Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 35

"Dia ingat dia siapa main redah je, suka hati nak melamar anak orang.Ee geramnya..!I hate you, Alvin!I hate you!"

Dania melemparkan apa saja barang yang dicapainya ke lantai.Kalau tak kerana ibu dan ayahnya ada di situ, sudah pasti jejaka itu menjadi mangsa tumbukkannya.


"Ya Allah, apa ni Dania?!"

Puan Saida tercegat di muka pintu dengan mulut terlopong melihat bilik tidur Dania yang sudah seperti tongkang pecah.


Dania tidak mempedulikan ibunya.Dia duduk di atas katil dengan perasaan marah.


"Ibu tak tau pulak anak ibu ni panas baran orangnya."

Sempat Puan Saida mengusik lalu duduk di  sisi katil menghadap Dania.


"Ibu, Alvin tu memang dah melampau!Nia benci dia!"

Dania bersuara dengan suara tersekat-sekat menahan marah.


"Hmm, jangan benci-benci sangat, takut jatuh sayang pulak."

Puan Saida mengusik lagi.


"Ibu, kenapa ibu bela si Alvin tu?Nia tak suka dia dan tak akan kahwin dengan dia!"

Marah Dania lagi.Merah matanya menahan tangis.


"Sayang, tak ada siapa yang paksa Nia kahwin dengan Alvin atau sesiapa pun.Tapi ibu mintak Nia jangan buat keputusan dalam keadaan marah.Tenangkan diri, kemudian tanya hati Nia apa sebenarnya yang Nia nak dalam hidup ni.Nia nak terus-terusan hidup dalam bayang-bayang Rizki, atau hidup bahagia bersama orang yang tulus cintakan Nia?"

Ujar Puan Saida cuba menasihati anaknya.


"Lagi satu yang Nia kena ingat, peluang yang kita dapat hari ni mungkin takkan datang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.Nia fikirlah baik-baik ya, sayang.Minta petunjuk dari Allah."

Sambung Puan Saida lagi lalu meninggalkan Dania sendirian.


Dania menyembamkan mukanya ke lutut.Kata-kata Puan Saida sedikit sebanyak menenangkan hatinya.Dia sedar sekarang yang dia terlalu mengikutkan emosi sehingga tidak dapat berfikir jernih.


Namun begitu, menerima lamaran Alvin adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.Dia tau Alvin seorang lelaki yang baik, tetapi hatinya sedikit pun tidak terbuka untuk jejaka itu.Bagaimana dia mahu hidup bersama orang yang langsung tidak dicintainya?



                      **********



"Anak mama fikir apa ni?Kenapa tak tidur lagi?"

Tanya Puan Melinda ketika menghampiri Asyraaf yang sedang termanggu di balkoni.


"Tak ada fikir apalah.Tak boleh tidur lagi."

Jawab Asyraaf acuh tak acuh saja.


"Sampai bila Raaf nak merajuk dengan mama ni.."

Tanya Puan Melinda lembut.


"Kalau Raaf merajuk pun, tak ada apa yang akan berubah pun kan?"

Asyraaf memerli Puan Melinda.


"Okeylah, mama mintak maaf sekali lagi, ya sayang?Raaf nak apa?Nanti mama telefon papa suruh papa belikan bila dia balik dari Germany nanti, okey?"

Pujuk Puan Melinda.


"Ma..Raaf ni bukan budak kecil lagi.Okeylah, Raaf dah ngantuk.Selamat malam."

Lalu Asyraaf bergerak ke katil dan berpura-pura tidur.


Puan Melinda hanya memerhatikan gerak geri Asyraaf dengan pandangan kecewa.Kemudian dia menutup pintu gelangsar lalu menapak keluar dari bilik.


Asyraaf membuka mata perlahan-lahan lalu memastikan yang ibunya sudah pun tiada.Kemudian dia bangun dan bersandar di kepala katil.Telefon bimbit dicapai lalu bibirnya mengukir senyum.



                          ***********



Sebaik merebahkan tubuh di atas katil, Dania memeriksa telefon bimbitnya.


"Saya akan tunggu jawapan dari awak, Dania.Saya yakin suatu hari nanti awak pasti akan jadi milik saya." -Alvin.


Dania mendengus membaca kiriman dari Alvin.Nampaknya jejaka itu semakin berani meluahkan isi hatinya.


"Jangan mimpi.Sampai bila-bila pun saya takkan kahwin dengan awak!" 


