Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 15

Hari ketiga, Dania masih mendapat bunga yang sama.Sejambak mawar merah tanpa kad ucapan.Dan Ayumi jugalah yang menerimanya.


"Kau tanya tak?"

Dania menanyakan Ayumi perihal identiti pemberi bunga misteri itu apabila jambangan bunga sudah pun berada di tangannya.


"Tanya..tapi budak tu cakap dia pun tak tau.Dia cuma buat kerja dia je."

Jawab Ayumi.


"Alah..kau tak payah fikir sangatlah ok?Just take it as a normal.Oklah, Nia.Aku balik dulu ek.Jumpa esok.Bye!"

Ayumi meminta diri seraya meninggalkan Dania bersama misteri yang semakin menyelubungi.


Sepeninggalan Ayumi, Dania mencampakkan jambangan bunga itu ke dalam bakul sampah.


"Maaflah ya, bunga.Aku tau kau tak salah.Tapi aku cuma terima bunga dari orang yang aku sayang je."

Dania merengus.Mawar merah yang terperuk di dalam bakul direnung tajam sebelum kembali dengan pekerjaannya.


Setengah jam kemudian, Rizki pun tiba di butik.


"Hai, sayang!Untuk awak."

Rizki menghulurkan sejambak mawar merah kepada Dania sebaik gadis itu membuka pintu.

Dania tergamam.Huluran Rizki tidak bersambut.Dania hanya kaku memandang jambangan bunga di tangan Rizki.


"Saya tau saya dah lama tak bagi awak bunga kan?I'm so sorry, sayang.I hope you like it."

Sekali lagi Rizki menghulurkan jambangan bunga kepada Dania.Dan kali ini hulurannya disambut.

Dania hanya diam.Lama dia memerhatikan jambangan itu.Kad yang terselit, jumlah kuntuman mawar yang berbeza dan bungkusan yang juga berbeza dari jambangan bunga yang diterima sebelumnya dari insan misteri.


"Terima kasih."

Dania senyum paksa.


"Tak nak pelawa saya masuk ke?Atau nak terus balik?"

Tanya Rizki yang masih berdiri di muka pintu.


"Masuklah.Saya nak kemas barang kejap."

Balas Dania.


Seketika dia teringat perihal bunga yang dibuang ke dalam bakul sampah.Dania cemas.Dia tidak mahu sampai Rizki tau kewujudan bunga itu.Dia yakin sekali bunga yang diterimanya tiga hari berturut-turut itu bukan pemberian Rizki.



"Riz, jomlah balik!"

Dania menggamit Rizki yang mula melangkah ke sekitar kawasan butik.Kemudian dia bergegas ke bilik pejabat untuk mengambil beg tangan.


"Tadi kata nak kemas?Dah siap ke?"

Rizki kehairanan dengan sikap tunangnya itu.


"Err, saya lupa saya dah siap kemas tadi sebelum awak sampai.Jomlah!"

Dania menarik lengan Rizki.

Beberapa detik kemudian, mereka sudah pun berada di dalam perut kereta.


"Sayang ni kenapa?Pelik je saya tengok."

Rizki memandang Dania yang sedari tadi hanya tunduk menatap jambangan mawar di ribaannya.


"Pelik?Apa yang pelik?Awak tu yang pelik tiba-tiba je bagi bunga."

Dania pura-pura sengih menutupi rasa gundah di hati.


"Saya tau saya kurang bagi perhatian dekat awak sekarang ni.I'm sorry."

Rizki menoleh Dania sekilas.Gadis itu tidak membalas kata-katanya.


"Apa kata nanti lepas kahwin kita hias bilik kita dengan bunga ros, nak?Mesti cantik kan?"

Rizki cuba mengajak Dania berbicara.Rasa bersalah kembali menghuni taman hatinya kini.


"Suka hati awaklah."

Dania senyum seraya menoleh ke arah Rizki sekilas.






"Arghh..serabut!Kenapa mesti nak fikir pasal orang yang tak wujud dalam hidup kau?!"


Dania menekup muka dengan bantal.Susah sekali untuk dia melelapkan mata malam itu.Pemberian bunga dari insan misteri ternyata sangat menggugat ketenangan hatinya.Kemudian dia bangun dari pembaringan lalu mencapai jambangan bunga di atas meja solek.Sekeping kad ucapan yang terselit di celahan bunga ditarik.


"Sayangku, hatimu akan selalu jadi milikku, begitu juga hatiku.I love you so much."


Baris kata yang tertulis di situ dibacanya dalam hati lalu kembali ke katil bersama kad di tangan.Jambangan bunga pula dibiarkan sahaja di atas meja solek.


Dania berbaring.Ucapan pada kad dibacanya berkali-kali tanpa jemu.Setelah puas, diletakkan pula kad itu ke dada.


'Apakah kita akan bahagia hidup bersama?'

Pertanyaan itu muncul di benaknya tiba-tiba.Dalam sekelip mata, Dania dibuai mimpi indah bersama kad ucapan yang masih digenggam di dada.







