Home Novel Cinta DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU
Illya Abdullah
24/12/2014 17:20:57
217,137
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 31

SUSANA pulang lewat malam dalam keadaan terhuyung-hayang. Seorang lelaki menghantarnya

hingga ke muka pintu. Susana melambai mesra ke arah lelaki tersebut. Banglo mewah itu nampak sunyi seakan tiada penghuninya. Susana memicit loceng bertalu-talu.

Mak Pah menanggalkan telekung sembahyangnya. Siapa pula yang datang malam-malam buta begini?

“Mak Pah! Buka pintu ni!” Susana memekik dari luar.

Pekak ke telinga orang gaji rumah ni. Susana mula berang. Dia mula mengetuk pintu dengan kuat.

“Mak Pah”

“Sekejap puan.”

Mak Pah tergesa-gesa membukakan pintu. Mengucap panjang Mak Pah melihat keadaan Susana. Segera dipapah wanita itu masuk.

Tiga hari wanita itu menghilangkan diri dari rumah, malam ini muncul dalam keadaan sebegini. Elman dan Elena Maria pula tiada di rumah. kedua-dua lesap entah ke mana.

Mak Pah baringkan Susana atas sofa. Dia berlalu ke dapur dan kembali bersama segelas air kosong.

“Mana laki tak guna tu Mak Pah?”

“Encik Elman keluar. Saya tahu dia ke mana.”

“Hm! Keluar dengan betina lainlah tu.”

Susana memusing-musingkan jari telunjuknya.

“Tak baik menuduh begitu puan.”

“I sedang sedih ni Mak Pah. Lelaki yang patut jadi milik I nikah dengan adik ipar sendiri!” Susana menolak gelas minuman atas meja itu hingga tumpah.

Mak Pah menggeleng perlahan. Mak Pah tahu lelaki yang dimaksudkan oleh Susana itu adalah Weir.

“Mak Pah papah puan masuk bilik.” Pujuk Mak Pah.

“Tak payah!” Susana menolak kasar Mak Pah. Dikerling Mak Pah tajam. Wanita tua itu cukup baik dengan Eleanor. “Berhambus you dari mata I!”

“Ikut suka puanlah.” Keluh Mak Pah. Dibiarkan Susana berbaring atas sofa.

Biarlah Elman yang mengangkat isterinya itu ke kamar tidur apabila lelaki itu pulang nanti.

Mak Pah perlahan-lahan menutup pintu biliknya. Dia mengeluar mencapai telefon

Bimbit pemberian Eleanor. Eleanor memberikan telefon bimbit itu sebagai hadiah. Senang untuk Mak Pah memberikan khabar berita di rumah itu. Mak Pah menekan nombor telefon Eleanor. Eleanor yang mengajarnya menggunakan telefon berkenaan.

“Assalamualaikum El…”

“Waalaikumusalam. Mak Pah.” Syur, Eleanor menyahut di talian.

“Belum tidur lagi?”

“Belum lagi. El tengah tonton televisyen. Bosan.”

“Suami El?”

“Dia dah melingkar jadi ular sawa dalam bilik. Mak Pah tak tidur lagi? Dah lewat malam ni.”

Mak Pah tersenyum kecil.

“El… kakak ipar El dah pulang.”

“Lima hari lesap baru tahu cari jalan pulang. Abang Elman ada tak?”

“Elman dan Elena tiada di rumah.”

“Mereka ke mana?”

“Mak Pah pun tak tahu.”

“Dia frustmenonggeng ke Mak Pah? El kan kahwin dengan buah hati pengarang jantung dia.”

“Dia mabuk. Ada tidur di ruang tamu tu?”

“Mabuk? Tak berubah lagi perangai perempuan seorang ni.”

“El…”

Ada masanya mulut Eleanor lancang berkata-kata.

“Maaf Mak Pah. Biarlah dia tidur di ruang tamu sampai pagi. Esok dia perlu hadap Abang Elman untuk sesi soal jawab. Apa-apa Mak Pah maklum pada El. El risaukan Abang El.”

“Baiklah El.”

Eleanor menutup telefon bimbitnya sebaik menamatkan perbualan dengan Mak Pah. Tanpa Eleanor sedari Weir bersembunyi di sebalik dinding memasang telinga. Lelaki itu mengukir senyuman.



WEIR kata tiada bulan madu untuk mereka. Dia sudah masuk semula pejabat hari ini. Eleanor tidak kisah pasal bulan madu. Tiada syarat pun yang syor selepas kahwin aja berbulan madu. Weir bangun pun dia tidak sedar. Awal gila lelaki itu bangun pagi. Sarapan atas meja mungkin disediakan oleh Weir. Sarapan ringkas. Roti bakar sapu mentega kacang. Budak lapan tahun pun boleh buat.

Eleanor menuangkan air kopi ke dalam cawan. Dia hirup perlahan kopi yang sudah suam-suam itu. Dahinya berlapis. Mukanya berkerut. Eleanor bergegas berlari ke arah sinki dapur. Diluahkan air kopi dalam mulut.

“Manis!”

