Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 9

"Kalau tau nak jumpa awak kat sini, saya dah ajak Ayumi tadi."

Dania bersuara tiba-tiba.

Tidak tahu kenapa lancang sekali mulutnya menyebut nama Ayumi.Dipandangnya wajah Alvin yang nampak terkejut.


"Kenapa dengan Yumi?Dia kenal Alvin ke?"

Rizki bertanya kehairanan.


"Baru jumpa sekali kan, Alvin.Masa kat pasaraya hari tu.Ingat lagi tak?"

Kata Dania lagi seakan menyindir.


"Oh, Ayumi kawan awak tu..Ingat-ingat."

Alvin mengangguk-ngangguk.


Rizki terdiam.Teringat kembali lelaki misteri yang diceritakan Nabila tempoh hari.Rupa-rupanya lelaki misteri yang bersama Dania itu tidak lain tidak bukan adalah sahabatnya, Alvin.

Rizki tarik nafas lega.Tetapi dalam masa yang sama, dia merasa bersalah terhadap Dania kerana sempat mencurigai tunangnya itu.


"Oh, yeke?Kau tak bagitau aku pun yang kau jumpa Dania?"

Rizki sengaja mahu menduga sahabatnya itu.


"Kebetulan je terjumpa.Takkan tu pun aku nak kena report kat kau?"

Alvin pura-pura ketawa.Rizki turut sama ketawa.


"Ayumi tu nak sangat berkenalan dengan awak."

Sakit pula hati Dania mendengar dua sahabat itu ketawa mesra.Bagi Dania, kehadiran Alvin di situ tidak lebih dari pengganggu.


"Suruh jelah Alvin ni datang butik.Kan senang?"

Cadang Rizki.

Terbatuk Alvin mendengarnya.Dania turut terkejut mendengar cadangan Rizki itu.Dia sama sekali tidak menyetujuinya.Datang ke butik bermakna dia juga harus menemui Alvin.


"Awak ni, kesian Alvin.Saya cuma sampaikan niat Ayumi je.Nak jumpa ke tak nak jumpa tu terpulanglah pada Alvin.Takkan nak paksa pulak."

Dania cuak.

Dia cuba mengenakan Alvin tetapi dia pula yang hampir terjerat.Sengaja dia mahu melihat reaksi Alvin soal Ayumi kerana dia yakin tentang apa yang dirasakannya.Seandainya Alvin menolak, itu akan mengukuhkan lagi teorinya bahawa jejaka itu memang ada menyimpan perasaan terhadapnya.


"It's okay.Kalau nak berkawan tu tak salah.Tapi kalau nak serius ke apa, i'm not ready yet."

Ujar Alvin tersengih menutupi gejolak di hatinya.

Rizki hanya diam melihat raut wajah Alvin yang berubah.Dania juga.


Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Alvin, Rizki dan Dania meninggalkan perkarangan cafe menuju ke rumah.


"Awak bagitau Alvin ke kita makan kat situ?"

Soalan Dania menghilangkan fokus Rizki kepada pemanduannya.


"Taklah.Kenapa pulak saya nak bagitau dia?Untuk apa?"

Bidas Rizki.


"Wow!What a coincidence!"

Dania ketawa mengejek.

Seperti tidak percaya yang itu hanya satu kebetulan.Dalam ramai-ramai umat, Alvin yang datang ke situ.


"Kalau memang saya ajak dia, saya dah bagitau awak.Tapi terpulanglah awak nak percaya ke tak."

Rizki menoleh Dania sekilas.Dia berharap agar Dania tidak lagi membicarakan soal Alvin.Sebolehnya dia tidak mahu bertekak dengan gadis itu.

Dania hanya diam.Sakit hatinya mengenangkan makan malam yang sepatutnya berakhir dengan kebahagiaan, rosak gara-gara orang ketiga.


Sampai sahaja di rumah, Dania buru-buru mahu keluar dari kereta.


"Sayang!"

Rizki menahan.Lengan Dania dipegang kejap.


"Awak marahkan saya ke?"


"Nope.Memangnya awak salah apa?Saya masuk dululah.Mengantuk."

Dania menarik lengannya dari tangan Rizki lalu menapak keluar dari kereta.Beberapa saat kemudian, kelibat Dania hilang dari pandangan.


Rizki melepaskan keluhan berat.Niatnya untuk berbaik semula dengan Dania tidak kesampaian.Semuanya malah menjadi semakin kacau.


Di bilik, Dania mencampakkan beg tangannya ke atas katil sebelum menghempaskan pula tubuhnya.Kemudian dia duduk bersimpuh lalu sebiji bantal kepala dicapai.


"Benci!Benci!"

Ditumbuknya bantal itu berulang kali sehingga puas.Dania benar-benar muak dengan semua yang berlaku.Kalau dulunya dia perlu bersabar dengan sikap Rizki yang menyebalkan.Tetapi sekarang, dia perlu bertoleransi dengan Alvin pula.


"Apa yang harus aku lakukan, Ya Allah?Apa aku harus bertahan saja dengan semua ni?Tapi aku cuma manusia biasa Ya Allah.Aku cuma manusia yang lemah.Aku takut aku tak mampu nak hadapi semua ni di kemudian hari.Aku takut Ya Allah."

Dania merintih sayu.

Bantal yang menjadi mangsa kemarahannya tadi, kini basah di ribaannya dengan air mata.


Kepulangan Rizki disambut adiknya, Nabila yang masih belum tidur.


"Ni kenapa tak tidur lagi?"

Tanya Rizki kepada Nabila.


"Tunggu abang baliklah."


"Sejak bila adik abang ni jadi guard?"

Rizki ke dapur untuk mengambil air.Tekaknya terasa haus.Nabila turut mengekorinya dari belakang.


"Abang dengan Kak Nia ok ke?"

Nabila cuba mengorek cerita dari abangnya.Dia masih belum puas dengan syak wasangka terhadap bakal kakak iparnya itu.


"Maksud Abil tanya macam tu apa?Ni mesti pasal lelaki misteri tu lagi kan?"

Rizki sengaja menduga adiknya.


"Jadi abang dah tau la?"


"Tau apa?"


"Pasal Kak Nia dengan lelaki tulah."


"So, Abil nak bagitau abang yang Kak Dania ada scandal dengan kawan baik abang sendiri?Macam tu?"


"Kawan?Kejap, jadi lelaki yang Abil nampak dengan Kak Nia tu.."

Nabila gigit bibir.Lidahnya kelu tiba-tiba.


"Yup!And for your information, Kak Yumi ada sekali tau kat situ.Abil tau tak?Abang ni hampir tuduh Kak Dania disebabkan mulut Abil.So, lepas ni abang tak nak dengar lagi Abil cakap yang bukan-bukan pasal Kak Dania.Boleh?"

Kata Rizki panjang lebar.


Nabila hanya mengangguk.Dia tidak berani memandang wajah Rizki.Dia sedar yang dia telah membuat satu kesalahan besar.


"Abil mintak maaf, abang."


"Bukan mintak maaf pada abang.Tapi pada Kak Dania."

Rizki senyum lalu mencuit pipi adiknya sebelum berlalu pergi.Sementara Nabila masih diam di situ, bersama rasa bersalahnya.


*********************************


"Sayang, boleh tak kalau kita bincang pasal kita?"

Rizki mula bersuara sewaktu dalam perjalanan menghantar Dania ke butik pada pagi itu.


"Nak bincang apa?"

Tanya Dania malas.Sungguh dia tiada hati untuk bercakap dengan Rizki.


"Saya tau kebelakangan ni saya selalu buat awak kecil hati dan marah dengan saya.Kalau awak tanya kenapa, saya sendiri pun tak tau apa alasan yang saya nak bagi pada awak.Tapi percayalah, sayang.Walau apa pun terjadi, saya tetap akan mencintai awak sepenuh hati.Sama macam dulu.Takkan ada yang berubah."

Tenang sahaja Rizki menuturkan kata-kata sambil terus memerhatikan jalan raya di hadapannya.


Dania memandang Rizki tidak berkelip.

'Bukankah ini yang kau nak Dania?Bukankah ini yang kau nak dengar dari mulut Rizki selama ni?Tapi kenapa rasanya sakit sekali?Seolah-olah orang yang kau sayang dan cinta sesungguh-sungguhnya mahu pergi dari hidup kau buat selama-lamanya.'

Gumam Dania dalam hati.

Dania sebak.Dia menekup mulutnya dengan telapak tangan menahan tangis.


"Sayang, kenapa ni?"

Rizki cemas melihat Dania yang menangis tersengguk-sengguk.

Rizki pantas memberhentikan kereta di pinggir jalan.


"Sayang, saya mintak maaf.Saya tak ada niat pun nak buat awak menangis."

Rizki genggam tangan Dania yang basah menyeka air mata.


"Saya tak nak awak tinggalkan saya Rizki.Walau apa pun yang terjadi, awak tak boleh tinggalkan saya!"

Dania teresak-esak bagai anak kecil.

Sayu hati Rizki melihat Dania begitu.


"Sayang, sikit pun tak terlintas di hati atau fikiran saya untuk tinggalkan awak."

"Pandang saya, Aulia."

Rizki memalingkan tubuh Dania menghadapnya.Ditatapnya wajah Dania penuh cinta.Lalu disapunya lembut air mata di pipi Dania yang basah.


"Hati saya, selamanya akan jadi milik awak.Saya cintakan awak, Dania Aulia."

Rizki berkata lagi sambil tangan kanan Dania diletakkan di dada kirinya.

Dania tersenyum bahagia.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi