WEIR mengenakan
butang kotnya sebaik melangkah keluar dari perut teksi terbabit. Hazimm salah
seorang orang kanannya menjemput di muka pintu masuk Pacific Holdings. Weir
melirik senyuman sebaik terpandang Hazim.
“Sorry, I’m late. Kereta buat hal di
pertengahan jalan. You callkan
mekanik untuk bantu Abang Sudin.”
“Baik,
Encik Weir.”
Weir
seorang yang tidak megah dengan harta yang dia miliki. Semua itu tidak penting
jika tiada sikap merendahkan diri. Harta dunia tidak ke mana.
“Selamat
tengahari Encik Weir. Semua yang terlibat sudah menanti di bilik meeting.”
“Thanks Zurina. You semak jadual appointmentuntuk petang ini. Jika ada
sebarang appointment you batalkan.
You contact mereka yang ada appointment dengan saya itu ditunda esok
hari.”
“Baik,
Encik Weir.”
Zurina
mengiringi langkah Weir hingga ke bilik mesyuarat. Zurina menyerahkan fail di
tangannya kepada Weir.
Weir
sudah duduk sambil menyelak helaian kertas di dalam fail tersebut. Wajahnya
serius meneliti setiap helaian kertas terbabit. Ahli lembaga Pacific Holdings
yang terlibat dalam mesyuarat terbabit hanya diam tidak berkutik.
“Baiklah.
Kita mulakan meeting kita.” Weir
menganngkat wajahnya.
DATO’ Bakri tidak mengusik cek yang
diletakkan atas mejanya itu. Dia masih tidak bersetuju dengan nekad Eleanor
untuk berhenti kerja. Dia masih berusaha untuk memujuk gadis itu. Dia mengakui
kesilapannya kerana mendesak Eleanor menerima lamarannya. Itu sekadar satu
taktik mengaburi Eleanor agar mempercayainya.
Eleanor
bukannya bodoh termakan dengan pujukan. Dia tidak menoleh ke belakang lagi.
Benar kata-kata Aleeza. Tidak mati jika dia tidak bekerja di situ. Eleanor tidak
mahu cakap banyak dengan Dato’ Bakri.
“Fikirkan
semula El. I masih perlukan khidmat you di sini. You seorang pekerja yang cekap
dan bagus. I tak mungkin dapat mencari pengganti sebaik you.”
“Dato’
tiada hak menghalang I. Terima kasih atas tunjuk ajar selama I bekerja dengan
Dato’.” Eleanor bingkas bangun dan meluru keluar dari bilik pejabat Dato’
Bakri. Tiada lagi bicara yang ingin dia katakan pada Dato’ Bakri. Cukuplah
perkhidmatannya pada syarikat lelaki itu tamat di sini.
Eleanor
kembali pada mejanya untuk mengangkat kotak yang sudah berisi lengkap dengan
barang-barang. Yuhana tersenyum sinis melihat Eleanor. Dia cukup senang hati
melihat Eleanor berhambus dari syarikat ini. Namun sedikit sebanyak dia rasa
kehilangan kerana tiada pesaing hebatnya. Hidup ini adakalanya bosan jika tiada
cabaran.
Eleanor menghampiri meja Yuhana. Senyuman
terukir manis di bibir Eleanor. Senyumannya itu ikhlas untuk Yuhana.
“I
harap sekiranya kita berjumpa lagi selepas ini, tiada permusuhan lagi antara
kita. Selamat tinggal.” Ucap Eleanor seraya mengaturkan langkah.
Yuhana
tidak terkata apa-apa. Dia sendiri terpegun mendengar kata-kata yang lahir dari
bibir Eleanor itu. Tidak diduga Eleanor akan berkata sedemikian padanya.
Eleanor
memasukkan kotak trsebut ke dalam but teksi yang masih setia menantinya di luar
itu. Dia pernah berjanji yang dia akan membantu abangnya emnguruskan syarikat
peninggalan arwah papa mereka. Mungkin inilah masanya untuk dia menunaikan
janji tersebut. Lagipun dia tidak mahu melihat Weir terus-terusan mempermainkan
abangnya itu.
Mak
Tun adalah orang kedua yang gembira apabila mengetahui Eleanor akan kembali
semula tinggal di banglo mewah itu. Dia yang sibuk membantu Eleanor mengemaskan
segala keperluannya. Tidak putus-putus senyuman terpalit di bibir Mak Tun.
Pakaian-pakaian Eleanor sudah kembali memenuhi ruang dalam almari itu. Bilik
yang kosong itu sudah kembali bernyawa. Eleanor meletakkan fotonya bersama
arwah papa dan mamanya di meja solek.
“Puan
besar ke mana Mak Tun?
“Puan
Susana keluar. Sekarang ini, puan Susana memang jarang melekat di rumah.”
“Keluar
tanpa izin Abang Elman?”
“El
pun tahu perangai isteri kesayangan abang El tu. Mak Tun bukannya ada hak untuk
menasihati atau menghalang.”
Eleanor
sudah lama memerhatikan tindak-tanduk Susana. Dias yak Susana ada perhubungan
sulit dengan Weir. Baru-baru ini Mak Tuna da bercerita yang Susana memperolehi
sejumlah wang yang tidak tahu dari mana datangnya. Susana sudah semakin bergaya
sekarang.
Bila disoal, katanya duit tersebut dikirimkan
oleh mummynya. Nampak sangat Susana
berbohong. Mummynya itu hendak
bagikan duit? Minta duit adalah.
“Kak
Sue tu ada skandal dengan lelakilah Mak Tun.”
“Tak
baik menuduh El. Boleh timbulkan fitnah nanti.”
“El
tak menuduh Mak Tun. El sudah beberapa kali terserempak Kak Sue dengan lelaki
lain. Lelaki tu pun El kenal sangat.”
“Mungkin
kawannya.”
“El
akan siasat sampai ke akar umbinya. El tak mahu abang El ditipu. El tahu abang
sayangkan sangat Kak Sue tu.”
Mak
Tun mengusap-usap belakang El.
“El
juga akan cari orang yang putuskan brek kereta El dulu. Orang itu mungkin dalam
keluarga El sendiri atau orang yang El kenali.” Orang yang membuat angkara itu
semestinya orang yang membenci dia.
“El
kena berhati-hati. Mak Tun tak mahu perkara buruk berlaku pada El.”
Eleanor
meletakkan kepalanya pada bahu Mak Tun.
“El
rindukan papa dan mama El.” Suara Eleanor mulai sebak.
“CANTIK tak I, sayang.?” Susana menayangkan
gaun yang dipakainya di hadapan Elman.
“Cantik.
You memang cantik.” Elman memaut pinggang isterinya itu. “Sue… jangan terlalu
membazir. You pakai pakaian yang tidak mahal pun you sudah cantik.”
Susana
melepaskan pautan jari-jemari kasar dari pinggangnya.
“I
pakai duit I beli ini semua. Bukan duit you.”
“I
tahu tapi berjimat-cermatlah. Cukuplah you cantik di mata I.” Elman cukup
berlembut dengan Susana.
“You
ni semakin merimaskan I.” Susana menyilangkan tangan dan memalingkan muka dari
Elman. Dia berpura-pura merajuk dengan Elman.
Elman
memenggang kedua-dua belah bahu Susana.
“Sayang…
kita kena belajar dari kesusahan yang kita alami. I bukan marah you. I cuma
menegur sikap boros you itu.”
“You
tak perlu nasihatkan I. I tahu uruskan diri I dan duit I. You jaga duit you
baik-baik.” Susana mula melenting. Dia lupa lelaki yang dilentingnya itu adalah
suaminya.
Isterinya
yang bersikap manja itu sudah jauh berubah. Elman masih cuba bersabar. Bukannya
dia tidak mendengar buah mulut dari pekerja-pekerja di Mentari Construction
yang isterinya itu ada skandal dengan lelaki lain. Malah ada yang mengambil
gambar isterinya dengan lelaki tersebut. Cuma lelaki itu tidak dapat dilihat
wajahnya sahaja. Eleanor juga ada bercerita tentang Susana kepada dia. Dia
sahaja yang menutup matanya dan cuba bersangka baik.
“Sayang…
I bukannya…”
“Enough Elman! Kalau you nak tunjukkan
sayang you itu pada I, you dapatkan semula sport
car I atau you belikan yang baharu. Muka I ni sudah cukup tebal naik teksi
untuk keluar bertemu dengan kawan-kawan I.”
Nyata
Susana lebih memandang pada harta benda.
“Andyou? you masih sayang I?” Elman
memaut dagu Susana. Tajam renungan matanya menikam wajah Susana.
“I…”
“Jika
you sudah tidak sayangkan I, you beritahu pada I.” Elman mengusap-usap wajah
Susana. Dia cuba untuk tersenyum.
“Elman…
kalau I katakan hati I sudah tiada cinta pada you? Apa yang akan you lakukan?”
Suara Susana saat tangan Elman memulas tombol pintu bilik itu.
“Kenapa
you diam? You katakan tadi jika I sudah tidak sayang dan cinta pada you, you
mahu I berterus-terang.” Susana menyambung katanya.
Elman
tidak menoleh dan menjawab soalan Susana itu. Dia melangkah keluar. Susana
duduk di birai katil dengan hati yang sebal.
Eleanor
menyapa abangnya sebaik melihat abangnya itu menuruni anak tangga. Sapaannya
tidak berbalas. Elman terus meluru keluar. Tingkah Elman menimbulkan rasa tidak
enak di hati Eleanor. Ada yang tidak kena dengan abangnya itu.
Eleanor
tidak sempat untuk menahan abangnya. Kereta abangnya sudah meluncur laju dalam
kegelapan malam. Entah ke mana perginya.
“Kenapa
El?” Mak Tun muncul di belakang Eleanor.
“Tiada
apa-apa Mak Tun.”
“Jangan
bimbang. Elman boleh mengawal emosinya.” Mak Tun memaut lembut bahu Eleanor.
“Saya
tahu. Tapi saya tetap bimbangkan abang.” Eleanor menyatakan kegusaran di
hatinya.
Pasti
sesuatu berlaku antara abangnya dan Susana. Susana kelihatan terpacak di anak
tangga. Eleanor mengerling Susana tajam.