Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
217,065
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 26
BERDENGUP laju jantungnya. Dalam pada yang sama Eleanor turut rasa tertekan. Dia meramas-ramas jari yang sudah berinai merah. Hari ini… hari ini pernikahan dia dengan Weir. Semalam Hairie ada menghantar mesej mengucapkan selamat pegantin baru kepadanya. Tersentuh juga hatinya membaca bait-bait ayat Hairie. Jelas lelaki itu kecewa. Kecewa kerana tidak dapat melunturkan kembali hatinya.

Mak andam menyapu solekan pada wajah Eleanor. Make-up yang ringkas tetapi dia memuji hasil sentuhan wanita tersebut. Wajahnya ada perubahan dengan solekan ringkas itu. Eleanor menyentuh wajahnya. Kecantikkan itu tetap ada kekurangannya. Tiada secait senyuman terhias di bibirnya.

“Papa… hari ni El bakal bernikah dengan lelaki yang El tidak sukai.” Hatinya berbisik sendiri. Foto arwah papa di meja solek itu ditatap sayu.

“El…” Elman muncul di muka pintu. Segak. Abangnya itu cukup segak berbaju melayu dengan rona warna biru laut.

Eleanor bingkas bangun dari kerusi. Lama dia tidak bercakap dengan abangnya itu. Dia tahu abangnya itu tidak mahu bertelingkah dengannya.

Elman mengukir senyuman.

“Abang… El…”

“Cantiknya adik abang,”

“Abang… Abang tahu Weir tu siapa? Dia ada perhubungan dengan Kak Sue dulu.”

“Abang tahu semuanya. Abang tak rasa abang salah membuat pilihan untuk El.”

Eleanor mengebam bibir. Dia masih tidak dapat mengubah fikiran abangnya itu.

“Abang… El tak boleh terima dia jadi suami El. Tak boleh!”

“Cukup El. Abang tak mahu dengar apa-apa lagi bantahan dari mulut El.”

“Abang…”

“Kalau EL tak bahagia kelak, El minta saja cerai dari dia! Habis cerita!” Terluncur kata-kata kesat dari mulut Elman.

Tergamam Eleanor. Lama dia renung wajah abangnya itu.

Elman meraup wajahnya berkali-kali. Sikap tenang hilang sebentar tadi. Eleanor mendesak untuk membatalkan pernikahan. Susana pula tidak henti-henti mendesak agar dia menceraikannya.

“El… abang minta maaf.”

Eleanor membisu. Terasa juga hatinya dengan kata-kata Elman.

Elman menyentuh bahu adiknya lantas beredar. Bibirnya mengukir senyuman sewaktu berselisihan dengan Aleeza. Jelas tiada seri pada senyuman Elman.

Terpaku Aleeza melihat sahabat di depannya matanya. Cantik cukup cantik. Rona pink putih itu kena dengan Eleanor.

“Cantiknya kau. Kau memang sepadan dengan UncleWeir. Bagai pinang dibelah dua.” Melambung tinggi pujian Aleeza.

“Padanlah sangat!”

Eleanor merengus. Dia memang tak boleh suka pada Weir. Tak boleh! Nekadnya mahu melarikan diri dalam majis pernikahan ini.

“Aku tak nampak muka kakak ipar kau? Elena ada. Tapi muka memang macam orang tengah frust.”

“Kakak ipar aku balik rumah mak dia. Masakan dia sanggup nak tengok bekas kekasih dia jadi ipar dia. Touchinglah kan.”

Aleeza ketawa halus.

“Susah jadi jejaka terhot di pasaran. Lepas ni kau kena jaga uncle aku baik-baik.”

“Tak kuasa aku nak jaga dia.”

Aleeza memeluk kedua-dua bahu Eleanor.

“El… tak abis-abis lagi prejudis kau pada uncle aku tu. Uncleaku tak seburuk yang kau sangka. Believe me okay.”

Rancangannya tidak akan berjalan jika Aleeza berkepit dengan dia di sini. Dia kena ‘halau’ Aleeza dari dalam bilik ini.

“Kau boleh tinggalkan aku sekejap tak? Aku serabut ni. Semua perasaan ada pada aku. Takut, gabra, nervous, apa-apa aja yang seangkatanlah.”

“Aku nak temnakan kau di sinilah.” Aleeza memeluk lengan Eleanor.

Please...”

“okay-okaylah. Aku bagi kau bertennang dulu becausedalam masa 10 minit lagi pihak pengantin lelaki akan sampai.”

“Mana kau tahu?”

Auntie aku mesej aku tadi.”

Eleanor semakin gundah. Dia sudah tidak banyak masa lagi. Eelanor mengunci pintu bilik sebaik Aleeza melangkah keluar. Mundar-mandir dia berjalan. Mata Eleanor memandang pada kain cadar dia atas tilamnya.

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Illya Abdullah