Pantas Dania membalas kiriman Alvin lalu telefon bimbit dicampak ke sisi.Kemudian dia cuba untuk melelapkan mata namun rasa marah yang masih menguasai menyukarkannya untuk terus tertidur.


Sedang Dania berusaha melelapkan mata, telefon bimbitnya berdering.Dengan perasaan marah, Dania menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama pemanggil yang tertera.


"Awak ni memang tak faham bahasa melayu eh?Saya kata saya takkan kahwin dengan awak!So, stop text and calling me!"

Dania menghamburkan kemarahannya dengan mata terpejam.


"Awak nak kahwin?!"


Suara yang bergema di talian membuat Dania tidak jadi mematikan talian.Matanya terbuka lebar.Suara yang didengarinya itu jauh berbeza dari suara Alvin.Perlahan-lahan Dania melihat skrin telefon bimbitnya.


'Ya Allah!'

Dania menekup mulut, terkejut saat menyedari nama Asyraaf yang tertera, bukan sebaliknya.Telefon bimbit kembali ditekapkan ke telinga.


"Hello, Aulia!Hello!"

Asyraaf memanggil-manggil Dania setelah tiada balasan dari gadis itu.


"Err, Asyraaf.Sorry, sorry!Saya ingatkan orang lain tadi.Ada apa call?"

Tergagap-gagap Dania menjawab.


"Saje..saya tak boleh tidur fikirkan awak."

Jawab Asyraaf selamba.


"Oo.."

Dania yang masih panik dengan kesilapannya, tidak sedar apa yang diucapkan Asyraaf.


"Jadi betul ke awak nak kahwin?Dengan lelaki tu?"

Asyraaf masih tidak berpuas hati dengan apa yang didengarnya tadi.Rasa marah dan cemburu bercampur menjadi satu.


"Hah, kahwin?Mana ada, awak salah dengar ni.Okeylah, Asyraaf.Saya dah mengantuk sangat ni.Kita borak lain kali, ya."

Kalut Dania dengan pertanyaan Asyraaf.


"Aulia, awak nak mengelak dari saya ke?"

Laju saja Asyraaf bertanya.


"Kenapa pulak cakap macamtu..Betul, saya dah mengantuk sangat ni.Awak pun kena tidur awal, okey.Esok nak sekolah, kan?Selamat malam, Asyraaf.Assalamualaikum."

Pantas talian dimatikan.


Sungguh Dania tidak ada hati untuk berbual lama dengan Asyraaf.Otaknya masih saja memikirkan perlakuan Alvin siang tadi.



                           ***********



"Ahh..!!"


Asyraaf mencampakkan telefon bimbitnya ke lantai.Mujur saja lantai biliknya beralas karpet lembut, kalau tidak sudah tentu telefon bimbitnya pecah berderai.


Asyraaf tidak dapat menahan perasaan marahnya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.Rasa sayang yang mula tumbuh terhadap Dania semakin mengucar kacirkan hidupnya.Dia sendiri tidak mengerti mengapa sedalam itu perasaannya terhadapa Dania seolah-olah gadis itu sudah lama bertapak dalam hatinya.


"Arghh!Mama.."

Asyraaf pegang dada yang kembali sakit.Dia cuba bangun dari katil untuk mengambil ubat tetapi tubuhnya terasa kaku tiba-tiba.



                           ***********



"Kalau dah hari-hari termenung, bila nak siap design barunya bos.."

Ayumi menegur Dania yang langsung tidak menyedari kehadirannya.Gadis itu dilihat sedang merenung kertas putih di atas meja sambil sebelah tangan menongkat kepala.


"Yumi, aku tengah fikir nak buat design apa.Tak ada idea lah."

Bohong Dania.


"Yeke sebab tu.Bukan sebab fikirkan Alvin?"

Duga Ayumi.


"Kau ni kalau sehari tak sebut nama mamat cina tu tak boleh ke?"

Menyirap darah Dania mendengar nama itu.


"Kalau dah marah-marah camni, mesti gaduh kan?Kata tak suka, tapi gaduh macam orang bercinta."

Usik Ayumi lalu menarik kerusi dan duduk di hadapan Dania.


"Tak payahla nak perli-perli aku pulak.Aku tengah serabut ni!"

Sakit pula hatinya dengan usikan Ayumi.


"Sorry..ceritalah kenapa.Apa yang serabut sangat tu?"

Pujuk Ayumi.Tidak sabar mahu mengorek cerita dari Dania.


