Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 4

"Assalamualaikum, uncle."


Rizki menyapa Encik Iskandar yang kebetulan berada di muka pintu.


"Oh, Rizki.Awal hari ni?"


Encik Iskandar mempelawa Rizki masuk.Dia tidak sempat berbual lama dengan Rizki kerana buru-buru untuk menghadiri mesyuarat lembaga pengarah di universiti tempatnya bekerja.


"Riz..Awalnya?Dah sarapan belum?"


Puan Saida yang sedang mengemas meja makan bersama Bik Halimah, agak terkejut melihat kedatangan Rizki.


"Belum, auntie.Riz breakfast kat office je nanti..Dania mana auntie?"


Bola mata Rizki melilau mencari kelibat tunangannya di sekitar rumah.


"Nia kat atasla.Tengah siap-siap la tu, kot.Duduklah dulu, Riz.Macam tak biasa pulak kamu ni."


Puan Saida menghampiri Rizki yang sedari tadi berdiri di hadapan pintu.


"Kejap lagi Nia turunlah tu.Duduk dulu.Auntie nak cakap sikit."


Sekali lagi Puan Saida mempelawa Rizki untuk duduk.Tetapi kali ini lebih seperti satu arahan.


Rizki hanya menurut.Dalam hati dia berharap agar Puan Saida tidak menanyakan perihal semalam.


"Riz gaduh dengan Nia ke?"


Laju sahaja soalan itu meluncur dari mulut Puan Saida sebaik Rizki melabuhkan punggungnya di sofa.


"Nia ada cakap apa-apa ke, auntie?"


Rizki panik.Sungguh dia tidak pandai untuk berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku.Dia sedar sikapnya terhadap Dania kebelakangan ini agak keterlaluan.Ditambah pula dengan apa yang berlaku semalam.


"Riz, Nia tu memang anak manja.Mungkin sebab dia satu-satunya anak auntie dengan uncle.Tapi tak bermakna dia akan ceritakan semuanya pada kami.Lebih-lebih lagi hal dia dengan Riz.Walaupun dia tak cakap apa-apa, tapi auntie tahu ada sesuatu yang dia sembunyikan.Auntie kalau boleh tak nak masuk campur hal kamu berdua.Cuma auntie harap, Riz jangan buat Nia sedih lagi, ya.Kesian Nia."


Panjang lebar Puan Saida berucap bagi pihak anaknya.Sememangnya dia tidak punya idea apa  yang terjadi kepada mereka berdua.Hanya kata-kata nasihat yang mampu diberikan kepada anak muda itu yang bakal menjadi menantunya.


Rizki hanya tunduk membisu.Dia dihambat rasa bersalah mendengarkan kata-kata itu.Mungkin sebaiknya dia berterus terang sahaja tentang apa yang terjadi semalam.


"Auntie, sebenarnya, Riz.."


Rizki tidak jadi meneruskan kata-kata tatkala terpandangkan kelibat Dania yang sedang menuruni anak tangga.Gadis itu terlihat sangat ayu mengenakan baju kurung moden berwarna ungu muda.


Rizki terpersona.Sudah lama dia tidak melihat Dania memakai baju kurung.Dia sedia maklum yang gadis itu lebih selesa memakai slack atau jeans yang digayakan bersama blaus.


"Ayunya anak ibu hari ni.."


Puan Saida memuji penampilan anak gadisnya.Dia tersenyum bangga.Manakala Rizki masih tidak berkelip menatap Dania.


Dania agak terkejut melihat Rizki ada di situ.Sebenarnya, dia sudah merancang untuk berangkat awal ke butik sebelum Rizki datang menjemputnya.Dania masih marah dengan kejadian semalam.Sebolehnya dia tidak mahu bertemu muka dengan Rizki hari ini.Namun Rizki terlebih dahulu bertindak.Sudahnya dia terpaksa pergi bersama Rizki juga.


"Dah lama tak pakai kan, bu.Sekali sekala bolehlah.Nia pergi dulu ya, bu.Assalamualaikum."


Dania menghampiri ibunya lantas mencium tangan wanita itu.Sedikit pun tidak menoleh ke arah Rizki.Laju sahaja langkahnya menuju ke arah kereta tunangnya yang diparkir di halaman rumah.


Rizki turut menyalami Puan Saida lalu mengekori langkah Dania.Puan Saida menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat pasangan itu.


"Bukalah!Nak bagi masuk ke tak?"


Dania bengang apabila gagal membuka pintu kereta Rizki yang masih berkunci.


"Sorry."


Kata Rizki lantas membukakan pintu untuk Dania.


"Saya tahu awak marahkan saya.Saya betul-betul mintak maaf pasal semalam."


Rizki lantas bersuara sebaik sahaja mengenakan tali pinggang keledar.Dia merenung wajah Dania meminta simpati.Namun Dania masih enggan memandangnya.


"Boleh tak awak cakap sambil jalan?"


Dania resah apabila Rizki terus-terusan merenungnya.Dia takut yang dia akan termakan pujukan Rizki untuk kesekian kalinya.Kali ini, dia tidak akan membiarkan Rizki tersenyum bangga lagi kerana berjaya meruntuhkan egonya.


"Fine."


Rizki menghela nafas sebelum kakinya menekan pedal minyak.Jujur dia agak kecewa dengan sikap Dania itu.Namun dalam masa yang sama, dia tidak menafikan sememangnya dia pantas diperlakukan sebegitu.


"Saya mintak maaf.Saya tahu saya salah.Awak berhak marah saya.Tapi saya betul-betul tak sengaja semalam.Saya.."


Belum sempat Rizki menghabiskan ayat, Dania pantas memotong.


"It's okay.Saya tak nak dengar alasan awak.Sebab kalau saya mintak alasan awak untuk semua yang berlaku selama ni pun, belum tentu awak boleh bagi kan?So, let it be."


Dania melentokkan kepala ke sisi cermin tingkap lalu memejamkan mata.Dia berharap agar Rizki memahami isyarat di mana dia tidak berminat untuk meneruskan perbualan.


Rizki melepaskan keluhan berat mendengarkan kata-kata Dania.Tahulah dia sekarang yang hati gadis itu benar-benar terluka saat ini. 


Sesampainya di butik, Dania terus keluar dari perut kereta tanpa mempedulikan Rizki.Rizki cuba menahan Dania tetapi telefon bimbitnya yang bergetar mematikan niat.Rizki melihat skrin telefon yang tertera nama Alvin.


"Yes, Vin.Whats up?"


Rizki menyapa Alvin di talian.


"Riz, sorrylah kalau aku ganggu pagi-pagi ni.Aku cuma nak tau macamana semalam?Kau sempat tak ambil Dania?Dia mengamuk tak?"


Rizki pusing mendengarkan soalan Rizki yang bertubi-tubi.Dia memejamkan mata seketika sebelum bersuara.


"Vin, nanti kita jumpa aku ceritalah.Sekarang ni aku kena gerak pergi office.Okay, bro."


Selesai bicara, Rizki mematikan telefon.Dia malas bercerita soal itu sekarang.Kepalanya masih berserabut.


***************************************


"Assalamualaikum!"


Suara Ayumi memberi salam mengejutkan Dania yang sedang mengelamun di hadapan patung model.


"Waalaikumussalam.Suara tu tak boleh kuat lagi ke?"


Dania mengurut dada.


"Yang kau tu pagi-pagi dah mengelamun depan patung tu apahal?Jangan cakap kat aku yang kau tengah bercakap dengan patung tu.Seram.."


Ayumi ketawa dengan leluconnya sendiri.


"Ada tak?"


Dania bertanya serius.


"Hah, apa?Oh, kopi.Ada tu..atas meja."


Ayumi memuncungkan mulutnya ke arah meja kecil di ruang rehat.


"Weh, kau okey tak?"


Ayumi kembali bersuara apabila Dania tidak mengendahkannya.Leluconnya juga tidak bersambut.


"Okey..Cuma tak berapa nak ada mood."


Dania mengeluh lalu melangkah ke ruang rehat.Kopi latte yang dipesannya dihirup perlahan.


Ayumi menyoroti gerak geri Dania dengan ekor matanya.Setelah meletakkan barang-barang jahitan di tempatnya, Ayumi menghampiri Dania lalu duduk di sebelahnya.


"Aku tak sukalah tengok kau moody macamni.Aku pun tak ada mood nak buat kerja tau.Kalau kau nak share apa-apa dengan aku, telinga aku ni sentiasa terbuka untuk kau."


Ayumi memancing Dania untuk bercerita.Dia maklum yang temannya itu bukan jenis yang suka bercerita tentang masalah peribadi.Selama ini pun, dia tidak pernah melihat Dania muram sebegitu.


Dania hanya diam.Kopi di tangan dihirup lagi.Sekejap dia memandang Ayumi dan kembali menikmati minumannya.


"Dia dah berubah, Yumi."


Dania bersuara akhirnya.Kopi yang masih tersisa diletakkan kembali di atas meja kecil.


"Berubah?Rizki?


Dania mengangguk malas.Dia menyandarkan kepalanya di sofa.


"Aku tak faham.Berubah macamana maksud kau?"


Ayumi jadi semakin tidak sabar mahu mendengar cerita Dania.


"Kau tau tak, semalam aku tunggu dia sampai pukul tujuh malam.Aku call dia banyak kali tapi nombor dia tak aktif.Last-last aku balik naik Grab."


Dania mengadu.Hatinya terasa sedikit lega walaupun dia tahu nantinya Ayumi pasti akan membela Rizki berbanding dia.Sedangkan dia sendiri pun tidak memberi peluang kepada Rizki untuk memberikan alasan.


"Habis tu Rizki cakap apa?Kenapa dia tak datang ambil kau?"


Tanya Ayumi laju.Dania jungkit bahu.


"Entah.Malas nak ambil tau."


Jawab Dania pendek.Dia kembali menyambung menikmati minumannya yang hampir sejuk.


"Pulak dah.Takkan dia tak jelaskan kenapa?Lupa ke, apa ke?Kau tak tanya ke?"


Ayumi garu kepala mendengar jawapan Dania yang bersahaja.


"Entahlah, Yumi..Yang aku tau dia memang dah berubah.Terpulanglah kau nak percaya ke tak."


Seraya berkata, Dania bangun membawa baki minumannya masuk ke bilik pejabat.Sungguh dia tiada nafsu untuk memulakan perdebatan dengan Ayumi yang pada akhirnya hanya akan membuatkan hatinya bertambah sakit.


Ayumi hanya memerhatikan langkah Dania.Otaknya cuba mencerna apa yang sedang berlaku.Perlahan-lahan dia bangun dari sofa dan menuju ke bilik pejabat.


"Dania, aku tau aku bukan kawan yang baik.Tapi kalau nanti kau dah sedia nak bercerita, aku selalu ada untuk kau."


Kata Ayumi lalu beredar dari situ dengan senyuman.


Dania turut tersenyum.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi