“BAGI
I masa. I akan jelaskan semua bayaran tu.”
Talian terputus. Pihak pemiutang
seakan tidak bagi muka. Elman benar-benar menemui jalan buntu.
Elman menghempaskan
fail di atas meja. Dia melurutkan rambutnya ke belakang kemudian berkali-kali
meraup mukanya. Otaknya sedang kusut. Syarikat sedang mengalami masalah bebanan
hutang yang serius. Eleanor sudah duduk berasingan. Elena Maria pula, selalu
pulang lewat malam. Dia sudah letih dengan kerenah Elena Maria yang tidak mahu
mendengar nasihat.
Elman
menutup lap-topnya kemudian dia bingkas bangun dari tempat duduknya. Panggilan
telefon dari isterinya, Susana tadi seperti ada kecemasan berlaku di rumah. Elman
sempat berpesan kepada setiausahanya yang tidak mungkin kembali semula ke pejabat.
Susana
meluru ke arah Elman sebaik suaminya itu keluar dari perut kereta. Wajah cemas
Susana merisaukan hati Elman seakan ada perkara yang tidak baik berlaku.
“Sayang,
sport car I.”
Elman
menghela nafas panjang.
“Sport car you kena tarik.”
Susana
mengganggukkan kepalanya.
“You
nak ke mana-mana I akan hantarkan you. Biarlah sport car tu ditarik.”
Susana
mencebik sambil menyilangkan tangan ke dada dengan muka semakin masam. Malulah
dia pada teman-temannya nanti. Perbelanjaan tersekat, kereta ditarik, apa lagi
yang tinggal? Silap haribulan banglo ini juga akan dilelong.
Elman
duduk di sebelah Susana lalu mengusap-usap bahu isterinya itu. Dia tahu Susana
sedang marah dan isterinya itu tidak biasa hidup dalam kesusahan begini.
“Sayang…
I sedang berusaha sedaya mungkin. Sabar sikit ya.” Elman memujuk.
“I
sudah penat mahu bersabar.” Susana
bangkit lalu memijak anak tangga masuk ke bilik tidur mereka.
Elman
memicit-micit kepalanya. Ada ketikanya sikap Susana melemaskan dia. Susana
seakan tidak mahu mengerti masalah yang dia hadapi. Apa guna isteri jelita jika
mementingkan diri sendiri. Dia sendiri tidak pasti lagi setakat mana kasih
sayang Susana terhadapnya. Dia mula menyedari perubahan pada isterinya itu.
“Airnya
encik.”
“Terima
kasih Mak Tun.”
Orang
gaji yang dipanggil Mak Tun itu berlalu ke dapur. Gaji Mak tun pun sudah
tertunggak 3 bulan. Mak Tun tidak pula bising-bising meminta wang gajinya. Hati
budi Mak Tun sudah dikenali. Mak Tun sudah lama bekerja dengan keluarganya. Mak
Tun yang mengasuhnya dari kecil.
“PLEASE
El… Let’s me explain!”
“Hairie, I sudah tidak
percayakan you!” Eleanor memalingkan mukanya. Eleanor mengaturkan langkahnya
laju. Hairie sudah mengejar dari belakang.
“El! Bagilah I
peluang!”
“Lelaki semuanya sama. Liar!”
“El… please, dengar dulu apa I nak cakap!”
Eleanor segera meloloskan
tubuh ke dalam Honda Fit (Jazz)
berwarna kuning miliknya. Dia bosan diburu lelaki meroyan seperti Hairie. Lepas
putuskan hubungan, merayu-rayu untuk berdamai semula. Inilah jantan, lepas puas
enjoy dengan perempuan lain, cari
kita semula. Konon-kononnya dipermainkan
perempuan tu. Perempuan tu saja nak balas dendam. Alasan sudah lapuk bagi
Eleanor kerana perempuan yang merampas Hairie dari dia memang dia cukup kenal
sangat. Siapa lagi kalau bukan Yuhana tu. Dia cukup tidak faham dengan peel
minah seorang ini. Kenapalah Yuhana suka sangat mengacau teman-teman lelaki
dia. Apa motif perempuan itu agaknya?
Eleanor
tidak menunggu lama. Keretanya terus bergerak dari tempat parkir. Hairie tidak
sempat untuk menahan. Jelas riak hampa dan kecewa pada wajah Hairie. Kenapa dia
mudah sangat termakan dengan kata-kata Yuhana? Eleanor tu nampak saja seperti
seorang yang dingin, tetapi bila bercinta memang serius.
Aku
takkan menangis kerana lelaki lagi. Eleanor memengang erat stereng keretanya.
Boleh dikatakan dia cukup serius dalam perhubungannya dengan Hairie. Hati
perempuannya terhiris dengan kata-kata perpisahan dari mulut Hairie. ‘Kita break, I sudah jumpa gadis yang layak
untuk I jadikan isteri.’ Senang melafazkan kalimah cinta dan senang
mengungkap kata-kata perpisahan. Ucapkan I
love you bagai nak rak dengan dia, tapi dalam pada masa yang sama bermadu
kasih dengan Yuhana di belakang dia. Entah ayat apa yang perempuan tu jampi
serapah sampai begitu mudah Hairie lupakan dia. Sampai hati Hairie mengkhianti
cinta tulusnya.
Shit! Shit! Shit! Kenapa air mata ni
mahu mengalir juga? Eleanor memarahi diri sendiri. Kau boleh jumpa lelaki yang
lebih hebat dari Hairie. Come on El…
kau sendiri pernah cakap, kumbang bukan seekor. Banyak lagi kumbang yang
berbaris di belakang menunggu balasan cinta kau.
Eleanor
mengalihkan wajahnya ke sisi. Bulat bola matanya melihat seorang lelaki
memerhatikan gelagatnya itu. Dia tidak perasan ada kereta lain di sisi
keretanya.
“Apa
tengok-tengok! Tak pernah tengok perempuan menangis ke?” Eleanor menaikan
cermin keretanya.
Sebaik
lampu isyarat bertukar hijau, Eleanor terus memecut keretanya. Dia membuka cd
dari penyanyi yang diminatinya. Lagu-lagu nyanyian Liza Hanim bergema dalam
kereta bersama suara tangisan Eleanor.
Eleanor
melangkah ke pejabat dengan wajah suram. Tiada senyuman manis menghiasi
bibirnya seperti selalu. Dia menghenyakkan punggung di kerusi lalu mencapai
buku catatan untuk memeriksa jadual Dato’ Bakri. Tiada temujanji penting untuk
lelaki itu. Eleanor menarik nafas panjang. Dia memulakan hidup baru dan mencari
pekerjaan. Dia tidak menduga yang diterima bekerja di syarikat ini. Seorang
yang berkelulusan engineering bekerja
sebagai setiausaha.
“El…”
Dato’ Bakri sudah muncul di hadapan mejanya.
“Sorry Dato’, I lewat masuk ofis.”
Eleanor cuba semanis mungkin mengukir senyuman. Matilah dia kena marah dengan
orang tua ni.
“Kenapa
you lunch tak tunggu I?” Tajam mata
Dato’ Bakri mengerling Eleanor. Pandangan mata yang membuatkan Eleanor tidak
selesa. Orang tua miang ni kalau naik angin boleh tahan juga gerunnya.
Fikirnya
tadi Dato’ Bakri marahkan dia lewat masuk ke pejabat. Dia silap membuat terkaan.
“I
ada hal emergency tadi. Next time kita boleh lunch bersama.” Eleanor mengukir
senyuman kelat. Next timelah
sangat. Dia sering mencari alasan untuk
mengelak keluar bersama orang tua miang itu. Tak larat dia menghadap masalah
dengan kedua-dua isteri Dato’ Bakri. Kalau menyerang bukannya main siasat kes
terlebih dahulu.
“Pastikan
next time you lunch dengan I.” Keras bunyinya.
Dato’
Bakri seperti melampau pula. Peduli apa dia mahu keluar makan bersama siapa?
Dia bukan isteri Dato’ Bakri. Lelaki itu yang gila bayang sendiri. Staf-staf
yang lain mula memandang ke arah dia. Mereka memang tahu Dato’ Bakri sukakan
Eleanor hingga mencetuskan kontroversi di dalam syarikat. Calon isteri ketiga
Dato’ Bakri. Loya anak tekak Eleanor digelar begitu.
“El,
masuk ke pejabat I sekejap. Ada hal yang ingin I bualkan dengan you.”
“Baik,
Dato’.”
Eleanor
mencapai buku nota dan pen.
ELEANOR menongkat dagu. Dia hempaskan
tas tangannya atas meja. Orang tua miang keladi. Ada hati nak jadi aku isteri
nombor tiga dia! Dia fikir senang nak tundukkan aku? Orang tua tu memang
bermimpi di siang harilah. Eleanor memaki hamun dalam hati.
“Kenapa kau hangin satu
badan ni, perempuan?” Aleeza menegurnya.
“Aku sedang sakit hati
segala hati.” Eleanor mendengus.
Aleeza tergelak kecil.
Dia pandang muka cemberut Eleanor. Kalau bukan pasal Dato’ Bakri mesti pasal
Hairie. Dua lelaki itu sahaja yang menyusahkan hidup sahabatnya itu.
“Serius bunyinya. Siapa
yang sedang menyakitkan hati segala hati kau tu. Hairie or orang tua miang tu.”
“Kau tahu orang tua
miang tu melamar aku jadi wife dia
nombor tiga.” Eleanor menunjukkan angka tiga dengan jarinya.
Tawa Aleeza mati.
“Kau, biar betul?”
“I’m serious! Aku tak kemaruklah nak jadi wife nombor tiga dia.” Eleanor merengus kasar.
“Geli anak tekak aku
dengar orang tua miang tu melamar kau. Kau pun satu. Layankan sangat orang tua
tu.”
Eleanor mengertap
bibir. Ada benarnya kata-kata Aleeza itu. Dia layan Dato’ Bakri pun sebab
lelaki itu boss dia. Layanan biasa seorang pekerja tidak lebih dari itu.
Rambut ikalnya dikibas
ke belakang. Kali ini Aleeza mengulum senyuman. Siapa yang tidak terpikat
dengan sahabatnya itu. Kulit putih melepak. Cantik dengan alis kening yang asli
melentik. Tambahan pula, Eleanor agak seksi orangnya. Adakalanya dia iri hati
dengan kecantikkan milik Eleanor.
“Aku ingat nak resign.”
“Kau kerja di situ baru
tiga bulan. Agak-agaklah nak resign.”
“Tak kuasa aku dah
menghadap muka orang tua miang tu. Silap haribulan aku yang jadi gila. Aku pun
dah bosan kena attack dengan
kedua-dua isteri Dato’ Bakri.”
“Suka hati kaulah. So,pada citerkau dengan mamat sorang tu?” Dia mahu juga tahu perkembangan
hubungan cinta Eleanor dengan Hairie.
“You meansHairie?”
“Siapa lagi kalau bukan
dia atau kau ada main cinta dengan kerabat tengku pulak?”
Eleanor menguis-guis
hujung rambutnya.
“Entahlah.” Suara
seperti orang tidak bermaya.
“Kau dah break-up dengan Hairie ke? Kenapa aku
tak tahu.”
“Aku tak nak cerita
pasal Hairie lagi.”
“Okay-okay.” Aleeza
mengangkat kedua-dua belah tangannya. Dia dapat merasakan angin Eleanor tidak baik.
Aleeza mengintai jam di
tangan. Keningnya bertaut rapat. “Jarum jam aku tak bergerak. Pukul berapa
sekarang?”
“Pukul enam petang.
Kenapa?”
“Gosh. Aku lupa nak menjemput Fifi di airport.”
“Fifi?”
“Sepupu aku.”
Kelam-kabut Aleeza
menarik tangan Eleanor. Eleanor tidak sempat menghabiskan minuman yang masih
tinggal separuh itu.
Aleeza mengheretnya
sekali ke lapangan terbang. Eleanor menurutkan saja langkah Aleeza. Janji
Aleeza penuhkan tangki minyak keretanya seperti yang dijanjikan. Mata Aleeza
meliar mencari kelibat sepupunya. Sepupunya itu boleh tahan kuat merajuknya.
Anak manja katakan. Dia pula jenis yang tidak pandai dalam soal pujuk-memujuk
ini. Kalau sepupunya itu sudah beredar menaiki teksi pulang ke rumah memang
masak dia dibebel oleh Mak Langnya nanti.
Fifi pun satu. Bukannya
tidak tahu nombor telefon dia. Mengapa tidak menghubungi
dia jika sudah sampai di lapangan
terbang. Menyusahkan betul anak manja Mak Langnya itu.
Aleeza menjerit kecil
sebaik bahunya disentuh dari belakang. Mujur saja dia tidak melatah. Aleeza
memalingkan tubuhnya.
“Fifi!”
Fifi ketawa geli hati.
Eleanor sekadar menggelengkan kepala. Matanya terpaku pada lelaki kacak berkaca
mata hitam yang berdiri di sebelah Fifi itu. Fifi memaut lengan sasa lelaki di
sebelahnya itu. Nampak begitu mesra. Barangkali kekasih hati.
“Fifi balik dengan uncle Weir.”
Uncle?
Telinga dia tidak silap dengar rasanya. Muda dan kacak begini sudah bergelar
pakcik. Eleanor tersenyum sendiri. Salah telahannya sebentar tadi. Apa yang
ingin dihairankan sangat. Umur belasan tahun pun sudah ada yang bergelar datuk
mahupun nenek.
“Tapi Mak Lang…”
“Tak apa. Uncle sudah call Mama Fifi tadi.” Lelaki yang dipanggil Uncle Weir itu memintas kata-kata Aleeza.
Aleeza mencemik muka.
Fifi menjuihkan bibir. Dia tidak suka sebenarnya Aleeza menjemputnya di
lapangan terbang. Dia memang sengaja tidak menghubungi Aleeza sebaliknya
menghubungi pakciknya itu.
Fifi sempat mengerling
pada Eleanor. Hatinya berdetik cemas melihat teman Aleeza yang cantik itu.
“Unclekita pulang sekarang.” Terus saja dia mengajak UncleWeirnya itu pulang. Tangannya
langsung tidak lepas dari memaut lengan lelaki itu.
Gelagat Fifi menjengkelkan
hati Aleeza. Nampak sangat mengada-ngadanya. Sudah besar panjang begini masih
berperangai keanak-anakkan. Tiada rasa segan dan malu dikhalyak ramai.
Lelaki dipanggil Uncle Weir itu menanggalkan kaca mata
hitamnya. Mata jernih berwarna hazel itu merenung Eleanor atas dan bawah.
“Saya seperti pernah
tengok awak.” Ujarnya.
Eleanor tersenyum
tawar. Pernah tengok dia? Rasanya mereka tidak pernah terserempak di mana-mana.
Biasalah ayat lelaki hendak mengayat.
“Uncle Weir…” Fifi sudah merengek.
“Sorry, lain kali kita bertemu, kita berkenalan.”
Berkenalan? Dia tidak
mengharapkan ada pertemuan lagi antara mereka?