“EL…” Mak Tun menarik lengannya
tiba-tiba.
Eleanor
terpinga-pinga apabila melihat barang-barang yang terhias atas meja tamu itu.
Malahan Mak Tun menunjukkan sepasang baju kurung moden berwarna ungu kepada
Eleanor.
“Untuk
apa ni Mak Tun?” Tanyanya.
“Untuk
majis pertunang El.”
Bola
mata Eleanor membulat. Bila pula dia bersetuju untuk bertunang?
“Abang
Elman!” Eleanor memekik memanggil abangnya.
“Abang
sudah keluar.” Elena Maria muncul di anak tangga.
“Ke
mana?”
“Buat
persediaan untuk pertunangan Kak El lah. Buat-buat tak tahu pulak.” Elena Maria
mencebik. Fikirnya lelaki itu menyukai da rupanya sekadar menganggap dia
sebagai kawan.
Eleanor
mengertap bibir.
“Untunglah
dapat bakal suami jutawan. Jangan pulak tak jadi macma duu. Memalukan keluarga
sampai papa mati.” Elena Maria menambah.
“Elena!”
Ada saja yang adiknya tidak berpuas hati dengan dia.
Mak
Tun segera memaut bahu Eleanor. Kepalanya digelengkan.
Elena
Maria melangkah keluar dengan senyuman sinis.
“Jangan
dilayan Elena tu?”
Eleanor
menghenyakkan punggung atas sofa. Dia menghela nafas panjang. Elena Maria
sengaja mahu bertegang urat dengan dia.
“Kenapa
saya tak tahu-menahu hal pertunangan ni. Saya tak bersetuju!” agak keras suara
Eleanor.
“Mak
Tun hanya menurut apa yang disuruh oleh abang kamu. Menurut abang kamu, esok
majlis pertunangan kamu akan berlangsung.”
“What?”
Eleanor
tersentak.
“Abang
Elman sudah melampau.” Desis Eleanor. Elman membuat persetujuan dengan
membelakangi dia.
“El…
tak semua perkara itu tak baik. Mungkin abang kamu sudah fikirkan semasaknya
sebelum membuat keputusan. Dia juga mahu lihat kebahagiaan kamu.” Mak Tun mahu
anak gadis itu bersangka baik.
“El
ada prinsip Mak Tun. El mahu kahwin dengan lelaki yang El cintai. Bukan dengan
lelaki yang ada skandal dengan adik dan kakak ipar El.”
Mak
Tun juga menyokong pertunangan itu. Eleanor bangn dan meluru meminjak anak
tangga. Pintu biliknya dihempas dengan kuat. Tanda protes.
Enjin
kereta Elman berderu di luar beranda. Mak Tun menyambut di muka pintu.
Barang-barang yang dibawa Elman bertukar tangan.
“El
dah balik?”
“Dah.”
“Mana
dia?”
“Dalam
biliknya.”
“Dia
dah tahu?”
Mak
Tun angguk perlahan. Reaksi Mak Tun cukup memberikan jawapan pada Elman tentang
penerimaan Eleanor.
“Isteri
saya mana Mak Tun?”
“Keluar.”
“Elena
Maria?”
“Pun
keluar.”
Elma tidka bertanya. Dia dudk melihat barang-barnag
hantaran yang sudah terhias dengan bunga-bunga berwarna pink dan ungu.Warna
kegemaran adiknya.
“Mak
Tun ambilkan Elman air.”
Elman
hanya mengangguk.
ELEANOR tidak terkata apa-apa apabila
rombongan peminangan dari pihak Weir bertandang di rumahnya. Dia juga tidak
mahu bercakap dengan abangnya. Jari manisnya sudah tersarung cincin bertakhta
pertama putih. Pertunangan hanya tiga minggu kemudian majlis pernikahan akan
berlangsung. Majlis pertunangan Eleanor dan Weir cukup sederhana. Seperti majis
pertunangan dulu-dulu. Weir tidak hadir bersama. Tiada pelamin terbentang seperti
majlis pertunangan sekarang.
Elman
perasan wajah Eleanor cukup kelat. Tiada senyuman terpalit di bibir adiknya itu
ketika sesi bergambar dengan pihak sebelah lelaki. Elena Maria pula tidak nampak
batnag hidung. Adik bongsunya itu ghaib entah ke mana? hanya Khir yang ada
bersama.
“Lepas
ni takderlah Dato’ Bakri atau si
Hairie tu kacau kau.” Bisik Aleeza perlahan.
“Emm…”
“Kot
iya pun senyumlah sikit. Ini tidak masam mencuka muka kau.”
“Itu
tanda aku tak suka dengan pertunangan ni.”
“Kiranya
terpaksalah ni.”
Angguk
tidak. Geleng pun tidak.
“El…
aku jamin kau tak akan menyesal kahwin dengan pakcik aku. Kau akan bahagia
dengan dia.” Sungguh-sungguh betul Aleeza yang mengatakan dia akan bahagia.
Kali
ini Eleanor menggeeng-geleng.
“Aku
tak yakin.”
“El,
jangan terlalu prejudis.”
Aleeza
bingkas bangun.
“Kau
nak ke mana?” Soal Eleanor.
“Tekak
aku kering. Aku nak cari air kejap.”
Tinggal
Elenaor sendirian di dalam bilik menghadap barang-barang hantaran dari pihak
Weir. 9 dulang dari pihak lelaki berbalas 11 dulang dari pihak perempuan. Dia
tak prepare apa-apa. Semuanya
diuruskan oleh abangnya dan Mak Tun.
Pintu
biliknya terkuak. Fikirnya Aleeza sudah kembali tetapi bukan Aleeza yang terpacak
depan pintu biliknya itu. Susana!
“Seronok
kan bakal jadi siteri jutawan muda.” Susana seakan menyindirnya.
“Seronoklah.
Lepas kahwin tak perlu susah-susah bekerja. Duduk rumah goyang kaki. Tapi
kesian pada ornag tu yang berputih mata.” Sindiran berbalas dengan sindiran.
“Jangan
fikir semudah itu kau akan bahagia, El.” Susana menghalakan jari telunjuknya
pada muka Eleanor. Eleanor menepis.
“Kau
fikir aku takut.”
“Aku akan buat sampai rumahtangga kau goyah nanti.” Susana memberikan amaran.
“Jadi
betullah kau ada skandal dengan my future
husband aku tu?”
“Aku
akan bercerai dengan abang kau dan my
future husband kau tu akan jadi milik aku nanti. Kau fikir dia betul-betul
nakkan kau? Dia cuma nak sakitkan hati aku. Kau mungkin tak tahu yang dia tu
bekas keksaih aku dulu.”
Meluat
pula Eleanor melihat pandangan mata Susana.
“Ouch,
tak sangka pula aku dia ex-boyfriend
kau. Dah tu kenapa tinggalkan dia dulu?”
Susana
tidak membalas.
“Aku
tahu sebab dulu dia papa kedana sebab tu kau kahwin dengan abang aku. Bila dia
dah kaya kau nak dia semula. Mata duitan kau ya.”
Pedas
kata-kata itu.
“Dia
masih sayangkan aku. Dia pasti akan cari aku selepas abang kau ceraikan aku.
Kau kena bersedia El.”
“Jangan
terlalu yakin.”
Eleanor
merenung tajam Susana.
Tanpa
disedari Elman memasang telinga di luar biik Eleanor. Hancur luluh hatinya.
Susana benar-benar punya perhubungan dengan Weir dulu. Bekas kekasih Weir.
Adakah dia yang merampas? Atau benar seperti kata Eeanor, isterinya itu hanya
memandang kepada kebendaan semata-mata.
Susana,
tidak semudah itu aku akan melepaskan kau. Hati kecil Elman berdesis.