Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 44

Alvin menatap kolam air terjun dengan pandangan kosong.Keluhan kecil sesekali dilepaskan.Kemudian kepalanya didongakkan pula memandang ke langit nan gelap.Senyum sumbing terukir pabila wajah manis Dania menjelma di mata.


"Buat apa duduk dekat luar ni sorang-sorang?"

Teguran Encik Iskandar mengejutkan khayalan Alvin.


"Err..saja je ayah.Ambik angin."

Jawab Alvin terbata-bata.


"Kenapa tak temankan Dania..kan dia tak sihat tu."

Tanya Encik Iskandar lagi lalu menarik kerusi dan duduk di samping Alvin.


"Ibu tengah suapkan Dania makan kat atas.Tu yang saya lepak sini kejap.Ayah nak air?Saya buatkan."

Alvin cuba mengelak dari terus disoal siasat oleh bapa mertuanya.


"Takpe.Ayah dah minum tadi.Dania tu macamtu lah Alvin.Nampak je kuat, garang.Tapi bila dengan ibu dia, manja bukan main.Makan pun nak kena bersuap.Lepas-lepas ni kamu lah pulak kena layan perangai manja dia tu."

Sempat Encik Iskandar berseloroh dalam ceritanya.


"Kalau pasal tu small matter je ayah."

Alvin ketawa.


"Hmm, tulah.Ayah bukan apa..ayah kenal sangat dengan anak ayah sorang tu.Harapnya Alvin  bersabar jelah ya.Tapi kalau ada perangainya yang tak elok, kamu tegurlah baik-baik."

Nasihat Encik Iskandar pula.


"Laa..dekat sini rupanya abang.Ingatkan dah tidur."

Kedatangan Puan Saida membantutkan perbualan antara mereka berdua.


"Dah habis suap anak kesayangan makan?"

Tanya Encik Iskandar tatkala  anak matanya jatuh kepada mangkuk di tangan Puan Saida.


"Dah..punyalah lapar anak awak tu, licin haa."

Balas Puan Saida sambil menunjukkan mangkuk bubur yang telah pun kosong.


"Tunggu apa lagi, Alvin.Pergilah naik tengok isteri."

Usik Encik Iskandar.


Dengan tersipu-sipu, Alvin meminta diri untuk naik ke atas.Setibanya di bilik pengantin, jantung Alvin berdebar-debar saat melihat susuk tubuh Dania yang sedang berbaring di atas katil.Perlahan-lahan Alvin merebahkan tubuhnya di atas katil dan berbaring mengiring menghadap Dania yang membelakanginya.


"Awak dah tidur ke?"

Alvin cuba menyapa namun tiada sebarang respon dari Dania.


Dengan berhati-hati Alvin merapatkan tubuhnya ke tubuh Dania untuk mengintai wajah gadis itu.Dan ternyata Dania sudah pun dibuai mimpi.Alvin melepaskan keluhan kecil.Selimut tebal yang membaluti separuh tubuh Dania ditarik ke atas hingga menutupi bahu gadis itu.Kemudian Alvin merebahkan kepalanya di bantal.


"Selamat malam, awak.I love you."

Sempat Alvin berbisik sebelum memejamkan mata.


Dania membuka matanya sedikit demi sedikit.Sebenarnya dia hanya berpura-pura tidur untuk mengelak dari Alvin.Walaupun tubuhnya masih terasa lemah, namun sukar sekali baginya untuk melelapkan mata dengan kehadiran Alvin di situ.Kalaulah diberi pilihan, dia lebih rela tidur sendirian walaupun sudah bergelar isteri.Namun, mahu tidak mahu dia terpaksa akur dengan nasihat ibunya sebentar tadi.


"Nia, walau apa pun perasaan Nia sekarang, satu je Nia kena ingat yang Nia tu dah jadi isteri Alvin.Walau benci macamana pun Nia pada Alvin, gaduh macamana sekali pun, Nia tetap kena hormatkan Alvin selagi dia tak suruh Nia buat apa-apa yang dilarang agama."


Dania ketap bibir.Dipejamkan mata rapat-rapat.Kata-kata ibunya itu tiada satu pun yang dapat disangkalkan, namun hatinya masih berat untuk menerima status diri sebagai isteri kepada lelaki yang langsung tidak dicintainya.







Cahaya mentari yang memenuhi ruang bilik tidur menyedarkan Dania dari mimpi.Terpisat-pisat dia membuka mata.Ditolehnya ke sebelah, namun Alvin sudah pun tiada.


"Pukul berapa dah ni?"


Baru dia teringat yang telefon bimbit berada di dalam biliknya.Sempat Dania meregangkan otot sebelum turun dari katil.Baru saja menapak masuk ke dalam bilik tidurnya, Dania dikejutkan dengan kehadiran Alvin yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar panjang.Dia yang sedang menggosok rambut dengan tuala mandi turut terkejut dengan kehadiran Dania di situ.


"Astaghfirullah, awak ni dah tak reti nak pakai baju ke apa?!"


Dengan pantas Dania memalingkan wajahnya yang sudah terasa membahang.Sakit pula hatinya melihat Alvin yang senang lenang memasuki bilik tidurnya tanpa izin.


"Err sorry, Dania.Tadi saya tanggal baju dalam bilik sana, lupa pulak nak bawak baju baru sekali."

Jawab Alvin sambil membalut tubuhnya yang terdedah dengan tuala mandi.


"Yang awak selamba je masuk bilik saya ni kenapa?!"

Marah Dania lagi dengan wajah yang masih dipalingkan.


"Saya nak mandi lah.Bilik sana kan tak ada bilik air.Takkan tu pun nak marah.."

Jawab Alvin lembut.


"Kalau ye pun, kejutlah saya dulu.Ni tak, main redah je."


"Sorry lah, saya tak nak kacau awak tidur.Lagipun ni kan bilik isteri saya.Tak salah kan?"

Alvin merapati Dania dan mengintai wajahnya yang masih enggan memandang ke depan.


"Kenapa awak takut sangat nak tengok saya?Saya tak kisahlah kalau awak nak tengok.Tak haram pun kan?"

Alvin mencuit hidung Dania lalu berlalu meninggalkan gadis itu sambil bernyanyi kecil.Suka benar hatinya dapat mengusik Dania, apatah lagi melihatkan wajah gadis itu yang merah padam.


Dania menggenggam penumbuk dan mengetap bibir menahan marah.Ikutkan hatinya mahu saja dihadiahkan satu penumbuk ke muka lelaki itu.Mudah sungguh Alvin menggunakan alasan suami isteri untuk dia bebas melakukan apa saja.


'Habislah privacy aku macamni!'


Dania mendengus kasar lalu mencapai tuala mandi.Tidak rela rasanya untuk berkongsi segala hal dengan lelaki itu.





"Alvin cuti berapa lama ni?"

Tanya Encik Iskandar sewaktu mereka duduk minum petang di tepi kolam air terjun.


"Empat hari je, ayah.Tak boleh lama sebab minggu depan saya ada operation."

Jawab Alvin sambil matanya asyik memerhatikan Dania yang sedang menuang teh panas ke dalam cawan.


"Hmm, kalau dah namanya doktor..memang busy jelah memanjang kan, bang."

Celah Puan Saida pula.


"Habis tu, bila nak pergi honeymoon nya?"


Soalan Encik Iskandar yang tidak disangka-sangka itu hampir membuatkan Dania tersedak sewaktu menghirup teh panas.Alvin pula hanya bersikap selamba dan tersenyum manis seperti biasanya.


"Soalan apa ni, ayah?"

Dania menjeling Encik Iskandar dengan pandangan tidak puas hati.Dalam banyak-banyak benda, kenapalah itu juga yang hendak dijadikan topik perbualan.


"Lah, tak betul ke ayah cakap?Takkan tak nak pergi honeymoon, kan Ida?"

Encik Iskandar masih tidak mahu mengalah.Memang tiada salahnya apa yang diutarakan itu.


"Dah kata pun busy..manalah ada masa nak honeymoon honeymoon ni..betul tak awak?"

Dania menjeling Alvin yang kelihatan bersahaja.Dalam hatinya dia berharap yang Alvin akan mengiakan kata-katanya itu.


"Kalau ikutkan busy tu, sampai bila-bila pun busy..Kerja ni takkan pernah habis.By the way..awak nak honeymoon dekat mana?"

Tanya Alvin dengan senyum lebar.


Lain yang diharapkan, lain pula yang didapatnya.Bertambah-tambah rasa sakit hati Dania terhadap Alvin.Dania dapat merasakan yang Alvin sengaja mahu mengenakannya di hadapan ayah dan ibunya.


"Betul tu Alvin.Ayah setuju sangat.Sibuk macamana pun kita ni sebagai kepala keluarga, kenalah luangkan masa jugak dengan isteri.Kalau tak, macamana ayah nak dapat cucu."

Encik Iskandar ketawa senang.Tidak sabar pula rasanya mahu menimang cucu.


Terbatuk Alvin mendengarkan celoteh bapa mertuanya.Sempat dia menghadiahkan senyum nakal kepada Dania yang sedang merenungnya tajam.


"Ayah ni, kan!"

Dania bangun dan meninggalkan mereka dengan perasaan malu dan marah yang membuak-buak.


"Abang ni, malulah dia abang usik dia macamtu."

Kata Puan Saida yang agak kurang senang apabila topik sebegitu dibualkan.Dia faham benar akan perasaan Dania saat itu.





"Eee geramnya...Boleh pulak dia tersengih-sengih macamtu dah macam kerang busuk!Suka sangatlah kan bila ayah cakap pasal tu.Yang ayah ni pun satu, tak ada benda lain ke nak diborakkan?Balik-balik aku jugak yang kena!"


Dania menumbuk-numbuk bantal peluk yang diletakkan di ribaannya.Saat itu juga dia membayangkan yang bantal peluk itu adalah Alvin.Semakin jelas wajah Alvin yang dibayangkan, semakin kuat bantal itu ditumbuknya.


"Kot iya pun geram dekat saya, janganlah jadikan bantal tu sebagai mangsa.Kesian dia kan dah penyek tu.Sinilah tumbuk orangnya.Baru puas hati."

Alvin bersandar di muka pintu sambil kedua tangan disilangkan ke dada.Bibirnya tidak lekang mengukir senyum.


"Awak boleh tak jangan nak tambahkan lagi sakit hati saya ni?!"

Dania bangun dari katil dan meluru ke arah Alvin dengan niat mahu menutup pintu bilik.Namun Alvin lebih pantas menghalang tindakkan Dania itu dengan menutup pintu bilik dari dalam.


"Kenapa nak marah sangat ni?Tak salah pun kan apa yang ayah cakap tu?"

Kata Alvin sambil bersandar di pintu.


"Stop.Saya tak nak cakap pasal tu, okey?!Sekarang boleh tak awak tolong keluar, sebab saya nak mandi."

Dania sudah tidak sanggup untuk berdepan dengan Alvin.Selagi boleh elak, dia akan mengelak dari berdua-duaan dengan lelaki itu.


"Kenapa pulak saya nak kena keluar?Awak nak mandi, mandi jelah."

Kata Alvin selamba.


"Fine, kalau awak tak nak keluar.Biar saya yang keluar."

Hilang sabar Dania dengan sikap Alvin yang mengada-ngada.Sengaja mahu mengujinya.


"Okey, okey..saya keluar.Nak gurau sikit pun tak boleh."

Alvin membuat nada suara seakan merajuk lalu membuka pintu.


"Malam ni jangan tidur sini pulak."

Sempat Alvin mengingatkan sebelum pintu bilik ditutup kasar oleh Dania.


"Memang tak lah aku nak tidur dengan kau malam ni."

Dania buat muka.Seram sejuk rasanya apabila membayangkan kalau dia terpaksa tidur dengan Alvin lagi.


Previous: Bab 43
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi