ELEANOR
masih duduk menongkat dagu di birai katil. Tak kuasa dia mahu turun makan
bersama-sama dengan lelaki itu di bawah. Dia lebih rela ‘diet’ untuk malam ini. Untuk majlis resepsi akan diadakan pula di
hotel. Semuanya diaturkan oleh lelaki itu. Dia tidak masuk campur. Malas untuk
ambil tahu.
Tombol pintu biliknya dipulas.
Serentak itu dia angkat punggung. Weir melangkah masuk ke bilik dengan senyuman.
Tubuhnya rasa melekit. Seharian melayan tetamu yang hadir hingga ke malam. Weir
mengibas-gibas baju melayunya. Panas. Pandangan matanya dihala pada
Eleanor.Eleanor menjegil mata.
“Awak
jangan rapat. kalau awak rapat saya tendang perut awak.” Keras bunyi ugutan
dari bibir Eleanor.
Weir
tidak endahkan ugutan Eleanor. Dia terus merapati dan menolak tubuh Eleanor ke
tepi.
“Saya
nak mandi okay.” Ujarnya. Dia masuk ke dalam bilik air.
Eleanor
termalu sendiri. Dia lupa yang dia berdiri di hadapan pintu bilik air. Beberapa
minit kemudian Weir keluar dari bilik air. Dia menyarungkan baju tidurnya.
Eleanor sudah menutup mata. Dia menggelengkan kepala dengan gelagat Eleanor.
Tuala digunakan untuk mengeringkan rambutnya yang basah.
“Saya
dah berpakaian. Tak payah nak tutup-tutup mata dah.” Weir menghempaskan
tubuhnya atas tilam. Empuk tilam milik isterinya itu.
Eleanor
membuka matanya semula. Dia pandang wajah selamba Weir yang masih tidak lekang
dengan senyuman itu.
Eleanor
ingin menarik bantal dan selimut tetapi menragut pantas lengannya.
“Tak
payah nak mengada-ngada. Ini bukan cerita dalam novel atau dalam drama tv. Awak
dengan saya nak kena tidur berasingan. Isteri sedap tidur atas katil dan suami
tidur atas lantai or isteri tidur di lantar suami atas katil. Awak kena tidur
sekatil dengan saya. Sebelah ni tempat saya. Sebelah tu tempat awak.” Weir
menepuk-nepuk tempat kosong di sebelahnya itu. Dia letakkan bantal golek
sebagai sempadan antara mereka.
“Saya
nak tidur atas lantai jugak!” Eleanor berkeras.
“Saya angkat awak naik atas katil.”
“Eeeiii…”
Eleanor
bercekak pinggang.
“Tidur
sini.” Weir senyum lebar sambil menepuk-nepuk tempat di sebelahnya lagi.
“Huh,
saya tak nak tidur sampai pagi.”
Eleanor
memuncung panjang.
“Terpulang.
Selamat malam. Jangan lupa padam lampu.” Weir menarik selimut.
Eleanor
mendengus kecil. Lelaki itu buat katilnya seperti katil dia pula.
“WEIR Zafril sudah selamat bernikah dan
selamat menjadi adik ipar kamu. Makan hati berulam jantunglah kamu.”
Susana
yang sedang sibuk mewarnakan kuku di kaki itu mengangkat kepala.
“Sue
tak kisah. Sue ada plan sendiri.”
Datin
Rokiah tersenyum.
“Plan
pertama kamu tak menjadi. Ada plan kedua pulak.”
“Mummy ingat dengan semudah itu Sue akan
mengaah dengan El. No way!”
“Kalau
kamu dapat Weir, masakan Elman akan lepaskan kamu. Kamu masih berstatus isteri
orang.”
“Elman
pasti akan lepaskan Sue.”
“Kamu
yakin?”
“Untuk
apa lagi dia pertahankan rumahtangga kami. Sah-sah Sue curang di belakang dia.
Sanggup ke dia digelar lelaki dayus.”
“Walau
pun kamu dengan dia bercerai kelak, kamu masih terikat ‘sesuatu’ dengan dia.
Kamu jangan lupa.”
Susana
mengebam bibir.
“Selagi
rahsia boleh disimpan dia takkan tahu mummy.
Dah lima tahun Sue sorokkan dari dia. Dia takkan tahu.”
Datin
Rokiah memenanng bahu anaknya itu.
“Lambat-laun
rahsia itu akan terbongkar sendiri juga kalau kamu tak berhati-hati.”
“Rahsia
akan pecah jika mummy yang buka mulut
sebab hanya mummyyang tahu tentang
itu.” Susana mengerling tajam mummynya.
“Mummy bukan jenis manusia yang tidak
tepati janji. Kamu kena ingat yang orang di sekeliling kamu ada yang
memerhatikan kamu. Lagi-lagi jika kamu ada musuh.”
Susana
ketawa kecil.
“Mummy memang suka buat spekulasi
sendiri.”
“Mummy cuma ingatkan kamu saja.”
“Sue
tahulah. Sekejap lagi Sue nak keluar maybe
balik lewat malam.”
“Kamu
nak ke mana?”
“Sue
nak berhibur di luar. Bosan duduk di rumah.”
“Ikut
suka kamulah.”
Datin
Rokiah bangun meninggalkan Susana.