“SO,
macam mana?” Dalam diam Weir mengaturkan pertemuan dengan Elman. “Saya
setuju.”
“Jawapan
ini yang saya ingin dengar.”
Elman
senyum kelat. Maafkan abang, El…
“Tentang
El akan saya uruskan.
“Maaf…
jika saya terlalu mendesak begini.”
Lebih
wajar Eleanor berkahwin dengannya dari berkahwin dengan lelaki tua itu. Dia
mahu melihat Dato’ Bakri berputih mata. Ada hati lelaki itu mahu merampas
Eleanor dari tangannya.
“Saya
harap awak tidak mempermainkan adik saya.” Nada suara Elman berbaur amaran. Dia
tidak akan membiarkan adik dibuli.
“Saya
cintakan dia. Tidak mungkin saya akan sakiti dia.” Weir meluahkan perasaannya
terhadap Eleanor kepada Elman. Dia tidak menipu tentang perasaannya terhadap
Eleanor walaupun disebalik itu dia punya dia tersembunyi.
“Seriously…”
“Percaya
atau tidak terpulang.”
Elman
memandang tepat pada wajah Weir.
“Baiklah.
Kita bincangkan tentang pertunangan dan majlis penikahan.”
Elman
perlu menaruh kepercayaan pada Weir. Mungkin benar yang Weir mencintai adiknya.
Weir tidak membohongi dia. Dan Elman tahu keputusan yang dibuatnya itu akan
meukakan hati Eleanor. Dia akan menerima saja amarah adiknya itu. Moga adiknya
itu akan memaafkan dia.
“Saya
akan tanggung segala kos perbelanjaan.”
“Tidak
perlu majlis yang besar-besaran. Kita buat apa yang patut.”
“Saya
juga fikir begitu. Satu pembaziran membuat majlis yang grand sangat ni.” Weir bersetuju dengan pendapat Elman.
“Weir…
sebagai seorang abang saya ingin melihat kebahagiaan adik-adik saya. Saya buat
ini semua bukan semata-mata kerana
kepentingan syarikat arwah papa saya.”
“Saya
tahu. Tiada seorang abang mahu melihat adiknya menderita.” Weir menepuk-nepuk
bahu Elman.
“Terima
kasih Weir.”
“Elman…
awak boleh percayakan. Saya akan jaga El baik-baik.”
Elman
dilihat menarik nafas panjang. Weir tahu bukan semudah ini Elman membuat
keputusan terhadap ugutan yang dibuat kepada lelaki itu. Jelas dia melihat
wajah lesu Elman.
Weir
kemudian mengulum senyum simpul kerana segaa percaturan yang dibuat berjalan
dengan lancar.
SUSANA tidak betah untuk duduk diam.
Puas dia cuba menghubungi Weir tetapi panggilan tidak berbalas. Hatinya semakin
gelisah. Adakah Weir begitu nekad untuk menikahi adik iparnya itu? Apa yang
Weir pandang pada perempuan seperti Eleanor? Pada kecantikkan? Argh, dia lebih
cantik dari Eleanor. Dia lebih seksi dari Eleanor.
Susana
tidak mampu menunggu ama. Dia memandu ke rumah ibunya. Segala
keresahan diluahkan kepada Datin Rokiah.
Datin Rokiah hanya mendengar keluh kesah anak perempuan tunggalnya itu.
“Kamu
memang tak pandai cari peluang. Mummy
suruh kamu minta cerai dengan Elman kamu bertangguh. Sekarang kamu yang makan
hati berulamkan jantung.” Rengus Datin Rokiah.
“Mummy… Elman tidak akan lepaskan Sue.”
“Kamu
boleh minta fasakh. Kenapa kamu bodoh sangat.”
“Eee….”
Susana memeramas-ramas rambutnya.
“Kamu
ni tak bijak macam mummy.”
“Apa
harus Sue buat sekarang?”
“Mummy tak dapat nak tolong kau. Dulu kamu
jugak yang terhegeh-hegeh nakkan Elman. Kamu tinggalkan Weir macamtu saja.”
Susana
mengertap bibir.
“Mummy yang sokong Sue tinggalkan Weir. Mummy kata Weir tidak mampu berikan
kesenangan pada Sue. Tambahan pula syarikat Weir ketika itu bakal diisytiharkan
muflis.”
“Keputusan
terletak pada tangan kamu. Mummy
hanya berkata-kata saja.” Datin Rokiah tersenyum sinis. Dia hanya fikirkan wang
sahaja. Asalkan menantunya ada wang jadi dia boeh menumpang kesenangan bersama.
“Sue
akan rosakkan rumahtangga mereka jika mereka berkahwin juga.” Nekadnya satu.
Dia akan merampas Weir dari Eleanor.
“Terpulang
pada kamu. Mummy mahu lihat sejauh
mana nekad kamu. Jangan berhenti separuh jalan sudah.”
“Mummy…”
Susana
mencerlung ibunya. Datin Rokiah ketawa kecil. Susana cepat panas hati dan
bertindak mengikut emosi.