“MACAM mana you jaga dia? So you dah bawa
dia ke klinik atau belum?” Susana mundar- mandir luar halaman dengan telefon
yang masih melekat di telinga. Gelagatnya diperhatikan oleh Elman dari balkoni.
“Susana…
you sudah dua bulan tak berikan duit untuk I. Makan minum dia sekarang I yang
tanggung. Mana cukup.” Suara wanita di talian itu agak tegang.
“I
dah mention pada you yang I ada
masalah kewangan sedikit. I akan ganti balik duit you yang gunakan tu.”
“Hm!
I nak you datang ke rumah I sekarang. I mahu you bawa budak ni ke klinik
sendiri. Dia anak you bukan anak I!”
Talian
diputuskan.
Susana
merengus geram lantas membuat satu panggilan telefon. Kemudian, dia
melangkah masuk ke dalam.
Elman
hanya membisu melihat Susana bersiap-siap untuk keluar. Tiada pertanyaan yang
keluar dari bibirnya. Elman kelihatan bersahaja berbaring bersandar atas bantal
sambil menatap majalah di tangan.
Susana
kalut semacam mencari sesuatu di dalam almari pakaian. Dalam diam Elman
memerhati gelagat isterinya itu.
“Mana
pula buku bank aku ni?” Susana merengus dalam hati.
Dia
menarik nafas lega sebaik menjumpai buku bank miliknya. Jiwanya kacau apabila
terpaksa mengeluarkan wang di dalam simpanan.
“Budak
tu sudah cukup menyusahkan aku.” Desis hati kecilnya lagi.
Susana
melangkah keluar dari bilik.
SUSANA kelihatan tergesa-gesa masuk ke
dalam teksi yang dipanggil. Tingkah Susana dari awal lagi telah mencurigakan
Elman. Elman tergerak hati untuk mengekori Susana. Hatinya tertanya-tanya
melihat Susana menuju ke bank. Nyata isterinya itu mengeluarkan sejumlah wang
di dalam akuan.
Susana
tidak menyedari dirinya diekori. Teksi yang dinaiki oleh Susana terus menghala
ke tempat yang ditujui. Rumah teres dua tingkat itu menjadi tempat persinggahan
Susana. Susana melangkah keluar dari perut kereta.
“Amy…
buka pintu ni cepat.” Susana menekan loceng brekali-kali.
Seketika
kemudian pintu dibuka.
Susana
terus melangkah masuk.
“Mana
budak tu?”
“Dalam
bilik.”
“You
tunggu apa lagi, cepat kita bawa dia ke klinik.” Arah Susana.
Amy
merengus kecil.
Dia
masuk bilik dan mengangkat tubuh seorang budak lelaki dalam lingkungan lima
tahun itu.
Susana
meraba-raba dahi budak lelaki itu.
“Panas.”
“Dah
dua hari dia demam.”
“Teksi
dah tunggu di luar tu. Biar aku bawa dia masuk ke dalam teksi dulu. Kau kunci
pintu.” Susana mengambil budak lelaki itu dari Amy.
Amy
segera menguncikan pintu.
Elman
yang masih bersembunyi di dalam kereta tersentak melihat Susana mendukung
seorang budak lelaki. Hatinya mula tertanya-tanya.
Elman
terus mengekori dengan berhati-hati. Hatinya semakin mendesak ingin mengetahui
identiti budak lelaki itu. Dia melihat Susana memberikan wang kepada Amy.
“Kalau
susah sangat you hantar aja budak ni ke rumah anak yatim. Lagi senang.” Amy
mendengus.
“I
takkan hantar dia ke sana. I tak mahu ambil risiko. Kalau rahsia I terbongkar
lagi susah. I tak mahu orang lain kenal muka dan tahu budak ni anak I.” Anaknya
itu masih ada ibu bapa. Surat beranak ada tertulis namanya dan nama Elman. Dia
tidak mahu melecehkan keadaan jika menghantar anaknya itu ke rumah anak yatim.
“Apa
susah you cakap aja yang you ni bukan mama dia. Habis cerita.”
“I
tak tahu apa yang I buat. You tak perlu fikirkan apa-apa untuk I.”
“You
cakap memang senang. Jiran-jiran ada yang mengata budak ni anak luar nikah I. I
mana ada husband lagi. Single. Sudah tentulah orang syak yang
bukan-bukan pada I. Nasib baik budak ni bisu. Kalau dia boleh bercakap dan call I mama lagi teruk I dihentam.”
“You
pun satu. Tak bercampur gaul dengan jiran-jiran you. You boleh kelentong budak
ni anak cousin you ke?”
“I
ni dah penat menipu tahu.”
“Ini
duit untuk perbelanjaan bulan ni.”
“Habis,
duit I pula?”
“Lain
kali I bayar duit you tu.”
Kemut
muka Amy.
“You
ada cakap pada I yang Weir bekas kekasih dan bakal husband tak jadi you dulu ada berikan sejumlah duit pada you. Mana
duit tu?”
“I
gunakan duit tu untuk benda lain.”
“You enjoy kan?”
“Amy…
I tak mahu bertekak dengan you.”
“I
dah agak. Duit tu you boleh bagi I half
kan.”
“Jangan
banyak bunyi boleh. I akan bayar bila I dah kaya raya nanti.”
“You
bermimpilah Sue. Weir takkan nak pada you lagi. Dia dah berkahwin dengan adik
ipar you. Terima hikakat tu.” Tak sudah-sudah Susana mahu mengejar cinta Weir
semula. Susana yang tidak tahu menghargai permata di depan matanya. Susana pula
sering memburukkan Elman di kalangan teman-temannya. Amy tidak rasa Elman
seteruk yang Susana ceritakan.
“I
tak bermimpi okay. Weir masih sayang
dan cintakan I.” Suara Susana penuh yakin.
“Kelakar
you ni Sue. Dulu you tinggalkan dia sebab dia jatuh muflis. You kahwin dengan
Elman. Sekarang you terhegeh-hegeh
nakkan dia semula. Tak tahu malu muka you, Sue. You
takder
maruah ke?” Seteruk-teruk dia tidaklah sampai mahu menjatuhkan air muka
sendiri.
“Shut up!”
“You
terlalu pandang kebendaan.”
“I
tak mahu hidup susah.”
“Hidup
sederhana tu susah sangat ke?”
Amy
seakan memerli Susana.
“Jangan
campur urusan hidup I.”
“Ikut
suka youlah.”
Amy
mendepangkan tangan. Susana takkan makan nasihat. Ikut kepala sendiri. Wang tak
boleh beli kebahagiaan dan cinta.