"Kenapa bunga ni boleh ada kat sini?Kan aku dah buang semalam?"

Dania menegur sebaik sahaja sampai di butik pagi itu.Mawar merah yang dibuangnya semalam kini terletak elok di dalam balang kaca.


"Aku yang kutip.Kenapa kau buang?Tak baik tau tak hargai pemberian orang."

Kata Ayumi bersahaja.


"Yumi, cuba kalau kau ada kat tempat aku.Lagi beberapa hari je lagi kau nak nikah, tiba-tiba ada entah siapa-siapa bagi kau bunga.Cuba nak rosakkan hubungan kau dengan tunang kau.Kau rasa kau happy ke dapat bunga ni?"

Marah Dania.Sakit hatinya bila memikirkan bahawa ada yang sengaja ingin mengganggu hubungannya dengan Rizki.


"Tapi kalau kau tak bagitau, Rizki takkan tau kan?So, biar jelah.Kenapa kau nak kalut sangat?"

Bidas Ayumi.


"Sekarang memang dia tak tau, lambat laun dia akan tau jugak.Dan aku tak nak benda ni berlarutan even bila aku dah nikah nanti.Kau faham tak?"

Dania merengus lalu masuk ke dalam pejabat.Pintu bilik dihempas kuat.


Ayumi terkejut dengan sikap Dania.Hal yang dianggap enteng baginya justeru rumit buat Dania.Ayumi menyesal kerana terlalu mencampuri urusan peribadi Dania.Dia mengetuk pintu bilik pejabat lalu menolaknya perlahan.


"Nia..aku mintak maaf.Aku tak ada niat pun nak masuk campur hal peribadi kau.Aku tau aku salah.Sepatutnya aku faham keadaan kau sekarang."

Kata Ayumi dengan rasa bersalah yang bertandang.

Dania hanya mengeluh.Kata-kata Ayumi dibiarkan sepi.


"Takpelah aku buat keje dulu."

Ayumi hampir berkecil hati kerana Dania tidak mempedulikannya.


"Yumi!"

Ayumi tidak jadi menutup pintu apabila Dania menggamitnya.


"Aku pun nak mintak maaf.Tak sepatutnya aku marah-marah macamtu tadi.Lately ni aku rasa stress sikit.Pasal bunga tu kita tak payahla bincangkan lagi, ok?Aku pun dah malas nak fikir."

Kata Dania lalu tersenyum.


"Ok, Nia."

Ayumi tersenyum lega mendengar kata-kata Dania.


"Kau nak aku buang ke bunga-bunga tu?"

Tanya Ayumi.


"It's okay.Dah layu nanti baru buang."

Balas Dania.


Ayumi mengangguk seraya menutup pintu.Dania mengeluh.Tiba-tiba dia terpandangkan kalendar di atas meja.


"Lagi seminggu..sepatutnya aku jadi orang yang paling bahagia sekarang.Bukan nak kena fikir hal remeh temeh macamni."

Dania mengeluh lagi.Kalendar yang kini berada di tangan direnung.Hatinya berdebar hebat.Tangan kanannya diletakkan di dada.


Petang itu seperti biasanya, Rizki menjemput Dania di butik.Berakhirnya hari itu, Dania lega sekali kerana tiada lagi kiriman bunga dari peminat misteri.


"Senyum je hari ni?Biasa masam je time balik."

Rizki menegur Dania sesudah mereka berada di dalam kereta.


"Awak ni, senyum salah tak senyum pun salah.Awak nak saya buat muka macamana?"

Dania cebik bibir.


"Cakap macamtu pun tak boleh..Kenapa sensitif sangat ni, hmm?"

Rizki mencuit pipi Dania.


"Sedar tak sedar, lagi seminggu je lagi kan?Awak dah ready ke?"

Dania tidak mempedulikan usikan Rizki.Fikirannya kini hanya tertumpu kepada majlis perkahwinan yang semakin hampir.


"Saya dah lama bersedia untuk hidup dengan awak.Tapi semua tu bergantung pada ketentuan Allah kan, sayang?"

Rizki menjawab dengan tenang.Matanya tetap fokus kepada jalan raya di hadapan.


"Apa maksud awak cakap macam tu?"

Dania kehairanan.Lagi-lagi Rizki mengucapkan sesuatu yang aneh.


Rizki tidak menjawab.Tangan kirinya mencapai tangan kanan Dania lalu dibawa ke ribaannya.


"Saya harap kita dapat nikmati saat-saat macamni selama-lamaya."

Kata Rizki seraya melepaskan tangan Dania untuk menukar gear.

Dania terkedu.Dia memandang Rizki tidak berkedip.


"Kenapa sayang pandang saya macam tu?Taulah handsome."

Rizki ketawa kecil.


"Saya harap saya dapat pandang awak macamni sampai bila-bila."

Ujar Dania perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Rizki.

Rizki senyum.Namun senyumannya menyimpan suatu rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa.Bahkan dirinya sendiri.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi