yang dipelajari dari Mak Pah apa salahnya. Weir nak rasa sangat air tangan dia kan.

Bunyi lesung batu di dapur mengejutkan Weir. Biar betul isterinya itu. Bunyi macam orang mahu melepaskan geram pula. Ingin juga dia mengintai Eleanor di dapur tetapi dipadamkan niatknya itu. Risau kalau-kalau Eleanor terhiris tangan sendiri? Entahkan pandai, entahkan tidak isterinya itu memengang pisau. Tidak pula dengar Eleanor menjerit.

Setengah jam kemudian, Eleanor tegak berdiri hadapannya dengan senduk bulut di tangan. Terukir senyuman di bibir isterinya itu. Comel pula melihat isterinya berapron begitu dengan rambutnya disanggul rapi. Muka yang kemerah-merahan.

“Dah siap ke tom yam saya?” Soal Weir serius.

“Saya nak awak rasa.”

“Betul ni.”

“Awak bagi markah.”

Weir membuntuti langkah Eleanor.

Baunya saja sudah cukup buat perut Weir untuk diisi. Tapi jangan percya juga pada bau. rasanya itu yang penting. Eleanor mencenduk kuah tom yam ke dalam mangkuk kecil.

Weir menggeleng.

“Kata nak rasa?”

“Saya nak awak suapkan.”

“Mengadalah awak ni.”

“El…”

“Okay-okay.”

Eleanor menyuakan sudu ke mulut Weir.

“Emmm…”

“Macam mana?”

Muka suaminya itu berkerut-kerut semacam. Tak sedap ke? Rasanya sudah cukup dia berikan segala rencah dalam tom yam tersebut.

“100 markah untuk awak.”

Eleanor menghela nafas kecil. Senyumannya kian lebar.

“Jangan pandang saya sebelah mata tau.” Ujarnya.

So, tunggu apa lagi. Perut saya sudah lapar.” Weir mengenyitkan mata.

Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.