"Aku serba salahla nak cerita dengan kau, Yumi.Tapi aku dah tak tau nak mengadu dekat siapa lagi."

Keluh Dania lalu menyandarkan tubuh ke kerusi.


"Kalau kau masih anggap aku ni kawan baik kau, ceritalah.Kalau tak, tak payah.Simple."

Kata Ayumi bersahaja.


Lama Dania berdiam sambil menatap wajah Ayumi yang tenang.Mulutnya teragak-agak untuk memulakan bicara.


"Kalau kau takut aku akan terasa, marah atau sedih dengan cerita kau, aku rasa kau masih tak faham dengan apa yang aku cakap semalam."

Ayumi tarik muka lalu turut bersandar di kerusi.


"Okey, kalau kau dah cakap macamtu.Semalam Alvin datang rumah aku.Kau tau apa dia cakap dekat my parents?Dia nak melamar aku!Kau boleh bayangkan tak perasaan aku masa tu?"

Cerita Dania dengan dada yang berombak menahan marah.


"Wow!Akhirnya dia kotakan juga kata-kata dia kan.Cuma aku tak sangka pulak secepat itu dia bertindak."

Ayumi ketawa geli hati.


"Yumi.."

Dania memandang Ayumi dengan perasaan sebal.


"Okey, sorry.Lepas tu, kau cakap apa?Kau terima tak?Parents kau macamana?"

Tanya Ayumi bertalu-talu.


"Dah sah-sah lah aku tak terima.Aku cakap dekat dia jangan harap dia nak kahwin dengan aku.Aku rasa mamat tu dah gila lah, Yumi."

Dania mendengus.Semakin banyak dia bercerita, semakin sakit hatinya mengenangkan jejaka itu.


"Memanglah, gilakan kau kan?"

Ayumi mengusik lagi dengan senyum senget.


"Tapi kau tak patutlah buat dia macamtu, Nia.Mesti dia malu gila depan parents kau."

Ujar Ayumi lagi.


"Habis, malu aku ni dia tak fikir pulak?"

Dania pegang kepala yang mula terasa berat.


"Tapi Alvin pun salah jugak.Patutnya dia bincang dulu dengan kau sebelum datang ke rumah."

Ayumi cuba menenangkan Dania yang sedang marah.


"Aku tak taulah, Yumi.Nak menghadap ibu dengan ayah aku pun dah tebal rasanya muka ni.Dahla diorang sokong pulak aku kahwin dengan mamat tu.Geramnya!"


Dania menyembamkan mukanya ke meja.Perasaanya sedikit lega kerana telah dapat meluahkan apa yang terbuku di dada.Namun fikirannya tetap saja berkecamuk dengan situasi yang terpaksa dilaluinya.


"Dahlah tu, jangan dipaksakan sangat nanti kau pulak yang sakit.Aku nak cakap banyak pun tak boleh sebab kau sendiri yang kena buat pilihan.Cuma kalau aku boleh bagi nasihat, kau janganlah terlalu anggap negatif dengan semua ni.Cuba kau fikirkan dari sudut positif.Mungkin saja Allah sedang uji kau sekarang, dan tak mustahil juga Allah sedang beri petunjuk pada kau."

Ujar Ayumi dengan panjang lebar.


Dania angkat muka mendengarkan kata-kata Ayumi.Direnungnya wajah Ayumi dengan pandangan sayu.


"Pilihan di tangan kau, Nia.Tak ada siapa yang boleh buat keputusan untuk kau.Apa-apa pun berbaliklah kepada Yang Maha Mengetahui.Seberapa jauh pun kita cuba lari, kalau dah sesuatu tu ditakdirkan untuk kita, pasti akan datang pada kita juga pada waktu yang tepat.Dah jangan bebankan sangat fikiran kau, okey?Aku pergi buat kerja dulu."

Ayumi menyambung nasihatnya lalu keluar meninggalkan Dania.


Terkebil-kebil sendiri Dania cuba menelan setiap satu kata yang diucapkan sahabatnya itu.Kepala yang tadinya terasa berat mula berdenyut.Beg tangan di sisi meja dicapai lalu kotak ubat dikeluarkan.


Setelah menelan ubat, Dania bergerak menuju ke sofa lalu menyandarkan kepala.Jari jemarinya memicit dahi dengan mata terpejam.Sungguh Dania merasa tidak berdaya untuk melakukan apa-apa saat itu.Di ketika itu juga, bayangan wajah Alvin dan Asyraaf kembali menyapa di ruang ingatan.



Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi