HELENA mencalitkan gincu pada bibirnya.
Dia menyapukan blusher pada kedua-dua
belah pipinya. Berkali-kali dia memandang wajahnya di hadapan cermin.
Fifi
menggeleng kepala dengan gelagat Helena. Helena cukup beria-ia berhias cantik
apabila mahu bertemu dengan pakciknya. Pakaian berselerak di atas katil. Helena
masih mencuba pakaian lain dikenakan pada tubuhnya.
“Yang
ini okay tak?”
“Cantik…”
“Betul
ke cantik?”
“Serius
memang cantik. Ala, Kak Helena… Uncle
Weir tak kisahlah. Dia bukannya nak
pandang baju akak tapi pandang muka akak.”
Fifi
memengang kedua-dua belah pipi Helena.
“Okay…
Akak pakai yang ini.” Helena mua menyanggul rambut panjangnya dnegan kemas. Dia
begitu teruja sekali. Siapa menduga yang Weir akan mengajaknya makan bersama di
luar. Selalunya lelaki itu cukup berat mahu keluar bersama dia. Ada saja seribu
alasan diberikan.
“Fifi
doakan Uncle Weir melamar Kak
Helena.”
Muka
Helena memerah tetapi dia sukakan kata-kata Fifi itu. Moga-moga… itu yang di
harapkan selama ini.
“Esh,
Fifi ni…”
“Kak
Helena paling sesuai sekali dengan Uncle
Weir. Secocok sangat!”
Senyuman
Helena makin melebar.
“Really?”
“Fifi
hanya mahu Kak Helena jadi auntie
Fifi. Tak mahu orang lain.” Fifi memeluk bahu Helena.
Helena
mengerling jam di dinding.
“Ouch,
akak sudah terlambat ni.” Helena mencapai beg tangan dan kunci keretanya. Dia
mencium kedua-dua belah pipi anak saudara Weir itu.
“Call Fifi nanti, okay.”
“Okay.
Bye-bye dear.” Helena melangkah
keluar. Mereka berpisah di luar. Fifi beredar dengan kereta miliknya.
WEIR kelihatan tenang menanti
kehadirannya. Helena berulang-kali mengucapkan kata maaf atas kelewatannya.
“I’m so sorry…” Helena menyusun sepuuh
jari.
Weir
bangun.
“It’s okay.” Weir menarikkan kerusi buat
Helena.
Helena
tersenyum. Suasana malam itu cukup romantik sekali. Tambahan pula makan berdua
dengan lelaki yang dicintainya dalam diam. Kaau hari-hari begini pun dia tidak
kisah atau jemu. Asalkan Weir di depan matanya.
“You
orderlah.” Weir menghulurkan menu
kepada Helena.
“I
tak kisah. Tolak batu dengan kayu saja.”
Weir
ketawa kecil.
“I
tak tahu apa yang you suka.”
“Kalau
begitu, baiklah…”
Weir
mengangkat tangan memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
Helena
cuba menahan rasa di dalam hati. Dia terluka tetapi dia tidak mahu nampak lemah
di hadapan Weir.
Beberapa
minit kemudian, hidangan tersedia di atas meja mereka. Senyuman tidak
putus-putus terlakar di bibir Helena.
“Sorry… Jika I ganggu you. I ajak ajak dinner last minute tanpa dirancang.”
Weir cukup bersopan bila berkata-kata. Itu yang Helena suka.
“You
tahu, selama I mengenali you… ini first
time you ajak I keluar makan malam bersama. Kalau tidak berkurunlah I
tunggu date dengan you.”
“I
pernah patah hati.”
Helena
tersentak.
“You
pernah mempunyai teman wanita? I tak tahu pun.”
Weir
memandang ke arah pasangan-pasangan yang berada berada berdekatan meja mereka.
“I
pernah taksub bercinta dulu sampai I hampir jadi gila kerana cinta seorang
wanita.”
“So, you anti kaum perempuanlah.”
Weir
menggeleng.
“I
hampir berkahwin tapi tak jadi. Wanita yang I cintai itu tinggalkan I dan
berkahwin dengan lelaki lain. Dia tinggalkan I sebab I sudah miskin waktu itu.
I tutupkan pintu hati untuk bercinta lagi hinggalah I bertemu dengan seseorang
yang telah membuka pintu hati I ini. I tidak memilih kesempurnaan tetapi ada
daya tarikan pada dia yang I kenali itu.”
Pandangan mata Weir dan
Helena bersatu. Wajah Helena memerah. Adakah gadis yang dimaksudkan itu adalah
dia?
“Siapa gadis bertuah
tu? Boleh I tahu?”
“Hahahaha… Dia tidak
rasa bertuah jika menerima lamaran I ini.”
Tandan dahi Helena
berkerut.
“Kenapa pula dia akan
merasa begitu?”
“Dia seorang gadis yang
keras kepala. Cepat melenting dan agak baran juga. Pertama kali I bertemu dia,
I sudah tertarik dengannya.”
Helena mengebam bibir.
Dia dapat mengagak gadis yang Weir maksudkan itu bukan dia. Hatinya hancur
berkecai. Dia hanya bertepuk sebelah tangan. Senyumannya kian nipis.
“Gadis itu bodoh jika
dia menganggap dirinya tidak bertuah.”
“Helena… I minta maaf
jika melukai hati you.”
Weir tidak mahu Helena
terus menyimpan perasaan itu padanya. Helena akan terus terluka jika dia tidak
menyedarkan gadis itu pada realitinya. Dia juga rasa serba saah pada Helena
tetapi dia terpaksa.
“I
doakan you bahagia.” Helena mengukir senyuman. Senyumannya pahit seperti
hempedu. kalau diikutkan kata hati memang dia akan menangis di depan mata Weir.
“Terima
kasih. Helena… I tak mahu you menaruh harapan pada I. I anggap you sebagai
seorang sahabat. I tahu perasaan you pada I. Maaf… I tidak mampu membalas
perasaan you itu.”
Selama
ini Weir hanya menganggap dia sebagai seorang sahabat. Malunya dia. Dia yang
perasan sendiri.
“You
tiada apa-apa salah pada I. Salah I kerana menyimpan perasaan pada you. I harap
I boleh terus menjadi sahabat you.” Ada nada sebak yang ditahan di situ.
Be strong Helena. Mungkin sudah bukan
jodoh kau dengan dia.
“Helena…
kita akan terus bersahabat.”
Weir
tahu Helena sedang terluka. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Biarlah masa yang
menyembuh hati gadis itu kelak.
HELENA terus masuk ke bilik sebaik
pulang makan malam bersama Weir. Helena duduk di birai katil. Kedua-dua belah
tangannya ditekupkan pada muka. Dia melampiaskan kesediahan dengan menangis sungguh-sungguh. Pintu bilik
diketuk bertalu-talu dari luar. Helena mengesat air matanya. Dia bangun dan
merapati pintu biliknya. Tombol pintu dipulas perlahan.
“Helena…”
Belum
sempat Tan Sri Tajudin bertanya, Helena sudah memeluk tubuhnya. Esakannya jelas
kedengaran.
Tan
Sri Tajudin mengusap-usap belakang anak gadisnya itu. Dia tidak tahu apa yang
berlaku. Ketika ini bukanlah masa yang sesuai untuk dia bertanya pada anaknya.
Biarlah perasaan anaknya itu reda dahulu.