Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
217,082
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 25

CINTA itu buta. Elman dibutakan oleh cinta. Itu yang dilihat oleh Weir. Namun, tiada sesiapa yang tahu apa yang terkandung dalam hati Elman. Apa yang Elman fikirkan. Weir bersandar

pada kerusi eksklusifnya. Interkom di dada mejanya berbunyi.

“Ya, Zurina…”

“Encik Weir, ada tetamu sedang menunggu di bilik tamu.”

“Siapa?”

“Dato’ Bakri.”

Dato’ Bakri. Apa tujuan lelaki itu datang bertemu dengannya? Berkaitan dengan Eleanor? Mungkin? Lelaki itu tergila-gilakan bakal isterinya.

Weir mengenakan kotnya semula. Penuh gaya dia mengaturkan langkah ke biik tamu.

“Assalamualaikum dato’…” sapanya lembut.

Dato’ Bakri memalingkan tubuhnya. Tiada segaris senyuman diberikan. Weir merasai suasana tidak enak di bilik itu.

Salam Weir tidak berbalas. Dato’ Bakri merenung tajam Weir. Apa cemburu jelas di riak wajah Dato’ Bakti. Kenapa lelaki ini yang menjadi pilihan Eleanor? Dato’ Bakri pandang Weir atas dan bawah. Dia tidak dapat menandingi kekacakan Weir? Barangkali? Faktor usia memberikan kelebihan pada Weir. Dato’ Bakri merengus kecil. Ketika dia sebaya Weir, dia juga berupa paras menawan.

“Dato’ ingin bertemu dengan saya atas urusan bisnes? orada something yang lain?”

“Kau kena Eleanor?”

Weir sudah mengagak.

Of course! My future wife.”

“Lebih baik kau batalkan pernikahan kau dengan dia.”

“Sebab?”

“Dia sepatutnya menjadi milik aku.”

Weir ketawa kecil.

“Eleanor tak pernah pula katakan yang dia dan dato’ ada hubungan. Bukankah dia resigndari syarikat dato’ kerana tidak tahan dengan sikap buaya dato’.”

Terkedu sejenak Dato’ Bakri.

“Dato’ tak perlu berangan untuk jadikan Eleanor isteri dato’ nombor tiga. Lebih baik dato’ mengalah saja.” Weir melanjut kata.

“Huh, kalau aku tetap nakkan dia?”

“Saya boleh menjatuhkan dato’. Maksud saya perniagaan dato’.”

Wajah Dato’ Bakri merah padam. Lelaki di hadapannya seakan cuba mencabarnya. Budak mentah. Dia sudah berpuluh tahun dalam dunia perniagaan ini. Ada hati mahu menjatuhkan dia.

“Weir Zafril… kau terlalu berani.” Sinis kata-kata Dato’ Bakri.

Well... that’s me. Hati-hati Dato’ dalam permainan yang bakal dato’ caturkan. Jangan main golok sarang tebuan. ” Weir membalas.

Dato’ Bakri ketawa.

“Kau terlalu yakin Weir. Kau belum kenal aku lagi.”

Weir tersenyum.

Maybe… tapi saya cukup jelas dengan aktiviti tidak sihat dato’ terutama terhadap perempuan.”

Tawa yang meledak terus berhenti. Weir masih tersenyum memandang Dato’ Bakri. Mereka saling bertentangan mata. Apa kemarahan terpancar dari sinar mata Dato’ Bakri.


“CANTIK warna ni. Sesuai dengan kau, El.” Aleeza menayangkan baju kurung moden berwarna pink itu kepada Eleanor.

“Aku tak minat pink.”

Aleeza mengertap bibir. Semua pakaian di butik itu tidak kena dengan selera Eleanor. Hairan. Eleanor tidak secerewet ini.

“Cantik apa warna pink ni. Ada sulaman bunga lagi. Memang sesuai dengan kau.”

Eleanor menggeleng.

“Tak sesuai langsung dengan aku.”

“Haih, kau ni peliklah. Takkan satu pun kau tak berkenan. Butik eksklusif ni, beb.”

“Kau carikan aku butik ala kampung.” Eleanor menjongketkan kening.

Aleeza menepuk dahi berkali-kali. Eleanor memang sengaja. Majlis yang tak sampai tiga hari pun dia boleh bermain-main macam ini.

“El…”

“Aku takder hati langsung nak bernikah. Belum bernikah ni pun aku sudah jadi super womantau. Kena tahan dengan serangan skandal-skandal pakcik kau tu.”

“Takkan Helana serang kau pulak. Setahu aku Helena bukan jenis perempuan macam kakak ipar kau tu.”

“Not Helena but sepupu kau yang perasan comel tu.” Bibir Eleanor memuncung ke hadapan sedikit.

What? You mean Fifi?”

“Yup, Fifi.”

“Budak tak cukup umur tu bukan skandal UncleWeir akulah. IfFifi tu, kau tak payah layan. Buang masa.”

Selamba Aleeza berkata demikian. Dia pun bukannya sukakan sangat Fifi. Terlebih manja sangat.

“Dia ada warning nak stop majlis pernikahan aku dengan pakcik kau tu. Better jugak kalau menjadi.”

“El!” Terbeliak mata Aleeza mendengarnya. “Aku pilih baju nikah warna pink ni untuk kau. Aku nak kau nikah dengan Uncle Weir. Takder calon pengantin lain dah. Muktamad.” Aleeza mengusung baju tersebut kepada tuan punya butik.

Eleanor jungkit bahu.

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.