Berapa sudu gula yang Weir bubuh ke dalam kopinya atau memang dia sukakan kopi yang manis.

Muda-muda sudah minum manis begini. Bahaya. Boleh kena diabetes jika tidak dicegah lebih awal. Eleanor memasak air yang lain. Tak sanggup dia minum air kopi semanis satu balang gula itu.

Eleanor tidak duduk diam di vila mewah itu. Ada saja kerja yang dilakukan. Weir sudah memberikan syarat agar dia tidak lagi bekerja. Tugasnya menjadi suri rumah sepenuh masa. Bibir Eleanor mengulum senyuman bilik bacaan Weir yang sudah seakan sebuah perpustakaan kecil itu. Pelbagai buku tersusun rapi. Eleanor mencapai senaskah novel thrillerberbahasa Inggeris. Tak sangka lelaki sesibuk Weir ada masa juga membaca novel-novel begini.

Eleanor duduk di kerusi empuk dalam bilik bacaan itu. Dia mengoyang-goyangkan kerusi itu. Seronok ke jadi seorang bos? Rasanya otak bos lebih banyak berfikir dari pekerja. Bos nak kena fikirkan cara cari duit membayar gaji pekerja lagi. Macam-macamlah. Mujur saja rambut Weir tidak gugur memikirkan itu dan ini.

“El… I really-really love you. Terima saya seadanya. Insya-Allah saya akan bahagiakan awak.” Kata-kata Weir itu masih berlegar-legar bermain di kotak ingatan Eleanor.

“Kenapa aku prejudis sangat pada dia? Mungkin sebab aku tak boleh terima perhubungan dia dengan perempuan tu dulu. Sedangkan dia sudah terangkan keadaan sebenar. Aku takut dia bermuslihat membantu syarikat arwah papa. Aku risau dia mempergunakan abang aku.” Eleanor berkata sendiri.

“Aku tak pernah cuba berbaik sangka dengan dia. Teruk juga aku ni. Tapi… betul ke dia cintakan aku? Tak boleh! Tak boleh! Aku masih kena berhati-hati.” Eleanor menggeleng-geleng kepala.

Arghh… kalau berangan begini banyak kerja tidak akan dibereskan dengan segera. Pakaian kotor yang berlonggok dalam bakul masih belum dicuci.

Rumah besar tetapi mesin basuh pun tiada. Hairan sungguh. Eleanor sudah bercekak pinggang mengerling pakaian di dalam bakul. Setakat sental dua-tiga helai boleh tahan lagi. Ini satu bakul besar.

Segan pula dia mahu meminjam mesin basuh di rumah Kak Nona. Satu hal pula dia perlu mengangkut bakul pakaian kotor itu ke rumah Kak Nona.

RIAK muka Weir berubah sebaik memulas tombol pintu. Pintu tidak berkunci. Dia terpaksa berpatah balik kerana tertinggal beberapa fail dokumen di bilik bacaannya. Weir melangkah masuk. Tiada kelibat Eleanor kelihatan. Isterinya itu tidak pula menelefon atau menghantar pesanan ringkas untuk meminta izin keluar dari rumah.

“El…” Weir memanggil isterinya.

Tiada sahutan.

Dia memijak anak tangga memeriksa bilik tidur. Eleanor tiada. Weir bercekak pinggang. Ke mana pula Eleanor menghilang? Barnagkali isterinya itu ke rumah Kak Nona? Weir menggeleng perlahan. Eleanor cukup cuai meninggalkan rumah dengan pintu tidak berkunci.

Weir menuruni anak tanggga. Telinganya menangkap bunyi suara mengomel di bilik air berdekatan ruang dapur itu.

“El…” Weir mengaturkan langkah panjang.

Bulat bola matanya melihat Eleanor yang sedang duduk bertinggung menyental pakaian ditangan. Satu bilik air itu berbuih dengan sabun.

“Apa yang awak buat sampai berbuih satu bilik air ni?” Weir menyoal kehairanan.

Eleanor mengesat tangan yang berbuih pada dahi. Ketawa kecil Weir melihat isterinya itu.

“Tak nampak saya sedang cuci pakaian ni semua?” Bibir Eleanor memuncung panjang pada bakul pakaian yang baru terusik sedikit.

“Kenapa tak pakai washing machine?”

“Saya tak nampak pun washing machine dalam rumah awak ni?”

Tiba-tiba Weir menepuk dahi.

I forget. Washing machine saya rosak. Saya ada order yang baharu maybe belum sampai lagi. I’m sorry lupa nak mention pada awak pasal ni. Selalu Kak Nona yang tolong cucikan atau saya hantar ke kedai dobi.” Weir ketawa kecil.

Eleanor menjegil biji matanya.

What?”

Eleanor merapati Weir dengan wajah merah padam. Dia lumurkan muka Weir dengan buih sabun di tangan.

“Pedih mata saya.” Pejam celik-pejam celik mata Weir.

Eleanor segera menyimbah muka Weir dengan satu gayung air.

“Tak pedih lagi kan?” Ujarnya dengan senyuman.

“El…”

Pakaian Weir sudah basah.

“Ops!” Eleanor menekup mulut.

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.