Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 30

Masuk saja ke dalam bilik, Nabila mencampakkan beg sekolahnya ke lantai.


"Geram betul lah!Macamana Asyraaf boleh kenal dengan perempuan tu?!"

Nabila berjalan mundar mandir sambil mencekak pinggang.


"Kenapalah dia perlu muncul depan mata aku lagi?!"

Nabila mendengus kasar.Sebelah tangannya diletakkan pula di kepala.


"Dulu kau rampas Abang Riz dari aku.Sekarang kau nak rampas Asyraaf pulak?Lagi sekali kau muncul dalam hidup aku, kau taulah apa akibatnya."

Nabila memandang dirinya di dalam cermin dengan pandangan yang penuh kebencian terhadap Dania.



                     **************



Dania menjulurkan tangan ke luar tingkap bilik dengan badannya sedikit direndahkan.Direnungnya langit malam yang tidak berbintang.Bulan juga seakan bersembunyi di sebalik awan yang gelap.


Dania mengenang kembali pertemuan dengan Asyraaf siang tadi.Tidak menyangka secepat itu mereka akan dipertemukan lagi.Dia juga teringat cara remaja itu menyebut namanya dengan panggilan Aulia, bukan Dania.


Dalam hidupnya, hanya seorang sahaja yang memangilnya dengan nama itu.Setiap kali mendengar Asyraaf memanggilnya Aulia, hatinya tersentuh mengingatkan Rizki yang telah tiada.


Dania tunduk memandang cincin di jari.Kerinduan terhadap Rizki tidak pernah berkurang, malah semakin hari semakin menebal.


Tiba-tiba Dania teringatkan Alvin.Dania menegakkan badan lalu mengangkat telapak tangan kanannya.Rasa kesal mula menghimpit diri kerana telah lancang menampar jejaka itu.


"Ayumi.Macamana aku nak berdepan dengan Ayumi?"


Selepas bertemu Alvin, Dania tidak kembali semula ke butik.Dia malu untuk berhadapan dengan Ayumi.Dania resah memikirkan Ayumi yang mungkin akan menghindarkan diri darinya selepas ini.Atau lebih teruk lagi akan membencinya.


"Sepatutnya aku tumbuk mulut dia yang celupar tu!"

Kata Dania geram.Penyesalan yang sempat singgah kerana menampar Alvin telah pun hilang dibawa rasa marah.


Saat itu juga, telefon bimbit di atas katil berbunyi menandakan ada kiriman masuk.Dania menutup daun tingkap kemudian bergerak malas ke arah katil.Telefon bimbit dicapai lalu aplikasi Whatsapp dibuka.


"Assalamualaikum Dania Aulia."


Dania membaca mesej di skrin dari nombor yang tidak dikenali.


'Siapa pulak ni?'


Dania teragak-agak untuk membalas.Beberapa saat kemudian, satu lagi mesej diterima dan dari nombor yang sama.


"Hai saya Asyraaf Wafiy."


Dania tersenyum lalu meniarap di atas katil.


"Waalaikumusalam.Hai Asyraaf."


Mesej ditaip lalu dikirim kepada Asyraaf. 


Selang beberapa saat, Asyraaf mengirimkan mesej lagi.


"Buat apa tak tidur lagi?Tunggu saya Whatsapp ke?"


Pertanyaan Asyraaf membuatkan Dania ketawa geli hati.


"Tolong sikit.Saya memang biasa tidur lewat.Awak tu yang kena tidur awal sebab nak sekolah."


Balas Dania.Kemudian dia mengubah posisinya dengan menelentangkan badan.


"Saya baru habis study.Lepas tu tiba-tiba je teringat dekat awak."


Dania mencebik bibir lalu tersenyum.


"Yelah tu.Okey sekarang boleh pergi tidur, sebab saya pun nak tidur."


Dania memberi alasan.Sebenarnya matanya belum terasa mengantuk tetapi fikirannya masih berserabut memikirkan kesudahan antara dia, Alvin dan Ayumi.


"Oh, okeylah kalau macamtu.Esok kita Whatsapp lagi.Selamat malam."


Asyraaf mengirimkan mesej terakhir.


Selesai membaca mesej tersebut, Dania terus menutup aplikasi Whatsapp tanpa membalasnya.Fikirannya kembali kepada Alvin dan Ayumi.


'Ahh kacau!Kacau!'

Dania mengetuk-ngetuk dahi dengan tangan.Buntu sudah otaknya memikirkan jalan keluar.



                     ***************



"Assalamualaikum."


Dania memberi salam sebaik melangkah masuk ke dalam butik.Suasana butik sunyi sepi.Kelibat Ayumi tidak kelihatan.


"Tak datang lagi ke?Patutlah kereta dia tak ada dekat luar."

Keluh Dania.


Pintu pejabat ditolak lalu beg tangan dicampak ke atas meja kemudian dia keluar semula.


"Nak call ke tak ek?"


Dania serba salah untuk menghubungi Ayumi.Ketika jarinya baru hendak menekan nombor gadis itu, satu kiriman masuk melalui aplikasi Whatsapp.


"Dania, maaf hari ni aku tak dapat datang.Aku tak berapa sihat."


Dania membaca mesej Ayumi dengan wajah murung.


'Dah agak, kau mesti nak mengelak dari aku.Aku tau aku salah, Yumi.Aku mintak maaf.'


Kata-kata itu hanya bergema dalam hatinya saja.Mesej Ayumi dibiarkan tanpa balasan.Sudahnya dia terduduk di sofa.



                       *************



"Ada apa nak jumpa saya?Sorry, saya tak boleh lama."

Kata Ayumi tanpa memandang wajah Alvin.Hatinya masih terluka dengan apa yang berlaku.


"Dania ada jumpa saya semalam.Dia dah bagitau saya tentang awak."

Jawab Alvin tenang.


"Dania jumpa awak?Dia bagitau apa?"

Ayumi cuak memikirkan kalau Alvin sudah pun mengetahui isi hatinya.


"Tentang perasaan awak pada saya."

Alvin menatap Ayumi, menanti reaksi gadis itu.


"Aa..awak cakap apa ni?"

Ayumi berpura-pura tidak mengerti.Mukanya mula terasa membahang.


"Ayumi, saya nak mintak maaf pada awak.Demi Allah, saya tak tau langsung tentang perasaan awak.Sikit pun tak ada niat untuk sakitkan hati awak, Ayumi.Lagipun saya dah anggap awak macam adik saya."

Jelas Alvin.


Ayumi terdiam.Lidahnya kelu untuk membalas kata-kata Alvin.Hanya Tuhan yang tahu betapa malunya dia pada ketika itu.Hendak mengangkat muka memandang Alvin pun dia tidak sanggup.


"Saya hargai perasaan awak, Ayumi.Tapi maaf, saya tak boleh nak anggap awak lebih dari tu."


"Lagi satu, saya merayu sangat pada awak.Tolong jangan salahkan Dania dalam hal ni.Dania tak pernah tau tentang perasaan saya pada dia sampailah dia datang jumpa saya semalam."

Sambung Alvin lagi.


Ayumi hanya tunduk menjadi pendengar setia.Air mata sudah bergenang di kelopak.Hanya menunggu masa untuk gugur ke pipi.


"Jadi, awak betul-betul lah nak melamar Dania?"

Akhirnya setelah mengumpul kekuatan, Ayumi bersuara.Kepalanya didongakkan sedikit memandang Alvin kemudian kembali merenung meja.


"Niat saya memang ikhlas nak jadikan Dania sebagai isteri saya.Saya tau bukan mudah untuk buat Dania terima saya kerana cinta dia terhadap Rizki terlalu kuat.Tapi walau apa pun, saya tetap akan jadikan Dania milik saya suatu hari nanti demi janji saya pada Rizki."


Ujar Alvin panjang lebar.Lega rasanya dapat meluahkan segala isi hati dan membetulkan kembali keadaan.


"Kalau macamtu, awak jagalah Dania baik-baik.Beruntung awak kalau dapat memiliki Dania sebab dia orang yang setia.Saya mintak maaf kalau dah buat awak rasa tak selesa dengan saya.Sekarang semuanya dah settle, saya mintak diri dulu.Good luck."


Selesai berbicara, Ayumi bangun lantas berlalu pergi sambil menyapu air mata yang berderai.


Alvin tunduk menongkat tangan ke dahi.Kemudian dia terpandangkan secawan latte di atas meja yang masih belum berusik.Serta merta dia teringatkan Dania.Mahu tak mahu, dia harus menyelesaikan masalah itu hari ini juga.



                      ****************



Petang itu setelah selesai mengemas, Dania langsung bergerak keluar dari butik untuk pulang ke rumah.Sewaktu hendak memasuki kereta, Dania terpandangkan sebuah kereta yang dikenali berhenti betul-betul di sebelahnya.


'Ada apa lagi dia ni cari aku?Tak serik-serik lagi ke kena tampar semalam?'


Gerutu Dania dalam hati.Alvin yang keluar dari kereta dipandangnya tajam.


"Dania!Saya nak cakap dengan awak sekejap."

Alvin bergegas mendapatkan Dania.


"Nak cakap apa lagi ni?Rasanya semua dah jelas kan semalam.Apa lagi yang awak tak faham?"

Dania mendongak sedikit memandang jejaka itu.


"Saya nak cakap pasal kita."

Alvin bergerak setapak mendekati Dania.


Dania cuak apabila Alvin berdiri begitu hampir dengannya.Dia kemudian menjarakkan sedikit tubuhnya dari Alvin.


"Pasal kita?Merepeklah.Dah tepi, saya nak balik!"


Baru saja Dania membuka sedikit pintu kereta, Alvin pantas menutupnya kembali.Tangannya disandarkan pada pintu kereta sambil merenung wajah Dania.


"We need to talk.Please.."

Lembut suara Alvin memujuk Dania.


Kalut jadinya Dania dengan kelakuan Alvin.Mata tajam Alvin menikam jauh ke anak mata Dania hingga membuatkan jantung gadis itu berdegup kencang.Lidahnya jadi kelu untuk berkata.


"So, kita nak cakap dekat sini atau dekat cafe?"

Alvin memberikan kata dua apabila gadis itu hanya diam membisu.


"Dekat sini je."

Dania memalingkan wajahnya dari Alvin lalu bersandar di kereta.


"Saya dah jelaskan semuanya pada Ayumi."


Alvin menarik nafas.Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket manakala sebelah lagi masih melekat di pintu kereta.


"Hah?Apa pulak awak cakap dekat dia kali ni?"

Dania cemas memikirkan Ayumi.Dia tidak mahu gadis itu semakin salah faham dengannya.


"Saya jelaskan pada dia, apa yang berlaku ni hanyalah salah faham.Ayumi pun dah boleh terima.Saya jugak dah mintak maaf pada dia sebab tanpa sengaja dah sakitkan hati dia."

Jawab Alvin tenang.


Belum sempat Dania membuka mulut, Alvin berkata lgi.


"Sekarang awak maafkan saya tak?"


Alvin merenung Dania dengan wajah meminta simpati.Dia kini berdiri menghadap Dania yang masih bersandar di kereta.


"Saya akan maafkan awak kalau Ayumi dah tak marah lagi dekat saya ."

Jawab Dania tanpa memandang wajah Alvin.


Alvin tersenyum lega.Kelihatan gadis itu sudah tidak begitu marah padanya.Peluang untuk dia mendekati Dania makin terbuka lebar.



                           ************



"Bang, berhenti bang!"


Kalut Asyraaf menyuruh pemandu Grab itu menghentikan kereta.Setelah kenderaan berhenti di tepi jalan, Asyraaf membayar tambang lalu turun dari kereta.


"Aduh, macamana boleh salah jalan pulak ni!"


Asyraaf menyebak rambut ke belakang.Diperhatinya Danilia Couture yang berada jauh di seberang jalan.Kepala yang tidak gatal digaru-garu.Kemudiannya dia tersenyum pula.


"Jadi dekat sinilah butik dia.Yes, akhirnya!Tak sia-sia aku tipu Abang Fik tadi.Kalau dia tau ni tak pasal-pasal kantoi dengan mama papa."


Asyraaf senyum lebar.Setelah habis waktu sekolah, dia nekad mahu mencari sendiri butik Dania.Dan kini, dia hanya perlu menyeberang dua batang jalan raya untuk bertemu gadis itu.


Asyraaf termengah-mengah setelah tiba di hadapan butik.Susah juga mahu melintas jalan waktu puncak begini.Dipegang dadanya yang mula terasa ngilu.


Saat itu juga, Asyraaf terpandangkan susuk Dania berdiri di sebalik kereta betul-betul di hadapan butik.Namun senyuman Asyraaf mati secara tiba-tiba apabila terpandangkan seorang lelaki sedang berbual mesra dengan Dania.


Asyraaf tidak jadi melangkah menghampiri Dania.Dia bersembunyi di sebalik pohon besar yang ada di situ.Dari kejauhan, dia memerhatikan Dania bersama lelaki itu.


"Siapa pulak jantan tu?Boyfriend dia ke?Takkan cepat sangat dapat pengganti?"

Asyraaf kecewa.Apa yang dilihat di depan mata, jauh dari apa yang diharapkan.


"Arghhh..!!"


Asyraaf mengerang menahan rasa sakit yang semakin menguasai tubuhnya.Dia terduduk di situ dengan tangan menekan dada.


"Jangan sekarang.Tolonglah jangan sakit sekarang!"


Asyraaf mengetap bibir.Nafasnya mula terasa sesak.Peluh dingin kini membasahi dahi.

Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi