Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 33

"Asyraaf, bangun Asyraaf!Jangan tinggalkan saya!"

Dania menggoncang tubuh Asyraaf yang terkulai dengan mata terpejam rapat.Dengan terketar-ketar Dania meletakkan jarinya di hidung Asyraaf.


"Ya Allah, Asyraaf!Asyraaf!"

Dania meraung apabila menyedari remaja itu sudah tidak bernafas lagi.


"Asyraaf!!"

Dania tersedar dari mimpi.Terpisat-pisat matanya memerhatikan sekeliling bilik tidur yang hanya disinari cahaya lampu kuning.


"Ya Allah.Astaghfirullahalazim.."

Dania menutup muka dengan tapak tangan.


"Kenapa aku boleh mimpi sampai macamni?Asyraaf.."

Dania pantas mencapai telefon bimbit di atas meja kecil di sisi katil.Jam di skrin baru menunjukkan pukul dua setengah pagi.Kemudian dia memeriksa panggilan masuk dan aplikasi Whatsapp.


"Kenapa aku rasa berdebar-debar?Kenapa tiba-tiba aku risaukan dia?"

Dania hampa setelah mendapati tiada satu pun kiriman dari Asyraaf.


"Macamanala keadaan dia sekarang?"

Dania berbaring semula.Telefon bimbit diletakkan ke dada.


Tidak lama kemudian, dia bangun semula menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.Selesai menunaikan solat sunat Tahajjud, Dania kembali semula ke katil.Perasaannya sedikit tenang, tidak seperti sebelumnya.Lalu dia tertidur semula dengan telefon bimbit tergenggam di tangan.



                        ***********



Sesampainya di butik pagi itu, Dania berdebar melihat kereta Ayumi sudah pun berada di situ.Dania menarik nafas panjang kemudian turun dari kereta.


"Assalamualaikum.Hai, Yumi."

Dania menyapa Ayumi dengan teragak-agak ketika melangkah masuk ke butik.


"Waalaikumussalam, hai!"

Ayumi membalas sapaan Dania dengan wajah ceria.


"Yumi.."

Dania menghampiri Ayumi yang turut bergerak ke arahnya.


"Dania, aku tau apa kau nak cakap.Tapi sebelum tu, aku nak mintak maaf.Aku dah buat salah dengan kau.Aku terlalu ikutkan perasaan.Maafkan aku,Nia."

Ayumi menatap Dania dengan wajah sayu.Ayumi sedar tidak sepatutnya dia bersikap begitu terhadap Dania yang sudah lama menjadi sahabatnya, hanya kerana perasaannya terhadap seorang lelaki.


"Yumi, kau dah tak marahkan aku?"

Dania lega mendengar kata-kata Ayumi tetapi dia tetap saja merasa bersalah terhadap gadis itu.


"Tak ada sebab aku nak marah kau.Aku malu dengan kau, Nia.Aku malu dengan diri aku sendiri.Maafkan aku."

Kata Ayumi bersama linangan air.


"Yumi!"

Dania memeluk Ayumi erat.Dia bersyukur kerana Ayumi masih mahu menganggapnya sebagai sahabat dengan apa yang telah terjadi.


"Aku tak pernah salahkan kau, Yumi.Aku pun nak mintak maaf.Kalau tak kerana aku, mungkin kau dengan Alvin.."

Kata-kata Dania terhenti setakat itu.


"Nia, rasa cinta tu tak boleh dipaksakan.Memang sakit bila dia tak balas perasaan aku.Tapi aku tak ada hak nak halang dia dari cintakan kau."

Kata Ayumi sambil memegang tangan Dania.


"Nia, walaupun aku belum cukup kenal dengan Alvin, begitu juga dengan kau, tapi aku dapat rasakan Alvin tu lelaki yang baik, sama macam Rizki.Aku boleh nampak dalam mata dia yang dia betul-betul ikhlas cintakan kau.Kau bertuah Nia sebab dapat pengganti sebaik Rizki."

Sambung Ayumi lagi dengan senyuman.


"Yumi, aku.."

Dania tidak tahu bagaimana harus dia membalas kata-kata Ayumi.Sedangkan dia sendiri tidak pasti apakah dia mampu menerima lelaki lain dalam hidupnya selain Rizki.


"Nia, aku tak paksa kau terima Alvin.Lagipun aku faham kau masih tak dapat lupakan Rizki.Tapi percayalah Nia, Allah pasti akan menggantikan apa yang kita telah hilang dengan sesuatu yang lebih baik.Kau cuma perlu buka mata dan hati kau je."

Kata Ayumi lagi cuba menyakinkan Dania.


Dania hanya tunduk setelah mendengar kata-kata Ayumi.Air mata yang sedari tadi bergenang di tubir mata, jatuh ke pipi jua.


"Lepas ni aku tak nak tengok kau cuba mengelak dari Alvin lagi disebabkan aku.Kalau kau buat macamtu, aku rasa aku dah tak boleh nak kerja dekat sini lagi dengan rasa bersalah."

Ayumi berkata dengan wajah serius.


"Yumi, kenapa cakap macamtu?"

Dania cuak mendengar ucapan Ayumi.


"Aku serius, Nia.Kenapa tengok aku macamtu?Aku okeylah!"

Ayumi ketawa apabila Dania memandangnya dengan wajah sedih.


"Jomlah buat kerja.Kalau layan kau ni sampai petang karang kerja tak siap-siap."

Ayumi ketawa lalu berlalu meninggalkan Dania yang masih terpinga-pingga dengan sikap Ayumi.


Ayumi menyambung kembali pekerjaannya yang tergendala.Ditoleh sekilas Dania yang sudah bergerak menuju ke pejabat.Kemudian dia tersenyum.Lega kerana dapat menjernihkan kembali hubungan mereka yang berpunca dari dirinya sendiri.Walau hatinya terluka, dia akan cuba untuk melupakan perasaanya terhadap Alvin kerana hati Alvin hanya untuk Dania.


Dalam pejabat, Dania masih termanggu mengenangkan kata-kata Ayumi tadi.Dia sendiri tidak pasti adakah Ayumi benar-benar maksudkan setiap apa yang dituturkan atau sekadar ingin menjaga perasaanya.


Dan ketika itu juga, bayangan wajah Alvin menerpa di ingatan.Mulai detik ini, dia tidak akan mengelak dari Alvin lagi.Tetapi dalam masa yang sama juga, dia tidak akan membiarkan jejaka itu dengan mudah merebut hatinya.


    

                        ************

    


"Raaf, mama pergi dulu ya sayang.Mama dah lambat ni."

Kata Puan Melinda setelah mengiringi Asyraaf masuk ke dalam bilik.


"Mama nak pergi mana?Kan Raaf baru je keluar dari hospital?"

Asyraaf bertanya sebaik saja melabuhkan punggung di atas katil.


"Raaf, kan mama dah cakap minggu ni mama sibuk dengan persatuan mama.Mama tak boleh skip meeting penting ni.Mama pergi dulu ya.Malam nanti kita jumpa.Bye, sayang."

Puan Melinda mencium pipi Asyraaf lalu tergesa-gesa turun ke bawah.


"Fikri, jaga Asyraaf.Jaga sesekali bawak dia keluar ke mana-mana, faham?!"

Pesan Puan Melinda kepada Fikri setelah tiba di tingkat bawah.


"Baik, puan."

Jawab Fikri lalu memijak anak tangga ke tingkat atas.


"Raaf..Raaf nak apa-apa tak?"

Tanya Fikri sebaik saja masuk ke dalam bilik Asyraaf.


Remaja itu dilihatnya sedang berdiri di luar balkoni.Fikri kemudiannya menghampiri Asyraaf yang hanya kaku di situ sambil memandang ke bawah.Kelihatan kereta yang dipandu Pak Ehsan baru saja melepasi pintu pagar.


"Mama selalu macam tu kan, Abang Fik?Baik Raaf sakit, baik Raaf sihat, mama tetap pentingkan kegiatan dia dari anak dia sendiri.Sama je macam papa."

Keluh Asyraaf.


"Raaf, semua ibu bapa dalam dunia ni nakkan yang terbaik untuk anak mereka.Anggap jelah apa yang mama papa Raaf tengah buat sekarang ni adalah satu pengorbanan untuk masa depan Raaf."

Fikri memegang bahu Asyraaf, cuba menenangkan remaja itu.


"Abang Fik, Raaf nak mintak tolong boleh tak?"

Asyraaf menoleh Fikri di sebelahnya.


"Tolong apa?"


"Raaf nak jumpa seseorang."


"Dania?"

Duga Fikri.


"Raaf nak cakap terima kasih pada dia.Raaf dah terhutang nyawa dengan dia."

Kata Asyraaf kemudian melemparkan pandangan ke langit yang cerah.


"Abang Fik boleh bawak ke mana pun Raaf nak pergi.Tapi mama Raaf dah pesan jangan bawak Raaf keluar hari ni."

Fikri cuak apabila teringatkan ancaman Puan Melinda kepadanya tempoh hari.


"Sekejap je, Abang Fik.Raaf janji kita akan balik sebelum mama balik.Please.."

Rayu Asyraaf dengan wajah sedih.Kedua tapak tangannya dirapatkan.


Fikri tidak sampai hati untuk menolak permintaan Asyraaf.Akhirnya dia terpaksa akur dengan kehendak remaja itu.


"Okey, tapi ingat.Sekejap je."

Fikri menunjukkan jari telunjuknya kepada Asyraaf dengan wajah serius.


"Abang tak nak hilang kerja ni disebabkan Raaf."

Kata Fikri lagi.Sesungguhnya dia belum bersedia untuk meninggalkan Asyraaf kerana dia tau remaja itu masih memerlukannya.


"Thanks, Abang Fik!Kalau jadi apa-apa Raaf akan bertanggungjawab sepenuhnya.Jom!"

Kata Asyraaf dengan perasaan gembira.Tidak sabar mahu berjumpa gadis itu.


     

                       ***********



"Hai Alvin!Masuklah.Wow bunga lagi!"

Ayumi menyapa Alvin di muka pintu.

Jejaka itu tersengih lalu menapak masuk.Matanya diliarkan ke sekeliling mencari kelibat Dania.


"Dania ada dekat dalam.Kejap ek."

Kata Ayumi lalu bergegas mendapatkan Dania yang berada di dalam pejabat.


"Nia, dah sampai prince charming kau!"

Ayumi sengaja menguatkan suara.


"Prince charming?"

Terkebil-kebil Dania cuba memproses maksud Ayumi itu.


"Alah, buat-buat tak tau pulak..Alvin lah.Dia tunggu kau dekat luar.Cepatlah!"

Kata Ayumi lagi lalu berlalu pergi mendapatkan Alvin semula.


"Aduh, suka sangat datang sini, kan?Tak boleh ke jumpa tempat lain?"

Dania mendengus.Dia masih belum selesa bertemu Alvin di hadapan Ayumi.


"Hai!"

Alvin menyapa setelah Dania berada di hadapannya.Jambangan mawar merah dihulurkan kepada Dania.


Dania terkejut dengan apa yang dilihatnya.Serta merta ditolehnya ke arah Ayumi yang buat tidak tahu saja.


"Awak ni tak faham bahasa ke?Kan saya dah cakap jangan bagi saya bunga lagi?Awak nak saya cakap bahasa cina ke?"

Marah Dania dengan nada suara direndahkan.


"Saya tak tau pulak awak pandai cakap cina?"

Alvin ketawa dengan kata-kata Dania yang dirasakan lucu.Sedikit pun tidak mempedulikan Dania yang tampak marah.Sekali lagi jambangan bunga disuakan kepada gadis itu.


"Lagi satu saya nak ingatkan awak, tolong jangan datang butik ni lagi.Kalau nak jumpa pun, jumpa dekat luar je.Faham?"

Dania memberi amaran lalu merentap bunga dari tangan Alvin.


"Okey, maaf."

Alvin tersenyum puas apabila jambangan bunga itu sudah pun berada di tangan Dania.


"Kalau tak ada apa-apa lagi, awak boleh balik."

Dania berkata lalu berpaling untuk pergi.


"Saya ingatkan awak dah maafkan saya."

Kata-kata Alvin menghentikan langkah Dania.


"Saya dah maafkan awak.Puas hati?"

Dania berpaling semula ke arah Alvin yang bergerak menghampirinya.


"Hati saya akan puas kalau awak keluar lunch dengan saya sekarang."

Alvin merenung wajah Dania yang sudah kemerah-merahan menahan marah.


"Awak ni tak ada kerja ke?"

Geram Dania dibuatnya dengan helah jejaka itu.


"Mana awak tau saya tak ada kerja?Memang saya tengah free pun sekarang.So, shall we?"

Balas Alvin lalu tersenyum manis.


"Awak ingat saya akan cair ke dengan senyuman awak tu?Kalau awak nak lunch, awak ajak Ayumi.Saya banyak kerja nak buat."

Dania tetap tidak mahu mengalah.Dia tidak mahu jatuh ke dalam perangkap Alvin.


"Ayumi, Dania kata dia tak nak keluar dengan saya kalau awak tak izinkan!"

Jerit Alvin kepada Ayumi.


Dania tidak jadi masuk ke dalam pejabat.Dipandangnya Alvin yang tersenyum nakal dengan perasaan marah yang semakin membuak-buak.


"Alvin, apa awak buat ni?!"

Dania kembali mendapatkan Alvin.


"Aku izinkan.Pergilah!"

Ayumi datang menghampiri mereka berdua dengan wajah serius.


"Yumi.."

Dania kesal dengan Ayumi yang berpihak kepada Alvin.


"Nia, pergilah.Aku okeylah.Dah lupa ke apa yang aku cakap tadi?"

Ayumi merapati Dania dengan suara separuh berbisik.Dan sudahnya Dania terpaksa mengalah.


"Yelah, yelah..Bunga ni kalau kau nak buang ke nak buat apa ke suka hati kaulah.Aku pergi dulu."

Dania menyerahkan jambangan bunga kepada Ayumi kemudian menjeling Alvin yang berdiri di belakang gadis itu.Suaranya sengaja dikuatkan supaya didengari Alvin. 


Berubah langsung wajah Alvin mendengarkan kata-kata Dania itu.


"Thanks, Ayumi."

Sempat Alvin berbisik kepada Ayumi lalu membontoti langkah gadis itu yang mendahuluinya.

            



"Ini ke butiknya?"

Tanya Fikri sebaik berhenti di hadapan Danilia Couture.


"Betul, Abang Fik."

Jawab Asyraaf di sebelah.


"Tu bukan Dania ke?"

Tanya Fikri sambil menunjuk ke arah seorang gadis yang baru saja keluar dari pintu butik.


"Haah."

Jawab Asyraaf pendek lalu membuka tali pinggang keledar dan bersedia untuk turun dari kereta.


"Raaf, tunggu kejap!Yang tu siapa?"

Fikri menahan Asyraaf dari keluar.Dia menunjukkan pula ke arah seorang lelaki tinggi lampai berjalan mengekori langkah Dania.


Asyraaf terpaku melihat pasangan itu.Matanya mengikuti gerak geri Alvin yang membukakan pintu kereta untuk Dania sehinggalah kelibat mereka berdua hilang dari pandangan mata.


"Orang cantik macam dia mestilah dah ada boyfriend, kan?"

Kata Fikri tanpa menyedari perubahan wajah Asyraaf.


"Arghh..!"

Asyraaf tunduk memegang dada dengan perasaan kecewa.Entah kenapa setiap kali melihat Dania bersama lelaki lain, sakitnya pasti akan menyerang kembali.

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi