PAGI-pagi lagi Hairie sudah terpacak di
depan pagar rumah teres dua tingkat itu. Eleanor mahu saja baling lesung batu
di dapur pada muka Hairie. Muka monyok Eleanor menjadi tatapan mata Aleeza.
Eleanor membuat isyarat mata ke arah jendela. Aleeza menarik langsir yang
menutupi jendela. Terbuntang luas matanya. Hairie sedang menanti di luar rumah
mereka dengan sejambak bunga. Pujuk perempuan mesti bagi bunga. Kalau pujuk
bagi kereta sebiji mungkin dia akan pertimbangkan. “Jantan
meroyan tu ganggu kau lagi?”
“Dia
fikir dengan bagi bunga pada aku, aku akan maafkan. Pleaselah… maaf dari aku mahal harganya.”
Aleeza
duduk di sebelah Eleanor.
“Kau
tak mahu bagi chance pada dia?”
Gangguan
Hairie yang berterusan menyebabkan dia terpaksa menipu pada Dato’ Bakri yang
dia tidak sihat. Dia meminta cuti sakit dengan potongan gaji walau pun dia tahu
Dato’ Bakri tidak akan memotong gajinya.
Eleanor
memeluk bantal berbentuk empat segi itu. Panggilan telefon dari Hairie langsung
tidak jawab. Tiada peluang kedua untuk Hairie. Eleanor menghempaskan bantal
berbentuk empat segi itu di atas sofa. Dia mula memijak anak tangga masuk ke
biliknya. Setengah jam kemudian dia keluar dengan gaya santai sambil menjinjing
tas tangannya.
“Kau
nak ke mana, beb? Hairie masih ada di luar.”
Eleanor
tersengih.
“Aku
ikut pintu belakang. Bosanlah memerap di rumah.”
“Kereta
kau?”
“Aku
naik teksi.”
“Jangan
kau terserempak dengan boss miang
kau, sudah.” Aleeza menekan remote
control
televisyen.
“Wei,
perempuan! Tolong cover line untuk
aku!”
“Okay-okay.”
Aleeza menyingsir sedikit kain
langsir di jendela meninjau keadaan di luar.
“Line
clear. Mamat tu sudah masuk dalam kereta dia.”
“Nanti aku tapaukan kau mi goreng.”
Eleanor menyusup keluar dari pintu belakang.
“MENTARI construction menghadapi masalah kewangan?” Weir memalingkan
tubuhnya. Dia renung tajam wajah orang bawahannya itu.
“Saya ingatkan Encik Weir sudah
tahu?”
Weir duduk semula sambil membelek
surat khabar di atas meja tetapi tidak membacanya. Dia seperti sedang
memikirkan sesuatu.
Ketukan pintu di biliknya mematikan
terus perbualan mereka. Seorang gadis melangkah masuk bersama timbunan fail di
tangan. Fail-fail terebut diletakkan atas meja Weir.
“Encik Weir… Miss Helena sedang menunggu encik.”
“Saya terlupa tentang temujanji saya
bersama Helena. Thankskerana
ingatkan saya, Zarina.
Weir bangun semula sambil
mengatupkan butang kotnya. Waktu makan tengahari. Lebih baik dia berbincang
tentang proposal tersebut bersama Helena di luar dengan menjamu selera sekali.
“Hazim, awak terus memerhatikan
Mentari construction.Dan saya mahu
tahu tentang masalah hutang yang dihadapi oleh mereka.”
“Baik Encik Weir.”
WEIR memakukan matanya pada gadis ayu
yang sedang duduk berhadapan dengannya itu. Janji temu yang diaturkan atas
urusan kerja. Wajah serius Weir buat Helena hampa. Lelaki itu seakan tidak
pernah menunjukkan sebarang perasaan pada wajah tampannya. Apatah lagi
melirikkan segaris senyuman pada orang di sekelilinginya. Helena menongkat dagu
sambil mencuri pandang ke arah Weir yang sedang meneliti dokumen yang
diberikan. Argh! Lelaki itu cukup meruntun hatinya. Sayang… dia dingin seperti
ais.
“I
terima proposalyou.” suara Weir. Dia
menyerahkan dokumen tersebut kepada Helena.
“Thanks.” Helena menyambut dari tangan Weir.
Semenjak syarikat papanya berurusan dengan syarikat gergasi milik Weir, Helena
kerap bertemu dengan Weir. Helena akan tersenyum sendiri bila mengingati
pertemuan pertama dia dengan Weir. Weir pernah suatu ketika menjadi bahan
perbualan ahli-ahli korporat apabila perniagaan miliknya hampir muflis akibat
penyelewengan orang dalaman. Siapa menduga lelaki itu boleh bangkit kembali
dari kejatuhannya,
“Maaf.”
Tangan Helena menahan pintu lif dari tertutup. Tercungap-cungap dia di buatnya.
Bagaimana dia boleh terlupa mesyuarat ahli lembaga dengan PacificHoldings Holdings, salah sebuah syarikat gergasi di kota
metropolitan ini. Papanya terpaksa outstation
ke Brunei terpaksalah dia mengantikan tempat papanya itu. Papanya masih
pemengang syer dalam syarikat terbabit walaupun sudah punya syarikat sendiri. Helena
mengeluh kecil. Ikutkan hati dia memang tidak mahu menjadi pewaris papa. Dia
lebih senang membuka syarikatnya sendiri. Helena amat meminati bidang fesyen.
Ketika belajar dulu pun bidang itu yang diceburinya. Papa yang memaksa dia
masuk ke dalam syarikat.
“Em…
you ada tisu tak?” soal Helen pada lelaki di sebelahnya setelah teraba-raba
mencari tisu dalam beg jinjitnya. Lelaki yang berdiri di sebelahnya itu
menghulurkan sehelai sapu tangan.
“Thanks.” Helena mengangkat kepalanya
memandang lelaki di sebelahnya itu. Matanya terpaku. Tampan lelaki di
sebelahnya itu. Smart dan bergaya
sekali orangnya. Mungkin salah seorang pekerja di PacificHoldings. “Nanti I pulangkan semula sapu tangan you.” Segan mahu
memulangkan sapu tangan yang sudah dicemari oleh peluhnya itu. Lelaki tampan
itu menggelengkan kepalanya. Mereka berpisah apabila lelaki itu turun dari lif
di tingkat 15.
Berdebar-debar
hati Helana apabila berada dalam bilik mesyuarat. Mujur saja dia tidak
terlewat. Hari ini dia akan bertemu dua mata dengan pengarah PacificHoldings Holdings. Khabar yang
dia dengar pengarah syarikat gergasi itu seorang lelaki yang baru mencecah usia
30 tahun. Entah bagaimanalah rupa pengarah Pacific
Holdings Holdings yang sering menjadi sebutan ahli-ahli dunia perniagaan
ini. Sedang Helena bermain dengan perasaan sendiri, pintu bilik mesyuarat itu
terkuak perlahan. Seorang lelaki segak diiringi dua pembantunya melangkah
masuk. Anak mata Helena membulat besar. Dia bingkas bangun dari tempat
duduknya.
“It’s you?” Helena menekup mulut. Itu
lelaki yang dia tersua di dalam lif tadi. Lelaki yang meminjamkan dia sapu
tangannya.
“Assalamualaikum
dan salam sejahtera. I’m Weir Zafril.
Pengarah PacificHoldings Holdings.”
Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Helana terkedu. Lama dia bertaut mata dengan
lelaki itu akhirnya Helena menundukkan wajahnya. Rasa malu datang menerpa.
Tidak sedar dirinya diperhatikan ahli lembaga lain. Tersipu-sipu Helena duduk
di atas kerusinya ketika itu. Dia tidak berani angkat kepala ketika mesyuarat
berlangsung. Dalam masa dua tahun ini Helena memendam perasaan terhadap Weir.
Dia sudah tidak peduli pada minatnya dalam rekaan fesyen lagi. Tidak rugi dia
bekerja di bawah syarikat papanya. Hari-hari dia boleh berurusan dengan lelaki
itu. Adakah Weir tidak tahu isi hatinya atau lelaki itu sengaja mahu
mempermainkan perasaan yang terpendam ini.
Weir membuang pandangan
di luar. Orang yang lalu-lalang di luar itu menjadi pemerhatian anak matanya.
Namun anak mata yang meliar itu terpaku pada seorang gadis yang sedang
terhinjut-hinjut berjalan di kaki lima berdekatan dengan restoran tersebut.
Gadis itu kelihatan merengus sendirian. Bengang kerana tapak kasut tumit
tingginya patah. Bagaimana dia mahu menapak pulang dalam keadaan sebegitu. Dilihat
gadis itu membuka kasut tumit tingginya. Dengan rasa geram kedua belah kasutnya
itu di lontar ke dalam tong sampah. Gadis itu membebel-bebel sendiri dan
berlalu pergi tanpa berkasut. Tingkah laku Gadis itu diperhatikan oleh Weir
dengan gelengan. Weir melirik senyuman di bibirnya. Gelagat gadis itu mencuit
hati kecilnya.
“Weir....”
Panggil Helena lembut. Dia awang-awangkan tangannya pada mata Weir. Weir
tersentak. Dia lupa akan Helena yang ada bersamanya.
“I’m so sorry.” Ujarnya bersahaja.
“Pertama
kali dalam hidup I… I lihat you tersenyum Weir.” Nyata senyuman Weir cukup
menawan. Helena terpesona.
“Selama ini I tak
pernah tersenyum pada you?” Soal Weir.
Helena menggeleng. “You
terlalu serius bila bersama I. Kita lupakan pasal senyuman you itu. How about this tonight. Will you come to
dinner with me Mr. Weir?” Harap kali ini Weir tidak menolak. Papa juga
memang berharap untuk bersua dengan Weir. Papa tidak menghalang jika hubungan
dia dengan Weir lebih dari seorang kawan. Papa memang sukakan lelaki seperti Weir.
Papa puji Weir melangit tinggi.
“I’m Sorry. Tonight, I have dinner with my
cousin.” Helena hampa dengan jawapan yang Weir berikan. Ajakan dia tidak
pernah kena pada masanya. “May be next
time.” Sambung Weir.
“Promise? You tahu papa memang tak sabar
nak jumpa you sangat. Hope soyou dapat hadir ke majlis ulang tahun
perkahwinan papa dan mama I minggu depan.” Helena mengukir senyuman.
Sekurang-kurangnya dia punya peluang lagi. Dia tidak mungkin berputus asa. Dari
kaji selidik yang dibuat, Weir memang tidak pernah punya teman wanita setelah putung
tunang dengan kekasihnya dulu. Khabarnya kekasih Weir memutuskan pertunangan
ketika majlis pernikahan mereka. Lelaki itu hanya sibuk menguruskan syarikat
dari memikirkan soal peribadinya.
“I
akan cuba. Tapi I tidak berjanji pada you.”
“Alright. I harap lain kali bila I ajak
you, you tidak akan menolak lagi. Sesekali you kena bercampur gaul dengan orang
sekeliling you juga, Weir. Jangan terperap dalam pejabat dua puluh empat jam.
Berilah sedikit masa you untuk enjoy.”
Helena menongkat dagu. Tidak puas rasanya menatap wajah lelaki depan matanya
itu.
“You
kata you ada appointmentpukul dua.”
Weir menunjukkan jam di tangan.
“Oh,
I terlupa.” Kelam-kabut Helena mencapai dokumen-dokumen semula dan menyimpan di
dalam beg jinjitnya. “See you next time.”
Helena
melangkah pergi meninggalkan Weir sendirian menjamu selera di restoran
tersebut.
“MAHALNYA!” Eleanor membelek-belek kasut
yang harga mencecah hampir ribuan ringgit itu. Kasut yang dibeli pun tidak
sampai ratusan ringgit. Dia pernah membeli kasut dengan beratus-ratus ringgit.
Dia baru menggunakan kasut itu tidak sampai lima kali tapaknya sudah tertanggal.
Harga tidak menjamin kualiti barang juga.
Eleanor
terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli kasut yang baharu. Kasut yang dicuba
tidak begitu menarik perhatiannya. Sales
girlyang melayannya sudah berwajah cemberut. Jelas tidak senang dengan
kelakuan Eleanor yang boleh tahan cerewet. Kasut tumit tinggi berwarna merah
menyala itu juga menarik perhatian Eleanor tetapi harganya mencecah hampir
ribuan ringgit. Masakan dia perlu menggunakan kad kredit lagi. Hutang kad
kredit pun sudah mula tertunggak.
Tanpa
disedari dua pasang mata sedang memerhatikan garak-gerinya. Eleanor sudah leka
dengan kasut-kasut tersebut. Dia seperti tidak dapat membuat pilihan.
Kasut-kasut tersebut diletakkan semula ke tempat susunannya. Eleanor sekadar
memilih kasut jenis tapak rata. Senang dia mahu bergerak. Eleanor melangkah
keluar dari kedai kasut terbabit.
Eleanor
terasa seperti ada orang mengekori pergerakkan langkah dia. Dia menoleh. Dua
orang lelaki yang mencurigakan di belakangnya. Dia mempercepatkan langkah
kakinya. Sejurus kemudian, dua lelaki itu turut sama mengatur panjang langkah
mereka. Eleanor menolak salah sebuah pintu restoran berdekatan. Dia meluru
masuk dan duduk di hadapan seorang lelaki yang masih menghadap hidangannya.
Bibirnya mengulum senyuman lantas menarik menu di meja hingga menutup seluruh
muka. Dia berpura-pura seperti sedang memilih sajian di dalam menu tersebut.
Matanya
mula mengintai di sebalik menu yang berada di tangan. Kedua-dua lelaki tadi
sudah tidak kelihatan. Barangkali sudah hilang jejak. Eleanor menurunkan menu
di tangan dan menarik nafas lega. Lelaki di hadapannya itu menurunkan sudu dan
garfunya.
Eleanor
kaget seketika melihat wajah lelaki tersebut. “Sorry,saya kacau your lunch.
Mesti tempat yang saya duduk ni tempat girlfriend
you.” Eleanor bingkas bangun.
Lelaki
itu tersenyum dan menarik lengannya.
“Maybe girlfriend saya sudah cabut
melihat awak duduk di tempatnya tadi. So, awak kena gantikan tempat dia teman
saya makan.” lelaki itu bersuara.
“Er…”
“Awak
boleh pilihan makanan di menu tu. Saya belanja awak lunch.”
Eleanor
cuba amati wajah lelaki itu. Dia menekup mulut.
“Awak?”
Lelaki
itu mengenyitkan sebelah matanya sambil menghirup minumannya yang masih tidak
luak.
Eleanor
mengebam bibir. Macam mana dia tidak perasan lelaki itu adalah pakcik Aleeza. Eleanor
hanya duduk membatukan diri sehingga Weir selesai menjamu selera. Bukan dia
tidak lapar dan dahaga. Egonya melangit tinggi.
“Saya
hantar awak balik.”
“Tak
perlu. Saya boleh balik sendiri.”
“Saya
terlupa ingin bertanya. Kenapa awak seperti takut-takut tadi? Ada orang ekori
awak ke?”
“Ya,
ada along kejar saya.”
Weir
tertawa kecil. Dia tahu gadis itu berbohong.
“Tak
sangka gadis cantik macam awak berhutang dengan along.”
“Itu
masalah saya.”
Dari
awal pertemuan mereka, Eleanor sudah tidak menyenangi Weir.
“Betul,
awak tak mahu saya hantarkan awak balik.”
“Ya!”
Eleanor
angkat punggung sambil menyandang tas tangannya. Weir hanya memerhatikan
lenggok Eleanor. Dia masih tidak tahu nama gadis yang boleh tahan garangnya
itu.